DUNIACACAMARBA |
- GST: Kerajaan BN Tidak Berlaku Adil kepada Rakyat
- [Wajib Baca dan Sebar] Bagaimana GST Akan MENYUSAHKAN Hidup Rakyat?
- Mengapa PAS Bantah GST?
- Enggan BERASMARA Jika Jalan Tidak Diturap
- Wanita JUAL Dara 12 Anak
- Hidup Janda Muda Huru-hara Kerana DADAH
- [KANTOI] Menteri Kesihatan Akui Peningkatan Diabetis dan Obesiti BUKAN Kerana Gula
- Kempen BIADAP, Kaitkan Subsidi Gula dengan Orang yang Sudah Meninggal Dunia
- Mufti Brunei Jawab Golongan Pertikai HUDUD
- Harga Gula: Kalau Bukan Munafik, Mahu Gelar Apa?
- BAJET 2014: Komen Anwar Ibrahim
- BAJET 2014: GST 6% Berkuat Kuasa 1 April 2015
GST: Kerajaan BN Tidak Berlaku Adil kepada Rakyat Posted: 26 Oct 2013 07:00 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2014 itu untuk menambah peruntukan kepada keselamatan, namun tidak ada sebarang langkah khusus untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa. Beliau juga menyelar tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin. "Malaysia seperti yang kita ketahui dilabel sebagai juara dunia dalam rasuah oleh media barat dan Transparency International, persoalannya kini mengapa tidak ada inisiatif baru ke arah membendung rasuah," katanya dipetik Roketkini. Tambahnya, GST pula akan membebankan golongan pertengahan dan miskin negara. "Di Malaysia, hanya enam peratus penduduk membayar cukai dan hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai," katanya. Katanya lagi, pelaksanaan GST jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah berlaku adil kepada rakyat malah cuba untuk menyukarkan lagi kehidupan mereka. "Mereka bukan sahaja melaksanakan GST pada April 2015, tapi turut menghapuskan subsidi gula. Pada saya ini bukannya langkah sesuai untuk berjimat," tegasnya. Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pula menegaskan, GST sebenarnya tidak membantu ekonomi negara tetapi akan membawa bencana pada ekonomi. "Belanjawan 2014 ini ternyata tidak mempunyai idea-idea baru tetapi hanya meneruskan model ekonomi yang diamalkan BN sejak dulu. "Apa yang baru ialah GST, ia sebenarnya tidak membantu ekonomi kita secara keseluruhan, ianya akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi. "Apabila golongan berpendapatan rendah tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ia akan menyebabkan berlaku 'domestic consumption' lebih rendah dan dengan itu akan menyebabkan kemelesetan," ujarnya yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP. Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula menyatakan pelaksanaan GST sama sekali tidak diperlukan di Malaysia. "Saya sudah menjangkakan GST akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2014, iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU), jika mereka lakukan sebelum PRU ia akan membawa masalah kepada mereka, jadi mereka laksanakan sekarang. "Kami sudah berkali-kali menentang GST ini, ianya sama sekali tidak diperlukan. Walaupun mereka meningkatkan kutipan hasil tetapi perbelanjaan tetap terus naik. "Saya juga tertanya mengapa tidak ada sebarang langkah diambil untuk mencegah ataupun membasmi ketirisan, pembaziran dan rasuah di dalam sistem kerajaan sedia ada," ujarnya. - 26/10/13 | ||
[Wajib Baca dan Sebar] Bagaimana GST Akan MENYUSAHKAN Hidup Rakyat? Posted: 26 Oct 2013 05:00 AM PDT [Blog Dr Dzulkefly Ahmad] Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai 'Twin Deficit' atau 'Defisit Berkembar', debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit. Secara mudahnya, pertama -'Defisit Fiskal/Budget' kerana "Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan" dan kedua - Defisit Perdagangan kerana "Mengimpot lebih daripada Mengekspot". Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan 'Penarafan Kredit'nya atau 'Sovereign Rating'. Terkini, dua hari lalu 'Fitch Rating' sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada 'Stabil' pada Julai kepada 'Negatif'. Implikasi penurunan 'penarafan' harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan. Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan. Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan. Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki 'kedudukan fiskal-kewangan' negara yang semakin kritikal. Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara. Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan. Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics. Apa itu cukai GST? Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Apa bezanya SST dan GST? Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya. Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas 'jualan dan perkhidmatan' tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai 'dikecuali cukai' (tax-exempt) atau 'sifar-cukai' (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan. Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan. GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat. Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai. Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas 'Nilai Tambah' mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60. Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit. Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60. Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat. Apakah GST akan membebankan rakyat? Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60. Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini. Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu. Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat? Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan. Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan. Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan. Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST? Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama 'Tolak GST 1.0' dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga. Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai. Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau 'low-skilled' dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya. Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah. Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun. Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya. Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST? Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan. Walaupun GST dikatakan juga sebagai 'Cukai Penggunaan' atau 'Consumption Tax' atau siapa guna dia bayar atau 'tak guna tak bayar' tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi. Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya. Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau 'Regressive'. Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun? Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan. Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini. Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST? Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat. Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab "Tauudzif al-Amwal" atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu. Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah. Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa 'maslahah syariah' di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras 'mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. -Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat. P/s: Tolong sebarkan artikel ini di laman sosial. Like laman FB DCM di sini. | ||
Posted: 26 Oct 2013 04:00 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan pendapatan. "Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan. Katanya, pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat. "Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja," ujarnya lagi. Berikut ialah kenyataan penuh beliau. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah baru untuk menambahkan pendapatan negara. Ia adalah cara mengambil duit daripada rakyat melalui cukai yang dikatakan saksama sebagai pendapatan kerajaan. Peluasan asas cukai ini mustahak untuk Malaysia, dakwa sesetengah pihak kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini. PAS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, kerana rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka. Umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai. Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila GST diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus. Di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar 3 peratus sebelum beransur menjadi 7 peratus. Ada yang berkata masyarakat kampung tidak akan merasai beban daripada GST. Ingin diingatkan bahawa kebanyakan barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung datangnya juga daripada para pembekal di bandar. Barangan itu sudahpun dikenakan GST ketika tiba di kedai runcit. Walaupun kedai runcit yang kecil itu dikecualikan daripada GST kerana tidak melepasi had minimum perolehan tertentu, barangan yang dijual kepada masyarakat kampung sudah tentunya pada harga yang lebih tinggi kerana sudah dikenakan GST oleh pembekal. Jangan terlalu gembira dengan pengumumkan pelbagai barangan asas seperti tepung, gula, beras dan garam tidak dikenakan GST. Hakikatnya, apa-apa yang dihasilkan daripada tepung, gula, beras dan garam kepada makanan siap yang sampai ke tangan pengguna boleh dikenakan GST. Perkara terpenting dalam perlaksanaan GST ialah penguatkuasaan, bab yang kerajaan BN terkenal sebagai kelemahannya. Untuk memastikan GST berfungsi dengan baik yakni menjana pendapatan yang seharusnya bagi kerajaan, penguatkuasaan kepada semua yang mengenakan GST perlu dilakukan secara saksama dan adil. PAS terbayang akan berlaku masalah di mana kedai yang tidak layak mengenakan GST, akan sengaja mengenakan GST kepada pelanggannya untuk pendapatan lebih. Lebihan wang hasil daripada peratusan tambahan GST itu pula tidak dilaporkan kepada kerajaan kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah. Akhirnya, rakyat membayar GST ini bukan untuk pendapatan kerajaan tetapi untuk mengkayakan lagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Akibat rasuah yang berleluasa, PAS juga terbayang banyak syarikat yang terlepas daripada hukuman atau denda kerana menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang yang dikenakan kepada rakyat awam. Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk pelaksanaan GST, lebih-lebih lagi apabila BN masih berkuasa. Lihatlah bagaimana kerajaan BN cuba untuk mengurangkan defisit negara. BN tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan, malah perbelanjaan pengurusan meningkat RM15.8 bilion, daripada RM201.9 bilion pada 2013 kepada RM217.7 bilion pada 2014 berbanding peningkatan pendapatan sebanyak RM15.5 bilion daripada RM208.6 bilion pada 2013 kepada RM224.1 bilion pada 2014. Pengurangan defisit bajet sebenarnya dicapai dengan memotong peruntukan pembangunan sebanyak RM3.2 bilion daripada RM49.7 bilion pada 2013 kepada RM46.5 bilion pada 2014. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2015 di mana GST bakal dilaksanakan. Ini bermakna kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan GST untuk meningkatkan pendapatan. Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat. Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja. - 26/10/13 | ||
Enggan BERASMARA Jika Jalan Tidak Diturap Posted: 26 Oct 2013 03:00 AM PDT
[HM] Bogota: Sekumpulan wanita di pekan kecil Barbacaos, barat daya Colombia dilaporkan melancarkan mogok seks kedua dalam tempoh dua tahun, menuntut agar jalan raya ke daerah terpencil mereka diturap semula. Digelar sebagai "pergerakan silang kaki", kumpulan wanita terbabit enggan berasmara dengan pasangan mereka hingga jalan raya yang menghubungkan pekan kecil itu ke seluruh negara diperbaiki, menurut seorang wartawan berpangkalan di Colombia, John Otis. Dan tindakan mereka mungkin membuahkan hasil. Akhbar tempatan melaporkan yang kerja pembinaan mula dilakukan di jalan sehala yang dalam keadaan sangat uzur itu hinggakan perjalanan ke hospital berdekatan mengambil masa 14 jam dan ramai penduduk yang sakit mati sebelum sempat tiba ke hospital. "Jika anda mahu menghantar satu kontena barangan Colombia ke China, kos untuk membawanya ke pelabuhan Colombia lebih mahal berbanding kos menghantar barangan itu dari pelabuhan Colombia ke China," kata Otis. Wanita di pekan itu pertama kali melancarkan mogok enggan berasmara dengan pasangan mereka pada 2011 sebagai membantah keadaan jalan raya yang uzur, dengan hakim Marybell Silva turut menyertai mogok itu selepas menyaksikan seorang wanita muda mati bersama anak dalam kandungannya kerana ambulans terkandas di jalan raya dan gagal tiba tepat pada waktunya di hospital. - Agensi - 26/10/13 Lanjut baca di sini. | ||
Posted: 26 Oct 2013 01:30 AM PDT
[HM] Bogota: Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632). Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis. Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya. Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan. Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun. Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka. "Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian," kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan. "Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun," katanya. Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah. Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo. Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur. Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial. Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. - Agensi- 26/10/13 | ||
Hidup Janda Muda Huru-hara Kerana DADAH Posted: 26 Oct 2013 12:04 AM PDT [SH] DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan. Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah. Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari. Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah. "Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal. "Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara. "Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?" katanya. Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan. Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu. "Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila. "Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini," katanya. Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. - 26/10/13 | ||
[KANTOI] Menteri Kesihatan Akui Peningkatan Diabetis dan Obesiti BUKAN Kerana Gula Posted: 25 Oct 2013 11:09 PM PDT [TMI] Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula. Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik. Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini. Menurut Dr P Ramesh, langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum. "Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman. "Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh. Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian. Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan. "Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat. Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan. "Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya. "Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol. "Sekiranya pesakit diabetik pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. – 26 Oktober, 2013. P/s: Subsidi gula dikurangkan kerana mereka mahu menutup kelemahan pengurusan ekonomi dan pentadbiran sehingga menyebabkan ketirisan berbilion RM, rasuah berleluasa, hutang melambung dan akaun semasa negara semakin kering. Apabila berlaku begitu, rakyat majoriti yang menerima akibat. Berilah apa-apa alasan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bodoh! | ||
Kempen BIADAP, Kaitkan Subsidi Gula dengan Orang yang Sudah Meninggal Dunia Posted: 25 Oct 2013 10:53 PM PDT TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula [MK] Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini. Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu. "Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan. "Saya tak ambil gula tuan-tuan. "Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan). "Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong. "Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi. Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - 26/10/13 P/s: Mereka yang salah urus ekonomi, ketirisan melibatkan berbilion RM, rasuah berleluasa kemudian apabila ekonomi teruk, akaun semasa semakin kering, hutang negara melambung tinggi, mereka kenakan cukai dan potong semua subsidi kecuali untuk kroni dengan memberikan pelbagai macam alasan sampai cuba mewajarkannya dengan mengaitkan dengan orang yang sudah meninggal dunia. BIADAP!!! Benarkah gula penyebab utama obesiti dan diabetis? Baca di sini. | ||
Mufti Brunei Jawab Golongan Pertikai HUDUD Posted: 25 Oct 2013 06:54 PM PDT [Mustaqimmah] BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar'iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar'iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar'iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. "Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. "Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ," ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. "Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih," nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. P/s: TM petik semula kenyataan TM di laman DCM: HUDUD: Beza antara Mufti Malaysia dengan Mufti Brunei. Mufti Malaysia cari jalan untuk melengahkan atau tidak melaksanakan hudud. Mufti Brunei menyokong dan menjelaskan hudud dengan hikmah dan bijaksana. "LIKE" laman FB DUNIACACAMARBA untuk lebih banyak maklumat, video, dan pautan. Klik sini. | ||
Harga Gula: Kalau Bukan Munafik, Mahu Gelar Apa? Posted: 25 Oct 2013 05:50 PM PDT Berkaitan: Harga Gula Naik Mulai 26 Oktober 2013 [Bernama] Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya. Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. -25/10/13 Apabila taukeh kroni UMNO mengambil alih AP/monopoli gula, harga gula naik berkali-kali. Siapa yang memperguna/diperguna untuk mengurangkan susbsidi gula yang membebani rakyat? Kurang atau tidak, kroni tetap kaya! Benarkah gula penyebab utama obesiti dan diabetis? Baca di sini. | ||
BAJET 2014: Komen Anwar Ibrahim Posted: 25 Oct 2013 05:41 PM PDT Anwar: Belanjawan hukum rakyat [MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik. "Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang. Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak. "Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks." Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan. Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015. Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh". Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. -25/10/13 Cuba Tengok Rajah Ini Bandingkan Sejarah Hutang Negara | ||
BAJET 2014: GST 6% Berkuat Kuasa 1 April 2015 Posted: 25 Oct 2013 05:36 PM PDT [MK] Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal. Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini. Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan. Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu. Antara intipati berkaitan cukai tersebut yang diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2014: GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik. Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST. GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan. Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih. Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula. -25/10/13 P/s: Seperti dijangka sebelum PRU13. Tahniah pencacai BN, takziah pengundi PR! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan