DIALOG RAKYAT |
- Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja
- Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas
- “Outsyed The Box” marah Najib kerana salah urus tadbir negara
- Kerajaan amal rasuah terbukti menerusi Laporan Ketua Audit Negara, kata Guan Eng
- MCA: Mukhriz guna isu perkauman untuk menang pemilihan Umno
- Cabaran polis kepada Surendran turut serta operasi polis tidak masuk akal, kata PKR
- Pergerakan Jemaah Haji Ke Arafah Bermula
- Pemilihan Semula Ketua Wanita Kepala Batas Diadakan Rabu Ini
- Kadar kemalangan di tempat kerja turun
- Rawatan kanser prostat percuma di Selangor
- Umno sayang dubuk yang makan tuannya!!
- Elaun ketua pembangkang perkembangan baik – Khir
- Geran tanah: PR Selangor akhiri penantian 20 tahun
- Pengerusi Tekun Kalah Di Gopeng
- Khairy, Shahrizat dan Mas diisytihar menang
- Tawaran KPN kepada Surendran tak bertanggungjawab
- Kenapa HEP tidak layak kendali pilihan raya kampus?
Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja Posted: 13 Oct 2013 12:18 AM PDT Keputusan pemilihan bagi sayap UMNO akan diketahui malam ini, mungkin lewat malam. Saya tidak sedar waktu dan hari pemilihan bagi sayap UMNO khususnya Pemuda berlaku hari ini. Pertandingan Pemuda tidak mendapat perhatian saya kerana umum sudah yakin yang Khairy Jamaluddin akan menang agak besar kali ini. Saya menjangkakan kemenangan bagi Khairy ini dua bulan dahulu lagi. Khairy 'is the noticeable victor' dan itu pun yang sepatutnya berlaku. Justeru tidak payah memberikan komen panjang tentang pertandingan Pemuda. Bagi saya pada hakikatnya tidak ada pertandingan dalam sayap Pemuda itu. Ramai Pemuda yang saya temui berkata, mereka sudah muktamad akan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin. Proses pengundian hari ini hanyalah proses 'formality' sahaja. Khairy akan menang. Bak kata adat, 'perundingan berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang'. Saya tidak faham tentang apa yang berlaku dalam sayap Wanita. Ada yang mengatakan yang Shahrizat akan menang dan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Malaysia kerana beliau mendapat sokongan padu dari Perdana Menteri. Tetapi tidak kurang ramai yang mahukan kemenangan itu di perolehi oleh orang lain memandangkan Shahrizat mempunyai 'baggage' yang besar untuk di pikul bersama oleh parti dalam menghadapi pilihanraya nanti. Shahrizat bagi puak-puak ini adalah beban besar untuk parti. Puteri UMNO sememangnya saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sayap ini nampaknya ramai yang berbakat tetapi bakat mereka akan menjadi tumpul oleh kerana budaya negatif yang jelas dalam UMNO itu. Sayap ini sememangnya terlalu jauh dari mengetahui apakah dia UMNO itu dan apa yang perlu ada dalam parti itu. Diantara pemimpin Puteri yang jelas hanyalah perebutan jawatan dan tidak tahu samada mereka tahu apa dia perjuangan dan kehendak moral parti itu. Yang menarik ialah keputusan pemilihan Majlis Tertinggi minggu hadapan terutamanya keputusan bagi jawatan Naib Presiden parti. Keputusan pertandingan dalam sayap-sayap parti hari ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan pertandingan Naib Presiden UMNO itu. Jika Khairy dan Sharizat memenangi jawatan ketua Pemuda dan Wanita maka peluang untuk Zahid dan Shafie Apdal mengekalkan jawatan masing-masing adalah cerah. Masuk satu keluar satu. Jika Hishamudin seperti yang dijangka oleh banyak pihak akan terkeluar maka yang akan bersama Shafie dengan Zahid Hamidi adalah salah seorang dari empat calon yang lain. Ramai yang menelah yang Mukhriz akan memenangi salah satu dari tiga Naib Presiden itu, tetapi ramai juga yang menelah yang beliau akan tewas kerana beberapa sebab. Pertamanya, beliau masih baru dan Mukhriz belum tentu kepimpinannya. Mereka menganggap Mukhriz akan di ketahui boleh memimpin atau tidak jika Dr Mahathir sudah tiada dalam politik lagi. Keduanya, Mukhriz pernah menjadi calon popular Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan beliau akhirnya menduduki tempat yang tercorot diantara tiga calon Ketua Pemuda semasa itu. Bahagian Pemuda yang mencalonkan beliau sendiri tidak mengundi beliau dalam pertandingan itu. Lagi pula tidak boleh diperkecilkan kemampuan Isa Samad dalam pertandingan Naib Presiden ini. Begitu juga Ali Rustam. Kedua-dua mereka ini masih muda dan mempunyai pengalaman luas dalam memelihara parti dalam pilihanraya. Isa mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengan ahli-ahli peringkat bawahan kerana sifat beliau senang di dekati dan di jumpai. Sifat mudah dihubungi ini banyak memberikan markah kepada Isa yang masih muda dan baru sahaja berumah tangga itu. Secara peribadi saya mengenali TS Isa ini puluhan tahun dan saya merasakan sifat mudah berjumpa dan sikap terbuka beliau menerima pandangan rakan-rakan dan taulan di sekeliling beliau. Kita mesti mengakui tiada kelebihan istimewa diantara mereka yang bertanding ini dan jika ada unsur permainan wang dalam pemilihan ini Mukhriz mungkin tercicir kerana bermain dengan wang juga memerlukan kemahiran dan pengalaman. Cara hendak membayar pengundi pun perlu kemahiran. Saya terlihat yang permainan wang berlaku dalam pemilihan ini seperti juga dalam pemilihan yang lalu-lalu. Kita mesti ingat, pemimpin UMNO yang menang sejak dua lebih dekad yang lalu terpaksa bermain dengan wang. Itu sudah menjadi budaya dan budaya itulah yang menjahanamkan parti itu. Mereka pandai menambat hati perwakilan yang ramai itu. Mereka percaya jika kambing di tambat, kambing-kambing itu mesti di beri makan. Siapa yang menambat banyak kambing dan pandai pula memberi makan rumput dengan secukupnya, kambing itu tidak akan kemana-mana. Begitulah kaedahnya dalam pertandingan kali ini dan sebelumnya. Kalau ramai yang menjemput makan kenduri tak payahlah memasak sendiri. Harga barang dapur pun terlalu mahal dan makan kenduri kahwin boleh juga menjimatkan perbelanjaan sendiri. Sekarang minggu terakhir makan kenduri dan insyaallah hujung minggu ini akan tahulah tiga pengantin yang paling cantik di pelamin UMNO itu. Ramai juga yang tidak mahu menghadiri kenduri itu, kerana mereka tahu mereka bersatu semasa bersanding sahaja dan akan bercerai berai selepas beberapa ketika sahaja nanti. Jangkaan ramai mungkin salah kerana kita tidak tahu dengan sebenarnya sikap perwakilan semasa mengundi itu nanti. Isa Samad tidak pernah di jangka menang jawatan Naib Presiden suatu ketika dahulu, telah memenangi undi tertinggi. Kali ini mungkin terjadi lagi. Mungkin yang begitu popular juga akan tumpas dan kejadian ini bukannya luar biasa untuk berlaku. Apa pun hasilnya UMNO akan tetap berpecah belah. Ada juga waktu-waktu dan ketikanya mereka bersemangat dan bersatu. Selalunya mereka akan bersatu serta berganding bahu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Lepas menyanyi mereka bergaduh kembali sehingga mereka kembali menyanyi di majlis yang lain pula | ||||
Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas Posted: 13 Oct 2013 12:12 AM PDT MSO Exco Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat telah diumumkan sebagai calon Dewan Pemuda Pas Malaysia yang akan mencabar kedudukan Nasaruddin Hasan di muktamar dewan berkenaan bulan depan. Pengumuman itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Batu Pahat hari ini.
Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas. Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu. "Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoht-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik. Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai ketua pemuda akan dicabar. Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai timbalan ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas desus naib ketua dewan Pemuda Pas Pusat dikatakan akan mencabar Abduh. Bagaimana pun sehingga kini Suhaizan belum mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan hasrat berkenaan atau tidak. Dalam perkembangan lain di Pasir Mas hari ini perwakilan persidangan Puteri Umno bahagian itu telah mendapat ketua baru apabila seorang guru Wan Harinawati Wan Daud telah dipilih sebagai ketua. Beliau mendapat 77 orang menewaskan dua calon lain termasuk bekas ketua yang mendapat 55 undi. | ||||
“Outsyed The Box” marah Najib kerana salah urus tadbir negara Posted: 13 Oct 2013 12:07 AM PDT Penulis blog pro-Umno Syed Akhbar Ali yang mengendalikan blog "Outsyed The Box" lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mendakwa berlaku salah urus dalam pentadbiran kerajaan. Syed Akhbar baru-baru ini mengejutkan dunia penulisan blog dengan kritikan lantangnya terhadap kerajaan dan menjadi penulis blog Umno pertama yang menggelar Najib "sewel" secara terbuka melalui penulisannya. "Saya hanya marah sebab berlaku salah urus dan kekeliruan kerajaan hari ini. Mereka tidak mempunyai hala tuju dan kita tidak dapat melihat pertumbuhan ekonomi sejak sekian lama," kata penulis blog berusia 53 tahun itu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Syed Akhbar dilantik oleh Najib untuk menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama 10 yang lain. PPPR yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaaffar bertujuan membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat benci rasuah di pelbagai sektor. Walaupun kelihatan seperti seorang berwatak garang jika pertama kali bertemunya, Syed Akhbar sebenarnya seorang yang mudah senyum dan cepat mesra jika berpeluang berbual dengannya. Digelar sebagai "Dr M's chief spin doctor" oleh penulis blog dan aktivis Haris Ibrahim, Syed Akhbar mengakui beliau tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Umno sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan presiden daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika membaca blog Outsyed The Box, pembaca akan dapat merasai kemarahannya dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan oleh Najib pada 16 September, 2009 untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. "Ini kerana falsafah di sebalik penubuhan unit tersebut memperlihatkan kerajaan sudah berputus asa dengan diri mereka sendiri; sikap yang menyerah kalah," katanya menerangkan mengapa beliau sering mengkritik Pemandu di blognya. Syed Akhbar berkata, semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir, penjawat awam di Malaysia berada dalam keadaan terbaik walaupun tidak mempunyai Ketua Setiausaha Negara seperti Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PHD). "Unit Perancangan Ekonomi (EPU) digunakan sepenuhnya dan semuanya dilakukan oleh penjawat awam. "Tetapi sekarang, semua diserahkan kepada Pemandu yang menyerahkan pula kepada perunding yang menyebabkan kerajaan perlu membayar berjuta ringgit setiap tahun. Penjawat awam kini dipinggirkan," katanya. Rakan baik kepada Datuk Ahirudin Attan yang menggendalikan blog Rocky Bru, Syed Akhbar merupakan penyokong kuat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bagi perebutan jawatan naib presiden Umno. "Saya rasa Mukhriz akan menang, Zahid dan Hishammuddin," katanya merujuk kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas mengenai pemilihan Umno. Bercakap mengenai parti pembangkang di Malaysia, agak mengejutkan apabila Syed Akhbar berkata, jika perlu memilih, beliau akan memilih DAP. "Ini kerana penubuhan DAP berasaskan kepada fahaman sosialisme. Sosialisme merupakan satu falsafah yang baik dan berjaya di banyak negara. "Tetapi DAP tidak mempunyai orang yang terbaik buat masa kini dan terlalu berteraskan Cina," katanya. Syed Akhbar adalah anak kepada penjawat awam yang menjadi tenaga pengajar di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 1970. Keluarganya berpindah dari Ipoh ke Melaka di mana beliau menyambung pendidikan sekolah menengahnya. "Saya masuk Sekolah Tinggi Melaka untuk tingkatan empat dan lima. Pada tahun pertama, saya duduk di sebelah Lim Guan Eng," katanya sambil tersenyum. | ||||
Kerajaan amal rasuah terbukti menerusi Laporan Ketua Audit Negara, kata Guan Eng Posted: 13 Oct 2013 12:01 AM PDT Ketirisan dan rasuah kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan bukti kajian Malaysia antara negara tertinggi amal rasuah oleh Ernst and Young adalah benar, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar). Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, anggaran kerugian berjumlah RM6.5 bilion yang dibuat oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming adalah sesuatu yang perlu dipandang serius. "Kajian terkini Ernst & Young yang mengatakan Malaysia antara negara tertinggi mengamalkan rasuah disahkan dengan ketirisan dan rasuah seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kajian oleh agensi kewangan tersebut, Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi. Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan. Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah. Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli. Kira-kira 39% mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21%. Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu. Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini mencuri tumpuan banyak pihak, antara yang menjadi kontroversi adalah melibatkan kecuaian dan pembaziran seperti belanja RM 67.6 juta untuk Hari Belia 2012, kehilangan aset Polis Di Raja Malaysia berjumlah RM 1.33 juta dan 7,659 pasang kasut untuk pegawai Jabatan Kastam yang dimusnahkan bernilai RM602,089. Lim berkata, selagi tiada tindakan tegas oleh kerajaan BN, rakyat Malaysia akan berterusan berhadapan kerugian berjumlah bilion ringgit setiap tahun. "Sehingga tindakan tegas diambil ke atas dalang tersebut, barulah rakyat Malaysia boleh melihat ketirisan dan rasuah ini boleh dihentikan," katanya. | ||||
MCA: Mukhriz guna isu perkauman untuk menang pemilihan Umno Posted: 12 Oct 2013 11:59 PM PDT MCA mengecam tindakan mementingkan diri oleh Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) yang bermain isu perkauman kerana tidak menghormati masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan hanya akan menyekat pembangunan negara. Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok menggesa Menteri Besar Kedah itu mengambil pendekatan yang lebih matang dan tidak memperjudikan nasib kaum lain semata-mata mahu menang dalam naib presiden Umno. "Jika mereka mahu memenangi sokongan ahli parti, mereka patut berkempen berdasarkan pencapaian dalam parti untuk membuktikan mereka adalah calon terbaik," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA. Mukhriz menuduh MCA sebagai sebuah parti perkauman hanya kerana tidak bersetuju dengan kenyataan beliau mengatakan pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih Barisan Nasional (BN) di Kedah. "Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan MCA tidak akan membenarkan sesiapa pun membatasi garisan keharmonian kaum hanya demi kepentingan peribadi," kata Loh. Loh berkata, Mukhriz perlu bersikap adil kerana bukan hanya orang Melayu sahaja menyumbang kepada pembangunan negara. "Masyarakat Cina banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara, sama seperti kaum lain. "Sangat penting keharmonian kaum dipelihara kerana ia adalah faktor penentu perkembangan negara kita," katanya. Mukhriz sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada penyokong BN dan bukan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 5 Mei lalu. Mukhriz dilaporkan berkata, langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama. Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil untuk memenangi perebutan jawatan naib presiden Umno berikutan pengaruh bapanya sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya. | ||||
Cabaran polis kepada Surendran turut serta operasi polis tidak masuk akal, kata PKR Posted: 12 Oct 2013 11:55 PM PDT Cabaran yang dikemukakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter kepada Naib Presiden PKR N. Surendran untuk turut bersama dalam operasi tembak-menembak adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kata PKR. Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, Surendran dan rakyat Malaysia berhak meminta polis meningkatkan tahap profesionalisme dan pada masa sama perlu dilindungi polis tanpa dimomokkan dengan ugutan serta cabaran yang membahayakan. "Cabaran tersebut langsung tidak mengambil peduli isu paling utama iaitu kelemahan polis sebagaimana dibangkitkan dalam Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). "Surendran tidak perlu dilibatkan dalam operasi berisiko tinggi ini terutama cabaran yang tidak berprinsip dan tidak profesional. Surendran atau mana-mana ahli Parlimen tidak perlu melayan cabaran seperti ini kerana ditakuti akan terus tercampak ke dalam perbuatan tidak bertanggungjawab. "Saya mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlalu menumpukan perhatian kepada pemilihan parti sehingga terlupa untuk mengawal perasaan dan tingkahlaku ahli Kabinetnya selain memastikan Ketua Polis Negara menarik-balik kata-kata tidak bertanggungjawab tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, turut membangkitkan perbezaan antara statistik jenayah yang dikemukakan bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan penggantinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, Hishammuddin pernah menafikan peningkatan kadar jenayah disebabkan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO), kerana daripada 1,467 bekas tahanan yang dibebaskan pada 2012, cuma empat atau 0.27% sahaja yang dilaporkan terlibat semula dengan jenayah. "Dalam tempoh yang singkat, media arus perdana terus cuba mempengaruhi rakyat dengan versi Ahmad Zahid, untuk memperkenalkan semula tahanan tanpa bicara dibawah pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1958 (PCA) yang diluluskan baru-baru ini. "Polis Diraja Malaysia(PDRM) juga pernah melaporkan bahawa kadar jenayah berada dalam trend menurun sejak 2010 walaupun setelah undang-undang tahanan pencegahan dimansuhkan. "Pada 2010, polis melaporkan penurunan kadar jenayah sebanyak 7%; 2011 pula penurunan sebanyak 9%; dan di antara Januari hingga Jun 2012, penurunan sebanyak 5.3% direkodkan," katanya | ||||
Pergerakan Jemaah Haji Ke Arafah Bermula Posted: 12 Oct 2013 11:45 PM PDT MSTAR ONLINE MAKKAH: Jutaan jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah pada Ahad menjelang hari wukuf Isnin. Pergerakan jemaah haji Malaysia yang diketuai Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula diatur secara berperingkat bermula 11 pagi waktu tempatan sehingga malam ini, dengan menaiki bas. Turut mengiringi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail. Wukuf merupakan rukun haji yang berlangsung pada 9 Zulhijjah dan jemaah mesti melaksanakannya dengan berada di Arafah walau hanya untuk seketika. Bagi jemaah haji yang sedang sakit, pasukan perubatan TH membawa mereka ke Arafah menggunakan ambulans. Selepas waktu maghrib di Arafah, jemaah akan dibawa bermabit (bermalam) di Muzdalifah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Arafah. Di situ, jemaah akan mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah di Mina pada keesokannya. Menurut Syed Saleh, TH berharap dapat membawa semua jemaah Malaysia ke Muzdalifah selewat-lewatnya pukul 11 malam bagi membolehkan mereka berehat sebelum bertolak ke Mina. Ketika melaksanakan wajib haji melontar jamrah, jemaah Malaysia lazimnya berbuat demikian pada sebelah malam kerana pada waktu itu kawasan jamrat kurang sesak, katanya. Selesai melontar, bermabit dan bertahlul di Mina, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan tawaf rukun diikuti bersaie antara Bukit Safa dan Marwah, katanya. BERNAMA | ||||
Pemilihan Semula Ketua Wanita Kepala Batas Diadakan Rabu Ini Posted: 12 Oct 2013 11:43 PM PDT MSTAR ONLINE KEPALA BATAS: Pemilihan ketua wanita Umno bahagian Kepala Batas akan diadakan semula di dewan Wisma Umno di sini pada 16 Oktober ini selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh undi yang sama. Masing-masing memperoleh 192 undi setelah pengiraan undi berakhir lewat malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan bahagian Kepala Batas Datuk Yahaya Hamid berkata keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan itu dibuat selepas pengiraan undi yang dilakukan sebanyak lima kali memperoleh keputusan yang sama. "Selepas perbincangan, semua pihak bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita pada Rabu, 16 Oktober pukul 8 malam di Dewan Umno Kepala Batas," Katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Pemilihan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepala Batas semalam berlangsung di Dewan Kompleks Budi Penyayang. Sementara itu Zabariah yang juga Ketua Wanita Umno Pulau Pinang berkata beliau menyerahkan keputusan untuk memilih siapa ketua wanita bahagian itu kepada perwakilan. "Saya akan terima apa sahaja keputusan yang dibuat perwakilan wanita di Kepala Batas," katanya. BERNAMA | ||||
Kadar kemalangan di tempat kerja turun Posted: 12 Oct 2013 11:38 PM PDT Lapan bulan pertama tahun ini 2,248 kes berbanding 4,487 kes bagi sepanjang tahun lepas. KUCHING: Kadar kemalangan membabitkan keselamatan pekerja di Sarawak dilaporkan menunjukkan penurunan bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2013. Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata angka itu membuktikan wujudnya kesedaran di kalangan pekerja dan majikan kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja. "Selain itu ia hasil usaha gigih Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam memberi kesedaran kepada pekerja untuk mamtuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Kementerian Sumber Manusia dan Penyampaian Cek Faedah Perkeso di Pejabat Perkeso Sarawak di sini pagi tadi. Menurut beliau, dalam lapan bulan pertama tahun kadar kemalangan yang dilaporkan adalah sebanyak 2,248 kes berbanding 4,487kes bagi sepanjang tahun lepas. Sementara itu, tambah beliau jumlah bayarah faedah yang telah dibayar di bawah Skin Bencana Pekerjaan dan Skin Pencen Ilat adalah berjumlah RM12,930,000. Beliau juga berbangga kerana jumlah majikan dan pekerja yang aktif di negeri ini telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Majikan aktif meningkat Beliau menjelaskan jumlah majikan yang aktif telah meningkat kepada 32,000 pada tahun lepas berbanding 30,515 bagi 2011. Manakala, tambah beliau jumlah pekerja aktif pula meningkat kepada 415,714 orang pada tahun 2012 berbanding 404,152 orang bagi 2011. "Bagaimanapun tiada data terkini bagi kedua-dua majikan dan pekerja aktif direkodkan pada tahun ini," katanya lagi. Datuk Riot juga berkata Perkeso akan membuka dua buah pejabat cawangan di Limbang dan Mukah memandangkan kedua-dua kawasan itu merupakan lokasi perindustrian pesat di negeri ini. Di samping itu, katanya lagi Perkeso juga akan menubuhkan Pusat Sehenti di kawasan pedalaman yang terletak jauh dari pejabat seperti di daerah Song, Bakun dan Baram. Penubuhan Pusat Sehenti itu bagi membantu pekerja dan majikan di kawasan setempat membuat urusan dengan Perkeso tanpa perlu berulang alik ke pejabat Perkeso yang terletak di pekan. | ||||
Rawatan kanser prostat percuma di Selangor Posted: 12 Oct 2013 11:33 PM PDT Penjagaan kesihatan dan kebajikan kaum lelaki menjadi tumpuan utama seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor SHAH ALAM: Berita baik buat golongan lelaki di Selangor apabila kerajaan negeri akan mula memberikan bantuan kesihatan pemeriksaan kanser prostat mulai tahun depan. Bagi yang mementingkan kesihatan, mereka kini tidak lagi perlu gusar dan boleh mendapatkan pemeriksaan secara percuma di hospital dan klinik panel yang dilantik. "Selama ini bantuan banyak tertumpu pada wanita (pemeriksaan mammogram dan pap smear) sampai lelaki di Selangor pun mula bertanya; asyik wanita saja mana lelakinya," kata Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Dr Daroyah Alwi ketika ditemui FMT. Penjagaan kesihatan dan kebajikan kaum lelaki menjadi tumpuan utama seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu. Hampir 90% lelaki berusia 50 tahun keatas berisiko menghidap penyakit ini dan 550,000 kes dikesan secara global, 13% daripadanya lelaki Asia. Rawatan saringan ini terbuka secara percuma tanpa mengira usia, berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan hospital kerajaan hanya terhad kepada lelaki berumur 50 tahun keatas sahaja termasuk golongan pencen. Melalui kaedah rawatan pemeriksaan rektum digital (DRE) dan ujian darah antigen prostat khas (PSA), lelaki berumur 50 tahun keatas terutamanya digalakkan menjalani pemeriksaan saringan setahun sekali. Selain itu, menurut Daroyah bantuan pusat dialisis akan diteruskan, dan masih merangka perancangan bangunan dan subsidi rawatan melalui Tabung Dialisis Rakyat dengan peruntukan RM10 juta seperti yang dibentangkan dalam manifesto. Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu juga mempunyai misi untuk menjadikan Selangor sebagai hab kesihatan utama negara. Beliau menyatakan keyakinan kerana Selangor mempunyai kelebihan infrastruktur serta berpotensi menjadi pesaing dengan hab kesihatan lain di Pulau Pinang dan Melaka. Selangor ada kepakaran "Mengapa tidak, sedangkan negeri Selangor mempunyai kepakaran, doktor-doktor hebat yang bertauliah, hospital dan prasarana perubatan yang jauh lebih canggih berbanding dua negeri tersebut. "Jika perkara ini berjaya direalisasikan kelak, Selangor akan menjadi hab kesihatan utama bukan hanya kepada penduduk negeri, malah Malaysia juga Asia Tenggara," katanya. Industri perkhidmatan kesihatan di Selangor menyumbang sebanyak lapan peratus kepada pendapatan ekonomi negeri. Sementara itu, ditanya projek perintis mengawal menangani wabak demam denggi menggunakan nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo), beliau berkata kajian awal menunjukkan menunjukkan penurunan kes. Namun, belum ada keputusan yang komprehensif dan masih menimbang sama ada kaedah tersebut mampu mengawal pembiakan nyamuk aedes secara praktikal. "Kita bimbang jika ada kesan sampingan kalau (nyamuk toxo) populasinya bertambah dan mengakibatkan ekosistem tidak seimbang, Jadi kita perlu kaji lagi," katanya. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Program Kawalan Pembiakan Aedes dan Pencegahan Demam Denggi telah pun memulakan langkah awal bulan lalu dengan peruntukan sebanyak RM60,000. Mengenai portfolio usahawan, Daroyah berkata pihaknya akan meneruskan pemerkasaan Pusat Usahawan Sgor (PUNS) sebagai 'one stop centre' bagi aktiviti keusahawanan. "Bila semua (usahawan) bernaung dibawah satu bumbung kita boleh tahu siapa mereka, apa yang mereka usahakan dan sedang ditahap apa jadi kita boleh asingkan ikut tahap keperluan dan pencapaian masing-masing," katanya. Bagaimanapun tiada peruntukan diberikan kerana kerajaan negeri telah menyalurkannya secara terus kepada agensi terlibat, antaranya veterinar, industri asas tani, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). | ||||
Umno sayang dubuk yang makan tuannya!! Posted: 12 Oct 2013 04:45 PM PDT Orang Setia Umno Sebagai "orang setia Umno", saya amat setia pada Umno khususnya masa kepimpinan Tun Dr Mahathir. Bagai anjing yang setia pada Tuannya saya akan mempertahankan kepentingan Tuan saya tanpa disuruh, tanpa diketahuinya walau dari jauh. Sebagai anak KL, saya terlibat langsung dengan reformasi. Tapi bukan anti Mahathir, Cuma anti reformasi. Bila jalan ditutup dengan Trak FRU, saya akan mencari jalan untuk pergi lebih dekat dengan gerombolan itu untuk marah mereka disitu. Iyelah, darah muda, berani mati, umur baru 18 tahun, gelojak darah membuak-buak "berani(tidak bertempat)", sikit pun tak gentar sepertimana saya pergi ke Jalan Klang Lama semasa kekecohan kaum. Malahan, saya dan rakan yang sebulu menaikkan sepanduk, memakai baju Mahathir(T-Shirt Putih kualiti rendah dengan gambar Mahathir dan BN tulisan berwarna biru) semasa reformasi diadakan. Di kedai mamak dengan 100 reformis saya dan rakan tidak gentar untuk berbual mengutuk Anwar dan reformis, sekuat suara dan berjam mepertahankan Umno dan Mahathir. Tibalah masanya PRU 10 pada tahun 1999, umur saya baru 19 tahun, saya sudah terlibat dalam semua proses pilihanraya. Semua tiang dalam kampung, semua simpang dalam KL, semua saya sudah panjat untuk pasang bendera BN. Dikejar reformis, diejek, dihina demi Umno perkara biasa. Di Pondok Panas yang panas dan bahaya pada 1999, saya seorang sahaja yang sanggup tidur di pondok panas ditemani VCD Cetak Rompak dan Komputer gedabak yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, ia amat panas kerana keADILan sedang hangat menjadi pengADIL, justeru mereka amat agresif terhadap apa sahaja yang berlogo Umno dan BN. Allah Maha Besar. Segala penat lelah saya siang dan malam hingga ke pagi buta, 24 jam sehari, dibayar RM50 untuk 2 minggu. Tidak apa, demi Mahathir dan Umno. Malangnya, bila saya mendapat tahu rakan rapat yang tidak panjat tiang tapi hanya mengipas Ketua Cawangan mendapat RM200 ke RM500, Ketua Cawangan pula menambah koleksi kereta dan rumah, maka saya tidak lagi bodoh menjadi pengikut kepada ketua cawangan yang bodoh. Selepas hampir 15 tahun episod reformasi berlalu, kini ramai "musuh-musuh" yang membenci kami ahli Umno anti reformasi kerana mahu mempertahankan Umno, malahan ada yang meludah dan mungkin mahu membunuh kami. Kini ramai mereka sudah pulang ke pangkal jalan, sekurangya itu konotasi simpati yang sering kita dengar. Semalam, saya mendapat berita dari isteri bahawa rakan sekolahnya, Mohd Fairus Khairudin yang juga bekas reformis, bekas PKR, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kini bergelar Dato Seri Dr Mohd Fairus, seorang ahli Umno yang kerap ke luar Negara dan juga penasihat politik kepada pemimpin Umno. Terperanjat??? Bukan BR. Fairuz sahaja, BR. Ezam M.Nor menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian juga merupakan Senator dan beliau pernah mengeji Tuan kami Tun Dr Mahathir dengan segala gelaran. Mungkin, Tun Mahathir berjiwa besar memaafkan mereka tetapi tidak kami sebagai pengikut setia(setia seperti anjing) kepada Tun M. Terbaru, Dato Seri Zahrain pula dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Zulkifli Nordin pula, calon import untuk kerusi Parlimen Shah Alam seolah tiada "anjing setia" Umno di Shah Alam. Ramai lagi nama seperti Ruslan Kassim yang masih saya ingat sebagai reformis dan yang lain. Bila saya menyamakan kesetiaan saya pada Tun M dan Umno seperti anjing mungkin buruk pada kalian kerana persepsi "blok minda" muslim, tetapi, ALLAH mencipta anjing dengan sifat mulia anjing iaitu kesetiaan paling tinggi terhadap Tuannya. Justeru, saya tidak marah, cuma saya hairan dan tertanya-tanya, apakah sia-sia menjadi setia pada Umno? Tulisan ini pasti melonjak perasaan ahli Pas, PKR dan DAP, dan suka saya matikan dengan kenyataan cermin-cermin parti anda, anda juga mempunyai Pengkhianat yang diangkat Pejuang dan terbaru adalah Muhammad Taib. Malahan, Ketua Pembangkang sendiri pernah menghina Nik Aziz dengan selipar najis(terompah). Saya bukan aktif politik, tapi melihat pada pejuang Umno yang aktif politik tetapi diketepikan menjadi alasan saya untuk tidak berpuas hati dengan kaedah politik Umno sebagai parti pemerintah. Mungkin benar sia-sia setia pada Umno sebagaimana Arwah Kamsan Bin Asop, Parit Yaani, Arwah Mohd Zaman Abdul Karim, Kg Nakhoda dan ramai lagi. Jika mereka tidak sempat dibalas jasanya oleh Umno, saya berharap Umno belajar untuk membalas jasa ramai lagi ahli Umno yang setia seperti anjing. Anjing walaupun jijik untuk anda lebih mulia dari berjasa kepada golongan dubuk yang akan meninggalkan Tuan yang lemah malah akan makan Tuannya sendiri bila lapar. Jika Umno tidak berminat dengan tulisan rintihan ini apatah lagi untuk berubah, saya ucapkan tahniah dan teruskan. Kami tetap setia pada Umno tetapi anak-anak kami akan membenci Umno yang melayan sikap setia seperti anjing dengan menganjingkan kami sebagai anjing kurap yang hanya diberi bantuan sisa-sisa lapahan dubuk dan juga Tuan-Tuan kami. Hari tidak selamanya cerah bagi dubuk, juga tidak selamanya mendung bagi kami. Jika ditakdirkan PRU 14 Umno tewas, yang tinggal mempertahankan Umno adalah ahli-ahli setia Umno yang mempunyai kualiti kesetiaan yang tinggi. Demi Agama, Bangsa dan Negara, mungkin ahli setia Umno ini tidak kisah terus diketepikan. Mungkin. Sebagai umat Islam yang diajar kebertanggungjawaban dan nilai suci, adalah paling penting bagi kami berprinsip dan berpegang pada prinsip kerana penting untuk kami mempunyai jawapan untuk dijawab pada Allah kelak. | ||||
Elaun ketua pembangkang perkembangan baik – Khir Posted: 12 Oct 2013 04:36 PM PDT
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo memandang positif terhadap pemberian elaun kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor. "Ini satu perkembangan yang baik," katanya kepada TV Selangor hari ini. Rabu lalu, Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian elaun kepada ketua pembangkang, antaranya elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja dan kereta rasmi kerajaan berjumlah RM8,620 sebulan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980. Mohamed Khir berkata, pemberian elaun itu perlu disusuli dengan memperkasa peranan ketua pembangkang dalam sistem demokrasi di Selangor dengan memberi lebih akses dalam semua aktiviti di Selangor. "Kita harap kerajaan negeri lebih terbuka untuk melihat semua program dan projek di Selangor dapat dikongsi bersama," katanya. Ketika beliau masih menteri besar, Mohamed Khir mengakui, ketua pembangkang tidak diberi kemudahan sama kerana situasi dan peranan pembangkang berbeza berbanding masa kini. | ||||
Geran tanah: PR Selangor akhiri penantian 20 tahun Posted: 12 Oct 2013 04:34 PM PDT
SUBANG: Penantian 219 keluarga dari Kampung Sri Indah, Paya Jaras untuk memiliki geran tanah kediaman sejak 20 tahun lalu berakhir apabila menerima hak milik masing-masing daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini. Seorang penerima, Goh See Hai, 52, berkata, beliau terpaksa menunggu sekian lama biarpun segala dokumen telah diserahkan sejak Kerajaan Umno BN dahulu namun sikap yang diamalkan kerajaan pemerintah ketika itu menyebabkan urusan hak milik tanah tertangguh bertahun-tahun, lapor Selangorku. "Saya telah menetap di kampung ini lebih 20 tahun, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat geran ini, biarpun kerajaan dahulu berjanji untuk menyelesaikannya, tapi akhirnya ia diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya. Bagi Yap Kwai Loon, 52, beliau merasa gembira kerana isu berkenaan dapat diselesaikan kerana terpaksa menunggu selama lebih 23 tahun. "Dulu wakil MCA ada berjanji untuk menyelesaikannya, tapi saya sudah menunggu terlalu lama, akhirnya dapat juga geran tanah sendiri, terima kasih kepada Adun dan kerajaan negeri yang banyak membantu," katanya yang berwajah ceria. Kedua-dua mereka ditemui ketika satu majlis penyerahan kelulusan geran yang disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah di Dewan JKKK Kampung Sri Indah A, Paya Jaras, di sini hari ini. Turut hadir, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa. (Gambar atas) Sementara itu, Mohd Khairuddin ketika ditemui berkata, sebanyak lima kampung lagi di bawah Dun Paya Jaras masih menunggu geran tanah masing-masing dan berharap isu berkenaan akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi. "Pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mempercepatkan segala urusan berkenaan hak milik tanah ini. "Di Dun Paya Jaras ini terdapat 15 buah kampung dan sebanyak lima buah kampung masih lagi menunggu dan saya berharap kerajaan negeri dapat membantu segala urusan berkenaan supaya semuanya mendapat hak milikan sendiri," katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS negeri. Kesemua penduduk berkenaan bakal menerima geran tanah selepas meyelesaikan jumlah premium sebanyak RM1,000 yang disyaratkan oleh kerajaan negeri. | ||||
Pengerusi Tekun Kalah Di Gopeng Posted: 12 Oct 2013 04:25 PM PDT MSTAR ONLINE IPOH: Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian Gopeng pada pemilihan peringkat bahagian pada Sabtu. Hamidah, yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang lagi calon Wan Razita Wan Razak ditewaskan Juliliyana Mohd Junid. Beliau yang juga pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi. Pemilihan Wanita Umno di kesemua 24 bahagian di Perak menyaksikan 12 calon Ketua Wanita bahagian menang tanpa bertanding. Ketua Wanita negeri, Datuk Rusnah Kassim mengekalkan jawatan Ketua Wanita bahagian Tanjung Malim tanpa dicabar manakala Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Nolee Ashilin Mohamed Radzi turut menang tanpa bertanding bagi jawatan sama di Kampar. Sementara itu, Ketua Puteri negeri Salbiah Mohamed, yang mempertahan jawatan Ketua Puteri di Gerik, merupakan antara 16 calon menang tanpa bertanding. Bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian, lima calon menang tanpa bertanding. Mohamad Iruan Zulkefli, yang turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umnopusat, mengekalkan jawatan Ketua Pemuda di Lenggong. Bahagian Parit Buntar menyaksikan Presiden Belia 4B Malaysia Muamar Ghadafi Jamal Jamaludin menewaskan dua pencabar lain bagi jawatan Ketua Pemuda. - BERNAMA | ||||
Khairy, Shahrizat dan Mas diisytihar menang Posted: 12 Oct 2013 04:21 PM PDT MALAYSIA KINI VIDEO | 2.35 mins dikemaskini 3.55am Keputusan rasmi yang diumumkan setakat jam 3.55 pagi Ahad ini oleh Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menunjukkan Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat 100 undi manakala Khairy Jamaluddin memperolehi 97 undi dan masing-masing diisytiharkan sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita Umno Malaysia. Manakala Mas Ermieyati Samsudin pula mendapat 96 undi dan diisytihar sebagai ketua puteri Umno Malaysia. Manakala keputusan rasmi bagi jawatan naib ketua dan exco semua sayap akan diumumkan menjelang tengahari hari Ahad melalui kenyataan media kepada semua media. Sebelum itu, Khairy dan calon-calon utama berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana pengumuman keputusan rasmi pemilihan tiga sayap Umno itu dibuat sejak petang tadi. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga hadir dengan ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Empat lagi calon yang bersaing untuk jawatan ketua Pemuda ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali. Khairy yang berpakaian Baju Melayu, tiba PWTC bersama isterinya sekitar jam 9.50 malam.. Shahrizat pula tiba di PWTC dengan ditemani suaminya, Datuk Mohamad Salleh kira-kira jam 10:35 malam. Mas Ermieyati tiba di PWTC bersama para penyokongnya kira-kira jam 10.15 malam. Keputusan rasmi sehingga jam 3.55 pagi Ahad ini adalah seperti berikut. Jumlah undi tidak rasmi dalam kurungan. WANITA Ketua Wanita: 1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 100 undi (98) 2. Raihan Suleiman Palestin : 1 undi (1) 3. Datuk Maznah Mazlan : 1 undi (3) Naib Ketua Wanita: 1. Datuk Azizah Mohd Dun : 26 undi (54) 2. Datuk Suraya Yaacob : 9 undi (12) PEMUDA Ketua Pemuda: 1. Khairy Jamaluddin : 97 undi (115) 2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi 3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi 4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi 5. Abd Karim Ali : 0 undi Naib Ketua Pemuda: 1. Khairul Azwan Harun : 14 undi (64) 2. Mohamad Iruan Zulkefli : 6 undi (10) 3. Jamawi Jaafar : 8 undi (22) 4. Lokman Noor Adam : 3 undi (4) PUTERI Ketua Puteri: 1. Mas Ermieyati Samsudin : 96 undi 2. Jamilah Hanim Othman : 12 undi (26) Naib Ketua Puteri: 1. Zahida Zarik Khan : 28 undi (56) 2. Norsabrina Mohd Nor : 15 undi (31) 3. Nazliah Ali : 7 undi (17) Sehingga 9.30 malam ini, keputusan rasmi menunjukkan dua lagi calon ketua Wanita - Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman belum mendapat sebarang undi. Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi menunjukkan Maznah mendapat undi pertama dari bahagian Cheras, diikuti bahagian Jerantut dan Rompin. Sementara itu, wakil kepada seorang calon yang bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga jam 8.45 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairul Azwan Harun mendapat 64 undi. Manakala keputusan tidak rasmi bagi calon-calon lain ialah Jamawi mendapat 18 undi, Mohamad Iruan (6) dan dan Lokman (3). | ||||
Tawaran KPN kepada Surendran tak bertanggungjawab Posted: 12 Oct 2013 04:18 PM PDT Oleh AZMIN ALI Saya merujuk kepada cabaran KPN kepada Naib Presiden KEADILAN , YB N. Surendran untuk mengiringi polis untuk ' tembak-menembak' dengan suspek penjenayah. Ini adalah satu cabaran yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima yang dilontarkan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Ahli Parlimen yang telah menimbulkan kebimbangan atas dasar ' menembak dahulu soal kemudian' Menteri Dalam Negeri. Daripada mengeluarkan cabaran seperti itu, Ketua Polis Negara sewajarnya menangani masalah semua rakyat Malaysia sejak ulasan mengejut yang dibuat oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lebih seminggu yang lalu. Kenyataan beliau adalah sama seperti pengakuan bahawa suspek sengaja ditembak mati oleh pihak polis. Selain itu, adalah amat membimbangkan apabila Ketua Polis Negara telah meminta N. Surendran untuk menandatangani satu surat indemniti membebaskan polis bagi apa-apa 'kemalangan' yang mungkin berlaku apabila beliau mengiringi pasukan polis untuk "tembak-menembak". Adakah Ketua Polis Negara meminta N. Surendran untuk menandatangani sendiri waran kematian beliau? Mengapa pihak polis begitu cepat untuk membebaskan diri mereka daripada liabiliti, walaupun Ketua Polis Negara sendiri telah membuat tawaran kepada N. Surendran ? Kita tidak pernah mempertikaikan bahawa para pegawai penguatkuasa undang-undang kita meletakkan diri mereka dalam risiko, dan kita amat menghargai pengorbanan mereka. Apa yang kita lakukan adalah mempersoalkan sebarang penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis dan dasar 'tembak dahulu' penjenayah. Cara yang berkesan dan profesional untuk menangani isu-isu ini adalah dengan membentuk badan seperti IPCMC untuk memastikan bahawa polis mengikuti SOP yang ditetapkan dan kakitangan yang ingkar ditangani dengan sewajarnya. Sebaliknya, Ketua Polis Negara mengeluarkan satu cabaran yang bodoh sombong dan keterlaluan terhadap wakil yang dipilih rakyat. Tingkahlakunya benar-benar tidak seperti ketua Pasukan Polis Diraja Malaysia dan kita harus mengingatkan beliau bahawa pangkat besar yang memberi kuasa besar turut membawa tanggungjawab yang berat. | ||||
Kenapa HEP tidak layak kendali pilihan raya kampus? Posted: 12 Oct 2013 04:14 PM PDT Anda tentu boleh faham mengapa proses dan perjalanan pilihan raya di negara ini sukar sangat dijalankan secara adil, telus dan bebas, 'kan? Elit pemerintah, apatah yang sudah begitu lama "berkuku", terutama yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, malah menerajui takhta secara zalim dan menindas, tentu akan berusaha sedaya mungkin mempertahankan singgahsana dengan apa kaedah jua Biarpun siri perhimpunan dan perarakan tunjuk perasaan menuntut pilihan raya bersih sudah diatur sejak lebih lima tahun lalu dan dihadiri ratusan ribu orang menghantar mesej jelas, namun sistem yang pincang-tempang itu tetap diteruskan. Sekurang-kurangnya kita dapat memahami apa yang berlaku. Ya, begitu dahsyatnya tarikan kuasa sehingga penyandang bermati-matian mengeksploitasi dan memanipulasi apa jua kemudahan kerajaan, media dan wang. Peralihan tampuk pemerintahan, terutama di peringkat persekutuan, bukan saja membuka laluan untuk perubahan dan reformasi lebih menyeluruh, malah mungkin akan mengheret bekas pemimpin yang ditolak rakyat ke muka pengadilan, selain hilang segala keistimewaan dan kekebalan. Tetapi saya agak kebingungan dengan situasi di IPTA, yang bakal melangsungkan pilihan raya kampus (PRK). Perkembangan demokrasi di universiti tempatan, khususnya dalam proses pemilihan majlis perwakilan pelajar, rupanya lebih tragis dan buruk berbanding suasana pilihan raya umum. Tiada istilah "padang permainan sama rata". Pertama, tarikh PRK semacam menjadi misteri dan teka-teki. Begitu payah sekali pihak universiti (Hal Ehwal Pelajar) untuk membuat pengumuman awal. Dan apabila diisytiharkan, selalunya tarikh yang dipilih itu cuba memerangkap mahasiswa yang tidak cenderung kepada Umno-BN (Pro-Mahasiswa). Manakala tempoh berkempen singkat sekali, mengambil kira helah cuti hujung minggu (terbaru di UKM, cuti Aidiladha) dan kesukaran calon memasuki kolej-kolej kediaman untuk bertemu pelajar. Tegasnya, Pro-M mahu diasak bertanding dalam keadaan tidak bersedia; ibarat kaki dan tangan diikat, seterusnya diajak bertinju! (Di UKM, pengumuman tarikh PRK dibuat pada 11 Oktober ketika pelajar sudah mula pulang ke kampung untuk bercuti sehingga 16 Oktober sempena Aidiladha. Malah setiap calon bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP sedangkan bengkel tersebut hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu 17 Oktober manakala keesokannya sudah penamaan calon). Kedua -- sebenarnya inilah yang lebih utama -- pihak HEP yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengendali PRK, bukan sahaja mengambil sikap memihak atau pilih kasih, iaitu untuk memberi kemenangan mudah kepada kumpulan Aspirasi pro-Umno, malah berkomplot menyekat peluang Pro-M. Lapan tahun dulu, saya pernah mendedahkan konspirasi HEP dengan Aspirasi, yang mengadakan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat Umno, di PWTC, melibatkan Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, yang turut dihadiri sayap parti komponen BN, misalnya Puteri Umno dan Pemuda MCA. Ada kalanya pertemuan sulit itu dipengerusikan wakil Pemuda Umno! Bayangkan, mesyuarat yang sering diketuai Menteri Pengajian Tinggi, dengan kehadiran TNC HEP dan wakil Aspirasi setiap universiti, membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk mengalahkan kumpulan pelajar yang lain, termasuk meminda peraturan PRK, bagi menutup potensi mahasiswa yang dilihat propembangkang. Tahun lalu, terdedah Ops 2020, yang juga melibatkan HEP, Umno, Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri dan agensi kerajaan yang lain, bagi memastikan semua 20 IPTA dikuasai pelajar Aspirasi. Pelbagai taktik licik dibincangkan untuk mencapai target yang disasarkan. Dan baru-baru ini, terbongkar satu lagi komplot jahat yang sama, turut membabitkan TNC HEP, khususnya di Universiti Malaya, melalui kursus pemantapan jentera dan calon PRK, di Melaka (cadangan awalnya di Negeri Sembilan) pada 18-20 September, membincangkan kaedah untuk mempertahankan penguasaan Aspirasi di universiti tertua itu. Beberapa makalah diedarkan dalam kursus tersebut, antaranya bertajuk "Kenapa belia perlu tolak Pakatan Rakyat", "Akujanji Barisan Nasional adalah Islamik", dan "50 Dalil kenapa DAP mesti ditolak umat Islam". Sekiranya kursus itu dianjurkan Umno, malah dirasmikan Presidennya, Najib Razak sekalipun, kita dapat menerimanya dengan senang hati. Ya, apa salahnya kalau Umno-BN, ataupun PAS, KeADILan dan DAP mahu menyediakan kursus buat kader-kader mereka di universiti; silakan .... Isu besar di sini ialah pembabitan proaktif HEP dan Kementerian Pendidikan -- yang seharusnya bertindak bebas-adil sebagai pengendali PRK -- berkomplot bersama satu kumpulan pelajar (Aspirasi) bagi mengalahkan saingan mereka (Pro-M), dengan perbelanjaan dana awam, yang juga disokong dekan fakulti masing-masing. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hebat dikritik Bersih itu pun tidak seburuk HEP dalam mengendalikan pilihan raya umum, 'kan? Lebih pelik, saban tahun Umno mendakwa hampir semua IPTA dikuasai Aspirasi kecuali beberapa kampus di Lembah Klang, misalnya UIAM, UKM dan UM. Biarkanlah pelajar bebas bereksperimen menentukan pemimpin yang dipilih. Lagi pun, apalah kuasa-pengaruh Pro-M jika mereka menang pun? Saya amat menyokong gesaan rakan-rakan Pro-M, khususnya Presiden Gamis, Azan Safar, supaya HEP yang terjejas teruk kewibawaannya itu tidak lagi mengendalikan PRK. Sudah banyak bukti HEP mengkhianati amanah sebagai badan bebas, malah menggalakkan perpecahan di kampus. "Saya cadang agar mahasiswa yang uruskan pilihan raya mereka sendiri. Tak susah, buka borang permohonan, adakan kursus pengurusan pilihan raya, pilih sukarelawan di kalangan mahasiswa dan HEP boleh menjadi pengurus kepada bahagian-bahagian teknikal dan logistik, selain sekadar pemantau daripada luar," kata Azan, sambil mengalu-alukan pemantauan badan luar. -- lutfi_detik@yahoo.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan