Ahad, 13 Oktober 2013

Biaqpila

Biaqpila


RUMAH MB PERLIS TERBAKAR

Posted: 13 Oct 2013 05:36 AM PDT


KUALA LUMPUR - Kediaman Menteri Besar Perlis Azlan Man di Bukit Persekutuan di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam semalam.

Ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, empat anggota keluarganya yang berada di banglo dua tingkat berkenaan berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad, ketika kejadian empat bersaudara terbabit berada di tingkat atas rumah sebelum bergegas menyelamatkan diri selepas menyedari ada kebakaran.

Enam jentera bomba bersama-sama 57 anggota dari balai bomba Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail dan Seputeh digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Setibanya di lokasi kami mendapati hampir 60 peratus bahagian dalam rumah telah terbakar berikutan struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya api berjaya dikawal setengah jam kemudian, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu di KANGAR, Azlan memberitahu Bernama beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Saya belum sempat pulang untuk melihat sendiri keadaan rumah, namun dimaklumkan bahagian atas rumah musnah, katanya yang ditemui selepas penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung seluruh Perlis.

Katanya beliau sudah tinggal di rumah itu ketika masih berkhidmat dalam sektor awam.

Belum pasti bila saya akan pulang untuk melihat rumah kerana jadual tugas saya di sini padat, katanya menambah isteri beliau sudah ke Kuala Lumpur untuk melihat tahap kerosakan dan kerugian yang dialami. - Bernama



P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

LAWAK AHAD: PAK PANDIR MINTAK LOAN

Posted: 12 Oct 2013 06:00 PM PDT


Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut. Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..

Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak

RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya. Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.

Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa aku je laaa….

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.





KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: