Ahad, 13 Oktober 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Jangan buat mudah dengan PRK Sungai Limau

Posted: 13 Oct 2013 05:37 PM PDT

Penulis sungguh sungguh setuju dengan pandangan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tiga hari ini pasal DUN Sungai Limau.

Sememangnya betul tidak boleh ambil mudah atau buat mudah dengan Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Mengapa? Kerana pilihanraya kecil merupakan peluang bagi umno/BN menyerang habis habisan untuk robohkan kubu kuat PAS itu, macam  Dun Manik Urai, Kuala Krai Kelantan dahulu.

Bayangkan majority Pak Su Wail sebanyak dua ribu undi hilang begitu teruk dan hampir hampir kalah pada pilihanraya kecil tersebut.

Penulis melihat Dun Sungai Limau, Jerai Kedah lebih kurang sama dengan DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan.

Pak Su Wail bukan calang calang wakil rakyat Pas Kelantan. Pendek kata beliau merupakan wakil rakyat mesra rakyat, miskipun tidak ada ijazah macam lain lain wakil rakyat.

Demikian juga ustaz Azizan Razak yang menang lima penggal di Dun Sungai Limau yang menjadi kubu kuat PAS dan dikatakan sangat sukar untuk dirobohkan.

Dan tidak mustahil Dun Sungai Limau dapat dirobohkan pada pilihanraya kecil yang akan diadakan 4 November depan jika calonnya tidak setanding dengan ustaz Azizan Razak.

Atas sebab itulah presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, mahu calon yang dipilih dan bertanding nanti mestilah orangnya setanding dengan ustaz Azizan wakil rakyat mesra rakyat yang pandai jaga hati pengundi.

Pada penulis ustaz Azizan Razak pengaruhnya lebih tinggi berbanding ustaz Fadhil Mohd Nor dalam arena politik Negara.

Beliau sangat disegani dan digeruni oleh umno/BN yang merupakan musuh politik asasi disamping ada musuh dalaman sepanjnag menjadi menteri besar Kedah dalam masa singkat telah di anugerahkan gelaran Tan Sri.

Oleh itu, faktor calon harus diutamakan oleh PAS miskipun sesetengah pendapat mengatakan umno masih belum boleh menang lagi pada pilihanraya kecil nanti jika calonnya setanding dengan ustaz Azizan.

Macam juga DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan yang masih kekal di tangan PAS walapun dengan majority yang sangat tipis pada pilihanraya kecil tersebut.

Lihat pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang mana umno sangat kecewa, kerana dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan tawaran seribu buah rumah percuma kepada rakyat tempatan, hanya 156 orang sahaja yang memberi undi Kepada calon umno.

Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Kuala Besut ini, maka DUN Sungai Limau Insya Allah masih kekal milik PAS dengan majority sikit susuk. Maklumlah semua tenaga dan jentera pilihanraya umno turun habis habisan bagi mempastikan kerusi Dun tersebut roboh.






Tiada ulasan: