Selasa, 22 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut? oleh Faekah

Posted: 22 Oct 2013 09:30 AM PDT


Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor. Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baharu di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil. Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang "pandai berbelanja", berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara.

Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan. Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya.

Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diwar-warkan kepada umum.

Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang Menteri Besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri. Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baharu sahaja bermula dan tempuh bagi PRU14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama.

TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN. Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan. Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan (priority) bukan sekadar kemampuan.

TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya.

Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros.

Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka. Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Sultan Brunei mula laksanakan Hukum Hudud..

Posted: 22 Oct 2013 05:00 AM PDT

Suatu masa dulu Baginda pernah bertitah.. "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya yang mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam... video ucapannya sila lihat di ( SINI )

Hari ini AFP melaporkan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan antara individu paling kaya didunia berkata perlaksanaan Akta Jenayah Islam telah dilaksanakan secara rasmi selasa lalu, keseluruhan perlaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan.

"Dengan izin Allah swt, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, tugas kita kepada Allah oleh itu dipenuhi," Sultan, 67, berkata dalam ucapannya. 

Itu antara apa yang dilaporkan oleh Agence France-Presse (AFP), oleh kerana apa yang dilaporkan itu adalah perlaksanaan hukum Allah oleh seorang pemimpin Islam maka korang faham-fahamlah..

Habis segala keburukkan Sultan Brunei didedahkan bagi menggambarkan beliau adalah seorang yang teruk..

Ni laporan dari AFP yang dimaksudkan itu... 

Sultan of Brunei introduces tough Islamic punishments  
Sultan Hassanal Bolkiah -- one of the world's wealthiest men -- said a new Sharia Penal Code in the works for years was officially introduced Tuesday in the tiny, oil-flush sultanate and would be phased in beginning in six months. 
Based on individual cases, punishments could include stoning to death for adultery, severing of limbs for theft, and flogging for violations ranging from abortion to alcohol consumption, according to a copy of the code. 
The code applies only to Muslims. 
"By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled," the sultan, 67, said in a speech. 
An absolute monarch whose family has tightly controlled the languid, oil-rich country of 400,000 for six centuries, the sultan first called in 1996 for the introduction of Sharia criminal punishments. 
The sultan already imposes a relatively conservative brand of Islam on his subjects, compared to Brunei's Southeast Asian Muslim neighbours, Malaysia and Indonesia. 
Brunei bans the sale and public consumption of alcohol and closely restricts other religions. 
But Sharia has been a rare point of contention in a land where the sultan's word is unquestioned, with many Bruneians quietly grumbling that the concept is out of step with the affluent country's laid-back ethnic Malay society. 
"These rights-abusing policies are a good indication of why modern democracy and the right of people to participate in their government is a much better idea than anachronistic absolute monarchy," said Phil Robertson, deputy Asia director for Human Rights Watch. 
The situation shows that "respect for basic civil and political rights is near zero in Brunei," he added. 
The monarch himself has acknowledged concerns over Sharia in recent years as the code was being drafted. 
Compatible with Malay culture? It was not immediately clear how aggressively it would be enforced. 
Two years ago, the Attorney-General's office promised Brunei would apply an extremely high burden of proof for Sharia cases and judges would have wide discretion in applying it, in comments apparently aimed at easing public fears. 
"It seems almost incompatible with Malay culture, which is peace-loving," said Tuah Ibrahim, 57, driver of a boat taxi in the capital Bandar Seri Begawan. 
He said Sharia can be acceptable if proportionate to the crime, but adds: "I can't imagine our country turning into somewhere like Saudi Arabia." 
Brunei already has a dual system combining civil courts based on British law -- the sultanate was a British protectorate until 1984 -- and Sharia-compliant courts limited to personal and family issues such as marriage and inheritance. 
Nearly 70 percent of Brunei's people are Muslim ethnic Malays. About 15 percent are non-Muslim ethnic Chinese, followed by indigenous tribes and other groups. 
Bankrolled by South China Sea oil and gas fields, Brunei has one of Asia's highest standards of living, including free medical care and education through the university level. 
The monarch's wealth -- estimated at $20 billion by Forbes magazine two years ago -- and luxurious lifestyle have become legendary, with reports emerging of his vast collection of luxury vehicles and gold-bedecked palaces. 
The monarchy was deeply embarrassed by a sensational family feud between Hassanal and his younger brother Jefri Bolkiah over the latter's alleged embezzlement of 15 billion dollars during his tenure as finance minister in the 1990s. 
Subsequent court battles and exposes revealed salacious details of Jefri's un-Islamic jet-set lifestyle, including allegations of a high-priced harem of Western paramours and a luxury yacht he owned called "Tits." 
Despite a suave image overseas, the sultan repeatedly warns at home of the potential impact that increasing integration with the world could have on Brunei's moral values and has leaned towards Islamic orthodoxy of late. 
In the past year, the government introduced mandatory religious education for all Muslim children and ordered all businesses closed during Friday prayers. 
In his speech, the sultan appeared to try to assuage any international concerns that may arise, saying the Sharia change "does not in any way change our policies ... as a member of the family of nations." ~ AFP

Ulasan pemimpin parti perkauman Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam mengenai perlaksanaan Hukum Hudud sila lihat di ( SINI )

Apa dah jadi dengan PAS Kelantan nie?

Posted: 22 Oct 2013 02:40 AM PDT


Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.

Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.

Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa menyerang dasar kerajaan negeri.

Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.

Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan.

Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai.

Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini.

"Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu?

"Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru.

"Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. "Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang", istana kata: 'Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk'. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya.

~ The Malaysian Insider

UMNO dan PAS sama?.. Nih jawapan dari TG Nik Aziz buat Muhyiddin..

Posted: 21 Oct 2013 11:43 PM PDT


Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan.Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti.

Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan.

Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat.

Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia.

Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya.

Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah.

Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam erti kata lain, barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaj di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama.

Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan.

Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 17 Zulhijjah 1434H bersamaan 22 Oktober 2013M

Najib benarkan Kristian guna Kalimah Allah, Apa Noh Gadut nak kata?.. Pejuang Kalimah tak nak demo ke?

Posted: 21 Oct 2013 08:59 PM PDT


Berkatalah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut pada 16 Oktober lalu.. orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.

Oleh kerana terpaksa menjaga hati rakyat Sabah dan Sarawak yang menjadi fixed deposit buat Barisan Nasional.. Najib terpaksa bersuara untuk menjaga hati rakyat Sabah dan Sarawak..

Maka berkatalah Najib...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. 
Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri. 
"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya. 
Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini ~ The Malaysian Insider

Nak jaga hati punya pasal.. Najib terpaksa meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya dan secara tidak langsung beliau juga telah mewujudkan dua set undang-undang bagi negara ini..

Sebelum itu, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, berkata penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung isu Allah terpakai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sedangkan menurut para Peguam yang mahir dalam selok belok perlembagaan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu adalah pengharaman secara menyeluruh perkataan itu yang memberi kesan kepada semua penganut Kristian di Malaysia..

Peguam Fahri Azzat, berkata keputusan mahkamah itu menyebabkan kekeliruan. 
"Pertamanya kita harus membezakan kenyataan dibuat mengikut perspektif politik. Tidak benar ia tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana jika sesiapa saja membawa kes itu di Malaysia Timur, menteri dalam negeri juga boleh menyekat penggunaan perkataan itu di sana. 
"Ini masih belum berlaku pada ketika ini, tetapi jika sesiapa mencabarnya, ia akan terpakai," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam. 
Peguam Edmund Bon, berkata mahkamah berhujah bahawa kalimah Allah diharamkan bagi akhbar mingguan Herald kerana ia tidak termasuk dalam ajaran Kristian dan dalam ibadah mereka. 
"Ini bermakna penghakiman tersebut melibatkan semua Kristian," katanya. 
Presiden Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Jagir Singh yang juga seorang peguam mempersoalkan mengapa negara mempunyai dua set undang-undang dalam isu ini. 
"Ini tidak betul kerana kita hanya boleh mempunyai satu undang-undang terpakai di seluruh negara," katanya. 
Jagir berkata, penghakiman itu mempunyai implikasi besar dan memberikan menteri dalam negeri kuasa mutlak yang tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh mahkamah. 
"Dalam kes Herald, tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan akhbar tersebut digunakan untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam. Sebaliknya, bukti menunjukkan ia hanya digunakan kepada penganut Kristian," katanya. 
"Keenganan mahkamah untuk melihat sama ada menteri dalam negeri adil atau tidak bermakna beliau sekarang mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap agama lain," katanya. 
Jagir berkata, bahaya sekarang adalah menteri dalam negeri mungkin boleh mengawal selia kebebasan asas, termasuk kebebasan beragama dengan hujah sesetengah pihak mungkin terkeliru atau mengganggu ketenteraman awam dan mahkamah hanya berdiam diri tanpa memikirkan faktor perundangan, keadilan dan kesaksamaan. 
Semua peguam itu bersetuju bahawa apa yang gereja Katolik dan bukan Islam boleh lakukan adalah untuk merayu di Mahkamah Persekutuan atau Parlimen ~ The Malaysian Insider..

Hmmm.. apa Noh Gadut nak kata kali ni?.. macai-macai yang bermati-matian nak pertahan Kalimah Allah tu dah kemana?..

Najib benarkan Kristian guna Kalimah Allah tu.. tak nak buat demo ke? atau nak biarkan saja akidah ummat Islam di Sabah dan Sarawak ni tergugat?

UMNO dan PAS sama saja kata Muhyiddin.. jadi undilah PAS!!

Posted: 21 Oct 2013 08:05 PM PDT


Dulu dia kata PAS parti ajaran Sesat.. sekarang dia kata Umno dan Pas banyak persamaan kerana asas perjuangannya tidak banyak berbeza pulakdah..

Oleh kerana Muhyiddin dah kata UMNO dan PAS sama saja, oleh itu para pengundi BN di DUN Sungai Limau bolehlah mengundi PAS pada PRK akan datang ini.. sebab tak ada bezanya..

Tapi para pengundi yang dah undi PAS pada PRU13 lalu teruskan mengundi PAS kerana PAS tidak pernah meletakkan perjuangannya sama dengan apa yang diperjuangkan UMNO/BN...
Umno dan Pas banyak persamaan kerana asas perjuangannya tidak banyak berbeza, ujar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Meski ungkapan ini kerap kali didengar dari mulut pemimpin itu, namun kali ini senarionya berbeza apabila ia diperkatakan kepada pengundi di Dun Sungai Limau yang bakal memilih Adun mereka pada 4 November depan. 
Jelas Muhyiddin, kedua-dua parti yang bertanding mempunyai perjuangan sama iaitu mendokong Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam semua bidang untuk kemajuan bersama. 
Lantaran itu katanya, pengundi boleh memilih sesiapa sahaja dalam pilihan raya tetapi BN menawarkan pelbagai kelebihan berbanding Pas untuk kesejehteraaan rakyat, terutama di kawasan Sungai Limau. 
Beliau berkata, ada pihak yang mencadangkan agar BN tidak masuk bertanding dalam PRK Dun Sungai Limau dengan memberi laluan kepada Pas untuk menang tanpa bertanding kerana ia kawasan mereka. 
"Tetapi dengan mengambil kira kebebasan demokrasi yang diamalkan di negara ini, BN mahu menawarkan diri untuk membela nasib penduduk di sini dengan membawa pelbagai pembangunan yang sedang dinikmati oleh kawasan lain. 
"Kita mahu penduduk di kawasan ini turut mengecapi pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan lain. 
Tambahan pula Kedah kini ditadbir oleh kerajaan BN dan ini memudahkan semua urusan," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman nama calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau di sini. 
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tiga minggu lalu. 
Penamaan calon diadakan pada Rabu ini manakala pengundian pada 4 November depan ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: