Selasa, 22 Oktober 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BILA PAS SUDAH MULA BERWAJAH UMNO?...

Posted: 22 Oct 2013 07:00 AM PDT

Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.
Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.
Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.
Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan.
Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai.
Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini.
"Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu?
"Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru.
"Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. "Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang", istana kata: 'Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk'. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu.
Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya. – 22 Oktober, 2013.

Tiada ulasan: