Addin |
- Bung Mohktar Radin Letak Jawatan
- Pulak Dah!! Zahid Kata Tiada Pistol Polis Jatuh ke Laut
- Pemimpin PAS Pusat Ke Kelantan Selesaikan Kemelut
- Kantoi!! Pesuruhjaya PAS Selangor Menjalankan Tugas Rasmi Dengan Kenderaan 'Mewah'
- Gambar MB Kedah Beraksi Zuhud Tersebar
- Patutlah BN Perkenalkan GST.. Ini Sebabnya
- Ali Rustam Kena Kencing Lagi.. Kali Ini Dengan Siapa Pulak?
- Kenapa Mahathir 'Meletup'.. Ini Puncanya
Bung Mohktar Radin Letak Jawatan Posted: 22 Oct 2013 09:34 AM PDT Suasana gembira meraikan kemenangan Ketua UMNO Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bertukar hiba apabila beliau mengumumkan meletak jawatan, sekali gus menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Jafry Ariffin. Pengumuman mengejut itu menyebabkan suasana sunyi sebelum seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin cukup dikenali itu. Difahamkan, Bung Moktar mahu meletak jawatan kerana terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli yang tidak bersatu hati selain cuba 'menikam dari belakang'. "Apakah kehadiran saya selama ini langsung tidak memberi sebarang perubahan baik untuk Kinabatangan?," katanya ketika ditemui di Dewan Hakka, di sini, semalam. Bagaimanapun, Bung tidak menyatakan tarikh tertentu beliau akan meletak jawatan itu secara rasmi. Terdahulu, Bung Moktar yang menang bertanding memegang jawatan Ketua Bahagian Kinabatangan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman. Lantaran itu, Bung Moktar kecewa kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan ahli dalam parti berpecah-belah dan tiada kesefahaman. "Justeru itu, saya mahu menyerahkan jawatan saya ini kepada mereka yang setia di belakang saya untuk meneruskan perjuangan parti," katanya. |
Pulak Dah!! Zahid Kata Tiada Pistol Polis Jatuh ke Laut Posted: 22 Oct 2013 07:41 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini tidak menyatakan "terjatuh ke dalam laut" menjadi punca kehilangan senjata api polis, sebaliknya terdapat lima faktor lain menyebabkan kehilangan tersebut. Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menjelaskan, antara punca kehilangan senjata api berkenaan termasuklah kenderaan polis dipecah dan senjata api tertinggal di dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir semasa menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas, dan juga kehilangan dalam pejabat. "Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid dalam jawapan bertulisnya yang diperolehi di Parlimen. "Secara keseluruhannya, kategori senjata api yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan," katanya dalam jawapan bertulis tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menanggung kerugian sehingga RM1.33 juta apabila aset termasuk senjata api, gari, dan kenderaan dilaporkan hilang. Pendedahan tersebut menimbulkan respon negatif pelbagai pihak yang turut mempertikaikan keupayaan pasukan keselamatan berkenaan mengawal ketenteraman awam memandangkan berlakunya kehilangan harta benda mereka sendiri. Dalam respon balas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan senjata api berkenaan "terjatuh dalam laut semasa operasi". Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. PDRM jelas Ahmad Zahid mempunyai prosedur khusus bagi menyiasat punca kehilangan tersebut dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyiasat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 79 Akta Polis 1967. "Panduan dan kaedah-kaedah siasatan berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007," katanya. Jawatankuasa berkenaan jelasnya akan membuat pertanyaan yang menjurus kepada sebab-sebab kehilangan dan syor bagi mengelakkan kejadian sama berulang. "Hasil siasatan dan syor akan dinilai bagi menentukan tindakan yang patut diambil, jika terdapat bukti kecuaian maka pegawai bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib, atau kedua-duanya sekali," katanya. Bahagian Teknologi Maklumat (IT) PDRM juga jelasnya sedang membangunkan sub-modul bagi pemantauan dan rekod kes kehilangan aset PDRM bermula daripada ia berlaku sehingga peringkat tindakan dikenakan terhadap pegawai yang bertanggungjawab. "Sistem ini dijangka akan dimulakan operasinya selewat-lewatnya pada November 2013. "Dengan wujudnya sistem tersebut, semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh Urus Setia Pengurusan Kehilangan Aset PDRM," katanya lagi. ~tmi |
Pemimpin PAS Pusat Ke Kelantan Selesaikan Kemelut Posted: 22 Oct 2013 06:59 AM PDT Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri. Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan. Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa (gambar) menyerang dasar kerajaan negeri. Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan. Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan. Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai. Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini. "Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu? "Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru. "Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. "Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang", istana kata: 'Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk'. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu. Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya. ~tmi |
Kantoi!! Pesuruhjaya PAS Selangor Menjalankan Tugas Rasmi Dengan Kenderaan 'Mewah' Posted: 22 Oct 2013 05:05 AM PDT Apalah punya pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ni ... mentang-mentang negeri terkaya di Malaysia yang kini sudah ada wang rizab sebanyak lebih RM3 billion sampai joli sakan untuk kepentingan diri sendiri. Tadi kisah Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim naik bas di Singapura untuk lawatan kerja rasmi kesana... Kini ADUN Meru, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) pula buat hal dengan menaiki bas bersama rombongannya meninjau kemajuan para peserta SKIMSEL yang menjalankan perusahan membuat mee kuning dan pau. Bas yang di naiki YB Dr Rani dan rombongan bukannya bas jenis Kelas Eksekutif tapi jenis bas biasa tapi berhawa dingin .. Aduhhhhh .. apasal tak naik bas mewah ... kalau macam ini habis lah modal juak-juak UMNO nak serang Kerajaan PR Selangor. Juak-juak UMNO selama ini ingatkan gelagat dan perangai para pemimpin PR sebiji seketul macam perangai pemimpin-pemimpin mereka seperti mana di gambarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak dulu dan terkini 2012. Alhamdulillah kini mereka sudah dapat meraih pendapatan RM3 ribu sebulan. Kedekut kedekut juga .... berjimat berjimat juga ... tapi kena pastikan berjimat dan berhemah demi kebaikkan rakyat. Dengar secara serius keluhan dan rintihan rakyat dibawah. .. bantu dan belalah mereka ... nescaya kerja murni dan mulia ini rakyat tidak akan lupa sampai bila-bila. |
Gambar MB Kedah Beraksi Zuhud Tersebar Posted: 21 Oct 2013 10:57 PM PDT Nampaknya apabila gendang perang PRK Sg Limau sudah di palu maka sebagai Menteri Besar Kedah yang tidak mahu di malukan dua kali dalam tempoh terdekat ini. Pertama kalah merebut jawatan sebagai Naib Presiden UMNO untuk penggal 2013-2016 maka terpaksalah dirinya berlakun sebagai seorang Menteri Besar yang zuhud, merendah diri dan hidup penuh dalam kesederhanaan. Bukan nak menyerang peribadi tetapi satu dunia termasuklah para penduduk dan pengundi DUN Sg Limau cara dan gaya hidup sebenar Mukhriz Mahathir. Jangan cuba nak hina dan perlecehkan kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai. Masa nak rebut jawatan Naib Presiden kena gambar diri itu sebagai seorang pemimpin yang bergaya dan berjaya .. bila nak tawan rakyat luar bandar terus berlakun menjadi pemimpin yang hidup penuh dengan kesederhanaan. |
Patutlah BN Perkenalkan GST.. Ini Sebabnya Posted: 21 Oct 2013 08:24 PM PDT Cadangan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada kumpulan berpendapatan rendah adalah disebabkan kelemahan pentadbiran yang dilihat lebih kepada pembaziran dan ketirisan, kata DAP. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar), berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai. "Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi. "Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan. "Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat. Pua berkata, mengapa kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan cukai dibebankan kepada rakyat yang memperoleh pendapatan kurang RM2,500 sebulan. "Hutang kerajaan kini meningkat kepada RM546 bilion selain liabiliti luar jangka yang mencecah RM150 bilion. Dengan angka tersebut, kerajaan dilihat gagal dalam memastikan dana kerajaan diguna dan dilaburkan dengan sebaiknya," katanya. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak harus mengurangkan subsidi secara drastik dalam pembentangan Bajet 2014 kerana menurutnya mekanisme itu tidak akan berkesan jika kerajaan terus boros dalam berbelanja. Beliau berkata, kerajaan seharusnya menambah pendapatan daripada segi cukai dan pelaburan berbanding terus berbelanja secara berlebihan. Katanya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kemuflisan Grece di mana sebelumnya negara itu berbelanja seperti prinsip negara kaya dengan memberikan gaji yang tinggi tetapi mereka tidak mampu yang seterusnya memaksa Greece untuk memohon pinjaman. Ketika ditanya adakah sekarang masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melaksanakan GST, Dr Mahathir berkata, ia tidak bergantung kepada masa asalkan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat. Beliau berkata, cukai kepada rakyat juga tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana ia akan menekan rakyat. Katanya, cukai yang dinaikkan sedikit demi sedikit tidak akan terlalu membebankan rakyat malah mereka akan terbiasa dengannya. ~tmi |
Ali Rustam Kena Kencing Lagi.. Kali Ini Dengan Siapa Pulak? Posted: 21 Oct 2013 06:20 PM PDT Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini. Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal. Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan sudah tersekat, meskipun semangat dan keghairahannya dalam usia 64 tahun sekarang ini tidak pernah padam. Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden Umno baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini. Ali Rustam sebelum ini diramalkan oleh banyak pihak mampu memberi cabaran dalam persaingan Naib Presiden ini berikutan beliau pemimpin yang peramah, pemurah serta prihatin kepada akar umbi. Di mana saja ada kenduri, jemputan rumah terbuka, kematian dan sebagainya, kelibatnya jarang tidak kelihatan. Jemputan yang diterimanya daripada kawan dan akar umbi Umno dari utara, pantai timur, selatan tanah air serta Sabah juga jarang dihampakannya. Beliau sebolehnya cuba memenuhi semua jemputan yang diterimanya sehingga apabila melihat beliau selalu ada di merata-rata negeri, ramai yang musykil dan bertanya, bilakah sebenarnya beliau mempunyai masa untuk tidur dan berehat? Ketika menjadi Ketua Menteri Melaka, kediaman rasminya sudah mula dikunjungi orang ramai seawal Subuh lagi. Pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang mahu berjumpa dan mengadu masalah dengannya. Setiap hari beliau melayan semua tetamunya itu dengan ramah dan senyum. Sementara menunggu dapat bertemu dengannya pula, juadah sarapan pagi sentiasa terhidang untuk dinikmati seadanya. Jarang benar sesiapa yang berhajat untuk bertemu dengannya di Seri Bendahara ketika itu, akan pulang dengan hampa kerana sekurang-kurangnya masalah yang mahu diadukan akan dapat diluahkan sama ada sambil beliau berjalan menuju ke keretanya untuk ke pejabat atau ketika beliau sudah duduk dalam keretanya. Itulah kelebihan Ali Rustam yang jarang ada pada pemimpin di negeri lain. Sebab itu, apabila beliau bertanding Naib Presiden, ramai yang menjangka kehadirannya mampu memberi cabaran dan kejutan. Tambahan pula setelah beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, mungkin lebih ramai ahli Umno yang bersimpati dengannya. Lebih daripada itu, beliau juga seakan-akan dihalang apabila bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 2009 lalu lalu semata-mata untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan itu sedangkan ketika itu Ali Rustam jauh lebih popular dan menjadi pilihan majoriti perwakilan. Atas dasar itu, penyertaannya kali ini dirasakan mampu memberi saingan yang kuat kepada calon lain, ditambah pula dengan tindakannya menimbulkan isu berkaitan Melayu dan Cina di saat-saat akhir beberapa hari sebelum pengundian. Tetapi nampaknya semua itu tidak berlaku. Keputusan 7 undi yang diperolehinya agak mengejutkan. Ahli Umno nampaknya bukannya bersimpati, tetapi sampai hati tidak memberi undi dan melupakan jasanya selama ini. Turut tidak memberinya undi ialah ahli dan perwakilan Umno dari negeri Melaka yang pernah dipimpinnya sebelum ini. Daripada 6 Umno bahagian yang ada di Melaka, Ali Rustam hanya mendapat satu saja iaitu daripada Bukit Katil yang dipimpinnya. Lima bahagian lain langsung tidak memberi undi dan tidak mengenang jasanya sedangkan sebelum ini beliaulah tempat ahli Umno Melaka mengadu, kediamannyalah yang selalu dikunjungi dan tangannya jugalah yang tidak henti-henti dicium oleh mereka. Sebab itu apabila beliau meluahkan rasa kecewanya kerana hanya memperolehi satu undi daripada negeri Melaka, perasaannya itu tidak sukar untuk difahami. Benih padi yang ditanamnya tetapi hanya lalang yang tumbuh, susu yang selalu diberinya tetapi tuba diterimanya sebagai balasan. Realiti politik selalunya begitulah. Pemimpin ketika berkuasa umpama gula dan ahli Umno pula umpama semut. Setelah tidak bergula lagi, semua semut segera melarikan diri dan mencari balang gula yang lain pula. Ali Rustam kini menerima apa yang pernah dialami oleh bekas PM, Tun Dr Mahahthir Mohamad beberapa tahun lalu. Setelah menjadi PM selama 22 tahun tetapi apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan, hasratnya untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu pun tidak kesampaian berikutan tidak mendapat sokongan dan dikalahkan oleh mereka yang sebelum ini menyokong dan berpaut dengannya. Sebelum kekecewaan kalah dalam pertandingan Naib Presiden ini, Ali juga menerima nasib malang apabila turut kecundang dalam pilihan aya lalu di Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar. Jika tidak kalah dalam pilihan raya umum lalu, hari ini beliau mungkin sekurang-kurangnya berjawatan timbalan menteri dan undi yang diterimanya barangkali tidaklah serendah 7 undi. Jika dalam pilihan raya umum lalu, Ali menyalahkan pengundi Cina atas kekalahannya dan menganggap kaum itu tidak mengenang budi dan jasa yang disumbangkannya selama ini, dalam pemilihan Umno ini budi dan jasanya seperti tidak dikenang oleh ahli Umno Melaka sendiri. Bagi ahli Umno Melaka, Ali Rustam bukan lagi pemimpin yang mempunyai gula dan tiada keperluan lagi untuk memberi memberikan undi kepadanya. Kalau dulu beliau kena "kencing" dengan pengundi Cina, kali ini orang Umno Melaka turut "kencing" kepadanya. ~shahbudin |
Kenapa Mahathir 'Meletup'.. Ini Puncanya Posted: 21 Oct 2013 05:52 PM PDT Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya. Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz. Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini. Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'. Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden. Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan. "Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya. Muhyiddin turut sama-sama menyatakan bahawa menafikan keputusan pemilihan di Bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno. Perlu nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika Mahathir 'meletup' dan bertekad untuk membalas malu yang terpalit pada anaknya, Najib dan Muhyiddin akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun Abdullah Badawi dulu. Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi. Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah. Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy. Mukhriz nak duduk di mana? Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah. Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno. Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas. Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang. Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT. Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka. Di PRK Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan Mukhriz di sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg Limau akan memalapkan kareer politiknya. Era baru Umno bermula dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan datang jika Umno tak tumbang di medan pilihan raya. Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk 'mengubah' Umno? Walaupun ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan. Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan. Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya. ~hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan