Ahad, 20 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video remaja Perempuan belasah remaja Perempuan sampai pengsan tersebar!! saksikan!

Posted: 20 Oct 2013 01:02 AM PDT


Anak dara siapalah yang brutal sangat ni... Video remaja bergaduh sebenarnya bukan perkara luar biasa. Tapi selalunya, yang buat macam itu adalah remaja lelaki.

Kalau melibatkan perempuan memang jarang dan habis kuat pun setakat tarik-tarik rambut dan menjerit macam orang gila saja.

Tapi pergaduhan tiga budak perempuan dalam video ini memang dahsyat.

Salah seorang daripada mereka yang jadi mangsa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan diri bila dilanyak oleh dua yang lain.

Macam dirasuk hantu, dua remaja perempuan terbabit membelasah termasuk menendang mangsa di kepala, rentap baju sampai terselak dan menarik rambut sampai terbangun.

Akhir sekali mangsa yang longlai pengsan tepi longkang sebelum rakaman dihentikan. Tak pasti di mana video ini dirakam tapi jika didengar butir perbualan, rasanya di Malaysia.

Harap-harap budak yang terbabit dalam video ini dapat dikesan dan disiasat.

Kecik-kecik dah perangai pailang macam ni, tak tahulah apa jadi bila dah dewasa nanti.

Ada harapan jadi pendera anak atau suami ni ~ MyNewsHub 

Saya kalah.. Tapi saya redha sebab saya tak main politik wang..

Posted: 20 Oct 2013 12:33 AM PDT


Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno.

Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu.

Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.

Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.

Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan.

"Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.


Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan.

Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan.

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BN Kedah bina jambatan RM120Juta untuk bunian di DUN Sungai Limau?

Posted: 19 Oct 2013 07:00 PM PDT


Projek jambatan Pulau Bunting yang menyambungkan tanah besar Kedah dengan Pulau Bunting ini telah dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir oleh Barisan Nasional pada sekitar tahun 2004.

Terletak dalam daerah Yan, jambatan sepanjang 2.3 Km ini kononnya dibina untuk kemudahan 30,000 orang penduduk dipulau tersebut untuk menyeberang ketanah besar.

Biarpun ada pihak mendakwa pulau tersebut telah didiami oleh beberapa keluarga nelayan kira-kira 100 tahun lalu.

Namun kini hakikatnya tidak terdapat seorangpun manusia yang dilaporkan tinggal di Pulau tersebut pada masa kini.. bagaimana jumlah 30,000 orang penduduk itu boleh timbul, entahlah..

Mungkin 30,000 orang yang dimaksudkan itu adalah bunian atau reserve pengundi hantu hanya mereka yang tahu.

Kos pembinaanya menurut apa yang telah dilaporkan oleh The Star ialah sekitar RM120 Juta dan bukannya RM7Billion.. agak-agak la wei kalau nak buat cerita tu..


Manakala data dari laman web JKR pula menunjukkan kos pembinaannya ialah RM126 Juta... lihat di SINI


Pemaju bagi projek jambatan ini ialah Gamuda menurut meraka projek telah dibangunkan dengan jayanya tanpa sebarang masaalah bagi mereka tetapi mendatangkan masaalah bagi nelayan-nelayan tempatan yang dilarang menghampiri kawasan pembinaan dan juga Pulau Bunting semasa pembinaan berjalan.

The Star juga telah melaporkan.. ada pihak mendakwa jambatan tersebut telah dibina sebagai persediaan untuk membangunkan Pulau tersebut sebagai pelabuhan untuk menyalurkan petroleum yang dihasilkan oleh industri petroleum dalam daerah Yan.

Tetapi bekas EXCO semasa Barisan Nasional memerintah Kedah mendedahkan pulau tersebut sememangnya akan dibangunkan dan satu janakuasa elektrik telah dicadangkan untuk dibangunkan di pulau tersebut selepas PRU12 pada tahun 2008.

Malangnya Barisan Nasional telah tewas pada PRU tersebut.. jadi seperti biasalah oleh kerana sakit hati dan dengki segala projek yang dicadangkan disitu telah dibatalkan.

Laporan oleh The Star itu sila baca di SINI

Kerana dengki dan khianat pemimpin-pemimpin UMNO yang sering melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa itu, projek yang mampu meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Melayu di kawasan itu telah dibiarkan begitu sahaja...


Ianya kini menjadi tumpuan kaki pancing dan jambatan tersebut telah dirosakkan oleh kaki-kaki pancing yang ramai berkunjung ke situ kerana menurut mereka lokasi yang berbeza diatas jambatan itu akan memberikan hasil tangkapan yang berbeza...


Lagi gambar-gambar kerosakkan sila lihat di SINI dan juga di SINI

Kesimpulannya dalam perkara ini ialah meskipun pemimpin-pemimpin UMNO sering mengatakan bahawa mereka adalah pejuang kepada bangsa Melayu.. tetapi jika mereka ditolak dendam mereka tak kenal Melayu atau bukan.

Dan mereka juga membuktikan mereka sanggup mensia-siakan RM120Juta wang pembayar cukai begitu saja hanya untuk melunaskan dendam mereka yang membara..


Tiada ulasan: