Addin |
- Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib.. Ini Buktinya
- Tuan Ibrahim Paling Tinggi Pencalonan Untuk Timbalan Presiden PAS
- Berita Dari Australia Yang Tak Di Siarkan Utusan, TV3 Dan RTM..
- Najib Arah Status Quo Dalam Pemilihan Umno?
- Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia
- Punca Mat Sabu Tidak Jadi Calon PAS PRK Sg. Limau ?
- Persamaan Mukhriz Mahathir Dan Nabila AF..
- Dah Expired.. Ali Rustam Dan Isa Samad Hanya Dapat 7 Undi
Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib.. Ini Buktinya Posted: 20 Oct 2013 04:01 PM PDT Seperti mana diramalkan, Pasukan Trio dapat mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat 186 undi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal mendapat 175 undi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 101 undi. Manakala yang kalah ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang mendapat 91 undi, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mendapat 8 undi dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7 undi. Bagi tiga tahun akan datang, ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini adalah bakal Timbalan Perdana Menteri jika apa-apa berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang jelas kepada kita, jika apa-apa berlaku kepada Muhyiddin, Najib kena lantik Timbalan Perdana Menteri yang baru sama ada Zahid atau Shafie atau Hishamuddin. Sudah pasti Najib akan lantik sepupunya, Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru seperti mana Tun Razak memilih birasnya, Tun Hussein Onn pada tahun 1973 selepas kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman walaupun dua orang lagi Naib Presiden Umno, Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba mendapat undi yang lebih tinggi dari undi Hussein Onn. Walaupun undi Zahid dan Shafie meninggalkan jauh Hishamuddin (85 undi dan 74 undi) tetapi ia tidak menjamin Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru kerana Najib ada tiga calon untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Justru itu kemenangan semula Hishamuddin mengesahkan bahawa beliaulah bakal Perdana Menteri selepas Najib. Kenapa undi Hishammuddin jauh ditinggalkan dua ahli Pasukan Trio? 74 undi memanglah undi yang besar ditinggalkan Shafie. Sepatutnya mereka mendapat undi yang sama banyak kerana mereka dikatakan berkempen secara berpasukan. Kenapa terjadi begini? Adakah Hishamuddin kena main dengan Zahid dan Shafie? Di Johor, negeri Hishamuddin, Pasukan Trio hampir menyapu bersih tetapi di Perak, Zahid tidak dapat memberi Pasukan Trio keputusan seperti di Johor. Begitu juga Shafie gagal memberi Pasukan Trio menyapu bersih di Sabah. Hishamuddin nyaris kalah 10 undi kepada Mukhriz yang bergerak secara solo. Tetapi dari segi undi popular, Mukhriz mengatasi undi popular Hishamuddin. Jika satu undi dikira secara undi popular, pemenang ketiga Naib Presiden ialah Mukhriz. Menyelamatkan Akan tetapi sistem "electoral college" menyelamatkan Hishamuddin. Soal Hishamuddin kena main dengan dua ahli Pasukan Trio tidak timbul kerana perwakilan kurang puas hati dengan prestasinya yag dikatakan sebagai menteri yang lembik. Sebab itulah undinya jauh ditinggalkan Zahid dan Shafie. Shafie menang besar kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak jadi bertanding Naib Presiden Umno. Jika Musa masuk, sudah tentu Mukhriz menang. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari sebelum mengundi, Mukhriz sukar menang kerana beliau tidak direstui presiden parti. Dr Mahathir menang Naib Presiden Umno pada tahun 1975 kerana direstui Tun Razak yang menjadi Presiden Umno ketika itu. Bagaimana Najib mahu merestui Mukhriz kerana beliau bimbang jika beliau merestui Mukhriz, sepupunya Hishamuddin akan kalah. Seperti dakwaan ramai orang di malam akhir banyak chai yang dihantar ke bahagian-bahagian kononnya direstui oleh pihak atas yang mahu Pasukan Trio dikekalkan. Buktinya, Umno Bahagian Pekan yang diketuai Najib mengundi Zahid-Shafie-Hishamudddin. Begitu juga Bahagian Pagoh yang diketuai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin dan Bahagian Putrajaya yang diketuai Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Mukhriz bergerak secara solo dan mampu mendapat 91 undi merupakan satu kemenangan moral walaupun kalah. Perwakilan Umno belum dapat membuat transformasi sepenuhnya. Jika Mukhriz menang semalam, beliau mencatat sejarah kerana dipilih Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu. Nampaknya Umno tidak menerima proses ini. Seseorang itu perlu jadi ahli majlis tertinggi terlebih dahulu baru dipilih menjadi Naib Presiden Umno. Mukhriz ada harapan untuk menang tiga tahun lagi kerana dia sudah ada 91 undi. Beliau perlu bergerak menawan undi dari lain-lain bahagian di Johor dan Pahang yang banyak tidak memenangkan Mukhriz. Pada tahun 2016, Mukhriz akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Naib Presiden Umno kerana ketika itu Khairy akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda. Mukhriz terbukti mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno buat kali pertama pada tahun 1972. Dr Mahathir menang dalam percubaan keduanya pada tahun 1975. Barangkali percubaan kedua Mukhriz pada tahun 2016 akan membuahkan hasil. Salah satu faktor kekalahan Mukhriz adalah kerana beliau tidak dapat sokongan dari Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mahu mengekalkan Pasukan Trio sebagai Naib Presiden Umno. Oleh itu Mukhriz puas hati kalah kerana beliau bergerak secara solo dan bukannya berpasukan. ~fmt |
Tuan Ibrahim Paling Tinggi Pencalonan Untuk Timbalan Presiden PAS Posted: 20 Oct 2013 08:03 AM PDT Menjelang tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dikatakan mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. "Tidak syak lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS yang enggan namanya disiarkan. Semua pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi. "Kita akan mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider. Menurut Asmuni, seorang peguam, semua kertas pencalonan perlu sampai ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut menjelang jam 12 malam ini secara pos atau melalui serahan tangan. Penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan akan merpertahankan jawatan itu. Tuan Ibrahim pula dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berkata, beliau akan melihat jumlah pencalonannya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Sehingga kini, empat nama yang disebut mendapat pencalonan utama dari kawasan-kawasan untuk jawatan ini. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu, turut mendapat pencalonan adalah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Sejak dua pemilihan lalu, mana-mana kumpulan yang mempunyai dua calon akan kalah. Pada pemilihan tahun 2009, Husam Musa dan Mohamad Sabu (yang bukan ulama) kalah di tangan Nasharudin Mat Isa. Dalam pemilihan 2011 pula, Tuan Ibrahim dan Nasharudin (kedua-duanya dikira kumpulan ulama) pula kalah di tangan Mohamad Sabu. Menjelang pemilihan kali ini, ahli PAS dikatakan berpecah apabila kempen ulama dan bukan ulama dibuat. Yang paling ketara, Multaqa Ulama Se Malaysia yang diadakan di Alor Setar oleh Dewan Ulama PAS membuat resolusi agar timbalan presiden dipilih di kalangan ulama. Ekoran itu, pertembungan dikatakan berlaku antara ulama dan bukan ulama. Namun begitu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis telah campur tangan agar tiada perpecahan antara kedua-duanya. Sementara itu, untuk jawatan Naib Presiden pula, sehingga kini lapan nama dikatakan mendapat banyak pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan. Mereka adalah tiga penyandangnya iaitu Salahudin Ayub, Husam, Datuk Mahfuz Omar di samping Nik Amar, Tuan Ibrahim serta Idris Ahmad (anggota Parlimen Bukit Gantang), Datuk Abu Bakar Chik dan ketua Pemuda, Nasrudin Hassan. Sehingga kini, ketiga-tiga penyandang dijangka akan mempertahankan jawatan masing-masing kecuali Husam yang belum diketahui akan bertanding Timbalan Presiden atau mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden. Bagaimanapun, Salahudin Ayub dikatakan memberikan syarat 70 % pencalonan untuk jawatan ini bagi mengesahkan penerimaan pencalonan. "Jika saya mendapat tidak sampai 70% daripada pencalonan perwakilan, saya akan mempertimbangkan semula samada mahu bertanding atau tidak," kata Salahudin. Dalam pemilihan dua tahun lepas, Salahudin mendapat undi terbanyak manakala Husam kedua dan Mahfuz di tempat ketiga. PAS mempunyai kira-kira 180 kawasan di seluruh negara yang berhak membuat pencalonan untuk kesemua jawatan tertinggi PAS. ~tmi |
Berita Dari Australia Yang Tak Di Siarkan Utusan, TV3 Dan RTM.. Posted: 20 Oct 2013 07:38 AM PDT Semakin banyak media mempertikaikan tindakan wakil Jabatan Pelajar Malaysia yang mengugut pelajar supaya jangan menyertai majlis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Adelaide, Australia semalam dan hari ini, dengan terbaru laman smh.com.au pula menyerang kerajaan Malaysia. Dengan tajuk "Anwar Ibrahim blasts government's 'weak' response to student threats" (Anwar serang kerajaan kerana lambat selesai ugutan terhadap pelajar), SMH melaporkan, Anwar mendapat sokongan penuh daripada penonton di dewan Universiti Adelaide yang menyaksikan beliau bersama pengantara ABC, Waleed Aly. Anwar dan Senator Nick Xenophon meminta kerajaan pusat membantah ugutan terhadap pelajar Malaysia di Australia itu dan menyifatkan kerajaan lemah apabila gagal berbuat demikian. Penasihat Jabatan Penuntut Malaysia, Shahrezan Md Sheriff menerusi emelnya kepada semua pelajar Malaysia di sana khasnya kepada pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memberi amaran supaya mereka tidak turut serta program Festival Perbezaan Pendapat, Idea dan Demokrasi di Universiti Adelaide, yang menampilkan Anwar sebagai salah seorang pemidato. "Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa JPA yang terlibat. "Anda tahu dengan baik apa yang anda tandatangan (perjanjian biasiswa)," kata Shahrezan dalam emelnya kepada pelajar Malaysia di sana.TV Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC) melalui laman webnya juga melaporkan bantahan terhadap kenyataan wakil kerajaan ini. Sekumpulan pelajar Malaysia di Adelaide, Australia turut mengadakan bantahan ke atas arahan Putrajaya yang melarang mereka menghadiri program Anwar di sana. Menurut agensi berita ABC, hampir sedozen pelajar mengadakan demonstrasi sambil memakai topeng dan memegang sepanduk sebagai tanda tidak akan tunduk kepada arahan oleh Putrajaya itu.SMH melaporkan, Anwar berkata, kerajaan gagal untuk menguruskan isu dan gangguan ini tidak boleh diterima dan kerajaan harus bersuara. ~tmi |
Najib Arah Status Quo Dalam Pemilihan Umno? Posted: 20 Oct 2013 01:21 AM PDT Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menafikan terdapat campur tangan pucuk pimpinan parti dalam proses pemilihan kali ini."Ada 150,000 perwakilan, macam mana saya hendak campur tangan. Undi semua sulit. Semua orang boleh beri pandangan tetapi undi itu hak setiap perwakilan," kata Perdana Menteri dalam sidang medianya hari ini. Ia dikatakan dibuat melalui arahan kepada warload Umno di samping arahan secara langsung yang dibuat oleh pemimpin tertinggi kepada ketua bahagian Umno di seluruh negara. Kerana takutkan kemarahan pemimpin utama Umno yang berkuasa dalam kerajaan, mereka melupakan permintaan daripada pemimpin popular mereka termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Hasilnya, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussain dipilih semula perwakilan Umno dalam pemilihan semalam. "Jelaslah yang Presiden parti itu, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa bertanding, memperoleh apa yang beliau idamkan iaitu pengekalan status quo jawatan Naib Presiden. Sama ada beliau campur tangan secara tersurat atau tersirat, pasukan Naib Presiden beliau kekal."Ini baik bagi Najib tetapi tidak semestinya baik bagi Umno. Tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis kecuali beberapa kerat yang menang kerusi biasa MT," tulis Datuk Kadir A Jasin, bekas editor akhbar pro Umno itu dalam blognya hari ini. Namun hari ini, Najib menafikan ada campur tangan pemimpin tertinggi Umno termasuk beliau dalam pemilihan itu. Najib berkata, persaingan sengit antara Hishammuddin dan Mukhriz sudah boleh dijangka memandangkan akar umbi Umno sudah pasti akan memilih pemimpin yang popular dan berpotensi."Ia sudah dijangka. Proses pemilihan terbuka. Bila diserahkan kepada akar umbi, bila ada tokoh popular tentu ada saingan. Beliau (Mukhriz) menunjukkan beliau berpotensi."Itu persaingan tokoh popular. Ada sokong Hishammuddin, ada pilih Mukhriz. Itu pertandingan yang sihat," katanya dalam sidang media itu.Najib sebaliknya berkata sistem "electoral collage" yang diamalkan pertama kali oleh parti Melayu itu perlu dipatuhi memandangkan ia sudah dipilih. "Sistem electoral college itu kita gunakan untuk mengundi bagi mengimbangi bahagian besar dan kecil. Itu sistem yang kita pilih, kita kena patuh," katanya kepada pemberita di Putrajaya. ~tmi |
Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia Posted: 19 Oct 2013 11:33 PM PDT Sultan Sulu Jamalul Kiram III (gambar) yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dikatakan meninggal dunia awal pagi tadi. The Star melaporkan Jamalul Kiram, 75, yang mendakwa dirinya pewaris kepada kesultanan Sulu dikatakan meninggal dunia akibat kegagalan organ. Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan negara. - 20 Oktober, 2013. "My Appah Sultan Jamalul Kiram III telah kembali kepada penciptanya kira-kira jam 4.00 pagi ini 20 Oktober, 2013," tulis anak perempuannya, Princess Jacel Kiram-Hasan melalui Facebook. Jurucakap Kesultanan Sulu Abraham Idjirani berkata, menjelang kematiannya, Kiram telah mengarahkan dua adik beradiknya agar bersatu.Kiram telah bercakap dengan Bantilan Sultan Esmail Kiram dan Raja Mudah Agbimuddin Kiram melalui telefon, kata Idjirani. "Dia meminta kedua-dua adik beradiknya itu agar berusaha untuk mengembalikan Sabah kepada orang Filipina," kata Idjirani melalui telefon interview dengan said in a phone interview, lapor Yahoo News. Kiram telah menjadi berita utama media Februari lalu apabila pengikutnya menyeberang ke Lahad Datu, Sabah dan akhirnya bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia yang berakhir dengan ramai yang terkorban dari kedua-dua belah pihak. Ketua dan beberapa ahli kumpulannya telah didakwa di mahkamah.Kerajaan Malaysia juga sedang memburu adiknya, Raja Agbimuddin Kiram.Idjirani juga dilaporkan berkata, pihaknya sedia berunding dengan kerajaan Malaysia dengan syarat ada penyertaan masyarakat antarabangsa. "Kami percaya kepada Islam di mana kami sentiasa perlu patuh kepada pencipta kami iaitu Allah," katanya kepada Yahoo Asia Tenggara. ~tmi |
Punca Mat Sabu Tidak Jadi Calon PAS PRK Sg. Limau ? Posted: 19 Oct 2013 11:27 PM PDT Keputusan PAS mengenepikan Mohamad Sabu daripada menjadi calonnya di kerusi Sungai Limau adalah untuk menghalang tokoh popular PAS itu menang sekali lagi jawatan timbalan presiden parti akhir bulan November depan. Satu lagi andaian ialah pengundi PAS Kedah menolak Mat Sabu dengan alasan beliau menjadi punca kejatuhan PAS dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Tokoh PAS itu sendiri kalah di kerusi parlimen Pendang kepada veteran Umno, Datuk Othman Abdul dengan majoriti lebih 4, 000 undi. Setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS itu beberapa hari lepas pun enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Kalau Mat Sabu bertanding, peluang untuk kalah sangat cerah kerana pengundi di sini tidak suka kepadanya. "Isunya ialah Mat Sabu yang mendewakan Mat Indera sebagai pejuang," kata Abdul Ghani seorang penduduk Sungai Limau. Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan meletakkan muka baru di Sungai Limau. Siapa calon PAS?Laporan pelbagai sumber menyebut nama-nama calon PAS antaranya seperti berikut; Azam Samad (Ketua Pemuda PAS Jerai), Muzaini Azizan (bekas Pegawai Khas kepada Allahyarham/Setiausaha PAS Kawasan Jerai), Mussodak Ahmad (calon PAS tewas di DUN Guar Chempedak) dan Mohd Muaz Othman al-Yunusi (Ketua Pemuda/ Pengarah Majlis Tindakan DUN Sungai Limau). Daripada keempat-empat calon itu nama Azam dan Muzaini sering diperkatakan kerana kedua-duanya dikaitkan sebagai anak didik Allahyarham.PAS akan mengumumkan calonnnya secara rasmi pada 21 Oktober ini. PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan penyandangnya, Allahyarham Tan Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan mengekalkan kemenangan DUN itu dengan kemerosotan 438 undi berbanding dengan kemenangannya pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12). ~fmt |
Persamaan Mukhriz Mahathir Dan Nabila AF.. Posted: 19 Oct 2013 08:15 PM PDT Semasa bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam yang mengungkapkan potensi anaknya sekadar 50% atau kurang daripada itu bagi merebut jawatan naib presiden Umno, teringat saya akan seorang pelajar Akademi Fantasia (AF), Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila AF. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah kaitan di antara seorang bintang AF dengan Datuk Mukhriz Mahathir.Saya pada mulanya tidaklah berniat untuk menulis tetapi melihat iklan di televisyen dan membaca The Malaysian Insider pagi ini, membuat saya tersenyum sendiri dan melihat persamaan itu makin dekat. Bagi peminat setia program AF, pastinya mereka tahu bagaimana cabaran Nabila mengharungi minggu-minggu panjang dalam program itu yang tidak sunyi daripada kritikan tenaga pengajar, pengkritik dan yang paling penting peminat setia program itu yang tidak henti-henti mahukan Nabila tersingkir.Itu kisah Nabila dan saya sekadar pemerhati, tidaklah terlalu arif untuk menghakimi persembahan Nabila, kerana masa untuk menonton televisyen pun sudah berkurangan yang hanya mungkin sempat melihat siaran ulangannya sahaja. Berbalik kepada perkaitan Nabila dan Mukhriz, teringat saya beberapa episod sebelum ini, apabila ibu Nabila sendiri yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk anaknya malah mengaku tidak mengundi untuk Nabila.Itulah juga yang sering dilontarkan pengkritiknya, Roslan Aziz senada dengan ibu Nabila yang seakan tidak sabar atau tidak tahan berkata: "Saya setuju. Kalau tak boleh, jangan paksa diri. Ungkapan itu seakan sama situasinya dengan apa yang dilontarkan Dr Mahathir semalam yang tidak meletakkan harapan tinggi kepada anaknya itu.Katanya, Mukhriz bukanlah calon yang mendapat restu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan menurutnya, calon yang mendapat restu presiden sahaja yang akan dipilih menjadi pemimpin dalam pasukannya. "Berdasarkan sejarah Umno sendiri, perwakilan akan memilih calon mengikut kehendak presiden dan semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu, calon yang menentang saya akan kalah."Ini terbukti keputusan pemilihan sayap Umno baru-baru ini apabila calon yang mendapat restu presiden berjaya memenangi jawatan yang ditandinginya," kata perdana menteri yang cukup dikenali dengan dasar pandang ke timurnya itu. Dalam suasana sebegini, saya tidak melihat sedikit tanda putus asa pun sepanjang menemui Mukhriz dalam tempoh berkempen, malah tutur katanya yang teratur membuatkan saya melihat tiada sebab mengapa Menteri Besar Kedah ini tidak diangkat sebagai salah seorang naib presiden dalam parti Melayu terbesar itu. Apa nak buat. Restu presiden dan saya pun bukanlah perwakilan Umno.Teringat saya pada pertemuan bersama Mukhriz di waktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.Sorakan gemuruh yang diterimanya amat luar biasa dan bingit jugalah telinga dibuatnya. Selepas majlis itu, beliau sibuk bersalam-salaman dan ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan anak Dr Mahathir ini.Tertanya-tanya saya di dalam hati, apakah yang menyebabkan perwakilan tertarik dengan Mukhriz ini? Adakah disebabkan hidungnya, matanya, ayahnya atau kredibiliti pemimpin ini sendiri? Dalam kesibukannya itu, dapat juga saya menemui Mukhriz secara dekat dan bertanya tentang peluangnya dalam pemilihan parti kali ini.Katanya, kemenangannya penting sebelum berputih mata melihat Umno tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN)."Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," katanya. Pandangannya itu berani dan jauh ke depan meskipun beliau melihat tiga penyandang jawatan naib presiden bukan calang-calang juga orangnya yang masing-masing mempunyai profil tersendiri, seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan kekuatan sokongan di Sabah yang telah banyak menyumbang dalam PRU13 lalu. Itu dia serba sedikit yang suka untuk saya kaitkan di antara Mukhriz dan Nabila AF.Dua individu yang tidak mengenal erti putus asa dan terus berjuang biar pun halangan berliku menanti di hadapan jalan.Walau apa jua keputusannya nanti, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada dua individu ini semoga berjaya dalam arena politik dan seni nyanyian tanah air. ~tmi |
Dah Expired.. Ali Rustam Dan Isa Samad Hanya Dapat 7 Undi Posted: 19 Oct 2013 06:06 PM PDT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 185, 174 dan 100 undi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli, Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat Hishammuddin hanya mendapat 91 undi. Manakala Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kedua-duanya mendapat tujuh undi. Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan Mukhriz pula bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu. Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie. Keputusan ini menunjukkan jawatan kepimpinan tertinggi Umno kekal status quo. Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden dan timbalan presiden Umno selepas tiada siapa mencabar mereka. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan