Addin |
- Biar Betul!! RM320,000 Hanya Untuk Facebook Dan Twitter
- "Saya Nak Jadi PM Lagi Sekali" - Mahathir
- Berita Gembira Dari Selangor Yang Di Sembunyikan Oleh Media Pro Umno BN
- Kajian Merdeka Center Ini Menjatuhkan Maruah Najib.. Saksikanlah
- Kecoh!! MP Pakatan Belasah MP BN Dalam Parlimen
- Laporan Audit Negara Dedah Ketempangan PDRM
- Muhkriz Buat Onar Lagi..
- Mahathir Mudah Lupa.. Ini Buktinya
Biar Betul!! RM320,000 Hanya Untuk Facebook Dan Twitter Posted: 01 Oct 2013 09:39 AM PDT Bayaran sebanyak RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen atas talian menerusi Facebook dan Twitter dipersoalkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 hari ini. Perbelanjaan besar itu dibuat sewaktu kementerian diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai - sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media untuk laman Facebook bagi kempen Tak Nak Merokok. Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View untuk "Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit" pula menelan belanja RM120,500. Laporan itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama dimana Astonish View membangunkan akaun Facebook dan Twitter kementerian tersebut tetapi Eficaz Media dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook. Laporan itu turut menyatakan Eficaz Media dilantik dari tempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah tanda "suka" atau "Likes" diperolehi laman itu. Kementerian menetapkan tanda "likes" sekurang-kurangnya sebanyak 100,000. Anggota-anggota Parlimen hari ini menerima laporan Laporan Ketua Audit Negara 2012 ke atas pelbagai kementerian dan anak syarikat kerajaan. Sebanyak 32 jilid laporan tersebut diedarkan kepada 222 ahli parlimen hari ini, lebih awal daripada pembentangan Belanjawan 2014, yang dijangka berlangsung pada akhir bulan ini. ~the malaysian insider Addin: Addin buat free je... |
"Saya Nak Jadi PM Lagi Sekali" - Mahathir Posted: 01 Oct 2013 08:21 AM PDT Kajian Merdeka Center yang menunjukkan populariti Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi pemimpin Umno pada masa ini mengejutkan mantan Perdana Menteri itu. Pemimpin yang paling lama menerajui negara itu mengucapkan terima kasih kepada badan kajian itu sambil berseloroh mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi. "Saya nak jadi PM lagi sekalilah. Terima kasih beritahu hasil kajian itu. Saya tak baca," katanya kepada pemberita di Subang Jaya hari ini. Apabila diberitahu kajian itu dijalankan oleh Merdeka Center, sambil berseloroh beliau berkata: "Saya yang memberi dana kepada mereka." The Malaysian Insider hari ini melaporkan kajian Merdeka Center mendapati populariti Dr Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%). Dalam sidang media sama, Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa Syiah harus diperangi tetapi kedatangan ajaran tersebut telah membawa perpecahan kepada umat Islam di Malaysia yang rata-rata berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ). "Syiah tak harus datang ke sini. Fahaman berkenaan telah memecah-belahkan umat Islam dan mengundang permusuhan. "Pengikut ajaran itu membawa tafsiran agama berlainan sehingga boleh mengundang pembunuhan. Di Malaysia, umat Islam mengamalkan ASJ dan bermazhab Shafie. "Syiah amalan asing di Malaysia dan boleh mencetus perkelahian," katanya yang sebelum ini pernah memberi kenyataan berbeza. Media pernah melaporkan Dr Mahathir dan bekas Presiden Iran, Sayyid Muhammad Khatami, dalam kenyataan bersama pada Mei tahun ini memohon pengikut kedua-dua fahaman terbesar Islam menghentikan pertelingkahan dan perbalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa. Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam itu merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri. Menurut mereka, perbalahan yang berterusan itu telah mencemar maruah dan harga diri umat Islam di mata dunia. "Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta. "Hentikan keganasan, hentikan pertumpahan darah dan hentikan pembunuhan." Kenyataan satu muka surat itu dibaca oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur. Kedua-dua pemimpin itu menandatangani dokumen tersebut yang turut merayu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili semua negara Islam tanpa mengira mazhab atau fahaman menubuhkan satu jawatankuasa. Menurut Chandra, jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti dengan lebih mendalam jurang perbezaan antara kedua-dua fahaman itu. ~the malaysian insider |
Berita Gembira Dari Selangor Yang Di Sembunyikan Oleh Media Pro Umno BN Posted: 01 Oct 2013 07:05 AM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal Kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran. Menurut laporan itu, audit yang dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut. "Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan. "Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan," kenyataan itu dipetik. Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12. Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPT. Dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini. Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan. ~harakahdaily |
Kajian Merdeka Center Ini Menjatuhkan Maruah Najib.. Saksikanlah Posted: 01 Oct 2013 01:57 AM PDT Tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli korporat terkemuka bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapat pandangan sesuatu dasar serta memperoleh perkenan beliau. Meskipun sudah meletakkan jawatan genap 10 tahun sebagai Perdana Menteri pada bulan ini, Dr Mahathir masih merupakan pemimpin popular dalam Umno hingga ke hari ini menurut kajian yang dijalankan ke atas penyokong parti Melayu itu. Merdeka Center menjalankan kajian pelbagai isu berkaitan parti itu termasuk kepercayaan dalam Umno dan sentimen kepada personaliti. Soalan itu ditanyakan kepada 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin parti seperti Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dr Mahathir dan lain-lain. Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu. Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%). Mantan Perdana Menteri itu masih kekal popular meskipun beliau tidak menjawat apa-apa jawatan dalam Umno setelah menyerahkan jawatan yang disandangnya itu selama 22 tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003. Dengan hasil kajian itu, populariti Dr Mahathir masih mendahului pemimpin Umno masa kini meskipun dituduh dengan pelbagai tohmahan karakter dan kepimpinannya terdahulu. Mengapa? Jawapannya mudah. Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa kepimpinan Dr Mahathir merupakan parti yang kuat dengan penguasaan dua pertiga di Parlimen menjadi kebiasaan dan suara pembangkang tidak selantang sekarang. Dengan keadaan sedemikian, Umno/BN mampu menghalang segala penentangan terhadap polisinya tidak seperti hari ini yang melihatkan Najib menerima tentangan hampir kesemua inisiatifnya oleh pihak pembangkang setelah Pakatan Rakyat (PR) mendapat 52% undi popular semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. Kekaguman terhadap Dr Mahathir juga adalah ketegasan beliau. Berbeza dengan kritikan dilontarkan kepada Najib yang merupakan seorang pemimpin tidak tegas, selalu mendengar pandangan ramai berbanding mengambil keputusan berani untuk Malaysia. Berbeza ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir, apabila pemimpin itu mahu melaksanakan sesuatu dasar, beliau bertekad melaksanakannya dan tidak peduli dengan pandangan pihak lain. Tidak hairanlah pendekatan sebegini menyebabkan kerugian besar seperti penjualan syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kepada Tan Sri Tajudin Ramli dan kegagalan beberapa projek lain seperti Perwaja Steel. Penyokong Umno mahu pemimpin tegas dalam parti mereka setelah kegagalan Abdullah dan kini terpaksa melayan kerenah Najib. Akhbar milik Umno dan seangkatan dengannya seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro tidak memberi gambaran sebenar tentang pentadbiran Dr Mahathir. Laporan mereka selama bertahun-tahun hanyalah mahu mengampu dan berfikiran sempit dengan memfokuskan kejayaan besar beliau sahaja tanpa melaporkan kegagalan atau jalan pintas yang diambil bagi mencapai kejayaan. Hasilnya, liputan meluas seperti kejayaan mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas berbanding berbillon ringgit royalti minyak dibazirkan untuk projek yang sia-sia. Persoalannya, adakah populariti Dr Mahathir membantu Datuk Mukhriz Mahathir memenangi jawatan naib presiden Umno? Dengan pengaruh yang ada pada Mukhriz, ikon itu mampu memberi ancaman besar kepada penyandang-penyandang jawatan itu, Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal. ~the malaysian insider |
Kecoh!! MP Pakatan Belasah MP BN Dalam Parlimen Posted: 01 Oct 2013 12:08 AM PDT Kecoh di Parlimen sebelum bacaan kali kedua pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) bangkit dan menuntut agar bacaan Rang Undang-undang PCA (pindaan) Pemerluasan itu ditangguh. Antara pemimpin pembangkang yang bangkit adalah ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) yang mempersoalkan sama ada rang undang-undang itu akan ditarik balik atau tidak, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk 11 rang undang-undang termasuk PCA tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari persidangan. "Saya percaya, kalau tidak sempat bahas kita bawa kepada sidang yang seterusnya, itu tiada masalah. "(Tetapi) kalau ada 11 rang undang-undang, maknanya perbahasan yang ini terlalu pendek. Di mana seriusnya kerajaan, seolah-olah tidak serius," kata Azmin sejurus sebelum sesi bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dibacakan. "Mana boleh 11 rang undang-undang dalam tiga hari, kalau sampai pukul 12 malam sekalipun. Saya harap saya minta Menteri Dalam Negeri katakan adakah akan teruskan untuk tarik empat rang undang-undang," kata Timbalan Presiden PKR itu lagi. Tindakan Azmin itu kemudiannya dijawab Speaker Dewan Rakyat, dan berkata beliau tidak memberikan sebarang ketetapan masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen. "Berapa minit masa yang diperuntukkan tiada setakat ini. Pada masa ini belum ada tempoh masa. Tetapi petang nanti jam 6 petang, atau 8 malam kalau perlukan masa yang tepat, kita akan tetapkan," kata speaker. Beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) kemudiannya bangun membidas Azmin, antaranya ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin. "Gombak boleh bangun cakap satu hari... Ini Kalilah Gombak, berdiri satu hari," kata Bung Mokhtar. Ahmad Zahid kemudiannya meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan sejurus sebelum sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengahari. ~the malaysian insider |
Laporan Audit Negara Dedah Ketempangan PDRM Posted: 30 Sep 2013 10:47 PM PDT Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan yang bernilai RM1.33 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini. Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. "Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan. "Pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," kata laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir. Kelemahan lain termasuk soal pengurusan aset seperti Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad. Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan. "Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera. "Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai/anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," syor audit berkenaan. ~the malaysian insider |
Posted: 30 Sep 2013 10:16 PM PDT Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini dicabar DAP untuk mengulangi pendiriannya "tidak perlukan undi Cina" dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, serta dikecam sebagai ahli politik ketinggalan zaman kerana mengamalkan sikap dendam. Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok membidas kedegilan Menteri Besar Kedah yang tidak mahu melayan tuntutan kaum Cina sebagai tidak menghormati proses demokratik. "Ia adalah pendirian yang tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini. Mukhriz hari ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Mukhriz dilaporkan berkata langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama. "Saya cabar beliau untuk tunjukkan bukti bilakah kerajaan DAP Pulau Pinang membuat kenyataan hanya akan memberi keutamaan kepada penyokong DAP sahaja atau mengamalkan polisi yang menindas mereka yang tidak menyokong DAP," kata Kok mencabar Mukhriz. Mukhriz baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas berkata pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah. "Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu. "Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain," katanya seperti dipetik dalam satu laporan media. Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil memandangkan pengaruh bapanya yang sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya. ~the malaysian insider |
Mahathir Mudah Lupa.. Ini Buktinya Posted: 30 Sep 2013 06:45 PM PDT Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menafikan dakwaan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) memanfaatkan kroni dan hanya memfokus kepada satu kaum tertentu. Beliau berkata dasar itu, yang diperkenal pada 1971, berperanan menangani pengagihan kekayaan tidak seimbang yang dihadapi pelbagai kumpulan etnik di negara ini. "DEB bukan tentang kronisme. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meneruskan usaha bagi mengagih kekayaan kepada semua orang (menerusi DEB). "Tiada sesiapa yang akan kehilangan apa-apa daripada dasar ini malah akan mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara serta berkongsi hasilnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelayaran sulung Kapal MV Arca Emerald di Northport semalam. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan