Selasa, 1 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


“Saya nak jadi PM lagi sekali,” kata Dr Mahathir

Posted: 01 Oct 2013 04:46 AM PDT


Kajian Merdeka Center yang menunjukkan populariti Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi pemimpin Umno pada masa ini mengejutkan mantan Perdana Menteri itu.

Pemimpin yang paling lama menerajui negara itu mengucapkan terima kasih kepada badan kajian itu sambil berseloroh mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

"Saya nak jadi PM lagi sekalilah. Terima kasih beritahu hasil kajian itu. Saya tak baca," katanya kepada pemberita di Subang Jaya hari ini.

Apabila diberitahu kajian itu dijalankan oleh Merdeka Center, sambil berseloroh beliau berkata: "Saya yang memberi dana kepada mereka."

The Malaysian Insider hari ini melaporkan kajian Merdeka Center mendapati populariti Dr Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%).

Bodohnyaaa.. Kerana 'bodoh' RM38,750 dibuang begitu saja..

Posted: 01 Oct 2013 02:17 AM PDT


Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan "bodoh" dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)'.

Bahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris.

Laporan itu mendapati, terjemahan berkenaan – "Ke arah eliminasi transmisi vertikal" – sukar difahami dalam bahasa Melayu.

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut. 

Frasa yang dimaksudkan itu sepatutnya merujuk kepada jangkitan oleh ibu kepada anak. Kementerian berkenaan dalam jawapannya menyebut, satu pasukan redaksi dilantik untuk memeriksa kesemua bahan kempennya dan akan turut mendapatkan nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka ~ Malaysiakini

Bodohnyaaaa.... macam Ahmad Maslan... kah.. kah..kah..

Ahmad Maslan mengaku dia bodoh.. tapi taklah bodoh sangat macam macai UMNO?

Posted: 30 Sep 2013 08:57 PM PDT


Menyedari pelbagai kenyataan yang dikeluarkannya dianggap sebagai kenyataan bodoh oleh kebanyakkan rakyat, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO akhirnya mengakui dirinya bodoh..

Namun begitu beliau menyifatkan bodohnya itu tidaklah seberapa bodoh.. mungkin beliau membandingkan kebodohannya itu dengan kebodohan macai-macai UMNO yang telah berjaya diperbodohkannya.

Kenyataan terakhirnya semalam yang telah dianggap oleh kebanyakkan rakyat sebagai kenyataan bodoh ialah bilamana beliau  melahirkan rasa hairan rakyat langsung tidak mengucapkan terima kasih atas sedikit subsidi yang diberikan kerajaan UMNO/BN kepada rakyat.

Semalam dengan nada agak marah dia berkicau di akaun twitter dengan ayat berbunyi ... " SAYA TAK LAH BODOH SANGAT. IJAZAH PERTAMA DI VICTORIA UNIVERSITY WELLINGTON NEW ZEALAND. MBA DI UKM PELAJAR TERBAIK DRPD 177 ORG, CGPA 3.85."



Bila menyebut saya tak lah bodoh sangat memberi maksud dia akui dia bodoh lah!!!! ..

Kalau dia tak bodoh dia akan gunakan ayat seakan-akan begini.. Kalau saya bodoh saya mendapat ijazah pertama di Victoria University Wellington, New Zealan dan MBA dengan CGPA 3.85 di UKM .

Ni satu lagi kenyataan beliau yang juga dianggap sebagai kenyataan bodoh untuk memperbodohkan rakyat..

Kerajaan tidak pernah naikkan harga minyak, kata Ahmad Maslan 
Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi. 
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi. 
"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail. 
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api. 
"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya. 
"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi. 
Justeru Ahmad Maslan menegaskan Putrajaya perlu menstruktur semula subsidi agar kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan menanggung subsidi berkenaan. 
"Sehubungan itu kaedah pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi lebih fokus dan menepati kumpulan sasar. Subsidi bersasar bukan subsidi tersasar," katanya ~ The Malaysian Insider

Bila dia dah mengaku yang dirinya bodoh.. macai-macai yang menyokong dia sudah tentulah lebih bodoh lagi... sebab telah diperbodohkan oleh orang bodoh...

Maka betullah kata Mahathir.. hanya yang bodoh kini bersama UMNO....

Ahli PAS pula gesa PAS keluar Pakatan..

Posted: 30 Sep 2013 05:30 PM PDT


Ni terjemahan dari New Straits Times... Saranan supaya Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang bersama Pakatan Rakyat terus mendapat momentum walaupun dicemuh oleh Timbalan Presiden parti itu Mohammad Sabu.

Ahli Pas Cawangan Permatang Binjal Mahzan Zahid mempertahankan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib yang menyeru agar dibuat penilaian semula kerjasama Pas dalam Pakatan berikutan kemerosotan sokongan untuk parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa saranan (bagi Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR ) adalah idea yang kurang baik.

" Harun adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan dihormati oleh ramai orang dalam parti". "

Saranan yang dibuat oleh Harun Taib adalah ikhlas.Apa yang dia mahu lakukan adalah supaya Pas mendapatkan lebih banyak sokongan daripada sekutu dan musuh ," kata beliau semalam.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu,gagal untuk mengekalkan pengaruh beliau selepas beliau hilang kerusi Parlimen Pendang dalam Pilihan Raya Umum ke-13,memberitahu sebuah portal berita baru-baru ini bahawa saranan untuk Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang sebagai " Satu tindakan Kurang Bijak "(bukan tindakan yang bijak ).

Mahzan mendakwa terdapat "sedikit ketegangan" antara Pas dan sekutu pembangkang di beberapa negeri dan semua ini harus dihentikan.

" Sudah tiba masanya Pas (pemimpin ) untuk mengkaji idea ini untuk survival politik parti itu ."

Keretakan dalam pakatan pembangkang mula kelihatan selepas saranan Harun Taib dua minggu lalu.

Beliau berkata,prinsip Pas telah dikompromi demi menjaga hati rakan kongsi dalam Pakatan menyebabkan prestasi buruk Pas dalam PRU lalu.

Akhir akhir ini ramai ahli-ahli parti di peringkat cawangan telah menyatakan sokongan terbuka untuk Harun.

Asal laporan dari SINI

Tiada ulasan: