WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- How the coming World War 3 will develop in 2013 ?.flv
- KRISIS SYRIA.. NATO VS RUSSIA
- Musim pemimpin Umno berlumba-lumba menunjuk baik
- Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar
- Umno must not think they are "masters of all" - Anwar
- Don't delay, accept Anwar's offer for dialogue - Saifuddin tells Najib
- Blogger Umno: Najib 'sewel'.... (LM)
- INI YANG DIKATAKAN MEMALUKAN?
- Hutang negara paras kritikal: Malaysia berdepan krisis ekonomi?
How the coming World War 3 will develop in 2013 ?.flv Posted: 06 Sep 2013 07:55 PM PDT |
Posted: 06 Sep 2013 07:31 PM PDT |
Musim pemimpin Umno berlumba-lumba menunjuk baik Posted: 06 Sep 2013 06:19 PM PDT Musim pemimpin Umno berlumba-lumba menunjuk baik Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan. Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini. "Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin. Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu. Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain. Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya. Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya. Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini. Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi. Itulah realitinya setiap kali menjelang pemilihan Umno. Masing-masing pemimpin yang ingin menang dan merasakan kedudukannya tergugat cuba bersikap kreatif dan menonjolkan sesuatu yang berbeza mengenai diri mereka. Ada yang bersikap baik, budiman, terlebih Melayu, peramah, sentiasa senyum, membuka pintu pejabatnya kepada sesiapa saja dan macam-macam lagi. Asalkan boleh menambah undi, itulah yang dilakukan. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga dilihat cuba menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan apabila agak lantang bersuara mengenai pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dan dilihat sanggup berbeza pendapat dengan Perdana Menteri. Beliau juga bercakap mengenai bakas tahanan Ordinan Darurat yang berkeliaran dan rangkaiannya mengikut anggaran matematiknya, kemudian mendedahkan nama-nama kongsi gelap dan selepas ini dilaporkan mahu mendedahkan pula nama ketua-ketua kongsi gelap itu. Meskipun usaha pencegahan jenayah dialu-alukan oleh semua orang tetapi Zahid dilihat seolah-olah cuba menonjolkan ketegasan dan meraih populariti dalam isu ini dengan bercakap terlalu kerap dan berlebih-lebihan mengenainya. Ramai yang bertanya, setelah mendedahkan itu ini, tangkapannya mana? Kedua-dua Zahid dan Hishammudin akan mempertahankankan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilohan 19 Oktober depan. Selain seorang lagi penyandang yang turut mempertahankan jawatannya iaitu Shafie Apdal, tiga kerusi Naib Presiden Umno kali ini juga cuba direbut oleh dua lagi pesaingnya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Isa Samad. Dengan Tengku Razaleigh masih belum memutuskan sama ada akan mencabar Najib atau tidak bagi jawatan Presiden Umno, kerusi Naib Presiden setakat ini menjadi medan persaingan paling sengit. Pelbagai teori, andaian dan jangkaan sudah kedengaran tentang siapa yang dijangka menang dan siapa yang bakal kalah. Selain berkempen menemui perwakilan yang berjumlah kira-kira 150 ribu orang kali ini, membentuk persepsi dan menonjol-nonjolkan diri juga dilihat sebagai strategi penting untuk menambah undi dan mendorong kepada kemenangan. Zahid sudah memulakannya agak lama dan ratingnya agak baik ketika ini. Dalam waktu yang singkat Zahid berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang tegas dan boleh diharapkan. Perwakilan Umno yang marah dengan sikap pengundi Cina yag enggan bersama dengan kerajaan serta sikap Najib yang terlalu memanjakan mereka, kini seperti meletakkan Zahid sebagai sandaran baru. Di ketika Hishammuddin kelihatan agak tenggelam popularitinya, terutama kerana pendekatannya yang agak lemah semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn ini rupa-rupanya tidak mudah putus akal mahu melonjakkan persepsi dan popularitinya. Beliau kini dilihat satu-satunya anggota kabinet Najib yang berjiwa rakyat dan sanggup elaun minyaknya dipotong. Namanya kini turut melonjak dan menjadi sebutan walaupun belum diketahui pemotongan elaun minyak itu akan menjadi kenyataan atau tidak akhirnya. Tetapi seorang lagi calon Naib Presiden Umno, Ali Rustam dalam usahanya meraih undi dan populariti, lebih mengejutkan lagi ideanya. Beliau mahu menutup pusat judi Genting Highlands. Katanya, pusat judi itu mendatangkan banyak masalah kepada sosial dan jenayah yang sedang berlaku sekarang. Walaupun Ali dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati, tiada protokol serta rajin menghadiri jemputan majlis mereka yang dikenalinya dan kekalahannya di Bukit Katil mungkin menzahirkan banyak undi simpati untuknya, idea dan gesaan menutup pusat judi itu bakal melimpahkan lagi undi daripada golongan agama dalam Umno terhadapnya. Dengan memperjuangkan sesuatu yang dilarang agama, Ali dilihat lebih Islamik berbanding calon yang lain, tambahan pula beliau juga kerap berbaju Melayu sejak kebelakangan ini. Bahkan sudah ada yang menganggap memberi undi kepada Ali sudah jatuh wajib hukumnya kerana niat murninya mahu menutup pusat judi Genting Highlands itu. Orang juga seolah-olah terlupa untuk menyemak dan mengira berapa banyak kedai judi, pusat maksiat, kedai ekor dan pusat hiburan yang telah ditutup sepanjang Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum ini. Soal penutupan Genting Highlands boleh dibuat atau tidak bukanlah isunya, soalnya ialah Ali telah berjaya mencipta strategi untuk menambah undinya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden, jelas ketua cawangan veteran tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ali Rustam yang mahu menutup pusat judi itu Ketika ini dilihat Zahid, Hishammudin dan Ali Rustam berjaya menonjolkan diri masing-masing melalui strategi dan pendekatan yang berbeza. Matlamatnya ialah mereka mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan boleh diharapkan. Menjelang hari pengundian, mungkin banyak lagi idea-idea penonjolan diri ini akan dilakukan. Bahkan Shafie Apdal dan Isa Samad yang ketika ini agak diam juga barangkali turut tampil dengan kecerdikan masing-masing tidak lama lagi untuk menonjolkan diri dan kebaikan bagi merebut kerusi Naib Presiden yang diidam-idamkan itu. Tunggulah! Tidak saja calon-calon Naib Presiden, calon-calon bagi jawatan lain juga akan dilihat berubah watak dan berbeza sikapnya. Semuanya akan kelihatan baik-baik, berjiwa rakyat, peramah, senang didekati, kuat Melayunya dan sayangkan Islam. Begitu adanya, dulu, kini dan selamanya. - shahbudindotcom.blogspot.com |
Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar Posted: 06 Sep 2013 06:42 AM PDT Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut. "Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya. "Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. Beliau juga menggesa sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan. "Apa pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, pertimbangan serius perlu diambil kira," katanya. Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara. Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu. Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak. Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendedahkan kepada The Malaysian Insider pada Isnin, jika keputusan diserahkan sepenuhnya kepada ahli MT Umno, jemputan Anwar untuk mengadakan dialog pastinya ditolak secara terang-terangan. Kebanyakan ahli MT menolak cadangan ketua pembangkang itu namun Presiden Umno, Najib membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat lalu. Sumber itu menjelaskan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog. Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah untuk memastikan perjuangan Anwar terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah. Anwar menjelaskan antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara. Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender. |
Umno must not think they are "masters of all" - Anwar Posted: 06 Sep 2013 06:29 AM PDT |
Don't delay, accept Anwar's offer for dialogue - Saifuddin tells Najib Posted: 06 Sep 2013 06:27 AM PDT Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut. "Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya. "Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. Beliau juga menggesa sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan. "Apa pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, pertimbangan serius perlu diambil kira," katanya. Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara. Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu. Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak. Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendedahkan kepada The Malaysian Insider pada Isnin, jika keputusan diserahkan sepenuhnya kepada ahli MT Umno, jemputan Anwar untuk mengadakan dialog pastinya ditolak secara terang-terangan. Kebanyakan ahli MT menolak cadangan ketua pembangkang itu namun Presiden Umno, Najib membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat lalu. Sumber itu menjelaskan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog. Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah untuk memastikan perjuangan Anwar terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah. Anwar menjelaskan antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara. Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender. Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=86202:ku-li-sokong-kerajaan-terima-dialog-anwar&Itemid=2#ixzz2e7SfU5He Follow us: @MsiaChronicle on Twitter |
Blogger Umno: Najib 'sewel'.... (LM) Posted: 06 Sep 2013 05:31 AM PDT |
Posted: 06 Sep 2013 05:20 AM PDT "Apa niat sasterawan negara mengibarkan bendera Sang Saka saya pun tak tahu. Takkan sebagai seorang yang dihormati (dan) mengeluarkan banyak penulisan yang dianggap satu hasil sastera besar melakukan sesuatu yang agak memalukan. "(Dia) bukan tidak terpelajar. (Bahkan) terpelajar lebih daripada kita," Demikian jelas Mat Sembab...... ini yang memalukan... HISHAM KATA IGP BUAT LAWAK "Pagi-pagi lagi, (beliau) kata Pak Samad menyorok. Rasa saya, Pak Samad nak menyorok dekat mana, umurnya sudah 80 tahun. Dia bukan ada ilmu ghaib. Jadi lawak. Bagus juga buat lawak sekali-sekali. IGP ini seorang yang pandai buat lawak," kata Hishamuddin sinis (atas). ISU NFC DAN BANYAK LAGI KALAU NAK MEMALUKAN.... |
Hutang negara paras kritikal: Malaysia berdepan krisis ekonomi? Posted: 06 Sep 2013 04:37 AM PDT (Oleh Redzuan Shamsudin) KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Hutang dalam dan luar negara yang mencecah RM1,200 bilion mengundang perasaan cemas para penganalisis ekonomi. Mereka membayangkan ekonomi Malaysia akan berdepan krisis dalam sedikit masa lagi sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil mengurangkan jumlah hutang. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak krisis ekonomi seburuk krisis matawang pada 1997 berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dollar Amerika. Matawang negara itu jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, kepada RM3.30 bagi setiap AS$1. "(Masalahnya) dalam keadaan hutang mencecah 53 peratus daripada KDNK, kerajaan masih berbelanja mewah dan membazirkan wang rakyat. "Apabila hutang kita sampai tahap maksimum, kalau ada sedikit kekacauan kewangan di peringkat antarabangsa negara akan menghadapi masalah. Sebab itu kita tidak boleh menolak krisis ekonomi sedang menghantui Malaysia. "Apa yang berlaku (analogi hutang) seperti berbelanja menggunakan kad kredit. Apabila kita guna hingga had maksimum, tiba-tiba dalam bulan itu kereta kemalangan, habislah. Pasti ansuran kereta, rumah dan sebagainya tak boleh dibayar. "Begitu juga negara. Kalau tiba-tiba pelantar minyak bermasalah, harga komoditi menjunam atau negeri Kedah misalnya tenggelam banjir, habislah," ujar bekas akauntan Petronas itu kepada Keadilan Daily. Rafizi juga kecewa dengan kegagalan kerajaan BN dalam mengurangkan hutang sedia ada sehingga negara kerugian RM10 bilion setahun semata-mata membayar faedah pinjaman kepada agensi kewangan asing dan Bank Dunia. "Hutang luar negara mencecah RM70 hingga RM80 bilion dan dari jumlah itu faedah pinjaman yang perlu dibayar lebih kurang RM10 bilion. Jumlah ini agak besar," katanya. Sebelum ini, Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55404 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan