Jumaat, 6 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anti-military protesters rally in Egypt

Posted: 06 Sep 2013 07:40 PM PDT

What happens if Congress says no to strikes on Syria?

Posted: 06 Sep 2013 06:15 PM PDT

What are the strategies the U.S. could use to strike Syria?

Posted: 06 Sep 2013 06:14 PM PDT

U.S. ships, soldiers, embassies at risk if Syria strikes?

Posted: 06 Sep 2013 06:14 PM PDT

Syria's chemical breakdown

Posted: 06 Sep 2013 06:10 PM PDT

Pak Samad, Sasterawan Rakyat

Posted: 06 Sep 2013 04:59 PM PDT

Sementara politikus dan polis bersuara, golongan sasterawan dan persatuan penulis pula memilih untuk membisu sahaja.

Nampaknya ramai yang sudah lupa akan kuasa sebenar yang ada pada golongan sasterawan sejati.
Tentu sahaja golongan penulis picisan dan golongan penulis tanpa tulang belakang yang hanya mementingkan urusan cari makan ("carma") serta hanya tahu membodek golongan politikus tidak termasuk dalam kelompok yang saya maksudkan.
Negara sepatutnya berbangga kerana mempunyai sejumlah penerima Anugerah Sastera Negara yang diberikan gelaran Sasterawan Negara (SN). Pasti sahaja anugerah itu diberikan bukan kerana sasterawan berkenaan pandai membodek, tetapi kerana menghasilkan karya sastera bermutu.
Karya sastera yang bermutu pula pastilah bukan sekadar mengangung-agungkan pemerintah dan Badut Paul Lathic; sebaliknya bersuara mewakili orang ramai, masyarakat awam dan rakyat jelata.
Kalau kita meneliti sejarah silam negara, akan terbukti bagaimana golongan sasterawan – dan wartawan – menggunakan mata pena untuk memperjuangkan nasib kaum, agama, nusa dan bangsa. Mereka tidak memuji-muji dan memuja-muja pemerintah untuk mendapatkan kepingan roti atau cebisan tulang.
Apabila diperhatikan pada masa sekarang, satu-satunya SN yang lantang bersuara mewakili masyarakat, rakyat dan orang biasa dengan penuh berani ialah Datuk A Samad Said (Pak Samad). Kenyataan ini mungkin boleh dipertikaikan dan dibahaskan, tetapi tidak boleh dinafikan.
Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang berfikiran rasional dan matang; mereka akan menyebut nama Pak Samad sebagai sasterawan yang berjiwa rakyat. Beliau berjiwa pejuang sejati tanpa mengharapkan "pulangan" dengan menyokong penguasa secara membuta.
Akibatnya, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Pak Samad dipandang serong oleh Badut Paul Lathic, konco-konco dan anjing-anjing belaan mereka. Perkara ini sedang berlaku secara amat nyata di depan mata. Salakan kedengaran di mana-mana; termasuk ruang siber.
Bersembunyi di pentas terbuka?
Terkini, Pak Samad ditahan pada tengah malam buta 3 September 2013 bagi soal siasat dan diambil keterangan berhubung tindakan individu tertentu mengibarkan bendera Sang Saka Malaya berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam kemerdekaan.
Sebelum ditahan, polis meminta Pak Samad menyerah diri dengan memberikan alasan kononnya pengarang novel "Salina" itu bersembunyi. Pak Samad menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kononnya polis telah ke rumah beliau pada petang Selasa tetapi beliau tiada.
Pada 1 September 2013, Pak Samad yang juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berada di pentas terbuka Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam seawal pukul 2:15 petang bagi menyertai acara "Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian".
Read More / Baca Lagi >>

Are the Malays going back to BN?

Posted: 06 Sep 2013 04:55 PM PDT

There is a vast difference between the Umno Malay and the Pakatan Malay.

The latest survey that concluded in mid-August revealed that the Malays have gone back to supporting Barisan Nasional.
According to Bukit Gantang MP Ustaz Idris Ahmad of PAS the main reason for the Malays deserting Pakatan Rakyat (PR) is due to the coalition's short-sightedness.
The Malays view the BR1M financial aid as their great problem-solver and therefore threw their support behind BN, not realising that the ruling coalition will get back more than what was given out to the rakyat.
Prices of goods, food and other necessities continue to go up the whole year and BR1M will not be able to cover these increases as the aid is only given at the beginning of the year.
This sadly shows that many Malays just see the bulk amount of BR1M and thus they get influenced by BN.
However, PAS' Shah Alam MP Khalid Samad has a different view. He said the Malay support was returning to BN due to their baseless fears when they see many Chinese voting for Pakatan.
Besides that, the Chinese have been unjustly portrayed as ungrateful to the government when they voted for Pakatan.
This is untrue as the Chinese merely showed their preference for Anwar Ibrahim over Najib Tun Razak because they view the opposition leader and Pakatan as having better ideas for good governance.
The Chinese know that only a Malay can be Prime Minister and by voting for Pakatan, they merely choose one leader over another.
All these just go to show that our nation is still divided along racial lines. It is the BN politicians who use the race card well and the fear of the Malays for the Chinese has opened up endless possibilities for Umno.
Although MCA and MIC also use the race card by harping that they do a lot to help their respective races, many can see that both the parties cannot really do much as they always have to toe the line and one word from big brother Umno will immediately drive them into absolute silence.
There is a vast difference between the Umno Malay and the Pakatan Malay.
The harsh reality
Read More / Baca Lagi >>

Peneroka Felda Palong 2 pertikai status 3 akaun KPF

Posted: 06 Sep 2013 04:54 PM PDT

Butiran kewangan tahun 2000 hingga 2013, termasuk bagaimana wang dibelanjakan dan dividen tidak pernah diumumkan. 

FELDA PALONG: Seramai 107 peneroka Felda Palong 2 mahu pihak pengurusan memberi penjelasan berhubung status tiga akaun pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang melibatkan wang simpanan mereka.
Selain pihak pengurusan, mereka juga mahu Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2 menjelaskan perkara sama berhubung wang mereka yang dilabur dalam KPF.
Wakil peneroka, Awalludin Samah, 59, dari Blok 5, berkata terdapat tiga akaun tabung peneroka yang dilabur di dalam KPF.
"Akaun pertama ialah akaun JKKK yang mempunyai simpanan sebanyak RM193,733.51 setakat ini manakala akaun kedua ialah Tabung Ladang.
"Status tabung ini masih tidak diketahui sama ada masih beroperasi atau tidak. Simpanan dalam KPF setakat ini ialah sebanyak RM15,974.17.
"Akuan ketiga ialah Tabung Khairat Kematian yang mempunyai simpanan sebanyak RM15,239.83 dalam KPF sehingga kini," jelas beliau.
Dividen tidak diumum
Bagaimanapun katanya, dari tahun 2000 hingga 2013, butiran kewangan termasuk bagaimana wang dalam ketiga-tiga akaun ini dibelanjakan dan berapakah jumlah dividen yang diterima tidak pernah diumumkan kepada 534 peneroka Felda Palong 2.
"Selama 13 tahun tidak pernah diadakan Mesyuarat Agung. Ke mana pergi dan bagaimana dividen ini dibelanjakan? Kami semua kabur berhubung perkara ini.
"Ada Ketua Blok yang hadir dalam mesyuarat Ketua-Ketua Blok dengan JKKK. Tetapi Ketua Blok sendiri tidak jelas tentang status kewangan ketiga-tiga akaun dalam KPF itu," kata Awalludin.
Seorang lagi wakil peneroka, Dahlan Khatib, 61, berkata mereka tahu tentang jumlah terkini ketiga-tiga akaun KPF itu pun selepas mereka berpakat pergi beramai-ramai ke Ibu Pejabat KPF di Wisma Felda, Kuala Lumpur dan mendapatkan sendiri penyata kewangan ketiga-tiga akaun KPF tersebut.
"Selama 13 tahun membuat pelaburan, kami tidak pernah mendapat dividen dari ketiga-tiga akaun ini. Sekurang-kurangnya pengurusan Felda atau JKKK harus menjelaskan status akaun dan dividen akaun ini. JKKK tidak pernah membentangkan butiran terperinci ketiga-tiga akaun ini," ujar Dahlan.
Mesyuarat Agung
FMT mendapatkan reaksi daripada pihak pengurusan Felda Palong 2, Kamarudin Hassan berhubung rasa tidak puas hati peneroka Felda terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Ulama perkukuh kedudukan dalam PAS?

Posted: 06 Sep 2013 04:53 PM PDT

Menantu Hadi dan anak Nik Aziz bakal diketengahkan oleh golongan ulama dalam PAS.

PETALING JAYA: Kumpulan ulama dalam PAS bakal memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam barisan kepimpinan parti Islamik menerusi  ahli keluarga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut sumber dalaman parti, kumpulan ulama akan mengetengahkan iaitu Nik Abduh Nik Aziz untuk bertanding di dalam perebutan jawatan jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Nik Abduh ialah timbalan ketua pemuda PAS dan turut sama menyokong ketua pemuda PAS Nasrudin Tantawi yang juga merupakan pemimpin pro-ulama.
Selain jawatan dalam PAS, Nik Abduh juga ialah ahli parlimen kali pertama Pasir Mas. Beliau mengalahkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Ibrahim Ali dengan memperoleh 33,431 undi.
Ibrahim pula tersungkur dengan 25,384 undi.
Seorang lagi tokoh baru yang akan ditonjolkan ialah anak menantu Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad yang disebut-sebut bakal bertanding untuk kedudukan di dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Beliau menonjol ketika musim pilihanraya ke 13 yang dijalankan dalam bulan Mei lalu.
Zaharuddin dituduh oleh seorang blogger pro-PAS Tulang Besi sebagai punca berlakunya pertindihan calon Pakatan Rakyat di tiga kerusi DUN di Selangor iaitu Kota Damansara, Paya Jaras dan Taman Templer.
Tulang Besi mendedahkan bahawa Zaharuddin mendapatkan surat watikah yang ditandatangani oleh Hadi Awang meskipun surat watikah lazimnya ditandatangani oleh setiausaha PAS.
Zaharuddin juga ialah ahli Majlis Syura Ulama PAS yang dilantik pada tahun 2011 dan ialah ahli exco Pemuda PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Malawi Jual Pesawat Kepresidenan Untuk Beri Makan Rakyat Lapar ......Kerajaan Malaysia Terus Cekik Rakyat Yang Lapar....!!!

Posted: 06 Sep 2013 04:37 PM PDT

 
Lilongwe, - Wow! Pemerintah Malawi menjual pesawat kepresidenan untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh dari penjualan pesawat itu sebesar US$ 15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Banda menjadikan penjualan pesawat tersebut sebagai prioriti  pemerintahannya.

"Dana US$ 15 juta yang kami dapat dari penjualan jet kepresidenan akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebagian lagi digunakan untuk produksi kacang-kacangan," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilansir The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Penjualan pesawat ke perusahaan Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu memang cukup menguras kas negara. Sebabnya, biaya pemeliharaan dan asuransinya mencapai US$ 300 ribu se tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Tanda Putera bukan 100% sejarah tapi propaganda

Posted: 06 Sep 2013 04:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tanda Putera merupakan filem yang mempunyai unsur sejarah, tetapi tidak memaparkan sejarah secara keseluruhan, kata Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam.

Bagaimanapun beliau berkata, sama ada bersetuju atau tidak dengan fakta yang dikemukakan dalam filem tersebut, masyarakat harus menyokong usaha penerbitan filem yang mengangkat nilai sejarah dan memartabatkan akal manusia.

"Nak kata (Tanda Putera) sejarah seratus-peratus pun salah, tiga suku sejarah pun susah nak sebut tapi dia ada nilai sejarah dan kita kena sokong filem yang macam ini daripada filem-filem komedi, hantu, yang aksi mengada-ngada.

"Kita tak suka tafsiran Tanda Putera itu soal lain. Saya sendiri pun tak setuju tapi kita kena sokong filem yang mengangkat martabat akal kita, tidaklah setiap kali buka tv setiap kali itulah kita rasa diperbodoh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah?' di Restoran Nasi Kandar Pelita, dekat sini malam tadi.

Forum anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda dan Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi itu turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Editor Dewan Sastera dan pengkritik filem, Fadli Al-Akiti dan anak kepada Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfik Tun Dr Ismail.

Mengulas lanjut, Muhaimin berkata, filem sejarah tidak akan menjadi filem yang benar-benar memaparkan sejarah sebaliknya merupakan propaganda dan menjadi medium untuk penonton menyokong pihak yang membikin sesuatu filem.

Namun katanya, sebagai orang yang berakal, masyarakat seharusnya tidak bimbang dengan agenda yang dibawa penerbit filem kerana tidak semua fakta dalam filem atau dari buku akan diterima.
Read More / Baca Lagi >>

Berita Sedih Buat Warga Pendidik Dan Pelajar Melayu Islam

Posted: 06 Sep 2013 04:30 PM PDT

Ramai pelajar yang gagal SPM nanti gara-gara gagal subjek Bahasa Inggeris jadi subjek wajib lulus terutamanya pelajar melayu. Akhirnya pelajar melayu yang bakal terpinggir.

Kenapa subjek Agama Islam tidak di jadikan subjek wajib lulus SPM, bukankah itu lebih bagus. dulu subjek Pendidikan Islam jadi mata pelajaran pilihan bersama Pendidikan Seni.

Betapa rendahnya kesedaran beragama di kalangan pemimpin Umno. Dan akibatnya gejala jenayah dan sosial di kalangan rakyat makin meningkat.

    Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus SPM 2016

Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016. Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

Naik Minyak: Upah hantar gas lonjak RM1

Posted: 06 Sep 2013 04:25 PM PDT

Ipoh: "Harga petrol naik hanya 20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1 untuk sekali penghantaran," keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubung kenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

Menurut Salmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu.


"Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14 kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkan sehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan," katanya ketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Clashes Erupt in Alexandria

Posted: 06 Sep 2013 04:11 PM PDT

Syrians brace for possible US airstrikes

Posted: 06 Sep 2013 04:09 PM PDT

U.S. tightens embassy security in Lebanon and Turkey, warns Americans

Posted: 06 Sep 2013 04:09 PM PDT

U.S. envoy to U.N. says Syria's Assad barely dented chemical weapons stockpile

Posted: 06 Sep 2013 04:06 PM PDT

Syria crisis creates two million refugees

Posted: 06 Sep 2013 04:05 PM PDT

G20 ends with no consensus on Syria

Posted: 06 Sep 2013 04:04 PM PDT

Voters vent frustrations over Syria

Posted: 06 Sep 2013 04:04 PM PDT

Strikes on Syria if Congress votes no?

Posted: 06 Sep 2013 04:03 PM PDT

High Stakes in Congress on Syria

Posted: 06 Sep 2013 04:03 PM PDT

If Congress says no on Syria, then what?

Posted: 06 Sep 2013 04:02 PM PDT

MUKTAMAR: SIAPA PRESIDEN, TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN PAS YANG BARU?

Posted: 06 Sep 2013 07:56 AM PDT

Teka-teki tentang siapa Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS yang baru selepas Muktama PAS Pusat November ini. September ini PAS di peringkat kawasan (Parlimen) akan mula menjalankan mesyuarat agung masing-masing di mana semasa atau selepas mesyuarat agung mereka akan membuat pencalonan untuk semua jawatan dalam parti.

Setakat ini tidak nampak berlakunya lobi-melobi dan kempen yang hebat sebagaimana yang berlaku dalam Umno. Malah tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang mengumumkan untuk menawarkan diri bertanding apa-apa jawatan tidak seperti yang berlaku di dalam Umno. Siang-siang lagi pemimpin mereka samada yang mempertahankan jawatan atau yang tergila-gila kepada jawatan mengumumkan hajat dan nafsu masing-masing. Setakat ini hanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang tidak ada orang yang menawarkan diri, jawatan lain berlumba-lumba mereka 'menjual' diri perasan mereka layak untuk jawatan-jawatan tertentu.

Berbeza dengan PAS setakat ini tidak ada seorang pemimpin pun yang 'declare' untuk bertanding apa-apa jawatan ...........

Syria Dakwa Perang Dunia III Meletus Jika Amerika Menyerangnya

Posted: 06 Sep 2013 07:53 AM PDT

Panel Senat bersepakat memberi kuasa penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan kekerasan terhadap Syria.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu diperoleh selepas 18 ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi dengan 10 - 7 manakala seorang senator hanya memilih sebagai hadir.

Resolusi membenarkan pentadbiran Obama melancarkan serangan tentera ke atas Syria akan memasuki fasa akhir sebelum kedua-dua dewan Kongres melakukan undian akhir minggu depan.

Menurut resolusi itu, tindakan ketenteraan melibatkan misi tentera darat mesti tidak melebihi 90 hari.

Kali terakhir Kongres melakukan undian adalah semasa pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika keputusan menyerang Iraq pada Oktober 2002.

Sementara itu, kerajaan Syria melaporkan, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke tiga.

Timbalan Menteri Luar Faisal Muqdad menegaskan, Syria mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas.

"Tentera kami tidak takut dan tidak akan mengalah, walaupun perang dunia ketiga meletus," katanya dalam laporan Al Jazeera.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: