Jumaat, 6 September 2013

dollah yankee

dollah yankee


Kalau lah Anwar & PR berjaya hari itu ...

Posted: 06 Sep 2013 05:30 PM PDT


Apabila saya membawa keluarga saya balik kampung keKangar, Perlis dari Seremban melalui Lebuhraya PLUS terdetik dihati saya bila sampai masuk sahaja dikiosk tol Seremban 'kalaulah parti Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya alangkah baiknya', pertamanya kerana janji Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran tol dan keduanya akan pula mengurangkan harga minyak ke tahap yang sudah tentu rakyat akan sambutnya dengan kesyukuran.
Tetapi kini semuanya menjadi kenangan dan susah untuk dilupakan kerana impian sedemikian masih jauh lagi serta bersedialah wang lebih daripada seratus ringgit untuk bayaran tol sahaja dan bersedialah ongkos untuk harga minyak yang tidak turun-turun itu setiap kali untuk berjalan atau balik kampung.

Apa boleh buat, ia adalah pilihan rakyat itu sendiri yang masih tidak mahu berubah seolah-olah tidak yakin pada perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan masih mahu peneraju yang lama menjaga kebajikan mereka sedangkan dalam satuasi semua barang naik ini sepatutnyalah kita mencuba dahulu kemampuan Kerajaan yang baru yang bermati-matian berjanji untuk menghapuskan tol diseluruh negara saperti petikan ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13 dahulu 'hari ini kita menang esok tiada lagi tol'.

Begitu juga tentang pinjaman PTPTN yang anak saya masih berhutang itu terpaksalah tanggung membayarnya setiap bulan hingga selesai dan tiadalah anak saya mampu untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada ibu bapa mereka disebabkan terpaksa berhadapan dengan hutang tersebut sehingga langsai.

Nampaknya kenalah tunggu lima tahun lagi apabila diadakan PRU-14 dan itu pun belum tentu nasib Pakatan Rakyat dalam jangka masa yang agak panjang itu apa-apa pun boleh berubah dalam sekelip mata. Yang dikhuatiri adalah harga barang terutama sekali bahan makanan dan barang keperluan dapur sudah tentu tidak akan diturunkan malahan dijangka akan naik dari tahun ketahun. Bayangkanlah harga sekilo udang dan sotong ketika ini berharga RM25 sekilogram dan harga ikan kembong dan ikan selar yang dahulunya dianggap ikan murahan kini berharga hampitr RM20 sekilogram. Bagaimanakah untuk menyara keluarga jika gaji hanya naik 5 peratus sedangkan harga barang naik 50 peratus? Ini semuanya berpunca kos pengangkutan menjadi salah satu sebab harga barang keperluan harian naik adalah kerana tol yang dikenakan itu.

Kesempitan hidup dibandar semakin terasa dan kadang-kadang terfikir juga untuk balik dan tinggal dikampung sahaja lebih menjamin dimana walaupun tiada berbagai-bagai kemudahan tetapi kemudahan asas untuk hidup pun memadai daripada bertungkus lumus mengabadikan diri kepada kebendaan yang tidak kekal kehidupan dibandar besar itu.
Diharap Kerajaan dapat mengawal harga barang sebaik mungkin dan jangan sampai harga ikan kembong atau udang naik hingga RM50 sekiogram dalam jangkamasa 5 tahun lagi sudahlah. Hal ini kerana kami yang berkeluarga besar ini yang berpendapatan rendah terpaksa makan nasi goreng dengan gulai singgang setiap hari kerana itu sahaja yang kami mampukan. Disarankan gaji pekerja tidak kira pekerja swasta ataupun kakitangan Kerajaan hendaklah dinaikkan sekali ganda lagi agar dapat mengimbangi dengan kos sara hidup sekarang ini.

dollah yankee -
Artikel olih: Syed Abdullah JamalulailKalaulah Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya

Salleh Yaakob maut,isteri cedera

Posted: 06 Sep 2013 07:59 AM PDT

Innalillahi wainnailaihi rojiun. Daripada allah kita datang, dan kepada allah kita akan kembali... untuk di hisab dan menerima pembalasan.(Inn na illa rabbikar ruj'a. Surah Al'Alaq, ayat 8) Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua yang maut tak diduga sama ada kita seorang pelawak terkenal ataupun seorang penoreh getah, dan semoga roh jenazah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta semoga isterinya sembuh.

Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir

on Friday, September 6, 2013 at 3:21 AM

TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

dollah yankee -

Gurkah-gurkah di'port' pun mula-mula terkejut 'beruk' juga ...

Idea 3 suku ...

Posted: 06 Sep 2013 12:36 AM PDT




Dah tak idea yang lagi bernas untuk Tabung Haji...

Inilah akibatnya kalau si bahalol dijadikan Pengerusi Tabung Haji...semuanya nak di UMNOkan....

Nasib  baik tak suruh 'mutawif' pakai sekali songkok 1Malaysia yang tinggi 6 inci, sebab Jemaah duduk 100 meter jauh pun dah boleh nampak 'mutawif'....




Najib ni pun sama juga bangangnya, nak letak pengerusi Tabung Haji tu agak-agaklah jangan main tangkap muat sahaja...asal boleh jilat bontot bagi jawatan, asal boleh 'hisap' bagi jawatan...kalau macam ni bukan saja Negara boleh jahanam, kita semua pun nanti mamposss sama ...

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: