Selasa, 3 September 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KESAN RANTAIAN SUDAH BERMULA.TAHNIAH PENEROKA....UNDI BN

Posted: 03 Sep 2013 03:35 AM PDT

  • Pengendali bas mahu tambang naik
  • Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu. 
    • Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak
    • dikemaskini 3.42pm Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan harga diesel. 
      • MP: Lebih banyak kematian j'raya jika harga minyak naik
      • NONEMP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.
     

Macai tak pertahan Najib isu 2 kupang (LM)

Posted: 03 Sep 2013 03:06 AM PDT

Awas!! Selepas minyak, banyak lagi kenaikan sedang menunggu - Shahbudin Husin

Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel.

SIAPA KATA SAYA NAK MASUK Umno. SAYA SUDAH LAMA TINGGALKAN

Posted: 03 Sep 2013 01:40 AM PDT

56 TAHUN MERDEKA ISU KAUM BELUM SELESAI-WRLR




Kuantan- Sambutan aidilfitri PKR Pahang diteruskan  dirumah  ahli parlimen Indera Mahkota ,  Dato Fauzi Abdul Rahman.Turut sama hadir ketua pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim,Ahli Parlimen Kuantan , YB Fauziah Salleh, ADUN Teruntum, YB Chen Chung,ADUN Balok  YB Anansura.

Anwar yang sempat berucap menjelaskan bahawa Merdeka menjanjikan kebebasan, keadilan,dan menolak  sistem hina kaum,hina agama lain dan ini  sudah tidak perlu lagi jika pimpinan juga sudah merdeka.Menurut beliau lagi isu yang sengaja dibangkitkan ini mengina agama dan kaum lain.



"Apa erti 56 tahun merdeka, kita masih tidak berubah soal kaum masih belum selesai, isu aniing ,isu kaum,masih belum selesai.Kerana filem kerajaan umno buat seolah-olahya menunjukkan Cina kaum jahat dan Melayu baik.Sepatutnya kita terangkan apa jasa kaum Cina,Kaum India,Kadazan,Dusun dan lain-lain kaum di seluruh Malaysia ni.Itu baru kita dapat satukan  dan selsaikan masalah kaum lain.Ianya harus melibatkan semua kaum yang lain" Jelas beliau lagi.



Anwar juga menjelaskan tentang isu ekonomi, Beliau menyatakan soal ekonomi Negara yang kelihatan berat . Bila flitch International jelaskan tentang keberhutangan negara dan juga kejatuhan negatif ranking dunia,  ianya menunjukkan  bahawa Negara kita dalam keadaan yang teruk, manakala jenayah pula meningkat.Jenayah tembak berlaku mendadak.

Anwar  juga menjelaskan bahawa tujuan ingin bertemu ialah bagi membincangkan masaalah Negara,Isu kaum dan  agama dan  jangan adanya pergaduhan ,jenayah, ekonomi. 

"Saya akan disertai Hj Hadi, Kit Siang kalau setuju.'
"Ada orang kata saya nak masuk Umno,Sedangkan saya dah lama tinggalkan Umno.Kita nak bincangkan masaalah rakyat.Ini tidak ,asal nak jumpa syarat. Kita boleh bincang, tapi Isu rasuah kena hentikan dulu.Isu minyak anak Mahathir kena hentikan dulu la.Ajak bahas tak mau .Ingat luar Negara tak tau ka.Kita 51% dan Bn 47% "


Isu anjing pula selesai sejak tahun 1936.Isu ini dah lama diselesaikan oleh Raja dan Mufti dan orang yang pakar dalam bidang agama. 56 tahun merdeka isu masih tidak selesai. 

"Ada gambar sultan dan mufti di ketika isu ini diselesaikan berkaitan bergunanya anjing kepada manusia. Kalau isu anjing ini diperbesarkan,kononnya memalukan Islam.Itu isu San Miguel dan curi balak tak malukan Islam?"





Beliau berkata demikian dan mendapat tepukan dari hadirin,Baru-baru ini Mahathir menyatakan bahawa orang Melayu masuk Umno kerana nak jadi kaya. Sedangkan anak-anak beliau sendiri mendapat kontrak berbillion dari kerajaan

TAHNIAH PENEROKA-NAIK KERBAU BAWA SAWIT

Posted: 03 Sep 2013 01:35 AM PDT

Tahniah kepada peneroka.Selepas FVGH masih di dalam kerugian, Kini kos membawa sawit juga pasti meningkat.Masaalah dadah dikalangan anak-anak peneroka juga semakin gawat. Apa nak jadi kerana terlalu lemah untuk menyatakan pendirian. Tunggu lagi kenaikan buat peneroka.....wrlr

 

47% rakyat yang berjaya diumpan oleh BN dlm PRU13 menyebabkan 53% rakyat turut MERANA

Oleh V Sivakumar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman hari ini bahawa harga petrol RON95 dan diesel akan naik RM0.20 tengah malam ini. Ini bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai esok. Kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13. Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Malangnya , 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter. Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13.

Harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, pembelian 50 liter pertol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM 10.OO. Sebagai contoh, sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON 95 ialah RM95. Setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 b setahun. Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata. Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 b setiap tahun. Ini adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta merta.

Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi. Kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah. Ini akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahanapi terutamanya petrol dan diesel. Justeru, kenaikan harga petrol dan diesel ini akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. Apabila harga barang- barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertamabah juga. Inflasi seperi ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima.

V Sivakumar ia lah Ahli Parlimen Batu Gajah

SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13

Posted: 03 Sep 2013 01:27 AM PDT

SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
September 03, 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar tuntutan sivil Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan bagi 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

SPR memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu memetik tindakan pembangkang dan beberapa individu yang tewas dalam pilihan raya mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sivil walaupun sepatutnya ia perlu melalui petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Dalam membatalkan permohonan itu, SPR berkata, pihak-pihak yang tidak berpuas hati hanya boleh memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya sebaik saja hasilnya diwartakan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

SPR memfailkan permohonan membatalkan tuntutan itu pada 29 Ogos sebagai tindak balas terhadap tindakan pembangkan dan lain-lain memfailkan tuntutan.

Ia berkata, writ tuntutan itu remeh dan menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Hakim Datuk Rosnaini Saub memberikan peguam yang mewakili pembangkang tempoh sebulan untuk memfailkan afidavit balas terhadap permohonan pembatalan itu.

SPR akan diberikan sebulan lagi untuk menjawab afidavit pembangkang.

Pada 15 Julai, PR di sebalik meminta mahkamah untuk mengenepikan keputusan semua 222 kerusi parlimen, juga menggesa kepimpinan SPR sedia ada dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.
Dalam penyata tuntutan, pembangkan berkata langkah yang tidak pernah dibuat itu adalah perlu kerana penggunaan dakwat kekal itu gagal menyebabkan penipuan besar-besaran.

Pembangkang mendakwa walaupun jumlah peratusan pengundi tidak jujur yang mengundi dua kali adalah kecil, ia cukup untuk memberikan kesan kepada keputusan dan ada signifikan terhadap jumlah kerusi.
Tambahan lagi, isu berkaitan dakwat kekal berkenaan boleh dibasuh dengan mudah, plantif – PKR, DAP dan PAS – menyalahkan tujuh ahli SPR.

Selain tiga parti politik PR, plantif lain dalam tindakan itu ialah calon pembangkang Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Saifuddin Nasution, Arifin Rahman dan R Rajoo, yang semuanya tewas dengan majoriti yang tipis.

Plaintif menggambarkan bahawa SPR adalah partisan, berat sebelah dan berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam pilihan raya itu menyebabkan ia kehilangan keyakinan orang awam dan tersasar daripada objektivitinya, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan iaitu perlu berdiri sendiri, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Plaintif mendakwa pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menerima arahan daripada perdana menteri dan ahli Kabinet, menyebabkan ketiadaan sikap berkecuali.

PR juga meletakkan kesalahan kepada suruhanjaya itu atas kegagalan dengan sengaja melakukan penipuan terhadap dakwat kekal yang membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
Pakatan juga meminta seperti di bawah:

  • Semua ahli SPR dikeluarkan daripada pejabat SPR kerana sikap penipuan
  • Kerajaan persekutuan akan kekal sebagai penjaga kerajaan, sehingga keputusan pilihan raya baru diketahui
  • Setiap defendan membayar ganti rugi teladan dan am kepada plaintif tetapi tanpa meminta bantuan daripada Dana Tergabung. – 3 September, 2013.

Tiada ulasan: