dollah yankee |
Posted: 03 Sep 2013 09:00 PM PDT dollah yankee - Lagi nak 'pekena', nak mem'bodoh'kan orang melayu. Perkataan RASUAH kini sudah ditukar jadi TERIMA SUAPAN, Kah..Kah..Kah.. kalau macam tu SPRM pun kena lah tukar jadi SPTSM (Suruhanjaya Pencegahan Terima Suapan Malaysia). Gurkah-gurkah politik di'port' pun rasa perkataan 'terima suapan' ini bunyi dia lembut sikit dari rasuah atau tumbuk rusuk atau bawah meja .. Kah..Kah..Kah.. Pegawai JKM negeri dituduh terima suapan Norashikin Idris, 35, dari Pangsapuri Alimsah Valley, Lebuh Chulia di sini, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim. Norashikin, seorang pegawai pembangunan masyarakat Gred 41, dituduh menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan iaitu dengan menyokong pemohonan pembelian dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh Din Sahabat Setia Enterprise, syarikat milik adik kandung Md Hisyamuddin Idris. Kelima-lima pertuduhan itu didakwa dilakukan sejak 5 Disember 2011 hingga 4 Disember tahun lepas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Norashikin didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Janariah Abdul Mutalib manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. Hakim Khairul Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula kes. - Bernama |
Posted: 03 Sep 2013 04:30 PM PDT dollah yankee - Sumber gurkah-gurkah politik di'port' memberitahu bagaimana sejak awal bulan julai lalu semua pintu-pintu sempadan Malaysia yang dikenal pasti yang mudah di bolosi olih pendatang-pendatang haram termasuk di Lahad Datu, ada banyak muka-muka luar biasa yang bersaiz besar dan ketinggian 6-7 kaki (kalau10 orang Malaysia lawan bertumbuk belum tentu boleh menang dengan mereka seorang). Ada putih, ada hitam (negro). Setelah di siasat olih gurkah-gurkah, rupa-rupanya mereka-mereka ini adalah 'secret service' dari Amerika sedang membuat pemantauan sebelum kedatangan Obama ke sini bulan Oktober nanti. Olih kerana Malaysia ni macam-macam boleh jadi (maklumlah Malaysia Boleh!), Amerika pun bimbang dengan keselamatan presiden mereka, sebab itu dia nak datang bulan sepuluh, bulan tujuh 'secret service' mereka dah mula buat kerja. _______________________________________________ Rakyat Malaysia yang budiman bakal dianugerahkan hadiah paling besar daripada kerajaan Umno-BN yang merajai kita hari ini. Ia lebih besar daripada bencana barang naik; kamera AES, cukai GST, harga minyak, gula, jalan tol dan lain-lain. Namanya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). TPP dijangka dapat diselesaikan menjelang sidang APEC di Indonesia, Oktober 2013 ini. Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21. Agenda membodohkan orang Melayu terus bergerak lancar. Seterusnya menenggelamkan isu TPP ini. Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia yang akan mendapat bala bahana TPP, antaranya:
Masalahnya TPP dirundingkan kerajaan Malaysia tanpa ketelusan, dengan kebanyakan syarat-syarat perjanjian dipaksakan tanpa pembuatan keputusan yang demokratik. Jikalau kita membaca dongengan atau kisah mitos Melayu kuno, seperti kisah Sultan Mahmud dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu berkenaan kejatuhan Melaka, atau kisah Raja Bersiong dan kerajaan Langkasuka, kita akan mendapati kemusnahan empayar-empayar Melayu kuno (Hindu-Budha dan Islam) ini berpunca daripada serangan dan penguasaan asing. Tetapi kita tidak boleh menolak hakikatnya dengki khianat, tamak haloba, kezaliman, rasuah dan pecah amanah di kalangan pemerintah tempatan menjadi punca utama faktor dalaman yang merobohkan tembok pertahanan daripada ancaman luar. Inilah akibatnya, serakah dasar penswastaan serta rakus pemerintahan zalim, rasuah, pecah amanah. Inilah kesannya hegemoni United Malays National Organization selama lebih 55 tahun. Bagi penyokong tegar Umno-BN, pada hari ini dan mendatang, sehingga termeterainya Perjanjian TPP ini, teruskanlah sokongan anda kepada Umno-BN. Nanti rasailah nikmat kehancuran dan kehilangan itu. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan