Selasa, 10 September 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SOMBONG NYA! Hantar anak ke luar negara jika tidak setuju pelan pendidikan negara - Idris Jusoh

Posted: 10 Sep 2013 05:27 AM PDT

SOMBONG NYA! Hantar anak ke luar negara jika tidak setuju pelan pendidikan negara - Idris Jusoh 

 

Tak payah cakap la sombong macam tu.Sebab rakyat tak mampu di bawah Umno lah , hantar anak  masuk juga Universiti lelong.Awat ingat rakyat bodoh sangat kah? Selesai dulu rangking Universiti yang ada,

Rakyat bukan ada syarikat besar,tender masuk juta-juta untuk menghantar anak ke luar negara. Rakyat hanya makan gaji disamping hendak menjalankan tugas kehidupan harian.

Rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan barangan lain. Rakyat mana dapat subsidi minyak yang banyak dan percuma.

Rakyat bekerja kini hanya untuk menjelaskan semua bil-bil yang terpaksa ditanggung. Rakyat membeli rumah yang terlalu mahal kerana terpaksa.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:


UniversitiRanking 2012Ranking 2013
UM156167
UKM261269
USM326355=
UTM358355=
UPM360411-420
UIA401-450501-550
UiTM601+701+

Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).

Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)








Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut Menteri Pendidikan II itu, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Karangkraf di Shah Alam awal hari ini.

Menurut Idris, sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat (PR).

"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.

Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara.
"Kerajaan akan terus melaksanakannya, lagi pun ia telah dilancarkan," kata Idris.

Mengambil kira kepentingan pembangunan sistem pendidikan negara, Idris menegaskan, kementeriannya mensasarkan untuk mencapai objektif mereka melalui pelaksanaan pelan berkenaan, yang mana terpaksa mengorbankan beberapa bantahan sesetengah pihak.

"Kerajaan dah rancang blueprint ini dan akan laksanakan, kerana pelan ini telah diberi perincian, kita tak boleh dolak-dalih.

"Kita tidak boleh ikut kehendak semua orang, kita kena tahu objektif kita. Kita kena tahu apa yang terbaik," tegasnya.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

PR pula melihat terdapat enam aspek yang menjadikan yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan satu platform menyeluruh.


Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan betul dan cekap.


Tiada ulasan: