RAKYAT MARHAEN |
- Kambing Hitam: Pegawai k'jaan yang keluar IC, kata Mahathir
- Mencari pemimpin bangsa Melayu bukan pemimpin Umno
- Pengkhianat Negara: Dr M dakwa tak tahu tentang 'Projek IC'
- Kesan Domino
- All eyes on Dr M and what 'TRUTHS' he will tell the Sabah RCI
- A Samad Said besar kerana karyanya
- Selangor bakal belanja RM3 hingga RM4 bilion laksana manifesto PRU-13
- Kenapa kerajaan tidak wajar naikkan harga minyak?
- Kongsi gelap dahulu tiada kaitan orang politik – Fauzi
- Projek IC Palsu: Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini
- Nilai RM jatuh, apa tindakan kerajaan BN - Mahfuz
- Pas Bagan Serai mahu PKR pulang kerusi yang dipinjam
- Pendatang haram penyumbang rasuah terbesar negara
- Rupanya Detektif Polis Dalang Bocor Nama 30 Ketua Gengster, Kini Di Buru Polis & KDN ..??
- Selepas EO: Adakah kita selamat?
- Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya..
- Cover Line: Tiada subsidi dalam Islam, hanya ada cukai, kata Ulama Umno..!!
- The Stream : Shouldering Malaysia's future - Nurul Izzah
- Pihak Polis Perlu Kuasa Lebih Untuk Manangkap Orang Atasan - Musa Hassan
- 'Rebels had motive to carry out chemical weapon attack in Syria'
- Syria ready to disclose weapons
- U.S. says Russia's Syria plan can't be "delaying" tactic
- Obama Backs UN Discussion of Syria Arms Proposal
- Egyptian official tells security to shoot to kill
- Jika Ingin Habuan, Selain Tiru Cara Zahrain, Acah-Acahlah Macam Azalina...
Kambing Hitam: Pegawai k'jaan yang keluar IC, kata Mahathir Posted: 10 Sep 2013 09:13 PM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan "pegawai kerajaan" yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak. Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri. Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah "untuk masa yang lama" yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang. |
Mencari pemimpin bangsa Melayu bukan pemimpin Umno Posted: 10 Sep 2013 08:58 PM PDT Kenapa seorang ahli DAP berminat untuk tahu kepimpinan jenis apa yang akan muncul dalam pemilihan Umno yang akan datang nanti? Walaupun DAP, saya orang Melayu dan mana-mana pihak yang mendakwa mereka mewakili kepentingan Melayu, mestilah kita kena periksa dahulu. Pada peringkat peribadi juga, saya tidak akan terima dakwaan yang tidak disokong penghujahan. Pembaca upahan pegawai Najib yang ptui sana dan ptui sini, tidak perlu buang masa dengan saya. Saya hanya simpati dengan mereka yang terpaksa membaca apa yang saya tulis dan mengambil masa lama untuk faham apa yang ditulis. Saya sudah lali dengan cemuhan seperti ini yang datang daripada pembaca kualiti ludahan dan kahak. Kita hendak lihat dan kaji akan kesahihan dakwaan tersebut atau ia omongan kosong orang yang gila kuasa. Sebab pemilihan itu akan menentukan kualiti kepimpinan akan datang yang akan mentadbir negara ini seketika mereka berkuasa. Kerajaan pimpinan Umno ialah sebuah kerajaan seketika ini - government for the time being dan akan bertukar apabila rakyat meluat kepada mereka. Masanya akan tiba - sekarang ini bukan Melayu rata-rata menolak Umno dan BN bukan sebab mereka Melayu. Perasaan seperti itu tentu ada tidak syak lagi - tetapi sebab penolakan yang lebih besar ialah kerajaan gagal mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Orang Melayu pun semakin ramai menolak Umno. Yang menyelamatkan Umno kepada saya dua perkara; (1) Umno terus menyogok dan merasuah rakyat dengan wang Ringgit terutama orang Melayu yang hidup susah dan (2) Umno melaga-lagakan bukan Melayu dengan Melayu. Seterusnya , kita hendak lihat pemimpin Melayu jenis apa yang Umno tawarkan kepada orang Melayu? Dan mana tahu, jika kepimpinan yang muncul itu serasi dengan prinsip perjuangan sejagat, DAP boleh berkerjasama dengan Umno untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kalau orang Umno tidak faham dan tahu, itu pun matlamat kita - bukan untuk mengekal tahap pencapaian yang sedia ada tapi meningkatkannya. Jika tidak mampu meningkatkan, kepimpinan yang ada mesti diganti. Pentadbiran Najib mesti dinilai daripada sudut ini sahaja. Berjayakah Najib membaiki standard kita? Kalau tidak, Najib mesti diganti. Tidak perlu sentimental terhadap ikatan dengan Najib. Terutama orang Pahang. Bodohlah orang Pahang jika bersetia kepada Najib hanya semata-mata dia orang Pahang dan orang berlumb berpentesan kaki memuji dan memuja Najib. Ia bukan macam dunia akan kiamat untuk orang Pahang jika Najib bukan PM. Umno kena ingat bahawa bukan semua orang Melayu menyokong Umno. Majoriti tidak menyokong mereka walaupun Umno tipu sana dan sini menyatakan sokongan Melayu meningkat semasa PRU13 baru-baru ini. Kemukakan faktanya jika betul. Read More / Baca Lagi >> |
Pengkhianat Negara: Dr M dakwa tak tahu tentang 'Projek IC' Posted: 10 Sep 2013 08:52 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek Mahathir' di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin. Katanya, beliau tidak pernah mendengar tentang perkara itu sehinggalah baru-baru ini. Bekas perdana menteri itu memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah hari ini. Ditanya oleh pegawai pengendali Manoj Kurup mengapa projek itu dinamakan sedemikian, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenainya. Katanya, nama beliau telah digunakan untuk banyak perkara. Dr Mahathir berkata, mereka menggelarnya sebagai rasis dan ultra tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana "ia adalah sebahagian daripada kehidupan politik". |
Posted: 10 Sep 2013 08:49 PM PDT Oleh Hashim Bin Ahmad Shiyuti Kesan domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain. Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino. Kenaikan harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah merupakan domino pertama yang terjatuh dan akan memberi kesan kepada harga barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada produk yang akan dihasilkan. Sebagai kesudahan, pengguna akhir akan menerima peningkatan kos secara inklusif dan kesan berganda ke atas kesemua barangan yang digunakannya. Selain itu, harga barangan juga akan meningkat disebabkan oleh adanya mereka yang menangguk di air yang keruh. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa keseluruhan peniaga adalah merupakan mereka yang beretika dan amanah sungguhpun tidak semua mereka adalah celaka dan punah. Tetapi secara makronya, akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga walaupun peningkatan petrol tiada kaitan di dalam penghasilan produk atau servis yang dikeluarkan olehnya. Yang teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini. Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara global di peringkat lokal. Peningkatan harga yang tidak sejajar dengan pendapatan akan menyebabkan nilai permintaan dalam bentuk wang ringgit akan lebih tinggi berbanding kuasa beli yang setara. Keadaan ini akan meningkatkan inflasi nasional dan secara tidak langsung dan membantu kepada peningkatan produk-produk lain. Kesan domino ini adalah konsisten dengan kesan berganda (multiplier effect) di mana setiap jatuhan domino akan dibawa bersamanya momentum jatuhan yang meningkat di antara satu domino dengan domino yang lain. Peningkatan harga yang bermula sebanyak 20 sen pada petrol akan dipindahkan kepada peningkatan kos pengangkutan di mana ia melibatkan hampir semua peringkat pengeluaran. Peningkatan kos pengeluaran akan memberi kesan kepada marjin keuntungan dan semestinya syarikat tidak akan menanggungnya secara sendirian. Sebaliknya, mereka akan memindahkan kos tersebut kepada pelanggan. Kombinasi kos-kos di semua peringkat ini semestinya memberi kesan berganda kepada pengguna akhir. Bayangkan, sekiranya kos pengangkutan bagi setiap barangan dinaikkan sebanyak 3% bagi setiap peringkat dan sesuatu proses pengeluaran itu akan mengambil minimum 4 peringkat, maka jangkaan nilai berganda adalah sekitar 12% (3% x 4 peringkat = 12%). 12% ini adalah merupakan nilai jangkaan peningkatan harga akhir kepada sesuatu barangan. Nilai ini dikira konservatif kerana peningkatan sebenar bagi setiap liter petrol ialah 10.53% berbanding harga sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
All eyes on Dr M and what 'TRUTHS' he will tell the Sabah RCI Posted: 10 Sep 2013 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR - Former prime minister Mahathir Mohamed has arrived at the Kota Kinabalu High court to testify in the Royal Commission of Inquiry into illegal immigrants who were allegedly offered citizenship in exchange for voting his BN coalition during elections. Mahathir, who served as PM from 1981 to 2003, has been fingered as the main culprit behind the scam that Sabahans blame for their abject economic and social situation. The 88-year-old veteran Umno leader has denied all allegations, pointing the finger back at his former deputy - Anwar Ibrahim, who is now the Opposition Leader. "Dr M will deny everything. His presence is to do damage control. In the end, Malaysians, especially Sabahans, won't get anything useful out of the RCI. No one of importance will be brought to book," Opposition MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle. Damage control? Anwar too is due to testify before the Sabach RCI. According to his aides, he is expected to fly into the state for the September 16 Malaysia Day celebrations. The former deputy prime minister has said he was not kept "in the loop" by Mahathir on the citizenship scam, which has been tagged Project M. Last month, 2 officials from the RCI had flown down to Kuala Lumpur to record Anwar's statement. Anwar's lawyer, Latheefa Koya, told the press that he had expressed his willingness to take the witness stand so as to help expose the culprits, whose actions he has often condemned as being "treasonous" as it directly threatened national security. |
A Samad Said besar kerana karyanya Posted: 10 Sep 2013 07:56 PM PDT Oleh A Shukur Harun Hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang sasterawan besar lahir untuk mengisi erti kemanusiaan dan kebebasan serta menjadi jurubicara masyarakat dan zamannya. Di sepanjang zaman, memang ramai penulis yang muncul dalam pelbagai genre, tetapi hanya sejumlah kecil yang benar-benar mampu mengisi tugas itu. Malah dari jumlah yang kecil itu pula, lebih kecil lagi yang bertahan dan mampu mendambakan dirinya walau menghadapi badai dan gelombang. Daripada jumlah yang sangat kecil itu hadir dan mengalir sasterawan besar A Samad Said. Dalam usianya yang lanjut, 78 tahun itu, dia menjadi ikon anak muda pula, sesuatu yang kelihatannya aneh dan sangat jarang berlaku. Iaitu dalam usia lanjut, sasterawan berasal dari Belimbing Dalam Melaka itu, menjadi idola generasi baru, menyebabkan ada sesetengah pihak sukar memahaminya. Sasterawan ternama ini menjadi besar kerana usahanya menjadi besar dan beliau akan terus menjadi besar walau berdepan dengan 'ribut taufan' yang cuba menggugat kewibawaannya. Sebab itu apabila ada pihak yang menuntut supaya Anugerah Sasterawan Negara itu ditarik balik, reaksi segera dari A Samad Said ialah, "Silakan ambil, bila-bila masa" justeru beliau tetap besar kerana karyanya. Untuk ini saya teringat sebuah dialog hebat dalam novel Ernest Hemingway, 'Old Man And The See', "You can destroy people, but you cannot defeat people." – sama seperti apa yang diucapkan oleh Mahatma Ghandi di depan polis yang menangkapnya, "You can arrest me but you cannot defeat me." Memang manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak boleh dikalahkan. A Samad Said adalah jurubicara masyarakat pada zamannya, bahkan mungkin melampaui zamannya. Tahun lalu, kami dari Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Markas Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, pimpinan Cikgu Ishak Surin, mengadakan sambutan hari lahir yang ke-77 Sasterawan Negara itu dalam suasana penuh syahdu dan sederhana. Kami meraikan beliau bukan semata-mata kerana menyambut hari lahirnya itu, tetapi bahkan kerana kehadirannya di tengah medan perjuangan yang membara, malah menjadi antara tokoh penggerak kebangkitan rakyat bahkan mencetuskan sebuah phenomena yang menarik terutama di kalangan golongan muda. Di majlis itu saya berucap, dengan menyebutkan bahawa dalam umur 77 tahun, A Samad Said dapat menyaksikan suasana politik dan kemasyarakatan yang sedang menuju 'arah yang tidak tentu arah'. Beliau sedang menyaksikan suasana seolah-olah negara dan bangsa ini kehilangan jati diri, kehilangan kebebasan, malah seperti kehilangan manusiawinya. Sebagai sasterawan, beliau menyaksikan semuanya ini dengan penuh kecewa dan bertanya mengapa negara dan bangsa yang sudah lebih setengah abad merdeka ini berada dalam kancah yang sedemikian rupa. Read More / Baca Lagi >> |
Selangor bakal belanja RM3 hingga RM4 bilion laksana manifesto PRU-13 Posted: 10 Sep 2013 07:51 PM PDT AMPANG, 10 SEPT: Kerajaan Negeri Selangor dijangka akan membelanjakan RM3 hingga RM4 bilion bagi melaksanakan dasar yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Anggaran itu bagaimanapun boleh meningkat sehingga RM6 bilion tertakluk kepada cadangan yang bakal dikemukakan pemimpin masyarakat tempatan di Majlis Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor 2013 Bersama Rakyat, yang kini giat diadakan di seluruh negeri. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Iskandar Abdul Samad, anggaran itu meliputi peruntukkan untuk sepenggal bagi skim-skim yang dilaksanakan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). "Pada 2008 kita belum bentuk kerajaan lagi, tetapi untuk 2013 hari ini kita sudah buat kriteria secara terperinci. "Kita cuba habiskan dialog kita minggu ini dan selepas itu barisan exco akan bermesyuarat pada 18 hingga 20 September di mana kita akan bawakan segala maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan, Insya-Allah. Demikian kata Iskandar dalam majlis dialog sama bagi peringkat kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Galeri MPAJ malam tadi. Dialog tersebut diadakan bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor sebelum dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sebelum hujung tahun ini. Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa kerajaan tidak wajar naikkan harga minyak? Posted: 10 Sep 2013 07:47 PM PDT Chang Lih Kang Bersembunyi di belakang topeng "konsolidasi fiskal", "penyelarasan subsidi", "rasionalisasi subsidi" dan terma lain, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, iaitu kira-kira 11% daripada harga asal. Antara alasan pentadbiran Najib Tun Razak adalah pengurangan subsidi akan mengukuhkan asas ekonomi negara, memperbetulkan sistem subsidi sekarang yang tidak berkesan, dan menjimat wang sebanyak RM3.3 billion (ribu juta) setahun. Sekiranya kita meneliti keadaan ekonomi negara kita, tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang genting. Nilai matawang kita jatuh merundum sebanyak 7.9% pada tahun ini. Agensi penarafan kewangan antarabangsa, Fitch Ratings, menurun-tarafkan prospek ekonomi negara kita dari "stabil" kepada "negatif". Ini bermakna reputasi kewangan negara kita dipertikaikan dan kita akan menghadapi kesukaran untuk meminjam wang, atau terpaksa menanggung kadar faedah yang lebih tinggi melalui pinjaman yang diambil. Hutang negara kita berada di tahap yang kritikal, iaitu 53% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang juga merupakan kedudukan hutang negara yang tertinggi sejak kemerdekaan. Had pinjaman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan hanyalah 55% daripada KDNK, dan kini kita sudah mencecah 53%. Dalam siaran akhbar yang bertarikh 21hb Ogos 2013, Bank Negara menyemak semula jangkaan pertumbuhan ekonomi negara kita dan turunkan jangkaan kadar pertumbuhan dari 5% hingga 6% kepada 4.5% hingga 5%. Semua fenomena di atas menunjukkan ekonomi negara kita memang perlu diperkasakan dengan kadar segera. Rasuah sebab utama asas ekonomi rapuh Namun, sementara kita mengakui keperluan untuk mengukuhkan asas ekonomi negara, kita perlu sedar bahawa sebab utama asas ekonomi kita rapuh adalah kerana rasuah dan penyelewengan yang berleluasa. Berbanding dengan subsidi yang diberikan kepada rakyat jelata, wang yang diselewengkan oleh Barisan Nasional jauh lebih banyak. Read More / Baca Lagi >> |
Kongsi gelap dahulu tiada kaitan orang politik – Fauzi Posted: 10 Sep 2013 07:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Biarpun kegiatan kongsi gelap bukan merupakan satu ancaman baru kepada negara, kemunculannya kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat. Read More / Baca Lagi >>Senario tembak-menembak di tempat awam dan terbuka yang semakin meruncing muktahir ini, sering dikaitkan dengan pembabitan kongsi gelap yang akhirnya satu operasi membanteras kegiatan ini digerakkan secara meluas. Terdapat dakwaan yang mengatakan kegiatan kongsi gelap ini sukar dibendung dan dibanteras kerana ia dinaungi dan dilindungi oleh pihak tertentu seperti orang politik, malah pihak polis sendiri. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar), lebih-lebih lagi ketika beliau mengetuai jabatan tersebut, sebelum ini. Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau berkata kegiatan kongsi gelap ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana orang politik ketika tempoh perkhidmatan beliau, berbanding yang didakwa hari ini. "Jika dahulu, kegiatan kongsi gelap ini tidak pula dikaitkan dengan mana-mana orang politik. Tidak macam sekarang. Namun, kongsi gelap ini bukan ancaman baru kepada negara," kata beliau yang menyokong langkah kerajaan membanteras kegiatan kongsi gelap ini. Berdasarkan pengalaman beliau, Fauzi berkata kumpulan kongsi gelap sebelum ini menjalankan kegiatan mereka secara bersembunyi, dan tidak secara terang-terangan seperti hari ini. |
Projek IC Palsu: Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini Posted: 10 Sep 2013 07:33 PM PDT Ketika tempoh setahun Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hampir berakhir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya akan memberi keterangan kepada RCI hari ini. Nama Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun antara 1981 hingga 2003, tidak dilibat secara langsung tetapi para saksi beberapa kali memberitahu RCI tentang kewujudan 'Projek M' yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah. Semasa prosiding suruhanjaya tersebut, nama bekas pembantunya, Datuk Aziz Shamsudin, dan bekas orang kanan beliau ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, telah didakwa terlibat. Dr Mahathir tampil ketika tempoh RCI akan berakhir hujung bulan ini, kecuali jika mereka memohon lanjutan tempoh tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 167 saksi yang dipanggil oleh RCI, tetapi Dr Mahathir akan menjadi saksi ke-209 untuk memberi keterangan. Bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi Ketua Pembangkang, dijangka memberi keterangan kepada RCI pada 19 September. Ini adalah kali kedua Dr Mahathir memberi keterangan kepada RCI dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2008 kepada RCI VK Lingam yang menyiasat dakwaan penetapan kehakiman. Didakwa, projek yang memberi kewarganegaraan kepada PATI itu dilakukan untuk membolehkan kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1990-an apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Bagaimanapun, terma rujukan RCI tidak termasuk mencari siapa yang bersalah dalam memberi IC haram itu. Oleh itu, pegawai pengendali prosiding, dijangka tidak akan menyiasat jauh ke punca sebenar "projek" yang dikatakan itu dan siapa yang memberikan arahanRead More / Baca Lagi >> |
Nilai RM jatuh, apa tindakan kerajaan BN - Mahfuz Posted: 10 Sep 2013 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS melihat isu kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) harus dipandang serius oleh kerajaan khususnya Bank Negara. Read More / Baca Lagi >>Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika tindakan tidak diambil ia akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara pada masa akan datang. "Isu kejatuhan RM ini perlu dipandang serius oleh kerajaan terutamanya Bank Negara dan mereka perlu mengambil langkah segera bagi menstabilkan semula RM. "Kalau ini tidak diambil ia akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara dan rakyat akan terus berada dalam keadaan tekanan," jelasnya kepada Harakahdaily. Menurut beliau, kejatuhan RM akan menyebabkan berlakunya inflasi dan kesan yang paling teruk adalah kepada sektor import eksport. Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jika urusan tersebut dilakukan dalam mata wang asing menyebabkan kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih. "Tindakan ini akan menjadikan harga barang terus meningkat, kita tidak lagi dapat mengawal harga kerana faktor tersebut bergantung kepada mata wang asing. |
Pas Bagan Serai mahu PKR pulang kerusi yang dipinjam Posted: 10 Sep 2013 07:24 PM PDT BAGAN SERAI - Pas kawasan Bagan Serai sebulat suara menuntut PKR 'memulangkan' semula kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu yang 'dipinjamkan' pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu. Read More / Baca Lagi >>Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin berkata, tuntutan itu dikemukakan tiga cawangan parti itu iaitu dari Masjid Tinggi, Parit Haji Ali dan Parit Haji Taib dalam Mesyuarat Agung Pas cawangan serta dipersetujui untuk dibahaskan pada Muktamar Pas dijangka diadakan pada November hadapan. Menurutnya, alasan utama usul bahas itu diterima bagi menyedarkan Pas Pusat bahawa punca sebenar kekalahan PR di dua kerusi itu disebabkan undi protes penyokong PR yang kecewa dengan masalah dalaman melanda PKR Cabang Bagan Serai. "Pas kawasan akan berusaha membawa usul ini pada persidangan Muktamar Pas kelak memandangkan perkara ini penting dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen Bagan Serai dari tangan BN. |
Pendatang haram penyumbang rasuah terbesar negara Posted: 10 Sep 2013 07:19 PM PDT Menurut Tan Sri Zaman Khan, gejala pendatang asing tiada kesudahan dalam agensi keselamatan negara. "Kita bukan bercakap tentang pegawai tidak bagus atau undang-undang yang tidak bagus, saya rasa ini semua persekitaran kita. Tidak boleh salahkan polis sahaja, lihat isu pendatang haram yang merupakan punca rasuah terbesar. "Kenapa kita tidak betulkan, ada masanya ada tindakan, ada masanya tidak, dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian siri ke-23, 'Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO' yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam. Kata beliau, tindakan tegas bagi membanteras gejala rasuah perlu diambil serius kerajaan. "Bukan sahaja polis, tapi semua terlibat, jadi kalau polis tahan jadi orang cakap polis makan duit. Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu dibanteras," ujarnya. |
Rupanya Detektif Polis Dalang Bocor Nama 30 Ketua Gengster, Kini Di Buru Polis & KDN ..?? Posted: 10 Sep 2013 07:16 PM PDT Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri. Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut. "Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga," katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut. Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber. Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian. "Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami," kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan. Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan. Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya. Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum. |
Selepas EO: Adakah kita selamat? Posted: 10 Sep 2013 07:14 PM PDT Wacana "Polis Hilang Sengat, Apa Selepas EO" anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam. SHAH ALAM – "Apakah hari ini kita sudah berasa selamat selepas pelbagai akta dimansuhkan?" demikian soal Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam Wacana Siri 23 'Polis Hilang Sengat : Apa Selepas Ordinan Darurat (EO)' di Auditorium Karangkraf, di sini, semalam.Beliau berkata, jika kita ada empat atau lima pengawal peribadi bolehlah berasa selamat. "Kalau tiada bodyguard yang duduk di rumah biasa, yang pergi membeli belah di tempat biasa, yang pergi letak kereta di tempat biasa dan yang tidak duduk di kediaman dikawal saya rasa mereka tidak berasa selamat. Jadi demokrasi kita sudah tidak selamat," katanya. Wacana Siri ke-23 ini dikendalikan penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar sebagai moderator. Turut hadir bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, rasa tidak selamat itu wujud apabila banyak akta yang selama ini menjaga keselamatan sudah dimansuhkan. "Akta yang ada sebelum ini cukup bagus. Bukan sahaja melindungi kita, malah ia juga melindungi penjenayah. Ramai yang tidak nampak kebaikan tersebut termasuklah pihak pembangkang. |
Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya.. Posted: 10 Sep 2013 07:00 PM PDT Pemandu akhirnya jawab isu "Najib sewel" Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja. Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). "Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras. "Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu. Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu. Read More / Baca Lagi >> |
Cover Line: Tiada subsidi dalam Islam, hanya ada cukai, kata Ulama Umno..!! Posted: 10 Sep 2013 06:57 PM PDT Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat. "Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini. "Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam. Beliau juga memetik ayat Al-Quran: "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar." Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam. "Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam. "Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
The Stream : Shouldering Malaysia's future - Nurul Izzah Posted: 10 Sep 2013 06:20 PM PDT |
Pihak Polis Perlu Kuasa Lebih Untuk Manangkap Orang Atasan - Musa Hassan Posted: 10 Sep 2013 03:32 PM PDT |
'Rebels had motive to carry out chemical weapon attack in Syria' Posted: 10 Sep 2013 03:31 PM PDT |
Syria ready to disclose weapons Posted: 10 Sep 2013 03:30 PM PDT |
U.S. says Russia's Syria plan can't be "delaying" tactic Posted: 10 Sep 2013 03:29 PM PDT |
Obama Backs UN Discussion of Syria Arms Proposal Posted: 10 Sep 2013 03:29 PM PDT |
Egyptian official tells security to shoot to kill Posted: 10 Sep 2013 03:25 PM PDT |
Jika Ingin Habuan, Selain Tiru Cara Zahrain, Acah-Acahlah Macam Azalina... Posted: 10 Sep 2013 07:44 AM PDT Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang sebelum ini gah dengan keputussn mahu mencabar Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO, dilaporkan akan membatalkan hasratnya itu setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian. Orang yang memberi nasihat itu juga diberitakan akan memastikan Azalina diberi jawatan kanan dalam Pergerakan Wanita UMNO, selain kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan atau GLC berikutan kesediaannya akur dan dan tunduk kepada nasihat tersebut. Siapakah lagi dalam negara ini yang begitu berkuasa untuk memberi nasihat sambil membuat tawaran sedemikian selain daripada Perdana Menteri, malah sesiapa pun yang mendengar berita ini pasti tahu bahawa tiada orang selain Najib yang boleh boleh berbuat demikian. Kenapakah Najib sanggup berbuat demikian? Azalina ketika dihubungi oleh sebuah portal berita menyatakan, beliau tidak akan mencabar Shahrizat dan akan membuat kenyataan rasmi mengenainya pada 20 September nanti. Ini secara langsung mengesahkan bahawa beliau telah membatalkan hasratnya itu dan bersetuju dengan tawaran serta ganjaran yang dijanjikan kepadanya oleh Perdana Menteri. Maka, tindakan Najib ini bukan saja menghancur-leburkan transformasi yang diciptanya sendiri, malah tawaran jawatan dan kedudukan kepada Azalina ini boleh juga ditafsirkan sebagai perbuatan rasuah. Bukankah antara intipati transformasi politik Najib ialah ingin menyuburkan demokrasi serta menggalakkan sesiapa saja bertanding melalui pindaan perlembagaan UMNO yang dicadangkannya? Oleh kerana sayangnya Najib kepada Shahrizat, yang menjadi perbualan ramai dalam UMNO bahawa Ketua Wanita itu pernah berbudi baik kepada Najib dan Rosmah suatu ketika dahulu, Najib bukan saja sedia memberi jawatan penasihat bertaraf menteri kepada Shahrizat untuk memastikan kedudukannya lebih kukuh, malah sanggup pula memujuk dan menawarkan ganjaran kepada Azalina. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan