Rabu, 11 September 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KIBARKAN SANG SAKA MERAH PUTEH

Posted: 11 Sep 2013 07:00 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB

mereka  yang buta sejarah

mereka yang malas membaca
mereka yang jadi langau
mereka inilah yang bertanya apa dia sang saka

Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka

KUALA LUMPUR: Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang akan diadakan Sabtu ini.

Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.

Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.

baca seterusnya..



JALUR TEMBERANG
ciplak dari bendera amerika
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

KALAU BANGSA OUN TIPU - YANG INI LAGI TIPU

Posted: 11 Sep 2013 06:00 PM PDT




KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH


KOTA KINABALU 11 Sept. -  Mahathir Mohamad hari ini menafikan terlibat dalam mana-mana projek IC termasuk Projek IC Mahathir seperti yang didakwa sesetengah pihak. Beliau yang.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. MENAFIKAN  KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah...TERGOLEK DOG... kah kah kah

woit...JUMPA ULAR..JUMPA GOBALA...APA NAK BUAT...kah kah kah..

kah kah kah...KETUK KEPALA MADEY DULU... kah kah kah


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

TEKNIK DAN CARA MENGENAL MUSUH

Posted: 11 Sep 2013 06:00 AM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
nak baca politik malaysia cukup senang
apa yang united malays national tak suka
buat lah kerana itu betul
apa yang united malays national organisation suka
jangan buat - itu kerja bodoh

contohnya :  
gerombolan tak suka demo - ini kerja betul dan bawas hasil

contohnya: 
gerombolan suruh buat petisen tipu undi - ini kerja bangang

 UTUSAN MELOYO
sapa utusan meloyo tak kutuk
beri temu bual
beri gambar
itu musuh

sapa utusan meloyo kutuk dan caci 
sapa meloyo tibai
sosok itu betul
sosok itu manusia baik

'Bukan saya sebut tak perlu pilih bukan ulama'
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menyeru agar timbalan presiden parti itu dipilih daripada kalangan ulama.
Bekas menteri besar Kelantan itu hari ini berkata, laporan media berhubung dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Akhbar tulis itu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI RANCANGAN NAK PECAHKAN PAS.... kah kah kah..

kah kah kah..KEMPEN SHIAH DI HALA KE MAT SABU... kah kah kah..

kah kah kah...KEMPEN NAK PEMIMPIN ULAMA JUGA HALA KE MAT SABU... kah kah kah..

kah ka kah...MAT SABU DILIHAT  SEBAGAI MUSUH... kah kah kah..

kah kah kah..MUSUH UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION... kah kah kah..

kah kah kah...JUGA MUSUH OLEH GEROMBOLAN YU GI DALAM PAS... kah kah kah..

kah kah kah... MUSUH KEPADA PENCURI BALAK... kah kah kah..


kah kah kah..MUSUH KEPADA PENJUAL AGAMA... kah kah kah


SIAPA DIN AYAM
 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

LIMA BELAS TAHUN KEMUDIAN

Posted: 10 Sep 2013 11:38 PM PDT





MENERUSKAN GARIS
TAMAROD 1947
MEMAHAMI GARIS POLITIK REFORMASI

Banyak air telah melintasi jambatan. Banyak daun telah hanyut ke laut. Banyak air liur telah ditelan. Ramai  kawan-kawan yang aktif dalam Gerakan Reformasi telah meninggalkan  dunia. Yang telah pulang ke alam Baqa tidak dapat melihat kemenangan tahun 2008 dan 2013. Lima belas tahun satu jangka masa yang panjang. Tapi dalam perjalanan tamadun manusia 15 tahun ini terlalu singkat untuk dihitung.

Saya masih ingat lagi petang 20 September. Suasana di Masjid Negara dan Dataran Merdeka agak tegang. Ini sejarah  tunjuk perasaan yang paling ampoh. Tarikh dan tempat demo ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut.  Ledakan kemarahan terutama Manusia Melayu terhadap Mahathir cukup jelas. Justeru, kerana itu   hampir 80,000 telah keluar untuk menyokong Anwar dan menibai Mahathir.

PERJUANGAN 15 TAHUN DULU


Secara tetiba sejarah siapa dia Mahathir dibuka kembali. Kejahatan Mahathir dari zaman Tunku mula diketahui umum. Peranan Mahathir sebelum dan sesudah Mei 13 dibaca kembali dalam buku Tunku.  Nama Mahathir berubah menjadi Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kemudian nama pop muncul apabila sebuah laman  MAHAZALIM memanggil  Mahathir Muhamad MAHAFIRAUN.  Dengan serta merta Mahafiraun a.k.a Mahathir Muhamad kini  menjadi musuh utama Manusia Melayu.

Laman Mahazalim sebuah laman siber  'bawah tanah' menjadi teras memangkin gerakan Reformasi.  Mahafiraun kini menjadi  sasaran musuh  utama laman siber Mahazalim. Pandangan Manusia Melayu terhadap 'Wira Dunia Ketiga' beralih sereta mereta. Pepatah dan petitih muncul.  Kalau suka berbohong akan diumpamakan 'sebagai Mahathir'. Kalau kaki putar alam akan dipanggil ' menjadi Mahathir'.  Ibu bapa Melayu mula mendidik anak-anak  bersopan dan berbudi bahasa  agar  ' jangan besar jadi Mahathir'.

Mahathir Muhamad 15 tahun dahulu rata-rata dimata Melayu, terutama dimata anak-anak muda -  dilihat sebagai sosok yang amat zalim. Mahathir menjadi kata sifat membawa makna sosok India yang menyamar sebagai Melayu, yang menghina Nabi, berperangai  zalim dan amat licik. Semua ini dibawa oleh ombak pemecatan Anwar Ibrahim

PERJUANGHAN 15 TAHUN KEMUDIAN



Untuk saya semua ini adalah bentuk perlawanan permualan Manusia Melayu. Mereka hanya berupaya melihat satu kezaliman  dan ketidak adilan yang telah dihimpapkan kepada Anwar Ibrahim. Majoriti Manusia Melayu sama ada dalam parti United Malays National Organisatioan atau diluar kerangka parti dan politik melihat satu kezaliman telah berlaku.

Anwar Ibrahim pada ketika itu dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang berkemungkinan membawa perubahan keatas hidup mereka.  Dalam analisa  Manusia Melayu yang muncul spontan pada ketika itu - mereka berpendapat  jika Anwar  tidak ditendang  maka masa depan mereka dan masa depan Malaysia akan cerah gemilang.

Justeru pada petang 20 September itu kita melihat Khir Toyo, Ahmad Sibi, Abim Brothers dan pemimpin tinggi Pemuda United Malays National Organisation turun berdemo. Mereka dikatakan memiliki simpati dengan Anwar. Mereka melihat kezaliman dan ketidak adilan telah dilakukan oleh Mahathir.  Tetapi untuk saya  ini bukan sebab utama yang menjemput mereka ke jalan raya.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU


Bengolan-bengolan ini turun ke jalan raya kerana mereka ingin membeli saham.  Kehadiran mereka  di Dataran Merdeka pada 20 September adalah tanda pembelian saham. Dalam hitungan fikrah kontot bengolan ini – dalam masa  dua tiga minggu Mahathir akan jatuh.  Jika Mahathir jatuh maka saham 20 September mereka akan ranum untuk dijual. Mereka akan sekali lagi berkenduri kendara mengumpul 'Pink Form'.

Harus saya beritahu apakah 'benda'nya 'pink form' ini.  Bagini kesahnya: Di zaman Anwar menjadi Menteri dan Menteri Keewangan  dahulu banyak harta rakyat telah diswastakan. Sejumlah 30% dari harta rakyat yang diswastakan  ini  wajib  diagihkan untuk dimiliki oleh Melayu dan Bumiputera. Sebanyak 30% saham syarikat rakyat ini akan dijualkan terus kepada Melayu Bumiputera. Disinilah Brother Anwar akan  mengagihkankan 'pink form' kepada Melayu dan Bumiputera yang difikirkan ' sesuai' untuk memiliki sebahagian dari 30% saham Melayu ini. Warna kertas saham ini ialah merah jambu – i.e pink form.

Sesiapa mendapat 'pink form' ini boleh mengadaikan borang ini  kepada bank.  Bank dengan senang hati akan  meminjamkan dana. Ini kerana  Brother yang membawa pink form ini akan pasti mendapat jumlah saham yang tertera  dalam borang.  Nilai harta rakyat yang diswastakan  sengaja dijual dengan harga murah. Apabila diapongkan dipasaran bursa saham maka dengan serta merta nilai saham ini akan naik. Brother pemegang 'pink form' boleh menjualkan saham yang dimilki. Ini jalan pintas untuk para Brother penyokong Anwar dan para penyokong parti United Malays National Organisation untuk  menjadi kaya raya.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU 


Saheh! Bengolan-bengolan  ini turun ke jalan raya bukan kerana kezaliman  atau ketidak adilan. Jika mereka  menentang kezaliman atau ketidak adilan kemana mereka menghilang selama ini?  Kezaliman dan penindasan masih berterusan – bukan berkurang malah bertambah.

Ramai bengolan yang berdemo pada 20 September 15 tahun dahulu atau telah  telah menjadi kaya raya dengan 'pink form'  kini  telah menghilangkan diri. Hanya ada beberapa ekor muncul terutama diambang PRU13. Ada yang menawar diri untuk menjadi calon. Ramai pula yang mula membeli saham sekali lagi dengan harapan Pakatan Rakyat akan menang dan Brother Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Saya amat yakin bukan hanya kabilah  'pink form' yang berharap Mahathir akan jatuh dalam masa dua atau tiga minggu. Ramai dikalangan orang biasa juga berharap bagitu. Justeru kerana itu pada awalnya kita melihat ramai 'penyokong Anwar'  yang ditangkap oleh Mahathir Muhamad dengan menggunakan ISA.

Kawan-kawan Anwar dalam ABIM, penyokong kental Anwar dalam parti, penyokong Anwar diluar United Malays National Organisation semuanya dibungkus oleh Mahathir dengan ISA. Zahid Hamidi ketua Pemuda Ketuanan Melayu adalah contoh terbaik dimana ISA telah digunakn oleh  Mahathir untuk mematahkan penentangan. Bila ISA digunakan maka bengolan 'pink form'  senyap. Mereka mengundur diri. Ada ke Jakarta, ada ke Eropah, ada ke Australia  dan ada ke Amerika.

PERJUANGAN 15 TAHUN KEMUDIAN 


Tetapi api REFORMASI tidak dapat dipadamkan lagi. Penangkapan Anwar menjadikan suasana politik di Malaysia subur untuk ditanam dengan benih politik baru.   Ajenda untuk menumbangkan United Malays National Organisation kelihatan semakin cerah.  Ini bukan bermakna Gerakan Reformasi tidak bersimpati dengan Anwar Ibrahim atau kaum keluarga  Wan Azizah. Adalah  salah untuk mengenepikan fakta pemecatan Anwar dan penangkapan Anwar sebagai pendorong REFORMASI. Tetapi sosok Anwar Ibrahim itu bukan ajenda Reformasi.

Apa yang lebih tepat ialah Gerakan Reformasi telah melintasi sosok Anwar Ibrahim. Telah melintasi kezaliman terhadap individu. Gerakan Reformasi bertujuan untuk menumbangkan United Malays National Organisation. Gerakan Reformasi  bercita-cita untuk mendirikan satu politik baru untuk Malaysia. Malaysia baru untuk  anak semua bangsa. Mentalkinkan Ketuanan Melayu menjadi pendorong Reformasi.

Ajenda, laungan dan program yang diajukan oleh Gerakan Reformasi sebenarnya bukan satu ajenda baru. Penghapuskan ISA. Kebebasan media. Membentras rasuah dan penyalah gunaaan kuasa. Melawan perampasan tanah orang kampong. Melawan cukong dan kroni merampas tanah penduduk miskin kota. Semua ini adalah  sebahagian dari ajenda yang telah lama diajukan oleh Parti Rakyat, oleh Parti Pas oleh DAP dan oleh Ngo.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU


Ajenda-ajenda ini disatukan sekali lagi dalam satu penggalangan yang maha luas. Penggalangan satu harapan.

Anwar ditendang, Anwar dilucut dari semua jawatan, Anwar dibelasah dalam penjara dan Anwar dimasukan ke dalam penjara adalah hujan lebat yang mengubah banyak  sungai.  Hujan lebat membawa pelbagai gelodak. Ada pembasmian dan ada pembersihan. Saperti ledakan Karakatoa – ianya membawa huru hara tetapi ianya juga menabur baja keatas bumi  politik. Baja dari muntahan Reformasi ini  amat subur untuk menanamkan benih-benih perlawanan.

Lima belas tahun dahulu – saya telah menulis – saya telah berceramah – untuk menunjukkan kepada umum bahawa REFORMASI ini adalah satu penggalangan Barisan Bersatu Harapan. Di dalam arus Reformasi ini kita mendapati pelbagai bentuk kabilah dan  mazhab pandangan politik.  Untuk saya ini bukan penghalang malah inilah yang memperkasa Gerakan Rerormasi.

Reformasi telah disatukan  dan diikat dengan HARAPAN – a united front of hope. Harapan dan cita-cita untuk menumbangkan United Malays National Organisation dan mendirikan Malaysia baru telah mengikat banyak kabilah. Kepelbagaian pandangan dan mazhab ini akan menguji kecekalan, sikap gerak kerja dan hujah masing-masing.

MENERUSKAN GARIS TAMAROD



Lima belas tahun kemudian kita melihat jelas bagaimana  gelodak pembersihan awal telah berlaku.  Kita telah   melihat bagaimana ' reformis pink form'  hilang  lenyap.  Kemudian ramai pula pemimpin Angkatan Muda Keadilan pencong dan cabut lari. Kemudian beberapa pemimpin Parti Keadilan sendiri belot dan lari kepangkuan musuh.

Mereka mengundur dari garis REFORMASI kerana niat dan akidah mereka ialah jawatan  dan pink form.  Salepas 2008, sekali lagi kita  lihat ramai  'pemadat projek – project jungkies' – bukan sahaja lari malah menyerang Gerakan Reformasi.

Lima belas tahun kemudian cita-cita dan akidah Gerakan Reformasi telah mencapai kejayaan awal. Benih bangun melawan dan benci kepada konsep Ketuanan Melayu telah subur merebak dikalangan anak-anak muda. Tetapi Reformasi  belum sampai ke matlamat akhir. Matlamat akhir Reformasi ialah menjatuhkan Parti Ketuanan Melayu dan mendirikan Malaysia Baru dengan Kontrek Sosial Baru. Apa yang saya lakar diatas ialah sejarah. Yang saya tulis itu adalah  realpolitik. Sejarah dan realpolitik boleh diabaikan atau boleh dijadikan ilmu panduan. Period. (TT)

NOTA
tulisan ini 
telah disiarkan oleh
suara keadilan terkini

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

MAMAK PUTEH LAWAN MAMAK ITAM

Posted: 10 Sep 2013 10:30 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
pertempuran ini
tidak ada sangkut paut dengan sepaktakraw
tak ada sangkut paut dengan sukan
ini berebut harta perang
sepaktakraw ini hanya kain selimut
digunakan untuk rompak duit rakyat

inilah yang telah
inilah yang sedang
berlaku bertahun tahun

NAJIB TAK ADA PILIHAN

Berita Utama


'Tak ada adab!'

Kuala Lumpur: Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.
"Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri)," katanya semalam.
Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.
"RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya. Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini.
 "Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu. Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SATU MAMAK PUTEH DARI TANJUNG.... kah kah kah..
kah kah kah..SATU LAGI MAMAK ITAM DARI  KEDAH... kah kah kah...
kah kah kah..MAMAK ITAM INI MENYAMAR DARI NEGERI9..kah kah kah..
kah kah kah...ORANG NEGERI MUSTAHIL LEGAM....kah kah kah...
kah kah kah... DUA MAMAK SEDANG BEREBUT HARTA PERANG... kah ah kah..
kah kah kah... INI PROJEK...INI MASYUUUUUK.... kah kah kah...
kah kah kah... LAGI BANYAK GADUH LAGI BAIK... kaha kah kah...
woit... BUNUH JANGAN TAK BUNUH....kah kah kah..
kah kah kah..TERAJANG...JANGAN TAK TERAJANG.... kah kah kah

FORUM MALAM INI
DI MENARA MPAJ
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga
--------

PROGRAM MELAWAN DAN PENCERAHAN DI SANA SINI

Posted: 10 Sep 2013 09:56 PM PDT






MALAM INI DI AMPANG JAYA
radio bangsar
akan membuat liputan langsung

FORUM 20 SEN
#forum20sen membincangkan kenaikan harga minyak dan "subsidi rakyat vs subsidi korporat" akan diadakan pada malam ini seperti berikut:

Tarikh : 11 September 2013
Masa : 830 malam
Tempat : Auditorium MPAJ, Menara MPAJ, Ampang 
(ambil MRR2 ke arah selatan, exit Hospital Ampang. Menara MPAJ di sebelah kanan jalan)

Jemputan kepada Lokman Noor Adam (calon Naib Ketua Pemuda Umno) dan Tang Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan Kedah) ada dibuat selepas tidak ada seorang pun pemimpin Umno/BN yang berani berdebat mengenai isu ini.

Kehadiran saudara/i rakan media dialu-alukan.


MALAM ESOK DI DEWAN CHINA 

"Siapa rampas reformasi?" pada Khamis 12 September jam 8.30pm. 

Panel : Khalid Jaafar, Hasmi Hashim, YB Amir Shari 
dan Fathi Aris. Moderator : Najwan Halimi. 

Anjuran bersama Akademi Pak Sako, Jalan Telawi dan Mahasiswa KEADILAN

HARI AHAD PETANG
JEMPUTAN HARI RAYA
ORANG MISKIN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga


---------

MAMAT INI KENA CANDU

Posted: 10 Sep 2013 09:22 PM PDT




NOTA
ini namanya 
jual candu
ini namanya niaga candu
kah kah kah

SUKUK KENA DUKUK
Aku gi masuk FD kat satu Bank, masuk RM5,000-00 masuk FD Islamic FD Sukuk RM5,000-00 semuanya RM10,000-00. Aku masuk dua-dua ni tahun lepas awal bulan Ogos. Awal bulan ni, September aku gi nak tanya aku punya outcome dua FD tu. Sebab dah setahun. Aku dapat untung FD conventional tu untuk RM285-00 yang lagi satu Islamic tu aku rugi RM49-90 hanya dapat balik RM4,950-91. 

Masa orang Bank promote suruh masuk bukan main best punya hayat. Aku bengang gila pasal kalau aku park duit aku kat ASB paling busuk aku boleh dapat RM700-00. Tiba-tiba semalam aku dengar ekonomi kita antara yang PALING KUKUH DALAM DUNIA. CELAKA SUNGGUH. 

Bila aku cakap pasal ASB, last last orang Bank tu cakap memang tak boleh nak lawan ASB. LAGI SEKALI MEMANG SIAL. on KENAPA MAK CIK FELDA GUMBIRA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 9/11/13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga

-----------

BANGGA DAN MEMBANGGAKAN

Posted: 10 Sep 2013 08:59 PM PDT








KOMENTAR TUKAR TIUB
bertaraf dunia?
bertaraf dunia?
dunia mana ni?

UNIVERSITY  DONUT
BERTARAF DUNIA
Menteri: 15 peratus graduan M'sia bertaraf dunia
Walau kedudukan universiti tempatan semakin merosot di tangga antarabangsa, kerajaan tetap berpandangan bahawa pelabur asing tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bakat-bakat baru di kalangan siswa negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini disebabkan 15 peratus dari graduan terbaik adalah pelajar bertaraf dunia.


INI BERTARAF DUNIA


"Syarikat berkenaan mencari individu yang cemerlang dan kita ada cukup (graduan termpatan) untuk memenuhi jawatan tersebut...

"Kebimbangan kita adalah kalangan 30 hingga 40 peratus terbawah dan cabaran kita adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki standard keseluruhan," katanya kepada pemberita.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... BETUL DAN TEPAT... kah kah kah..

kah kah kah...BUAT DONUT BERTARAF DUNIA...kah kah kah..

kah kah kah..BUAT ALAS MEJA BERTARAF DUNIA...kah kah kah..

kah kah kah...BUAT BATIK BERTARAF DUNIA...kah kah kah

LAGI BERTARAF DUNIA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------

SUNNI WAL RASUAH GENTAR DENGAN PEMIKIRAN SHIAH

Posted: 10 Sep 2013 08:35 PM PDT





 BUKU ALI SYARIATI




Empat lagi pengikut Syiah didakwa

Ipoh: Empat lagi individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Syariah negeri ini kerana disyaki terbabit dalam ajaran Syiah, selepas dua individu didakwa atas kesalahan sama, bulan lalu. 

Abu Bakar Ahmad, 45; Abdul Manaf Abdul Hamid, 48; Idris Md Desa, 48, serta isteri seorang daripada lelaki terbabit dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah di Taiping kelmarin, atas tuduhan mengingkari fatwa Jabatan Mufti Perak kerana memiliki serta menyimpan dokumen berkaitan ajaran Syiah. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Perak 

(JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin, berkata mereka di hadapan Hakim Syarie, Mohd Faudzi Uzir Abdul Wahab, sebelum tiga lelaki terbabit dibebaskan dengan ikat jamin, masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... HANYA SATU SOALAN.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA NAK TANGAP MENTERI BUIH MULUT... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAK TANGKAP MENTERI PENERANGAN.... kah kah kah..

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... DATUK SHAHBERY CHIK  BANYUAK TERJEMAH  BUKU ALI SHARIATI....kah..

kah kah kah... ALI SHARIATY ADALAH PEMIKIR INTELEKTUAL SHIAH.... kah kah kah 

kah kah kah...TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP.... kah kah kah

kah kah kah...BODOHKAN ORANG MELAYU.... kah kah kah


SATU JEMPUTAN
SAMBUTAN HARI RAYA ORANG MISKIN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

Tiada ulasan: