Rabu, 11 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Artis NAFI Gambar "Anu" Miliknya

Posted: 11 Sep 2013 01:47 AM PDT


Adi Putra Nafi Gambar Lucah Miliknya
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.


Steady Bang Mat, TG Nik Aziz Perjelaskan Kenyataan "Pilih Ulama"

Posted: 11 Sep 2013 12:34 AM PDT



[HD] KOTA BHARU: "Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

"Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

"Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.

"Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.

"Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja," ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah. - 11/9/13


P/s: Ada hikmahnya apabila Utusan menyalah tafsir kenyataan TG Nik Aziz kerana hal itu mendedahkan sikap segelintir ahli PAS terhadap golongan yang dianggap tidak sekelompok dengan mereka. Ada pemimpin muda parti itu memberikan respons berdasarkan laporan Utusan tanpa merujuk kesahihan laporan tersebut dan pemimpin itu dengan jelas mahu jawatan nombor dua dalam parti itu diisi oleh golongan yang dianggap sekelompok dengannya. Walhal demi menjaga hati pemimpin dan rakan dalam parti, tokoh itu boleh menjawab "tiada komen" atau memberikan komen yang tidak memihak kerana kejayaan PAS hari ini berkat kepimpinan semua golongan tanpa mengira profesional atau ulama. 

Steady Bang Mat dan golongan yang dicap profesional dalam PAS!


Amah Campur Clorox dalam Susu Bayi

Posted: 11 Sep 2013 12:10 AM PDT



[HM] Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi - 11/9/13

DAP Kecam Diskriminasi Syarikat terhadap Wanita Bertudung

Posted: 10 Sep 2013 11:30 PM PDT



[Roketkini] PETALING JAYA, 10 SEPTEMBER: DAP menggesa syarikat di Malaysia melayan calon pekerja secara adil dan saksama dalam proses pengambilan pekerja serta menilai mereka bukan daripada segi cara berpakaian tapi berdasarkan kecekapan, keupayaan dan produktiviti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, ekonomi negara akan mendapat manafaat jika semua syarikat bebas daripada diskriminasi dengan pekerja yang diambil menjalankan kelangsungan syarikat.

"Wanita Muslim sepatutnya bebas mengamalkan tuntutan agama dan tidak wajar bagi majikan atau mana-mana pihak memaksa mereka memakai atau tidak memakai tudung. Mereka seharusnya bebas daripada apa jua bentuk diskriminasi dan prejudis, tidak wajar menempatkan mereka pada kedudukan lebih lemah dalam proses pengambilan pekerja apatah lagi langsung tidak diterima seperti yang dilaporkan.

"Perkara ini bukan isu agama tetapi soal keadilan dan hak sama rata. Adalah amat perlu untuk melihat kembali keperluan memasukkan klausa pakaian dalam bahagian berkaitan diskriminasi di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terdapat dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan Mexico.

"Perkara 8, Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan 'tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam'," katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Strategis Sosial Media DAP berkata demikian merujuk kepada status laman sosial Facebook wanita Muslim, Mira Kamil, baru-baru ini yang mendedahkan pengalamannya di mana kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengambil wanita bertudung bekerja.

Permohonan kerja beliau di beberapa syarikat bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditolak dengan alasan syarikat terbabit tidak mengambil wanita bertudung.

Kejadian ini juga disahkan Harian Metro apabila seorang daripada wartawannya menyamar untuk mencari kerja di syarikat terbabit namun ditolak atas sebab sama.

"Saya sekali lagi menekankan bahawa syarikat sepatutnya mengambil pekerja berasaskan merit dan kecekapan bukan daripada segi cara pemilihan mereka untuk berpakaian mengikut kepercayaan agama yang diamalkan," ujarnya. 



Lelaki Nigeria Maut 'Dirogol' Lima Isteri

Posted: 10 Sep 2013 10:00 PM PDT

Sekadar hiasan.
[SH] ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail,susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis. -11/9/13


JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Bawah 'Projek Mahathir'

Posted: 10 Sep 2013 09:46 PM PDT



[Bernama] KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu di bawah projek dipanggil 'Projek Mahathir'.

Ketua pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah bahawa dakwaan yang terkandung dalam sebuah buku ditulis oleh MD Mutalib itu adalah tidak benar.

"Kenyataan itu adalah tidak benar, tiada kad pengenalan dikeluarkan di bawah 'Projek Mahathir', kata saksi ke-208 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangannya esok.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai 'Projek IC', Jariah yang dilantik sebagai ketua pengarah JPN pada Jun 2011 berkata "saya ada dengar tapi saya tidak tahu kebenaran mengenainya".

Jariah memberitahu suruhanjaya bahawa mengikut statistik JPN sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 68,703 pendatang asing yang sah di negeri itu diberi taraf kewarganegaraan dan sejumlah 67,675 daripada jumlah itu telah menukar kad pengenalan biru mereka.

Dirujuk kandungan buku itu bahawa terdapat sejumlah 750,000 daripada 1.75 juta warga asing di negeri itu memegang kad pengenalan palsu, Jariah berkata JP Ntidak mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang asing.

Jariah juga berkata permohonan kad pengenalan mestilah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan sekiranya mendapati pemohon memalsukan keterangan diri mereka, JPN akan menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan yang tidak mengikut undang-undang.

"Baru-baru ini ada satu tangkapan oleh polis di Sabah, polis telah buka fail terhadap pegawai JPN dan tindakan setakat ini diambil di mana pegawai itu telah ditahan kerja," katanya.

Beliau juga berkata penggunaan sijil akuan bersumpah untuk menggantikan sijil lahir bagi permohonan kad pengenalan di Sabah adalah sah tetapi penggunaan sijil itu telah dimansuhkan pada 1987.

Mengenai keterangan saksi pendatang asing dalam suruhanjaya sebelum ini bahawa mereka telah memalsukan tempat kelahiran dengan menyatakan mereka lahir di Sabah bagi permohonan kad pengenalan, Jariah mencadangkan supaya mereka ini tampil ke JPN bagi mengaku maklumat yang diberikan terdahulu adalah tidak betul.

"Itu adalah pendapat saya. Pada pandangan saya maklumat dalam rekod JP Nperlu dibetulkan kerana ia dokumen kerajaan, mereka mesti datang, seharusnya mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka tulis," kata Jariah.

Jariah menegaskan sekiranya mereka yang terlibat ini tidak hadir untuk membetulkan maklumat tempat lahir mereka dalam masa setahun atau dua tahun taraf kewarganegaraan mereka boleh ditarik balik dan kad pengenalan mereka boleh dibatalkan.

"Ini pandangan saya, kalau mereka tidak tampil dalam tempoh itu saya sarankan JPN perlu ada 'task force' untuk mencari mereka, tarik balik kewarganegaraan dan batalkan kad pengenalan," katanya lagi.

Semasa ditanya mengenai kes pegawai atasan dan kakitangan JPN yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan secara tidak teratur kepada warga asing, Jariah memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

"Perkara ini tidak boleh berlaku lagi kerana untuk kelulusan taraf warganegara, ia telah dibuat secara berpusat di ibu pejabat, dan ada jawatankuasa yang memantaunya dan prosedur pengeluaran juga telah diseragamkan sejak 1990," katanya.

Jariah juga berkata dari tempoh 1979 hingga 1984 sebanyak 51,300 kad pengenalan bermasalah dikenal pasti dikeluarkan di negeri itu manakala dari 1984 hingga 1988 pula 62,550 kad.

"Pada 1990 hingga 1996 pula sebanyak 16,699 kad pengenalan telah dibatalkan kerana bermasalah. Sebanyak 113,850 permohonan diterima Panel Jawatankuasa Khas Kad Pengenalan di Sabah, daripada jumlah itu 8,887 permohonan untuk menukar kad pengenalan kepada Mykad dan 3,695 telah diluluskan," katanya.

Jariah berkata Panel Jawatankuasa Khas itu ditubuhkan pada 1998 bagi menangani kes kad pengenalan bermasalah di negeri itu seperti mempunyai nombor kad yang bertindih iaitu satu nombor tetapi mempunyai lebih daripada dua pemilik, gambar dan nama berbeza dengan pemilik selain permohonan menggantikan kad pengenalan yang tidak direkodkan di JPN.

Beliau menjelaskan keputusan menubuhkan Panel Jawatankuasa Khas itu adalah daripada Kementerian Dalam Negeri dan menterinya pada ketika itu ialah Dr Mahathir.

Jariah berkata bagi kes pertindihan kad pengenalan terdapat 639 nombor serupa dengan bilangan pemegang kad sebanyak 1,177.

Ketika ditanya mengapa pertindihan ini berlaku beliau berkata ini kerana pada masa itu JPN mengeluarkan kad pengenalan secara manual dan agak sukar untuk disemak tetapi sekarang perkara itu tidak berlaku lagi kerana jabatan itu menggunakan sistem berkomputer sejak 2001.

Pendengaran di hadapan panel lima anggota suruhanjaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung esok. - 10/9/13


P/s: Baca pengakuan Tun M dan bekas tahanan ISA Projek IC  di sini.


[PANAS] Tun Mahathir NAFI Tahu Projek IC, Pegawai Kerajaan yang Keluarkan IC

Posted: 10 Sep 2013 09:11 PM PDT


[TMI] Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:"Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.

"Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.


Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

"Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu," katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat pengesan logam.

Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa minit kemudian. – 11 September 2013.

Pegawai K'jaan yang Keluarkan IC, Kata Tun Mahathir
[MK] Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan "pegawai kerajaan" yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah "untuk masa yang lama" yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang. - 11/9/13


Berkaitan: 

Bekas Tahanan ISA Dakwa Bantu Proses IC di Sabah

[MK] Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.



Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.

Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.

"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.

"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.

'Diketuai Mahathir sendiri'

Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.

Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu. 


"Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.

"Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah. 

"Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an," katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses.

'Bukan sikit, berguni-guni'

"Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja.

"Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah. 

"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya.

Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya.

"Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih.

"Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya. 

Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit.

"Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi. 

Setengah juta IC

Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang. 

"Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu. 

"Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya. 

Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN. 

Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno. 

"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi. 

Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.

"Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi. 

Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan. - 28/2/13


4 Lelaki Didapati Bersalah Rogol dan Bunuh Pelajar Perubatan di India

Posted: 10 Sep 2013 08:42 PM PDT


[SH] NEW DELHI - INDIA. Empat lelaki didakwa bersalah atas kesalahan merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun di New Delhi di dalam sebuah bas, Disember lalu.

Hakim Yogesh Khanna memutuskan kesemua tertuduh, Mukesh Singh, Vinay Sharma, Pawan Gupta dan Akshay Kumar Singh bersalah kerana merogol bergilir-gilir, berkelakuan di luar tabii, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa yang tidak berdaya.

Bagaimanapun menurut AFP, keputusan berhubung hukuman ke atas mereka hanya akan diumumkan pada hari ini.

Susulan daripada keputusan itu, peguam bela tiga daripada empat tertuduh tersebut memaklumkan mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Akhir bulan lalu, tertuduh kelima dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana manakala suspek keenam, Ram Singh ditemui mati tergantung di dalam penjara, Mac lalu. - 11/9/13


[PANAS] Presiden PSM Kata Khairy BIADAP!

Posted: 10 Sep 2013 06:28 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.

"Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri)," katanya semalam.

Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.

"RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya. 

Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. 

"Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu. Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya. -11/9/13


Pemuda Dipercayai Mati Dibunuh Kerana Cicak Tokek RM1 Juta

Posted: 10 Sep 2013 06:19 PM PDT


[Bernama] SHAH ALAM: Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap.

Berikutan itu, polis menahan secara berperingkat 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak dari 1 September sehingga hari ini dan pemilik cicak tokek iaitu seorang wanita berumur 60 tahun di Kuala Selangor hari ini berhubung kes pembunuhan Syairul Helmi Azhar, 24.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini hari ini berkata, suspek itu dipercayai diupah wanita berkenaan untuk mengesan Syairul yang dikatakan menghilangkan diri selepas diamanahkan untuk menjaga dan mencari pembeli berpotensi cicak tokek itu.

Suspek dikatakan berjaya mengesan Syairul lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa daripada senjata buatan sendiri yang mengenai rusuk kanan simati.

Mohd Shukri berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu batang paip besi menyerupai selaras senjata buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, sebuah beg hitam, kain putih, enam peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, pemutar skru dan playar.

"Kita belum menemui cicak tokek yang dikatakan itu," katanya. -11/9/13



Berkaitan:


Cicak Gecko Bernilai RM1 Juta Tidak Ditemui Tetapi Pencurinya Ditemui Mati Ditembak

[Mstar] SHAH ALAM: Seorang lelaki yang melarikan seekor cicak gecko yang ditafsirkan bernilai RM1 juta telah ditemui mati ditembak tetapi cicak tersebut masih belum ditemui.

Cicak yang dipercayai dapat dijadikan ramuan yang mampu memyembuh pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV telah dilarikan oleh mangsa setelah ia diserahkan oleh seorang usahawan wanita yang dikatakan pemilik cicak tersebut.

Wanita tersebut menyerahkan cicak itu kepada mangsa setelah dia diyakinkan yang mangsa mampu menjadi pembeli yang berpotensi.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Kanan Polis, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberitahu, lelaki berkenaan telah ditemui terkulai di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah kilang minuman dekat sini pada 30 Ogos lalu dengan kesan tembakan ditemui pada anggotanya.

Ekoran kejadian itu polis telah berjaya menahan 16 orang suspek berusia antara 21 hingga 60 untuk membantu siasatan.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan dibunuh kerana mencuri cicak gecko tersebut selepas dikatakan mampu mencari pembeli yang berpotensi.

"Pada masa yang sama kami juga berjaya menahan seorang usahawan wanita berusia 60 tahun yang kami percaya telah mengupah seseorang untuk mencari dan membunuh pencuri cicak gecko berkenaan," katanya kepada para wartawan pada Selasa.

Menurut Mohd Sukri, usahawan wanita itu yang dipercayai pemilik cicak berkenaan memberitahu pihak polis yang dia bersetuju untuk menyerahkan reptilia itu kepada mangsa setelah mangsa menyakinkan yang dia mampu mencari pembeli berpotensi.

Malangnya mangsa telah melarikan cicak tersebut.

Mohd Shukri berkata, suspek yang diupah oleh usahawan wanita tersebut untuk menjejaki mangsa, berjaya menemuinya tetapi telah berlaku pergaduhan yang kemudiannya salah seorang daripada mereka menembak mangsa.

Hasil penangkapan yang dilakukan, polis telah menemui batang besi, enam butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan buah telefon bimbit dan pemutar skru.

Bagaimanapun sehingga kini, cicak gecko yang berharga RM 1 juta itu masih belum ditemui. -11/9/13

KDN dan Polis Dakwa Senarai Ketua Gengster Bukan Dikeluarkan oleh Mereka

Posted: 10 Sep 2013 05:28 PM PDT



Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.

[TMI] Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.

"Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga," katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut.

Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.

Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.

"Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami," kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.

Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.

Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.

Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.

Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah semakin meningkat tetapi ahli politik dan polis terus menyalahkan ketua kumpulan kongsi gelap yang dibebaskan dari tahanan tanpa bicara.

Memetik sumber KDN, laporan berita minggu lalu mendedahkan nama 30 ketua kumpulan dan mendedahkan mereka bergerak aktif di kawasan takluknya.

Antara identiti yang didedahkan sebagai gengster paling dikehendaki adalah Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (KL), Prai Bala (Pulau Pinang), Langkap Sasi (Perak) dari Geng 04; Indren (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL) dari Geng 08; Cendol Kanna (KL), Devan (ketua kumpulan di KL yang merupakan jutawan pengedaran dadah) dan Kajang Kalai (Kajang) dari Geng 36.

Nama terakhir merujuk kepada Exco Pemuda MIC Kalai Arasu Muniandy. Beliau menafikan pendedahan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mencemarkan nama baiknya.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, perbincangan mengenai kebocoran senarai nama itudibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaik sahaja berita itu tersebar.

"Semua di antara kami termasuk ketua setiausaha kementerian masih belum mendapat jawapan. Zaman ini, segalanya boleh berlaku," katanya.

Siapa yang mendedahkan nama itu, masih menjadi tanda tanya.

Misteri ini mengambil masa lima hari sejak disiarkan media pada Jumaat. Polis dan KDN masih menemui jalan buntu.

Anda perlu masa lebih lama untuk selesaikan misteri ini. - 11 September, 2013.


P/s: Ini wayang atau kisah benar?


Tiada ulasan: