Isnin, 2 September 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Saaya pertahankan Jalur Gemilang (2/9/13)

Posted: 01 Sep 2013 09:46 PM PDT


Akhbar The Star hari ini melaporkan darihal tindakan seorang aktivis masyarakat Hishamuddin Rais yang telah mengibarkan bendera "Sang Saka Malaysia" yang dianggapnya sebagai bendera sebenar Negara dan sebaliknya menghina Jalur Gemilang yang didakwanya bendera palsu Negara. (Orang yang sama menyokong penggulingan kerajaan sah Morsi di Mesir)
Beliau dilaporkan melakukan demikian dimalam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Secara peribadi saya merasakan tindakan sedemikian sangat bertentangan dengan semangat dan penerimaan rakyat jelata terhadap perjuangan kemerdekaan Negara dan apa yang telah dibina selama ini oleh semua kita sejak dari datuk nenek kita dahulu.
Apa rasionalnya mahu tukar "Jalur Gemilang" ini dan dikembalikans esuatu yang saya kira Hishamuddin pun tak pasti kesahihannya.

Banyak lagi perkara yang boleh kita ketengahkan sebagai perjuangan tetapi tindakan seumpama ini boleh dikira biadap dan mengenepikan apa yang telah kita terima bersama sejak zaman berzaman.
Sesungguhnya dari rekod sejarah bendera Malaysia yang ada, sebelumnya Persekutuan Malaya, telah dicipta oleh anak tempatan berdasarkan pemerahan akal fikiran dan idea banyak pihak termasuklah Raja-raja Melayu, pimpinan Negara pra Merdeka dan rakyat tempatan sendiri.

373 cadangan telah dikemukakan rakyat tempatan dari pelbagai keturunan dan kedudukan dan akhirnya 3 telah disenari pendek pada tahun 1949. Satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang turut dianggotai Menteri-menteri Besar (termasuklah Dato Onn ketika itu MB Johor) yang kemudiannya mengemukakan cadangan kepada "Federal Legislative Council" atau Majlis Perundangan Persekutuan dan kemudiannya diperkenankan oleh Raja-raja Melayu.
Pada tanggal 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Selangor, di Kuala Lumpur, bendera berkenaan telah dinaikkan buat pertama kalinya disaksikan oleh Raja-raja Melayu.

On 19th April 1950, with advice from the Federal Legislative Council and upon the agreement from the Royal Federation of Malaya, the Malaysian flag was chosen to represent the Federated Malaya.
Originally, crescent and star were in white, however with the advice from Sultan of Kedah, along with remaining Rulers', the white is to be replaced with the yellow, to symbolically represent Royal sovereign.

It was the first time Federation of Malaya flag was raised in an official procession, which was organized by the British High Commission on the 26th May 1950, within the confines of the Sultan Selangor's palace that was attended by the D.Y.M.M Raja-Raja Melayu and the royal officers of King George VI.

At 9:38 am, the Federation of Malaya flag was raised by Sir Henry Gurney (British High Commissioner in Malaya) on behalf of statesmen.It was from that moment, Federation of Malaya had its very own flag,proudly stood for a new country that is united.
Bendera inilah pada malan 31 Ogos 1957 telah dikibarkan mengantikan "Union Jack" dan hari ini setelah dikemaskini dan diperbaiki, "Jalur Gemilang" berkibar sebagai panji-panji Negara yang kita kasihi.

Ini bukan soal politik Umno atau PAS, BN atau PR, ini soal jati diri dan patrotisma terhadap Negara oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya secara peribadi tidak boleh terima cadangan Hishamuddin Rais itu, dan wajarlah jika da peraturan dan undang-undang, beliau diambil tindakan kerana menghina panji kebangaan Negara.
Sementara itu PAS sendiri pernah aktif terlibat dalam Parlimen penggal pertama 1959, apabila berbahas menetapkan "bunga kebangsaan" Negara pada 20 Jun 1961. Dalam "Memoir Khatijah Sidek" (Ketua Kaum Ibu Umno yang kemudiannya menjadi ahli Parlimen wanita pertama dari PAS) , beliau menulis bahawa PAS mencadangkan bunga orkid Kinta sebagai bunga Kebangsaan, tetapi ditolak. "Bunga Raya" telah diterima sebagai bunga kebangsaan.

Ini menujukkan sebagaimana bendera Malaysia, bunga kebangsaan juga melalui proses penyertaan rakyat dalam memutus dan menerima yang terbaik dari kalangan cadangan yang ada.
Oleh itu wajarlah kita menerima apa yang telah diputuskan oleh mereka yang terdahulu dari kita dengan hati yang terbuka. Jangan jadi pencetus "porak-peranda" sedangkan hidup kita sendiri pun kelihatan kusut dan tidak terurus .

 

 

Tiada ulasan: