Anak Sungai Derhaka |
- Najib umum harga RON95 dan Diesel naik 20 sen..
- Bekas anggota TUDM mati adalah Ketua Kongsi Gelap kata Polis.
- Mahathir dedahkan bukan Bangsa dan Agama diperjuangkan UMNO tapi Harta..
Najib umum harga RON95 dan Diesel naik 20 sen.. Posted: 02 Sep 2013 04:27 AM PDT Sejak dari tengahhari tadi soalan yang palin popular yang aku terima baik melalui SMS, BBM, e-mail dan FaceBook ialah... "Bro.. Betul ke minyak naik malam ni?".. Memandangkan akupun tak berapa pasti apa yang aku jawab ialah kita tunggulah malam ini.. kemungkinan besar dinaikkan itu ada.. Dan akhirnya terbukti apa yang tersebar itu adalah benar bilamana dua portal berita on-line iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta Bernama telah melaporkan perkara ini.. Anggaplah ini sebagai satu hadiah sempena menyambut kemerdekaan dari Barisan Nasional buat rakyat Malaysia... Ini laporan dari Malaysiakini.. Diesel, RON95 naik 20 sen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini. Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi. Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010. Berikut pula adalah dari The Malaysian Insider.. Najib umum minyak RON95 naik 20 sen tengah malam ini Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini. Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. "Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib. Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter. Ini pula laporan dari Bernama.. pendek saja.. Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama Hari ini minyak naik.. esok barang asas dan juga keperluan hidup pasti akan turut naik, kerana diesel dinaikkan harga. Oleh itu pengusaha akan memindahkan kos tambahan yang mereka tanggung disebabkan Diesel dinaikkan harga oleh Presiden UMNO itu kepada pengguna.. Ada Najib peduli semua itu??.. Ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bantah tindakan Najib itu? Mereka tak akan peduli semua itu sebabnya biarpun harga minyak meningkat kepada RM100 bagi satu liter sekalipun.. mereka tak merasakan keperitannya sebabnya.. kita rakyat yang menanggung segala perbelanjaan mereka itu.. Sikit hari lagi GST pula akan menghimpit kehidupan rakyat.. sila baca di SINI Najib peduli apa semua itu.. rakyat nak marahpun rakyat boleh buat apa?.. tunggulah empat tahun lagi.. Apa punya bangang Menteri Kewangan yang Malaysia ada ni.. nak kurangkan defisit negara dipijaknya perut rakyat.. Maka gegak gempitalah 1Malaysia bilamana macai-macai UMNO melompat-lompat kegembiraan dengan peningkatan harga minyak ini... |
Bekas anggota TUDM mati adalah Ketua Kongsi Gelap kata Polis. Posted: 01 Sep 2013 10:43 PM PDT Polis Perak mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, di sini pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 yang berebut kawasan. "Pergaduhan juga dipercayai berebut kawasan pengedaran dadah," katanya. Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat ~ Berita Harian Laporan sebelum ini..
Mangsa, S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. - Bernama\ |
Mahathir dedahkan bukan Bangsa dan Agama diperjuangkan UMNO tapi Harta.. Posted: 01 Sep 2013 09:37 AM PDT Apa yang Tun Mahathir dedahkan ini ialah apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada masa ini. Penyokong mereka iaitu ahli-ahli UMNO diperbodohkan kononnya mereka memperjuangkan nasib Bangsa dan Agama, tapi hakkatnya bukan itu yang menjadi matlamat mereka sekarang ini. Memperjuangkan nasib Bangsa dan Agama sebenarnya adalah agenda mereka untuk memperbodohkan Ahli-ahli UMNO dalam misi mereka mengaut harta negara demi kekayaan mereka dan kroni mereka.. Malangnya agenda ini masih tidak disedari oleh ramai penyokong UMNO.. yang sedarpun akan terlupa bila dihulurkan sedikit imbuhan atau upah bila PRU menjelang tiba.. Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan