. |
Majlis Bulan Dakwah dan Baca Puisi Posted: 01 Sep 2013 07:05 PM PDT CATATAN TERTINGGAL Saya mulakan dengan peristiwa malam tadi. Lokasinya, di kompleks Karangkraf di Shah Alam Selangor. Ada dua majlis berlangsung serentak. Majlis pembacaan puisi; Darah dan Air Mata - untuk menentang kezaliman dan menyelami penderitaan Mesir dan Syaria dan majlis sambutan Bulan Dakwah 1343. Rupanya sudah tiga hari majlis sambutan bulan dakwah berlangsung dan semalam merupakan kemuncaknya.
Majlis kempen bulan dakwah itu ada pelik sedikit, kerana ia dianjurkan oleh Jaik tetapi berlangsung di negeri Selangor. Apakah ia merupakan anjuran bersama dengan agensi dakwah negeri Selangor? Kalau bersama, agak sedih kerana pemandangan menunjukkan kerusi yang tidak diduduki orang lebih banyak dari kerusi yang diduduki orang. Tidak wajar kalau majlis dihadiri dua MB tetapi crowdnya tidak sampai 1,000. Lain kali pihak penganjur perlu membuat sedikit kajian kalau pun tidak setaraf dengan kajian untuk mendapat Phd, tetapi cukup setakat kajian sikap sebelum mengadakan majlis seumpama itu. Apakah ia relevan atau tidak bagi mengelakkan keaiban.
Atas hakikat ini untuk apa Jaik mengadakan majlis kempen itu di Selangor. Mungkiun kerana ia mempunyai serampang dua mata, di samping kempen ia juga diadakan bertujuan untuk menyebarkan produk negeri Kelantan menerusi Expo yang diadakan. Menerusi expo itu berbagai barangan pertanian dan industeri dipamer dan dijual. Mungkin tektiknya disamping orang menjenguk bazar orang akan dapat mendapat bahan-bahan atau risalah dakwah. Mungkin agaknya begitulah. Tidak ada pula ruang pamer mempamirkan kehebatan Islam Kelantan disediakan. Atau ia tidak ternampak oleh mata tua saya ini? Maaflah bagi saya kempen bulan dakwah itu tidak berbaloi kalau Kelantan hendak tunjukkan mereka lebih Islam (concern) dalam aspek Islam berbanding negeri-negeri lain. Lebih baik kempen itu diadakan di Kota Bharu sahaja. Selain ia dihadiri MB majlis itu juga turut sama dihadiri TMB dan beberapa Exco dan wakil rakyat. Penasihat Perakan Ariffin Mahmod juga turut hadir begitu juga dengan presidennya. Malangnya beberapa Exco Perakan tidak kelihatan. Senairo sama tidak pernah berubah setiap kali apa-apa agensi Kelantan mengadakan majlis di Kuala Lumpur. Hendaknya suasana sebegini tidak akan berulang lagi dan lakukan sesuatu yang grand sesuai dengan status kerajaan Kelantan yang merupakan kerajaan terulung dari segi usia berbanding dengan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat lain. Berbalik kepada satu lagi majlis yang diadakan di kawasan sama, majlis membaca puisi yang diusahakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) ternyata majlis ini lebih berkualiti. Dari segi tujuan dan matlamat saya nampak majlis baca puisi lebih mencapai sasaran dan matlamat. Walaupun kehadirannya lebih kurang saja, sekitar 350 hingga 302 orang tetapi tujuan dan konsepnya jelas, dari majlis dakwah. Lebih baik kalau majlis baca puisi itu dimasukkan dalam menu kempen bulan dakwah itu ia akan nampakkan kedua majlis itu lebih grand dan hebat lagi? Majlis membaca puisi malam tadi, walaupun ia cuba mengangkat peristwia di Mesir dan Syaria, tetapi matlamat tersembunyinya lebih murni dari itu. Usaha Maza ialah untuk menyatukan orang-orang politik dan lain atas satu pentas dengan satu rasa. Gunanya dengan timbul perasaan demikian boleh mengendurkan sengketa politik yang tidak menguntungkan bangsa dan negara. Semalam yang hadir dari semua rahang parti politik; Shahidan Kassim, Saifuddin Abdullah (Umno), Khalid Samad (Pas), Shamsul Iskandar (PKR) di samping beberapa yang lain mewakili Ngo atau profesyen masing-masing. Kenapa tidak ada wakil-wakil dari parti lain. Mungkin empunya majlis mahu menyelesaikan masalah Melayu dulu baru masalah sejagat negara. Mungkin juga terlupa mengundang para penyair dan penyajak amatur dan profesional negara ini. Apapun syabas kepada kedua-dua majlis itu semoga ia mendapat berkat. Terutamanya kepada majlis pembacaan puisi bertema dan berfalsafah begitu hendak diteruskan jangan ia ternokhtah disitu saja. Round keduanya nanti biarlah penyertaan lebih besar dah gah lagi. Diharap Maza akan temukan tiga pemimpin Melayu terbesar ketika ini atas satu pentas; Abdul Hadi Awnag (Pas), Najib Razak (Umno) dan Anwar Ibrhaim (PKR). Bersama itu nanti undang juga pengerusi-pengerusi Ngo yang radikal dan berbau rasis seperti Mohd Hasan Ali, Ibrahim Ali, serta mana-mana ketua dan kepala Ngo lain. Carilah tema apa pun biar mereka bersajak dan bermadah di pentas yang sama. Saya berpendapat sama dengan Maza, yakin menerusi irama dan lagu, syair dan pantun mereka boleh mengurangkan sedikit ketegangan perasaan dan boleh mengendurkan hati masing-masing. Irama dan lagu serta bahasa yang puitis boleh memikat jiwa dan mengikiskan perasaan hasad dengki serta menipiskan amarah. Setidak-tidaknya majlis seumpama itu memberi kesempatan mereka berjabat salam dan bertentangan mata serta merihatkan mereka dari terus mengira untuk berkuasa dan berkuasa. Mungkin selepas ini tempatnya bukan lagi di Kompleks Karangkraf tetapi boleh diubah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau di mana-mana. Acara di Karangkraf semalam adalah permulaan yang diharap akan membangkitkan satu momentum baru untuk semua insan di negara ini. Selepas ini ia puisi tidak akan terbatas kepada pembacaan Melayu sahaja tetapi mungkin pembacaan Cina dan India serta lain-lain tenik juga boleh diundang sama kerana mereka juga ada perasaan yang boleh dilendik dan tautkan atas satu rasa kenegaraan dan tanggungjawab. Menentang kezaliman di Mesir dan menghayati penderitaan insan di Syaria adalah hak bersama. [wm.kl.10:04 am 02/09/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan