Kelab Greenboc |
- Ribuan Penyokong Dr.Morsi Teruskan Bantahan Semalam
- Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya..
- Pemerintah Mesir Berhentikan 50 Ribu Imam dan Khatib
- [WASPADA] Bahaya Penyegar Udara Dalam Kereta & Rumah
- [Apa Sudah Jadi?] Ranking Universiti Di Malaysia Jatuh Merudum
Ribuan Penyokong Dr.Morsi Teruskan Bantahan Semalam Posted: 11 Sep 2013 12:31 AM PDT Penyokong Presiden Mesir yang digulingkan kudeta, Mohamed Morsi telah mengadakan demonstrasi di Dataran Talaat Harb di pusat bandar Kaherah dan di beberapa daerah lain di sekitar Kaherah, pada petang semalam (Selasa), di pertengahan minggu kesepuluh bantahan berikutan penyingkiran presiden itu, demikian lapor al-ahram. Terdahulu pada Selasa, sekutu-Ikhwan Muslimin, iaitu kumpulan Pemuda Anti-Kudeta telah menyeru rakyat Mesir untuk melakukan bantahan di Talaat Harb Kaherah - satu kilometer dari Dataran Tahrir yang menjadi ikon "Arab Spring" - terhadap penyingkiran Presiden Mohamed Morsi. Pihak Keselamatan Mesir telah meningkatkan kehadiran mereka di Dataran tersebut berikutan demontrasi berkenaan. Demonstrasi itu adalah yang pertama semenjak pertempuran maut antara penyokong Morsi itu dengan pasukan polis serta penyerang yang tidak dikenali di sekitar Masjid Al-Fath di Ramsis Square di pusat bandar itu pada 16 Ogos, di mana berpuluh-puluh penyokong Morsi telah dibunuh. Pada masa yang sama, beribu-ribu rakyat Mesir telah menyertai prtes "anti-Rampasan kuasa" di beberapa daerah Kaherah termasuklah Haram, Madinet Nasr dan Obour, serta beberapa wilayah lain termasuk di Sharqiya Delta dan Minya di utara Mesir serta Beni Suef. Bantahan dari pihak Pro-Morsi telah berlaku secara berterusan sejak penggulingannya oleh tentera pada 3 Julai. Kebanyakan bantahan berlaku pada hari Selasa dan Jumaat, menyuarakan penolakan mereka terhadap "rampasan kuasa tentera" ke atas Morsi yang dipilih secara demokrasi, menyeru untuk pengembalian semula jawatan Morsi, dan menuntut hukuman qisas ke atas beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Morsi yang telah terkrban di dalam rempuhan dua kem pro-Morsi oleh pasukan keselamatan di Kaherah pada 14 Ogos. Kerajaan sementara Mesir, yang telah menuduh penyokong Morsi melakukan "tindakan ganas" terhadap lawan mereka, tetap berdegil dengan keputusan mereka untuk tidak berganjak dan akan tetap dengan pelan politik yang telah direncanakan oleh mereka, yang merangkumi pilihanraya semula parlimen dan presiden, serta referendum terhadap pindaan perlembagaan 2012, dalam tempoh kurang daripada setahun. | ||||||||||||||||||||||||
Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya.. Posted: 10 Sep 2013 08:35 PM PDT Pemandu akhirnya jawab isu "Najib sewel" Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja. Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). "Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras. "Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu. Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu. Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel". Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu. Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman. Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara. Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka. Mereka turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah dikenakan denda oleh Majlis Peguam. – TMI ULASAN GB Jawapan PEMANDU ketara sangat hanya untuk cepat-cepat "memadamkan" tuduhan sewel yang dihalakan kepada Najib sedangkan jawapan PEMANDU terhadap isu yang ditimbul ternyata longgar malah melebarkan lagi "sewel" itu bukan saja kepada Najib tetapi kini kepada pegawai-pegawai PEMANDU juga. Semua orang boleh jawab "semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja". Tetapi benarkah begitu? Saya ambil contoh kes kakitangannya yang disebut di atas yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan iaitu Farah Intan Burhanudin. Seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa dengan dikatakan memperolehi Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua. Itu bukan pertikaiannya. Fokus isunya ialah: sebagai seorang lulusan UIA dan sebagai seorang yang beragama Islam, bagaimana beliau boleh bertindak dengan perlakuannya yang jelek (sikapnya yang suka joli, mabuk - ini lansung tak dijawab oleh PEMANDU) dengan berpakaian seksi sepertimana foto-foto yang berkeliaran di alam siber yang sehingga kini belum dinafikan oleh tuanpunya diri? Beliau dikenakan denda oleh Majlis Peguam dan anehnya PEMANDU boleh membelanya bahawa kononnya ia adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu. "Profesyenal", "Etika kerja" dan "strict regulations" apa yang dimaksudkan oleh PEMANDU jika di dalam hal yang sekecil itupun pegawainya sudah tidak mampu untuk mendisiplinkan dirinya? Maaf cakap. jelas kepada kita bahawa: PEMANDU nampaknya kini dipenuhi pegawai-pegawai yang "sewel", silap gaya dua kali sewel dari tuannya! klik untuk baca | ||||||||||||||||||||||||
Pemerintah Mesir Berhentikan 50 Ribu Imam dan Khatib Posted: 10 Sep 2013 05:10 PM PDT Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan. Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya. Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku. Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela. Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur'an. Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi. | ||||||||||||||||||||||||
[WASPADA] Bahaya Penyegar Udara Dalam Kereta & Rumah Posted: 10 Sep 2013 06:45 AM PDT Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates. Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya. "Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya. Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya. Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu. Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates. Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu. "Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya. Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya. Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan. Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang. – mStar | ||||||||||||||||||||||||
[Apa Sudah Jadi?] Ranking Universiti Di Malaysia Jatuh Merudum Posted: 10 Sep 2013 04:30 AM PDT Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat. Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:
Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013). Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut: 1. Reputasi pencapaian akademik (40%) 2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%) 3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%) 4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%) 5. Keantarabangsaan pelajar (5%) 6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%) Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat. Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara. Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan. Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China. Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura). Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia. Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya. Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut: 1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan 2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia 3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya 4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan 5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu. Rafizi Ramli Pengarah Strategi KEADILAN Ahli Parlimen Pandan
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan