~penarik beca |
- DI ANTARA DO'A MUSTAJAB
- Fesyen Muslimah sekarang
- 17 Sifat Manusia Yang Menjadi Pintu MAsuknya Saitan & Iblis
- 7 Kunci Kebahagian
- Mesir Berdarah : Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur
- Cara ringkas untuk solat jenazah
- Didik rakyat bahaya Syiah
- Tips Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa
- Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir
- Doa Untuk Rabi'ah
- Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Santau Pelaris
- Allah Yang Menjamin Rezeki Kita, Hikmah Dari Cerita Nabi Sulaiman
- 10 Kesilapan yang sering dilakukan ketika Ramadhan
Posted: 24 Sep 2013 03:35 AM PDT DI ANTARA DO'A-DO'A MUSTAJAB 1. DO'A setelah Sholat TAHAJJUD. 2. DO'A setelah Sholat DHUHA. 3. DO'A menjelang BERBUKA PUASA. 4. DO'A antara ADZAN dan IQOMAD. 5. DO'A antara DUA KHUTBA JUM'AT. 6. DO'A di penghujung hari JUM'AT (BA'DA ASHAR). 7. DO'A dikala turun HUJAN. 8. DO'A di kala mendengar KOKO AYAM (Diriwayatkan ayam adalah hewan yang dapat melihat MALAIKAT/WAKTU SUBUH). 9. DO'A IMAM dan KHOLIFAH/PEMIMPIN yang ADIL. 10.DO'A orang yang TERDZOLIMI. 11. DO'A ORANG TUA kepada ANAKNYA. " ADA PUN ORANG YANG DI DO'AKAN OLEH PARA MALAIKAT." 1. Orang yang selalu BERSHALAWAT. 2. Orang yang berada di SHAF terdepan dalam SHALAT. 3. Orang yang MERAPAT dan MELURUSKAN SHAF SHALAT. 4. WANITA yang HAMIL. 5. WANITA yang MERAWAT ANAKNYA. 6. Orang yang MENDO'AKAN ORANG LAIN. 7. Orang yang DUDUK MENUNGGU SHALAT, 8. Orang yang TIDUR dalam keadaan SUCI. 9. Orang yang membesuk ORANG SAKIT. Jangan pernah berhenti berdo'a karena dengan berdo'alah kita akan merasa dekat dengan ALLAH.. SubhanALLAH.. Semoga kita bisa mengamalkannya |
Posted: 16 Sep 2013 06:33 AM PDT 1. Berbaju kurung tetapi ditempah mengikut sealak-alak badan menyebabkan terbonjol bentuk buah dada, pinggang dan bentuk punggung mereka apabila berjalan. 2. Berjubah tetapi fabrik kain yang lembut dan ditempah sealak-alak badan menyebabkan ternampak garis pakaian dalam mereka dari luar jubah. 3. Bertudung tetapi dipakai bersama T-shirt lengan pendek mendedah lengan dan sangat sendat (fit). 4. Bertudung tetapi dipakai bersama slack sendat dan jeans ketat yang diburukkan lagi oleh baju yang singkat tidak cukup menutup punggung mereka. 5. Bertudung tetapi dipakai bersama LEGGINGS yang terang dan nyata kelihatan seperti kaki yang telanjang. Di dalam Islam, bolehkah anda mencampur-adukkan dua konsep fesyen yang nyata bercanggah dengan niat menjadikannya fesyen yang halal ? Yang dimaksudkan di sini adalah trend wanita Islam Malaysia terkini yang tidak malu memadankan pakaian Muslimah (tudung dan busana) bersama pakaian Maksiat seperti slack sendat, jeans sendat dan leggings ketat. Sudah terang dan nyata bahawa apa-apa pakaian yang menampakkan alur bentuk tubuh dijatuhkan sebagai dosa besar oleh Islam, malangnya ramai wanita Islam tetap memakainya dan tidak kisah tentang dosa aurat *Sama-sama Muhasabah diri |
17 Sifat Manusia Yang Menjadi Pintu MAsuknya Saitan & Iblis Posted: 03 Sep 2013 05:42 AM PDT Berikut PINTU-PINTU MASUKNYA SETAN KE MANUSIA, 1. Al jahlu (kebodohan) 2. Al ghadhab (marah) 3. Hubbud dunya (gila dunia) 4. Thulul amal (panjang angan-angan) 5. Al hirshu (tamak) 6. Al bukhlu (pelit) 7. Al kibru (sombong) 8. Hubbul madhu (gila pujian) 9. Ar riyaau (pamer) 10. Al 'ujubu (bangga diri) 11. Al jaza'u wal hala'u (panik dan galau) 12. Ittiba'ul hawa (menuruti nafsu) 13. Su udz dzon (prasangka buruk) 14. Ihtiqorul muslim (merendahkan orang islam) 15. Ihtiqorudz dzunub (meremehkan dosa) 16. Al amnu min makrillah (merasa aman dari ancaman Allah) 17. Al qunuth min rahmatillah (pesimis dari rahmat Allah). Kita mungkin tidak bisa sesempurna seperti baginda rasul dalam menjaga sifat, tingkah laku dan lisannya, Namun Allah menyukai hambahnya yang ridho, dalam menjalankan sesuatu berpikirlah kita hidup hanya untuk mencari ridho Allah dan cuma numpang minum didunia ini, InsyaAllah dengan begitu kita akan dijauhkan dari sifat-sifat diatas. |
Posted: 24 Aug 2013 04:13 AM PDT Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
|
Mesir Berdarah : Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur Posted: 22 Aug 2013 09:39 PM PDT MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan 'padang jarak padan tekukur'. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini. Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam. Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan. Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata. Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh. Kawasan persekitaran Dataran Nahdhah kini dikawal ketat oleh polis dan tentera. Tiada lagi kesibukan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan ini. Pintu-pintu pagar Universiti Kaherah juga berkunci rapat. Kereta-kereta kebal dan truk-truk polis dilihat berbaris di sepanjang dataran ini. Orang awam pula tidak dibanarkan mendekati kawasan berdarah ini. Namun Dataran Nahdhan ini akan tetap mencatatkan satu lagi sejarah kekejaman junta tentera Mesir yang bukan sahaja merampas kuasa segcara rakus, tetapi juga telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhada rakyatnya sendiri termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa. |
Cara ringkas untuk solat jenazah Posted: 21 Aug 2013 04:59 AM PDT Cara ringkas untuk solat jenazah. Belajar lah wahai lelaki! Apakah engkau tidak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah kita yang meninggal. Itu sahaja lah salah satu penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita... Cara Ringkas Solat atau Sembahyang Jenazah : 1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala. Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala" Baca Alfatihah hingga akhir 2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar" Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir 3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar" Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni : Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. Untuk janazah kanak-kanak sila baca doa di sini. 4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri, Selesai Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. |
Posted: 20 Aug 2013 01:26 AM PDT Bagi mengekang penyebaran ajaran Syiah, rakyat di negara ini perlu diberikan didikan dan fahaman mengenai bahayanya, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Katanya, rakyat perlukan ruang pemahaman dan penjelasan lebih lanjut oleh mereka yang arif supaya lebih jelas akan Syiah, yang boleh memudaratkan umat Islam sekiranya gagal dikawal penularannya. "Isu Syiah ini perlu perbincangan. Dalam negara yang mengamalkan al Sunnah Wal Jamaah, ada baik dan tidak baik. Syiah dilihat sudut yang tidak baik di Malaysia. "Oleh itu, media di negara ini wajar memainkan peranan. Adakan program yang mendidik seperti rancangan televisyen dan siaran radio membincangkan isu Syiah ini," katanya. Zaharuddin berkata, tindakan itu dilihat seiring dengan langkah kerajaan negeri Kedah untuk mewartakan fatwa anti-Syiah. "Saya bersetuju dan menyambut baik cadangan itu, malah negeri-negeri lain juga telah menguatkuasakannya," katanya. Beliau juga melihat kewajaran bagi kerajaan mengawal bahan bacaan berunsur Syiah serta peranan masyarakat untuk melaporkan penyebaran Syiah di kawasan mereka. "Tindakan melaporkan itu juga membantu agensi penguatkuasaan menjalankan peranan mereka," katanya. Media melaporkan kerajaan Kedah akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular dalam kalangan masyarakat.... - Sinar Harian (21 Julai 2013) |
Tips Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa Posted: 20 Aug 2013 12:15 AM PDT
|
Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir Posted: 19 Aug 2013 08:10 PM PDT Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu. Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini. Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan? Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir Apakah Maksud Simbol 4. 1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan. 2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi. 3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya ! Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan. "Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan ! You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity ! -Mesir Kini |
Posted: 19 Aug 2013 05:44 AM PDT Medan Raba'ah kembali berdarah. Mengulang sejarah, mencatat luka ummah. Jiwa terkorban. Darah ditumpahkan. Saat umat Islam masih lagi bergembira meraikan Syawal tanda kemenangan, Bumi Anbiya' diuji, luka berdarah di medan peperangan! Mesir menangis! Air di Sungai Nil seakan bergelodak dan berkocak hebat mahu membantu perjuangan sebenar-benar Islam! Debu-debu sahrawi yang mengepuk, menjerit kecil memberi semangat untuk sang juang! Arghh! As-Sissi! Kau syaitan bertopengkan manusia atau manusia yang bertopengkan syaitan? Mungkin saja aku tidak mampu mengerti sepenuhnya untuk apa peperangan itu dicetuskan. Tapi, aku masih belum buta melihat pemimpin mana yang harus aku cintakan! Bertahanlah Mesir. Bertabahlah Ikhwanul Muslimin. Bertahan demi Tuhanmu. Kau diuji dengan peperangan. Aku diuji dengan noda kemaksiatan. Medan juangmu menumpahkan darah. Medan juangku dalam ilmu Allah. Perjuangan dan tujuan kita tetap sama. ALLAH DAN ISLAM. Moga dalam lindungan-NYA. InsyaAllah, kami bersamamu. Mereka serang dengan senjata. Kami akan cuba bantu. Menyerang mereka dengan senjata ampuh lagi berbisa "DOA PADU PADA YANG ESA".. *Artikel Sumbangan Hurun 'Ain... |
Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Santau Pelaris Posted: 17 Aug 2013 06:30 PM PDT Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris. Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih. |
Allah Yang Menjamin Rezeki Kita, Hikmah Dari Cerita Nabi Sulaiman Posted: 15 Aug 2013 05:22 PM PDT Kisah Nabi Sulaiman memohon ijin untuk memberi makan Makhluq yang ada di dunia barang sehari saja.semoga bisa kita ambil hikmahnya.Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman menyampaikan sebuah munajat kepada Allah Azza wa Jalla. Sebagai Nabi yang telah diberi keleluasaan untuk menguasai bangsa jin, hewan dan angin, serta dianugerahi harta kekayaan yang berlimpah, telah membuat Nabi Sulaiman merasa bahwa ia sanggup memberi makanan kepada setiap makhluk yang menjadi penduduk di kerajaannya. Oleh karena itu, ia bermunajat kepada Allah agar diberi izin untuk memberi makan pada setiap makhluk yang ada di kerajaannya selama satu tahun penuh.Allah Taala kemudian menjawab munajat Nabi Sulaiman tersebut dengan berfirman: "Engkau sekali-kali tak akan dapat melakukan haJ itu." Akan tetapi Nabi Sulaiman tetap bersikeras. Ia memohon kepada Allah agar diberi izin untuk membagikan makanan kepada seluruh makhluk hanya dalam tempo sehari saja. Maka Allah mengizinkan kepada Nabi Sulaiman melakukan hal itu untuk membuktikan kekuasaan-Nya. Nabi Sulaiman segera melaksanakan hajatnya itu. Ia memerintahkan kepada anak buahnya agar membuat hidangan makanan yang jumlahnya memenuhi sebuah lapangan yang sangat besar. Saking besarnya lapangan itu, sampai-sampai dituturkan dalam riwayat tersebut, bahwa panjang hidangan makanan itu mencapai perjalanan satu bulan. Demikian pula halnya dengan jumlah ukuran lebarnya.Setelah mempersiapkan hidangan yang sangat banyak itu, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada semua makhluk untuk mengelilingi hidangan itu, agar tidak menjadi rusak. Usai Nabi Sulaiman menyiapkan segala sesuatunya, Allah berfirman kepadanya: "Makhluk manakah yang akan engkau suruh mulai menyantap makanan itu terlebih dahulu?" Nabi Sulaiman menjawab: "Aku mohon agar Engkau menghadapkan penduduk darat dan sekaligus penduduk laut agar menyantap hidangan ini terlebih dahulu." Namun Allah tak segera menuruti apa yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman tersebut. Allah hanya mendatangkan seekor ikan yang besar saja dari sekian banyak ikan yang hidup di laut.Ikan besar itu pun diletakkan Allah di hadapan hidangan yang telah disajikan oleh Nabi Sulaiman. Selanjutnya, ikan itu mengangkat kepalanya dan berbicara kepada Nabi Sulaiman."Hai Sulaiman., Sesungguhnya Allah telah menjadikan rezekiku berada di tanganmu hari ini," ujar ikan itu."Ambillah makanan itu hingga engkau merasa kenyang," kata Nabi Sulaiman. Ikan itu pun segera melahap hidangan yang telah disiapkan oleh Nabi Sulaiman. Hanya dalam hitungan detik, seluruh hidangan itu habis dilahap oleh sang ikan. Setelah hidangan habis, ikan itu berkata:"Hai Sulaiman, sesungguhnya aku belum merasa kenyang, meski telah menyantap seluruh hidangan yang engkau sajikan."Melihat kejadian itu, Nabi Sulaiman menjadi tersadar, bahwa sesungguhnya hanya Allah sajalah yang dapat memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya hingga mereka merasa kenyang. Sedangkan Nabi Sulaiman yang sudah menyiapkan makanan begitu banyak dan dengan susah payah, pada akhirnya toh tak dapat membuat satu ekor ikan pun merasakan kenyang.Apalagi jika ia menyuguhkan makanan kepada seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini. Tentunya, ia pun akan merasa sangat lelah dan tak mampu. Bahkan, untuk makanan seekor ikan saja, sang ikan tetap belum merasa kenyang dalam satu kali makan.Apalagi jika ia harus menyiapkan makanan untuk satu hari bagi ikan itu dan seluruh makhluk yang ada di bumi. Maka, sudah barang tentu, tak ada daya dan kekuatan pada seorang makhluk pun untuk dapat memberi rezeki kepada makhluk lainnya. Hanya Allah Zat Yang Maha Memberi rezeki sajalah yang mampu melakukannya dengan sangat sempurna.Nabi Sulaiman pun akhirnya jatuh tersungkur dan bersujud di hadapan Allah. Ia menyadari betul di mana letak kelemahan- nya sebagai makhluk, yang notabene tak akan dapat melakukan sesuatu pun kecuali atas kehendak dan rahmat Allah. Dalam sujudnya itu, Nabi Sulaiman berkata: "Mahasuci Allah, Zat yang telah menanggung rezeki bagi seluruh makhluk yang diberi rezeki, tanpa Dia merasakannya sama sekali."Disadur dari buku Mutiara Hikmah, Kisah Para Kekasih Allah, karya Ummi Alhan Ramadhan Mazayasyah, Penerbit Darul Hikmah |
10 Kesilapan yang sering dilakukan ketika Ramadhan Posted: 02 Aug 2013 07:00 PM PDT Tidak sahur. Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. Sahur terlalu awal Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. Terlebih tidur .. Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah ... Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. Berbuka secara buffet sampai buncit... Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! Membazar hingga membazir. Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ...... Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! .. Puasa tapi tak solat.. Pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo! .... Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. Bulan Ramadan bulan Ilmu... Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan... Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan. |
You are subscribed to email updates from Penarik Beca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan