Kelab Greenboc |
- Pandikar Amin Tidak Mulia, Masih Amalkan Halau MP Pakatan Keluar Dewan
- Budaya Samseng Dan UMNO Tak Dapat Dipisahkan
- Ikhwan Jordan Kecam Perlarangan Kegiatan Ikhwan di Mesir
- Ini Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Keputusan Mahkamah Membubarkannya
Pandikar Amin Tidak Mulia, Masih Amalkan Halau MP Pakatan Keluar Dewan Posted: 25 Sep 2013 12:35 AM PDT Naib Presiden PKR Ahli Parlimen pertama dihalau keluar Dewan Rakyat Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) menjadi ahli Parlimen pertama diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker bagi penggal ini kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat. Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab. "Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen. "Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran. "Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya. Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa. Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak speaker. Pandikar bagaimanapun sejurus Surendran meninggalkan sidang berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya kerana tidak menghormati ahli Parlimen yang lebih senior. "Ini bukan soal baru, ini pernah dibangkitkan ahli Parlimen yang lebih lama. "Dalam keadaan seperti ini, suara-suara itu walaupun tidak berdiri saya dengar juga, jangan suatu hari nanti saya halau juga, jangan," katanya memberi amaran. -TMI |
Budaya Samseng Dan UMNO Tak Dapat Dipisahkan Posted: 24 Sep 2013 11:05 PM PDT Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz yang mendakwa dipukul ketika menghantar borang pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Titiwangsa, Sabtu lalu meminta pihak polis menyegerakan siasatan kes itu. Menurut Mohd Ariff, dia turut mengenali pihak yang memukulnya itu kerana individu berkenaan turut memegang jawatan dalam Umno Bahagian Titiwangsa. "Gejala samseng dalam Umno perlu dihapuskan agar ia tidak memberi imej buruk kepada parti terbesar dalam negara ini. "Di bahagian lain semuanya berjalan lancar, tetapi kenapa berlaku kejadian ini untuk bahagian Titiwangsa," katanya kepada media, semalam. Mohd Ariff berkata, kes pukul berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan Datuk Johari Abdul Ghani kerana pada masa itu Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu masih belum menghantar borang untuk mengekalkan jawatannya. "Namun, saya menafikan kenyataan Datuk Johari yang menganggap kejadian pukul ini merupakan satu drama yang dilakukan untuk memburukkan nama beliau. "Ia memang betul berlaku dan laporan polis juga saya telah buat termasuk pemeriksaan doktor. "Mungkin Datuk Johari tidak percaya kerana saya masih belum menyerahkan laporan polis ini kepadanya atas sebab kekangan masa. Insya-Allah esok (hari ini) saya serahkan kepadanya," katanya. Mohd Ariff dalam pada itu meminta mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa. "Biar pihak polis dan lembaga disiplin parti melakukan siasatan seterusnya mengenakan tindakan terhadap pihak yang bersalah," katanya. -SH
ULASAN GB Hukum Kebenaran & Keadilan terus berjalan. Akhirnya kini terbukti budaya samseng itu budaya UMNO. Selama ini PR menjadi mangsa samseng-samseng UMNO ini. Kini calon MT UMNO sendiri menjadi mangsanya. Tapi aneh, belum didengar pihak polis menangkap samseng-samseng UMNO ini. |
Ikhwan Jordan Kecam Perlarangan Kegiatan Ikhwan di Mesir Posted: 24 Sep 2013 08:05 PM PDT Kumplan Ikhwanul Muslimin di Jordan telah mengecam keputusan mahkamah Mesir yang melarang semua kegiatan Ikhwanul Muslimin. Mereka menyatakan keputusan itu satu usaha untuk menghidupkan kembali penindasan dan kezaliman yang pernah berlaku di Mesir. "Para pendukung kudeta tentera Mesir mengambil keputusan ini bertentangan dengan keinginan rakyat setelah mereka gagal untuk mendapat kepercayaan mereka," kata Zaki Bani Rsheid, Wakil Ketua Ikhwanul Muslimin Jordan di akaun Facebook-nya. "Para pendukung kudeta berusaha untuk menghidupkan kembali penindasan dan tirani serta kekuasaan tentera berlaku mutlak. Mereka ingin mencengkam oposisi dan mengubah semua orang menjadi pengikutnya." Mahkamah Mesir pada hari Isnin kelmarin juga memerintahkan penyitaan seluruh aset Ikhwan dan ini menjadi pukulan terbaru bagi gerakan Islam yang telah berusia puluhan tahun tersebut. Mahkamah juga melarang semua lembaga yang berkait dengan Ikhwan, lapor pejabat berita rasmi MENA. Dan hal ini menunjukkan kemungkinan ada pembatasan sayap politik gerakan Ikhwan, Partai Kebebasan dan Keadilan. Bani Rsheid mengatakan keputusan mahkamah itu menunjukkan bahwa penguasa tentera akan melalui krisis yang mendalam dan mereka dalam keadaan yang lemah dan bingung. "Setiap hari agenda kudeta, yang terkait dengan Zionis dan beberapa negara di Teluk, menjadi semakin lebih jelas," tambahnya. "Kumpulan Islam di Mesir dilarang di masa lalu, tapi ini tidak mencegah mereka memperolehi kepercayaan dari rakyat Mesir," ujarnya, meerujuk pada serangkaian kemenangan di dalam pilihanraya yang mendahului kejatuhan Mursi. Dibentuk pada tahun 1928, Ikhwanul Muslimin dilarang selama puluhan tahun sebelum berlaku revolusi rakyat yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011. Kelompok ini memenangi pemilihan parlimen berikutnya dan berhasil menaikkan Mursi dalam pemilihan presiden tahun lalu. |
Ini Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Keputusan Mahkamah Membubarkannya Posted: 24 Sep 2013 05:25 PM PDT Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataannya, Isnin (23/9/2013), berkaitan dengan keputusan mahkamah rejim kudeta yang membubarkan orrganisasi terbesar di Mesir itu. Berikut kenyataan tersebut yang diterjemahkan dari Dakwatuna, Selasa (24/9/2013): "Hari ini, mahkamah Kaherah yang dipimpin oleh hakim Muhammad Sayid menjatuhkan hukuman yang melarang semua aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin, jemaah Ikhwanul Muslimin, semua yayasan cabang, atau yang ada kaitan, atau didirikan dengan dana dari Ikhwan, atau mendapatkan bantuan kewangan dan bantuan lainnya, dan lembaga-lembaga yang menerima bantuan dari Ikhwan atau anggota Ikhwan. Selain itu, mahkamah juga membuat keputusan membekukan semua aset jemaah, baik yang berbentuk bangunan, aset bergerak, dana cair, yang dimiliki atau disewakan, maupun semua aset yang dimiliki oleh orang-orang yang ada kaitan dengan gerakan Ikhwan, untuk kemudian dimanfaatkan negara sesuai dengan undang-undang Mesir sebagaimana mestinya. Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa keputusan mahkamah ini bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha untuk menghancurkan pihak tertentu. Keputusan ini tidak mengejutkan, kerana tujuannya hanya untuk dijadikan untuk menutup semua kejahatan yang telah dilakukan tentera mulai dari 3 Julai lalu. Pihak tentera telah menangkap lebih dari 15 ribu orang Ikhwan, termasuk di dalamnya Mursyid 'Am, Muhammad Badi' dan dua orang wakilnya. Mereka juga telah membakar pejabat-pejabat Ikhwan, membunuh anggota Ikhwan, dan menuduh para peserta demonstrasi a man dengan tuduhan yang sengaja diada-adakan. Ikhwanul Muslimin ingin mengingatkan tentera tentang para pendahulu mereka yang pernah melakukan hal yang sama. Dulu mereka mengira dapat menghilangkan Ikhwan dan anggotanya dari masyarakat Mesir. Padahal Ikhwan adalah bahagian yang sangat penting dalam masyarakat; memberikan denyut kehidupan, membimbing, memberi dan merangkul semua lapisan masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap Ikhwan terbukti dengan lima kemenangannya dalam proses demokrasi. Ketika ini, demonstrasi yang terus saja terjadi di Mesir juga membuktikan bahwa masyarakat akan terus bersama Ikhwan mendukung demokrasi, menentang kudeta tentera, membela kebebasan rakyat dalam berjuang, mengembalikan kemerdekaan bangsa dan masa depan generasinya. Keputusan yang bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha menghancurkan pihak tertentu ini, dikeluarkan oleh mahkamah yang tidak memiliki kuasa untuk mengeluarkannya. Selain itu, isi keputusannya juga melebihi tuntutan yang diajukan oleh pihak penuntut. Sebenarnya, tuntutan hanya diajukan untuk lembaga swasta yang diatur oleh undang-undang lembaga swasta. Oleh kerana itu, keputusan seperti ini belum pernah dikeluarkan oleh rejim sekejam apapun, dan di manapun. Pengeluaran keputusan ini hanyalah rentetan baru kejahatan pemerintah kudeta. Ikhwanul Muslimin adalah fikrah, manhaj, dan jamaah. Ikhwan telah ada, dan akan selalu ada. Ikhwan akan terus berjalan menyeru semua orang kepada Allah swt., setia dengan janji kepada-Nya, dan berbakti kepada negara dan rakyatnya. Ikhwan akan terus memegang prinsip dakwahnya yang penuh hikmah, mau'izah hasanah, dilakukan dengan cara-cara yang aman dan menghormati undang-undang yang adil. Ikhwanul Muslimin adalah dakwah yang mengajak kepada kebenaran, kekuatan dan kebebasan. Dia melintasi semua batas geografi dan politik, untuk memelihara umat dan bangsanya agar tetap berjuang demi negara, dengan tetap memegang prinsip dan menjaga manhajnya. Tujuannya adalah agar seluruh bangsa dapat hidup mulia dan merdeka dengan cahaya Islam yang diridhai Allah swt. Kejahatan penguasa tidak akan pernah melemahkan perjuangan kami." Niscaya orang-orang yang zalim akan segera mengetahui akhir kezalimannya. Allahu Akbar Wa Lillahil Hamdu. Ikhwanul Muslimin, 23 September 2013 ULASAN GB GB tertarik dengan perenggan terakhir kenyataan di atas iaitu: Niscaya orang-orang yang zalim akan segera mengetahui akhir kezalimannya. GB sentiasa, di dalam blog ini mengingatkan pihak tertentu tak kira siapa dan dimana termasuk di Malaysia ini bahawa rancangan jahat dan zalim itu tidak akan menimpa orang lain, sebaliknya akan menimpa mereka yang merancangnya. Itu adalah hukum kebenaran dan keadilan. Itu adalah hukum Allah dan tercatat jelas d dalam Al-Quran: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.[Fatir: 43] |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan