RAKYAT MARHAEN |
- Talking Reformasi: Reformasi made human rights mainstream
- Majlis Peguam belum diberi draf pindaan PCA yang dibentang hari ini
- Malaysia perlukan belanjawan jujur lagi berani
- Kerajaan BN bentang pindaan PCA di Parlimen hari ini
- Bantah Obama, pengganas berselindung senyuman
- Perlukah kerajaan BN bawa masuk 1.4 juta Bangladesh?
- Kerajaan BN jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib
- Muhyiddin: RM20 juta pada McKinsey berpatutan..!! Wang Rakyat Jadi Mangsa..!!
- Naib Presiden PKR Ahli Parlimen pertama dihalau keluar Dewan Rakyat
- CAPS bantah cadangan Menteri Kesihatan
- Pakatan tuntut “keikhlasan” BN realisasi perpaduan nasional
- 'There must be a threat' against Assad
- Egypt's top diplomat responds to Pres. Obama
- Nabil Fahmy discusses the future of Egypt after Morsy
- UMNO Samseng: Calon MT kena pukul minta polis siasat segera.....drama lagi ker..!!!
- PAU 2013: Ahli Umno pilih pelapis kurang cerdik - Mukhriz
- Will Pakatan PASs the test?
- Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera....
- Syiah: Kerajaan BN serius atau sekadar modal politik
- Muslimah bekerjaya – satu sorotan agama
- Muktamar: Semangat 1990 sangat penting untuk dihayati
- Kerajaan BN taja Kelab Cardiff City lebih RM15 juta
- (3/3 - Q&A) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?
- (2/3) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?
- (1/3) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?
Talking Reformasi: Reformasi made human rights mainstream Posted: 24 Sep 2013 09:01 PM PDT | ||
Majlis Peguam belum diberi draf pindaan PCA yang dibentang hari ini Posted: 24 Sep 2013 08:49 PM PDT Bar Malaysia masih belum melihat sebarang draf atau dirunding dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA), meskipun menteri dalam negeri berkata ia akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini. Dalam sebarang pindaan undang-undang, biasanya maklumat dan maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti Bar dan polis akan diambil sebelum draf dirangka oleh Pejabat Peguam Negara. Presiden Bar Christopher Leong bagaimanapun berkata, badan peguam itu masih belum diberikan draf berkaitan dan peruntukan dalamnya masih belum dibincangkan. PCA membenarkan penahanan individu selama 72 hari. Berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang ini memerlukan suspek dibawa ke mahkamah dan bukannya tahanan tanpa bicara. | ||
Malaysia perlukan belanjawan jujur lagi berani Posted: 24 Sep 2013 08:43 PM PDT Keadaan kewangan negara berada dalam keadaan lemah lagi rapuh dengan penurunan 'rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch, diganding dengan unjuran penunjuk negatif perkembangan ekonomi sedunia memestikan kerajaan mengusulkan sebuah belanjawan yang jujur lagi berani (an honest and brave budget). Negara telah masuk tahun ke-16 dengan belanjawan defisit sejak tahun 1998 walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan surplus yang membanggakan. Pakatan Rakyat memandang dengan penuh prihatin pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada: (1) RM14.13 billion untuk "perbelanjaan bekalan"; dan (2) RM888.46 juta untuk "perbelanjaan tanggungan" Andaikan jika tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, perbelanjaan pembangunan, pemulihan pinjaman dan KDNK (dalam harga terkini), nisbah belanjawan kepada KDNK untuk 2013 akan melonjak kepada 5.5 peratus. Nisbah defisit kepada KDNK 5.5 peratus ini menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan pimpinan BN gagal mencapai sasaran defisit 4 peratus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September 2012. Harus diingatkan kerajaan pimpinan BN juga telah gagal mencapai sasaran defisit 4.5 peratus dalam tahun 2012. Dalam laporan The Star 17 Ogos 2013, pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata: Read More / Baca Lagi >> | ||
Kerajaan BN bentang pindaan PCA di Parlimen hari ini Posted: 24 Sep 2013 08:39 PM PDT Putrajaya akan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun apabila ingin meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) di Parlimen hari ini. Pindaan berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali jika melibatkan langkah prosedur. "Ini bermakna kita tidak boleh menyemak di mahkamah untuk mempersoalkan keputusan substansif kementerian terhadap tahanan," kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran hari ini. Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari. Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi. PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) bagaimanapun pada Julai lalu berkata, akan melakukan cadangan untuk melaksanakan tahanan tanpa bicara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bantah Obama, pengganas berselindung senyuman Posted: 24 Sep 2013 08:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Group FB Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibah Indiamuslim Malaysia (Imim) sepakat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi Group FB MM, Mohd Razali Yusof berkata, ia sebagai satu bentuk perpaduan MM dan Imim kepada saudara-saudara seagama yang mengalami penderitaan akibat ditindas AS dan kroninya. "Obama adalah simbol dari kekejaman dunia barat terhadap umat Islam. Dunia barat hingga saat ini masih terus aktif menyiksa dan membunuh Islam di seluruh dunia. "Tidak ada hari yang berlalu tanpa pembunuhan umat Islam," ujarnya dalam kenyataan bersama. Justeru, tegasnya, bagi MM dan Imim, Obama tidak layak memijak kakinya di tanah air umat Islam kerana tangannya masih berlumuran darah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh kejam di Afghanistan, Iraq dan jutaaan di negara-negara Islam lain. "Obama tak ubahnya seperti Bush. Pengganas yang berselindung dengan senyuman manis," katanya. Sehubungan itu, katanya umat Islam harus bersatu untuk menolak kedatangan Obama ke Malaysia. | ||
Perlukah kerajaan BN bawa masuk 1.4 juta Bangladesh? Posted: 24 Sep 2013 08:35 PM PDT Pihak kerajaan diminta mengkaji semula kemasukan pekerja Bangladesh yang dijangka 1.4 juta pada awal tahun hadapan. Kita kini menghadapi berbagai masalah apabila jutaan pendatang asing dari berbagai-bagai negara yang berada di Malaysia ini yang enggan pulang kenegara asal walaupun tempoh permit mereka ini tamat, hingga terpaksa pula pihak Penguatkuasa berhempas pulas memburu mereka. Sudahlah pendatang secara haram begitu mudah memboloskan diri di sempadan negara dan ditambahkan pula dengan pendatang asing yang lain begitu ramai hingga menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia itu sendiri. Berbilon ringgit pengaliran keluar mata wang kita setiap tahun dan sepatutnya kita merasa bimbang dengan situasi begini. Membawa 1.4 juta pekerja Bangladesh yang sebenarnya bukannya menyelesaikan masalah yang sedia ada tetapi mendatangkan masalah lagi. Bayangkan apabila sekarang ini sahaja disebabkan kelonggaran yang diberikan, pekerja asing di sini telah mencecah hampir 4 juta dan apabila ditambahkan lagi 1.4 juta pekerja Bagladesh ia akan mencecah 5.5 juta rakyat asing dinegara ini. Sedangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia hanya 28 juta sahaja. Hal ini bermakna setiap 5 orang rakyat Malaysia akan dibayangi oleh seorang rakyat asing. Inilah apa yang dikatakan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan'. Hal ini kerana masih ramai remaja Malaysia yang mengganggur dan apabila berkerja pula gaji mereka tidak seberberbanding pekerja asing. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kerajaan BN jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib Posted: 24 Sep 2013 08:32 PM PDT Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara. "Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muhyiddin: RM20 juta pada McKinsey berpatutan..!! Wang Rakyat Jadi Mangsa..!! Posted: 24 Sep 2013 08:31 PM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran berjumlah RM20 juta kepada perunding McKinsey and Co untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berpatutan. Bayaran itu mengambil kira kerja-kerja selama dua tahun untuk menyiapkan pelan itu, kata Muhyiddin yang menjelaskan ia turut mengambil kira pandangan pakar pendidikan luar negeri. "Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu. "Dan saya nak peringatkan usaha yang kita buat itu satu usaha yang besar. "Ia bukan satu perkara yang kita buat secara persendirian kerana kita buat konsultasi, kita ambil ahli-ahli panel peringkat antarabangsa, kita turun ke setiap negeri kita buat hari terbuka," jelasnya pada satu sidang media pagi tadi. | ||
Naib Presiden PKR Ahli Parlimen pertama dihalau keluar Dewan Rakyat Posted: 24 Sep 2013 08:30 PM PDT Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) menjadi ahli Parlimen pertama diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker bagi penggal ini kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat. Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab. Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen. "Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran. "Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya. Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa. Read More / Baca Lagi >> | ||
CAPS bantah cadangan Menteri Kesihatan Posted: 24 Sep 2013 08:25 PM PDT Rasional menteri itu agak melucukan dan tidak boleh disokong KOTA KINABALU : Pertubuhan Hal-Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) membantah cadangan Menteri Kesihatan Malaysia, S. Subramaniam, agar kerajaan menaikkan harga gula sebagai satu cara mengurangkan kos subsidi kerajaan sekali gus mengurangkan kes penyakit kencing manis di negara ini. Timbalan Bendahari CAPS, Donny Yapp, yang bertindak sebagai jurucakap, berkata rasional menteri itu agak melucukan dan tidak boleh disokong, terutama sekali oleh rakyat Sabah dan Sarawak yang sudahpun terbeban oleh Dasar Kabotaj yang meningkatkan harga barangan di dua negeri itu. "Tiada bukti kukuh bahawa menaikkan harga gula akan menurunkan kes penyakit kencing manis. Naikkanlah sampai RM3 atau RM5 sekilogram pun, pengguna tetap akan membeli gula sebab ia keperluan seharian dalam makanan dan minuman. "Dulu harga sekilogram gula (di Sabah) ialah RM1.55 tapi kini RM2.50. Adakah kes kencing manis telah menurun? Tidak. Malah makin meningkat ! Tapi yang pasti pengguna khususnya dari isirumah miskin dan berpendapatan rendah akan menjadi mangsa sebab setiap kali kenaikan harga gula akan meningkatkan harga barangan makanan dan minuman lain," katanya dalam satu kenyataan CAPS di sini hari ini. Subramaniam dilaporkan membuat cadangan menaikkan harga gula itu ketika berucap pada kempen kesedaran penyakit kencing manis di Segamat, Johor, Ahad lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pakatan tuntut “keikhlasan” BN realisasi perpaduan nasional Posted: 24 Sep 2013 06:15 PM PDT Pakatan Rakyat (PR) menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan keikhlasan mereka ketika berbincang soal perpaduan nasional. Ahli Parlimen PR yang ditemui The Malaysian Insider berkata, hanya dengan cara itu idea perpaduan nasional antara kedua-dua parti politik berkenaan akan terlaksana. "Perpaduan tidak akan wujud selagi keharmonian tidak diwujudkan. Bagi merealisasikan keharmonian nasional, yang lebih banyak dipersoalkan adalah iltizam politik kerajaan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam berkata, BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang itu mengamalkan "baik sangka" terhadap parti pemerintah itu. "Itu tujuan tidak ikhlas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bercakap mengenai perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum. "Apa yang kita lihat selepas itu hanyalah politik balas dendam dalam tempoh sejak setengah tahun lalu," kata ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Naib Pengerusi DAP itu berkata, tindakan BN itu menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan sedangkan rakyat sebenarnya mahu melihat mereka bekerjasama secara "gentleman". "Ini yang rakyat marah dengan BN. Rakyat mahu lihat kita kerjasama secara gentlemen," katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut mengharapkan Shahidan ikhlas dalam kenyataannya, dan mengharapkan tawaran berkenaan akan kekal meskipun tamatnya pemilihan Umno pada Oktober depan. "Saya harap beliau ikhlas, kita tunggu masa semeja, saya harap tawaran ini akan berjalan sehingga perhimpunan Umno. Read More / Baca Lagi >> | ||
'There must be a threat' against Assad Posted: 24 Sep 2013 06:04 PM PDT | ||
Egypt's top diplomat responds to Pres. Obama Posted: 24 Sep 2013 06:03 PM PDT | ||
Nabil Fahmy discusses the future of Egypt after Morsy Posted: 24 Sep 2013 06:00 PM PDT | ||
UMNO Samseng: Calon MT kena pukul minta polis siasat segera.....drama lagi ker..!!! Posted: 24 Sep 2013 05:57 PM PDT Menurut Mohd Ariff, dia turut mengenali pihak yang memukulnya itu kerana individu berkenaan turut memegang jawatan dalam Umno Bahagian Titiwangsa. "Gejala samseng dalam Umno perlu dihapuskan agar ia tidak memberi imej buruk kepada parti terbesar dalam negara ini. "Di bahagian lain semuanya berjalan lancar, tetapi kenapa berlaku kejadian ini untuk bahagian Titiwangsa," katanya kepada media, semalam. Mohd Ariff berkata, kes pukul berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan Datuk Johari Abdul Ghani kerana pada masa itu Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu masih belum menghantar borang untuk mengekalkan jawatannya. "Namun, saya menafikan kenyataan Datuk Johari yang menganggap kejadian pukul ini merupakan satu drama yang dilakukan untuk memburukkan nama beliau. | ||
PAU 2013: Ahli Umno pilih pelapis kurang cerdik - Mukhriz Posted: 24 Sep 2013 05:54 PM PDT Kalau yang tak berapa cerdik memimpin maka dia akan pilih pemimpin pelapisnya yang kurang berapa cerdik. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelapis muda yang terdiri daripada golongan terpelajar perlu diberikan peluang menerajui Umno. Namun menurut Mukhriz, perkara ini tidak berlaku memandangkan mengikut budaya parti itu, kuasa pemilihan ditentukan oleh Umno peringkat Cawangan atau Bahagian. "Kita mesti buka ruang..jangan halang. "Kalau yang tak berapa cerdik memimpin maka dia akan pilih pemimpin pelapisnya yang kurang berapa cerdik "Kalau itu berlaku setiap generasi sehingga semakin berkurang IQ pemimpin jadi satu digit maka Umno akan jadi makin tak relevan," katanya dalam satu program wacana di Kompleks Karangkraf di sini hari ini. Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin lama perlu berani membawa perubahan dengan membenarkan generasi baru menerajui Umno kerana parti itu punya ramai generasi golongan terpelajar berkelulusan luar mahupun tempatan. | ||
Posted: 24 Sep 2013 05:52 PM PDT If PAS retreats from Pakatan, we will only be giving a lifeline to Umno, says Nik Aziz Nik Mat. Then on Sept 15, a Malay daily has the frontpage headline 'Pakatan Rugikan PAS?' with the content highlighting Harun Taib's (chief of Dewan Ulama) speech saying that PAS needs to review its ties with DAP and PKR. Pertaining to the above matter, the interview below is the views of Nik Aziz Nik Mat, the PAS spiritual advisor. These views were obtained via the assistance of the good office of Khalid Samad, the PAS Shah Alam MP and it deals at length with the issue of PAS in Pakatan. Commenting on Harun Taib's statement, Nik Aziz stressed that the co-operation with DAP and PKR was not decided upon by only a few individuals in PAS but was a collective decision by the PAS top leadership and reinforced in the PAS Muktamar in 2009. He added that he certainly does not see this decision as a wrong one because being in Pakatan has enabled PAS to move forward in the Malaysian political scenario. In addition to that, PAS can present the true face of Islam to the non-Muslims in a way that Umno has never done before. "Umno not only hinders the non-Muslims from understanding Islam but also hinders the Muslims themselves from understanding their own religion. Umno's weapon is racism, the Umno symbol is the unsheathed keris and their politics is of the style of the street gangs. "This being the case, the non-Muslims will fail to see the beauty of Islam when it is presented by Umno," remarked the former Menteri Besar of Kelantan for 23 years, adding that in Pakatan, PAS' Islamic approach has never been opposed. He also informed this columnist that even top DAP leaders frequently come to his office for a discussion on noble Islamic values. And these DAP leaders are also knowledgeable in Islamic law and terminology. In his view, PAS must move forward and the experience of over 60 years as an Islamic movement has taught PAS that to stay relevant in the Malaysian political scene, PAS must understand the political situation and must learn to accept principles that are friendly to Islamic jurisprudence. Read More / Baca Lagi >> | ||
Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.... Posted: 24 Sep 2013 05:34 PM PDT Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan dari Bumiputera bukan Melayu. Melayu UMNO didahulukan dari Melayu bukan UMNO. apa boleh kita buat- ini standard pemikiran pemimpinan UMNO. kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. Beberapa minggu sudah berlalu semenjak Najib berucap mengistiharkan Plan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ianya memberi peluang kita meneliti Plan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam Plan tersebut. Sayang sekali, saya percaya, Plan tersebut akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Plan ini suatu rethorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengistiharan. Apa punca utama ianya akan gagal? Sebab prinsip asas nya tidak betul. Prinsip nya ialah habuah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang2 dan peruntukan dibawah undang2. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dnegan meletakkan sumber2 pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan. Siapa yang mahu dikayakan sekarang ini juga? Yang mahu dikayakan ialah 40% rakat Malaysia yang hidup dengan pendapatan bulanan Yang memerlukan kedai ialah para pewarung yang berniaga dimerata tempat. Mereka hanya mampu bayar mungkin RM500-1000 sebulan. Yang memerlukan latihan dan latihan semula ialah lepasan tingaktan 5 yang tidak ada kelayakan akademik yang tinggi. Mereka akan berada pada kedudukan mengayakan diri 2-4 tahun yang akan datang jika ekonomi ketika itu boleh menyerap mereka kedalam pertumbuhan ekonomi. 2-4 tahun sedangkan 10 juta orang Melayu memerlukan pengkayaan sekarang! Saya bukan bercakap mengenai meraka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekuarangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada system jaringan keselamatan sosial. Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan merka perkara2 ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu Plan yang penceritaan dan pencanangannya hebat, tapi perlaksanaan nya lemah . Sekarang ini, apa sahaja kenyataan2 oleh pemimpin UMNO, kita kena lihat dalam konteks pemilihan UMNO. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu UMNO. Read More / Baca Lagi >> | ||
Syiah: Kerajaan BN serius atau sekadar modal politik Posted: 24 Sep 2013 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa kerajaan BN tidak serius untuk menangani isu syiah sebaliknya isu itu sengaja dicipta sebagai modal politiknya. Katanya, isu syiah segaja digembar-gemburkan oleh kerajaan pada waktu tertentu misalnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Ketika mencelah dalam dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Khairuddin berkata, golongan syiah yang ada di dalam negara ini adalah sebuah kumpulan yang dikenali bukannya kumpulan haram. Ini, katanya berdasarkan memorandum Majlis Syiah Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 6 Jun 2013 yang siap tertera alamat yang terletak di Taman Melawati. Tambahnya, dalam kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum ini turut mengesahkan seramai 250,000 penganut Syiah di Malaysia. "Saya hendak tahu, sejauh mana kerajaan serius terhadap syiah atau dibuat sebagai modal politik pada waktu tertentu sahaja," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan isu itu sengaja dimainkan untuk tujuan politik. Bagaimanapun beliau setuju sekiranya Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus itu sedia menyalurkan maklumat berhubung gerakan syiah ini kepada kerajaan. | ||
Muslimah bekerjaya – satu sorotan agama Posted: 24 Sep 2013 05:17 PM PDT Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM PENGLIBATAN golongan wanita dalam pelbagai bidang kerjaya, kegiatan kemasyarakatan dan sebagainya, perlu dirujuk kepada peranan mereka di zaman kegemilangan Islam yang dipimpin oleh manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia sah dan dibolehkan atau sebaliknya. Ini kerana sejak akhir-akhir ini penglibatan sesetengahnya melampaui batas-batas agama. Apa yang kita dapat saksikan mutakhir ini, terlalu ramai Muslimah dalam negara kita memilih kerjaya yang sesetengahnya tidak menepati piawaian ajaran agama Islam yang syumul dan komprehensif. Walaupun Islam memberi ruang untuk golongan ini bekerja, ia bukan bermakna mereka boleh terlibat dalam semua bidang pekerjaan. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana golongan Muslimah tanah air menceburi bidang yang sama sekali tidak tunduk kepada kehendak syarak, dalam bidang lakonan/perfileman, nyanyian, lawak jenaka, pengacaraan dan sebagainya dilihat menyanggah keindahan syariat Islam. Ia bukan bermakna menghalang penglibatan mereka dalam bidang yang diceburinya, akan tetapi ketentuan hukum Allah adalah untuk menyelamatkan segenap bangsa manusia. Justeru, perbincangan kali ini adalah untuk melihat sejauh mana pendekatan Islam dan kesesuaiannya diadaptasi terhadap golongan wanita dalam bidang pembinaan kerjaya agar ia selari dengan inspirasi wahyu al-Quran, Hadis, Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah s.a.w. di samping mencari keredaan Allah SWT dan juga pahala yang menjamin kerjaya yang diceburinya itu membawa pulangan lumayan untuk mendapatkan syurga Allah. Wanita dan kerjaya di zaman awal kecemerlangan Islam Sejak zaman baginda Rasulullah s.a.w., iaitu pada era turunnya wahyu al-Quran, wanita diberi hak dan peluang untuk terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan. Mereka juga memberi saham penting dalam membina bidang berkenaan yang diperakui oleh syarak, ini termasuk perlakuan mereka dalam peristiwa 'Bai'ah' bersama sekumpulan lelaki di hadapan baginda s.a.w. Di zaman Rasulullah s.a.w., mereka berhijrah, berjihad, bekerja, berniaga, mendidik, merawat pesakit dalam medan peperangan, mengeluarkan produk dan bercucuk tanam, mereka juga menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga Muslimah bekerjaya – satu sorotan agama dengan memelihara anakanak serta suami. Tegasnya, mereka mempunyai peranan dan kedudukan yang tinggi dalam memajukan bidang keilmuan, pemikiran, peradaban, perekonomian dan pembuatan. Apa yang pasti, sejarah telah merakam penglibatan serta sumbangan mereka hingga ada yang menyifatkan sebagai tokoh-tokoh ilmuan, golongan terpelajar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan hingga mencecah jumlah mereka kepada ribuan orang. Perkara ini pernah didedahkan oleh Imam Ibnu Hajar al-'Asqolani dalam bukunya 'Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sohabah'. Read More / Baca Lagi >> | ||
Muktamar: Semangat 1990 sangat penting untuk dihayati Posted: 24 Sep 2013 05:12 PM PDT Semasa berucap merasmikan muktamar Pas kawasan Kota Bharu minggu lepas, Husam Musa menyaran dan mengingatkan ahli-ahli Pas khasnya di Kelantan supaya mengenang semangat 1990 yang membawa kemenangan besar kepasa Pas sehingga berjaya merampas balik Kelantan daripada Umno. Semangat itu mutahak untuk dikenang sepanjang masa, ujarnya.
Saya bersetuju dan sependapat dengan Husam didalam hal ini. Sesuatu yang baik yang pernah membuktikan kejayaan hendaklah dikenang senantisa, dijadikan azimat dalam perjuangan dan jangan sesekali mengalpakannya. Itulah juga pun manfaat sejarah untuk dikenang. Sejarah akan menjadi cermin mengislah akidah dan langkah perjalanan kita sekiranya ia sudah mula agak tersasar. Selain mempunyai semangat berkorban dan kesetiakawanan yang tinggi, waktu juga semua pemimpin Pas baik kecil dan besar, menurut Husam berlumba-lumba berkorban dan berusaha menunjukkan akhlak yang baik sebagai pejuang Islam seperti mana Omar Khattab, Umar Ibnu Aziz atau Abu Bakar Siddiq maupun Rasulullah s.a.w. sendiri. Tahap pengorbanan dan keihlasan mereka sungguh tinggi. Sebagai contoh beliau menyebut bagaimana dua Exco Kelantan, Ustaz Yahya Othman dan Hassan Abdullah (kedua-dua Allayarham) tidak mengambil elaun perjalanan mereka. Ustaz Yahya hanya mengambil wang tambang kapal terbang dan hotel sahaja. Apa dilakukan Yahya dan Hassan itu adalah mereka yang mahu membuktikan apa yang mereka ucap ataupun yang menjadi aspirasi parti atau kerajaan. Nik Aziz sendiri yang menjadi MB kata Husam telah memulangkan wang gajinya sebanyak 45% kepada kerajaan atau parti sebagai simbolik semangat berkorban untuk negeri. Ia berlainan dengan keadaan hari ini ada Exco sengaja mengadakan perjalanan jauh kerana mahukan elaun? Terbaru ada exco yang bertukar ganti kereta walaupun kereta lama masih baik dan sempurna. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kerajaan BN taja Kelab Cardiff City lebih RM15 juta Posted: 24 Sep 2013 05:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Perbelanjaan Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi Front of Shirt Sponsorship adalah tidak wajar dan membazir. Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian (gambar) berkata, penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City untuk tempoh satu tahun. Baginya, perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat. Beliau menyatakan perkara itu merujuk kepada jawaban Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalannya di Dewan Rakyat semalam. "Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Beliau berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Cardiff. | ||
(3/3 - Q&A) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika? Posted: 24 Sep 2013 05:05 PM PDT | ||
(2/3) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika? Posted: 24 Sep 2013 05:04 PM PDT | ||
(1/3) BLINDSPOT - Forum Adakah TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika? Posted: 24 Sep 2013 05:03 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan