MIMPI SENJA |
Keinginan seksual wanita itu melangkaui dari kadar biasa Posted: 03 Sep 2013 11:20 PM PDT Updated: Rabu September 4, 2013 MYT 11:04:03 AM Wanita Nafi Dakwaan Sperma Bekas Teman Lelaki Dipergunakan Untuk Dapatkan Anak KUALA LUMPUR: Pasangan yang terlibat dengan saman dakwaan dipergunakan untuk mendapatkan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah berkualiti tinggi tampil mempertahankan diri masing-masing. Bekas teman wanita lelaki Bosnia yang mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, mendakwa dakwaan bekas teman lelakinya itu 'tidak berasas' sama sekali. "Ini sangat tidak benar," dakwa bekas teman wanita Ervin Ahbabovic pada Selasa. "Saya seorang yang terhormat. Saya tidak perlu berurusan dengan gosip sebegini." Dia mendakwa bekas teman lelakinya itu sebenarnya tidak bekerja dan bukan lah seorang pengarah syarikat komersil swasta di Malaysia seperti yang didakwanya. Wanita berkenaan berkata dia tidak berhubung dengan bekas teman lelakinya itu sejak setahun yang lalu dan tidak sangat menyangka apabila menerima tuntutan mahkamah daripada lelaki berkenaan. Dalam pernyataan tuntutannya, Ahbabovic, 41mendakwa beliau mula menjalin hubungan dengan wanita tempatan (berbangsa Cina) pada 2008 dan hasil perhubungan itu mereka memperolehi seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun lebih. Beliau mendakwa pada ketika itu beliau sangat yakin hubungannya dengan wanita itu akan berakhir dengan ikatan perkahwinan, bagaimanapun selepas melahirkan anak, wanita itu seringkali mencari kesalahannya dan mencari peluang untuk bergaduh dengannya. Ahbabovic juga mendakwa pada waktu yang sama, beliau mula menyedari keinginan seksual dan dominasi wanita itu terhadapnya melangkaui dari kadar biasa. Beliau mendakwa beliau juga mengalami penderaan emosi dan mental yang teruk dari tindakan defendan itu dan wanita itu juga telah bertindak ganas dan di luar kawalannya hingga pernah menikam di lengan kirinya pada 3 September tahun lepas. Lelaki itu mendakwa bekas teman wanitanya itu juga telah menghalaunya keluar dari rumah dan menghalangnya dari melihat anak dan selepas itu dia ada menghubungi wanita itu dalam usahanya untuk berbaik semula demi kepentingan anak mereka. Beliau mendakwa niatnya itu dibalas dengan kata-kata yang mengejutkan di mana defendan telah menyatakan bahawa plaintif sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks selain bagi mendapatkan sperma miliknya yang membolehkan defendan memperolehi anak genetik orang Eropah. Ahbabovic menuntut gantirugi itu kerana penggunaan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon supaya beliau disah dan didaftarkan sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan lain-lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - mStar |
'Flash Mob' Bantah Kenaikan Harga Petrol Diganggu Wanita Tanggal Pakaian Posted: 03 Sep 2013 04:06 PM PDT Selasa September 3, 2013 KUALA LUMPUR: Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka. Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan. Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan. Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan. Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak. "Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian. "Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star. Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan 'flash mob' pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan