Gabungan Kebangsaan Bagi Menyokong Kesahtarafan ( Legitimasi) Mesir, iaitu sebuah perikatan Islam yang menyokong Presiden Mohamed Morsi, berkata pada Selasa bahawa Mesir telah kini mengalami pelbagai bentuk kerugian politik dan ekonomi sejak bekas presiden yang dipilih digulingkan pada 3 Julai lalu.
Sebagai tanda memperingati 60 hari penggulingan Morsi oleh pihak tentera, dan dikuti dengan ledakan bantahan dari massa, pihak gabungan telah mengeluarkan kenyataan menyenaraikan kerugian yang Mesir hadapi semenjak berada di bawah "pihak berkuasa rampasan kuasa," termasuklah penutupan beberapa kilang-kilang, penanggungan hutang yang meningkat, dan keadaan darurat yang diperbaharui yang dijangka berakhir dalam tempoh kurang daripada dua minggu.
"Enam puluh hari telah berlalu semenjak rampasan kuasa pada 3 Julai 2013 ke atas presiden pertama yang dipilih secara demokrasi di Mesir," kata kenyataan. "Rakyat Mesir kini telah tertakluk kepada pemalsuan sejarah yang mungkin paling buruk dalam di dalam sejarah manusia."
"Pihak berkuasa yang melakukan rampasan kuasa itu telah melakukan jenayah terburuk terhadap kemanusiaan ; Mereka membunuh, membakar, dan menyiksa mereka yang berjiwa Islam dan patriotik, memutarkan fakta... dan ekonomi Mesir telah mengalami pukulan dasyat sejak saat pertama (rampasan kuasa)."
Golongan Islam pro- Morsi telah mengadakan demo pada semalam (Selasa) bagi memperingati 2 bulan penggulingan Morsi, dengan kehadiran para demonstrasi dianggarkan dalam ribuan orang.
Pihak berkuasa sementara telah mengusir secara paksa mereka yang pro- Morsi daripada berada di Rabaa Al- Adawiya dan dataran Al- Nahda (di Kaherah dan Giza) pada 14 Ogos, menyebabkan beratus-ratus orang mati, kebanyakannya dari kem Islam. Ini diikuti oleh aliran penangkapan pbeberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkenal, yang telah dihadapkan dengan pelbagai tuduhan jenayah.
Dua hari selepas pertempuran maut, pada Jumaat 16 Ogos menyaksikan perhimpunan besar yang dihadiri oleh menyokong Morsi, dari Ikhwan Muslimin, telah ditandai dengan satu pertukaran diantara kehidupan bersama bahang tembakan dengan berpuluh-puluh kematian.
Demontrasi semalam berlaku pada pada hari yang sama dengan keputusan mahkamah yang menutup satelit Saluran TV Al Jazeera Mubasher Misr, sebuah saluran television tempatan bersama rangkaian Al-Jazeera Qatar. Saluran ini telah memberikan liputan demonstrasi pro-Morsi, tidak seperti saluran-saluran swasta dan kerajaan lain yang berpihak kepada kerajaan sementara Mesir.
Dalam ketetapan yang sama juga, Mahkamah Pentadbiran juga menutup saluran Islam-sekutu Al-Yarmouk, Al-Quds dan Ahrar 25.
Sementara itu, mahkamah tentera di Mesir telah menjatuhkan hukuman penjara kepada penyokong Presidennya, Mohamed Mursi selepas mendapati mereka bersalah menyerang tentera.
Seorang dipenjara seumur hidup, tiga yang lain dipenjara 15 tahun dan 45 lagi lima tahun penjara, kata kenyataan yang dikeluarkan tentera.
Defendan dituduh memulakan tembakan kepada tentera ketika rusuhan yang berlaku di bandar pelabuhan Suez, bulan lalu.
Satu panel kehakiman Mesir pada hari Isnin telah mencadangkan pembubaran Ikhwan Muslimin - organisasi politik terbesar Mesir - dan mencadangkan juga ibu pejabatnya ditutup.
Dalam cadangan yang tidak terikat kepada mahkamah pentadbiran Mesir, panel tersebut telah menuduh kononnya Ikhwanul Muslimin beroperasi di luar kerangka undang-undang dan tidak memenuhi matlamat penubuhannya.
Langkah untuk membubarkan Ikhwan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah adalah cabaran terbaru kepada kumpulan Islam tersebut daripada pihak kerajaan sementara Mesir yang disokong oleh pihak tentera yang telah menggulingkan bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai lalu.
Cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin dilihat oleh beberapa pemerhati politik sebagai cubaan untuk menyekat pertubuhan berkenaan daripada bertanding di dalam pilihanraya baru Mesir dan untuk mempastikan kemenangan golongan sekular di dalam pilihanraya tersebut nanti setelah mengheret Morsi ke pengadilan selepas penggulingannya.
Pada hari Ahad lepas, media kerajaan melaporkan bahawa Morsi, yang berada di dalam tahanan, akan dibicarakan bersama-sama dengan 14 lagi suspek di atas tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan. Dakwaan berpunca daripada pertempuran diantara penyokong Ikhwan Morsi dan puak pembangkang di Kaherah akhir tahun lepas. Pihak berkuasa menyatakan tujuh orang terbunuh dalam keganasan tersebut.
Ikhwan Muslimin 85 tahun telah menjadi barisan hadapan dalam politik Mesir selepas kebangkitan "Arab Spring 2011" yang menyebabkan bekas presiden Hosni Mubarak terlucut dari kuasanya. Pergerakan Islam kemudiannya menubuhkan parti politik dan memenangi majoriti kerusi di Parlimen.
Morsi bertanding untuk kerusi Presiden di atas tiket Ikhanul Muslimin dan dan telah berjaya menjadi presiden pertama negara Mesir yang dipilih secara demokrasi pada Jun 2012. Tetapi pihak yang menentangnya telah mencetuskan huru-hara dan penentangan besar-besaran apabila beliau berusaha untuk mengukuhkan kuasanya.
IKHWANUL MUSLIMIN - Wikipedia
IKHWANUL-MUSLIMIN
Ikhwanul Muslimun (Bahasa Arab: الإخوان المسلمون al-ikhwān al-muslimūn, atau ringkasnya الإخوان al-Ikhwān; Bahasa Melayu: Saudara Muslim) adalah satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Al-Ikhwan juga adalah parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir.
Gerakan ini diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 dan beberapa gerakan Islam lain ditubuhkan di seluruh dunia Islam yang mempunyai kaitan dengan al-Ikhwan.
Gerakan Al-Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "the way of life" (jalan kehidupan). Ia menyokong satu langkah dari sekularisme, dan kembali kepada peraturan Al-Quran sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin secara rasmi menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, dan pengkritik menyalahkan Ikhwan untuk mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah. Ramai yang menganggap pendahulu (forerunner) militan moden Islamisme.
Doktrin al-Ikhwan adalah:
"Allah adalah matlamat kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah (syahid) adalah cita-cita kita."
Doktrin ini diringkaskan dalam sebuah nasyid yang dipopularkan oleh Kumpulan [Nada Murni]: Allahu rabbuna (Allah Allah) Allahu ghayatuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Ar-rasul qudwatuna (Allah Allah) Al-Qur'an dusturuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Al-jihadu sabiluna, Al-mautu fi sabilillah asma'amanina
Allah Tuhan kami Allah matlamat kami Ar-Rasul ikutan kami Al-Qur'an panduan kami Jihad jalan kami Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami
Sejarah
Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.
Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.
Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Al-Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.
Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwanul Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.
Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.
Kepentingan Mesir
Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan pembangkang yang tertua dan terbesar di Mesir. Ia telah mendapat sokongan dan dokongan yang kuat dari kalagan rakyat Mesir kelas pertengahan, dan ahli-ahlinya telah berjaya mengawal banyak organisasi professional dalam negara Mesir.
Sehinggalah tahun 2011, adalah menjadi kesalahan menurut undang-undang mana parti politik di Mesir yang menjadikan agama sebagai asas perjuangan. Namun pada bulan Disember 2011, Al-Ikhwan telah mendominasi pengundian parlimen, dan memenangi kira-kira separuh dari kerusi-kerusi parlimen.
Pengaruh Ikhwanul Muslimun di arena politik dunia
Terdapat banyak cabang gerakan Ikhwanul Muslimun di pelbagai negara serata Timur Tengah dan Utara dan Timur Afrika. Ini termasuklah Sudan, Syria dan Arab Saudi. Terdapat juga cabang Al-Ikhwan di Amerika Syarikat.
Cabang-cabang diluar Mesir ditandai lebih konservatif dalam pandangan mereka; Sebagai contoh, cabang Kuwait dikatakan telah meminggirkan hak-hak untuk wanita mengundi.
As-Sheikh Sayyid Qutb, ahli Ihkwanul Muslimun sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, telah membangunkan doktrin jihad, dan parti politik Hamas di Palestin dipercayai merupakan cabang dari Ikhwanul Muslimun di Palestin.
Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), berpendirian untuk terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan 'Al-Hurriyat Wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) dan akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi dan pilihanraya.
Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.
Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
"Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.
"Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Najib semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.
Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Pandan itu menolak alasan itu dengan membawa fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.
Berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010, katanya, menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.
"Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus pendapatan untuk petrol dan diesel sahaja.
"Mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk hal sama," katanya.
Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan orang kampung kerana yang berkereta kebanyakannya orang kaya.
"Rakyat termasuk golongan miskin guna kerana bukan kerana pilihan tetapi keperluan," kata Rafizi. -selangorku
Harga minyak naik: Hari-hari terakhir Najib
"Kenaikan harga minyak memperlihatkan kepada kita satu lagi babak kisah hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Sejarah berulang lagi. Apa yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kini sedang berlaku kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Sama seperti Pak Lah, Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan Najib juga membuat kesilapan seperti Pak Lah dalam pembentukan kabinetnya selepas PRU13," katanya.
Bagi Salahuddin, kabinet Najib yang baru dipenuhi oleh personaliti yang hanya dilantik dengan tujuan menguatkan kedudukannya menghadapi pemilihan Umno.
"Kabinet Najib dipenuhi oleh mereka yang hanya bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, bukan mereka yang dapat memakmurkan negara dan rakyat," katanya.
Dengan latar belakang sedemikian, kata beliau, tidak hairanlah Najib melakukan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah, iaitu menaikkan harga minyak yang secara langsung dan serta merta akan menaikkan kos pengangkutan, harga makanan dan juga harga barang-barang keperluan.
Kesemua itu, kata Salahuddin, akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi yang tidak terkawal atau runaway inflation.
Beliau melihat, kesemua faktor itu akan menguatkan apa yang diheboh-hebohkan sebagai 'Gerakan Singkir Najib (GSN)' di dalam Umno.
"Kenaikan harga minyak merupakan faktor ketiga yang akan memberikan lampu hijau kpd GSN dalam Umno untuk mempertingkatkan usaha mereka menjatuhkan Najib dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) daripada tampuk pemerintahan.
"Tokoh-tokoh dan ahli-ahli Umno yang tidak senang dengan regu Najib-Rosmah akan menggunakan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga minyak sebagai faktor utama dalam usaha penyingkiran tersebut," katanya.
Salahuddin juga menyatakan kekesalannya dengan tindakan Najib menarik balik subsidi minyak kepada rakyat.
"Subsidi minyak kepada rakyat Najib rampas, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya penjana kuasa bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dihapuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan.
"Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, contohnya melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit," katanya.
Selain dari itu, kata Salahuddin, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultan-konsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib.
"Sharizat boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kapada rakyat marhaen 'no subsidy'. Inilah Najibnomics," katanya.
Salahuddin mengakui, adalah sukar bagi sesiapa pun menolak kemungkinan protes-protes rakyat akibat kenaikan melampau harga minyak akan tercetus dengan hebat.
"Tidak perlu sesiapa pun menghasut, kemarahan rakyat yang semakin membara amat jelas di mana-mana.
"Mereka sendiri yang berkempen secara besar-besaran menentang kenaikan harga minyak ini," katanya. -HD
Pakatan Rakyat akan menentang sebarang cadangan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dilucutkan jawatan.
"Persempadanan semula yang dijangka berlaku tahun ini akan ditentang jika (pimpinan) SPR sekarang tidak dipecat," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Rakyat menuntut SPR sekarang dibuang. Tidak ada wibawa untuk menguruskan soal persempadanan yang dikhuatiri memberi kelebihan kepada Umno BN," katanya kepada Keadilan Daily.
Tegasnya, SPR gagal mengendali Pilihan Raya Umum ke-13, terutama sikap berdolak-dalik dan helah bahawa kononnya dakwat kekal yang diguna akan kekal.
"SPR gagal kendali isu dakwat kekal dengan alasan yang berubah-ubah sehinggalah jari dicelup dalam PRK Kuala Besut," katanya. Tambah Saifuddin, puluhan petisyen pilihan raya yang difailkan ke mahkamah bukti parti politik, termasuk Barisan Nasional tidak diyakini lagi.
Anwar ikrar tiada persempadan semula selagi SPR tidak ditukar
Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan ada tahun ini selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada kekal.
Demikian ikrar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider.
Tahun ini, sampailah sudah masanya persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dibuat.
Ini bermakna, bila-bila masa sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat.
Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.
Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.
Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan ini.
Baru-baru ini,Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.
Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia 8 Jun lepas.
Namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak SPR dengan kepimpinan yang ada untuk mengendalikan kerja-kerja ini.
"Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar.
"Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sempadan kawasan pilihan raya adalah perkara yang termaktub di dalam perlembagaan. Untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan, ia perlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai majoriti tipis dalam Dewan Rakyat, amat sukar bagi SPR untuk melakukannya.
Sudah tercatat dalam sejarah pilihan raya di negara ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar setiap kali selepas persempadanan pilihan raya dilakukan.
Yang terakhir adalah persempadanan pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003. Ia dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya sebelumnya yang diadakan pada tahun 1999 akibat sokongan orang Melayu kepada PAS ekoran kes mata lebam Anwar.
Dalam persempadanan 2003 itu, kawasan pilihan raya di negara ini disusun sedemikian rupa dengan memasukkan orang-orang Cina dan India ke dalam kawasan yang selama ini dikuasai oleh pengundi Melayu.
Antara kesan yang paling ketara adalah kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dimenangi Mohamad Sabu pada tahun 1999 dan Pokok Sena di Kedah yang dimenangi Datuk Mahfuz Omar.
Dalam persempadanan ini, negeri-negeri yang mendapat sokongan tinggi Umno mendapat tambahan bilangan kerusi yang sangat tinggi. Antaranya Johor yang menambahkan bilangan kerusi ke-26 kerusi Parlimen.
Hasilnya, pada pilihan raya 2004, BN menang besar. Sebahagian besarnya kerana persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat pada 2003.
Namun ia boleh dibuat ketika itu kerana BN mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Pada tahun 2011, persempadanan tidak dibuat kerana BN tiada kuasa dua pertiga walaupun alasan Wan Ahmad adalah kerana hendak menghadapi pilihan raya.
Alasan ini bercanggah sekali dengan apa yang berlaku pada tahun 2003 apabila persempadanan kawasan pilihan raya dibuat setahun sebelum pilihan raya 2004.
Bagi Anwar, persempadanan ini bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan.
"Soal electoral roll pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. Selesaikan itu dahulu," katanya merujuk kepada daftar pemilih yang dikesan mempunyai pelbagai masalah.
Baru-baru ini, SPR menukar setiausahanya, Datuk Kamarudin Mohd Baria namun bagi Anwar ia bukan jalan penyelesaiannya.
"Penyelesaian ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara yang diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang-orang kanan mereka.
"Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno... bagilah. Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini," kata Anwar.
Kepentingan rakyat
Di sebalik faktor ketelusan, faktor kepentingan rakyat juga perlu dikaji dalam persempadanan kawasan pilihan raya ini.
Dengan kuasa yang ada, Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor misalnya boleh berkata 'tidak' kepada cadangan persempadanan pilihan raya ini kerana mereka mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Namun, jika tidak dilakukan persempadanan ini bermakna, rakyat Selangor yang paling rugi kerana mereka tidak akan diwakili dengan adil. Selangor mempunyai 1,924,281 pemilih berdaftar dalam PRU-13 lalu tetapi bilangan Parlimennya hanya 22 sahaja berbanding Johor yang mempunyai 26 kerusi.
"Di Selangor sekarang, jumlah rakyat bagi setiap Parlimen dan DUN terlalu tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Jika kawasan pilihan raya Parlimen atau DUN tidak ditambah di Selangor bermakna, rakyat yang rugi," kata Abdul Shakur Tahir, Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.
Beliau berkata, Johor misalnya mempunyai banyak kawasan Parlimen berbanding rakyatnya bagi setiap Parlimen. Begitu juga kawasan Putrajaya yang hanya mempunyai 10,000 pengundi tetapi mendapat satu parlimen.
"Hulu Selangor misalnya mempunyai 74,939 pengundi dan Gombak mempunyai 106,747 pengundi.
"Sedangkan Segamat di Johor hanya mempunyai 39,807 pengundi manakala Pagoh hanya mempunyai 40,515 pengundi sahaja. Ini tidak adil kepada pengundi Selangor.
"Oleh itu, sesuatu perlu dibuat untuk mencapai kata sepakat dan hak rakyat diberi," kata Shakur yang sangat berpengalaman dalam kerja-kerja pilihan raya.
Ini bermakna, mahu atau tidak mahu persempadanan kawasan pilihan raya satu keperluan. Menjadi keperluan juga ia dibuat dengan adil dan bukan untuk memenuhi keperluan pribadi pihak-pihak yang berkepentingan.
Dengan suasana yang ada, mahu atau tidak, SPR buat pertama kalinya dalam sejarah perlu mendapat persetujuan PR untuk membuat persempadanan kawasan pilihan raya. Jika tidak, SPR akan gagal dan akan dilihat gagal dalam menjalankan tugasnya. -TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan