Ahad, 8 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tahukah anda? 10 FAKTA SEKATAN GAZA

Posted: 08 Sep 2013 03:10 PM PDT



Tahukah anda? 10 FAKTA SEKATAN GAZA

1) 7 juta orang disumbat ke dalam kira-kira 140 kilometer persegi Semenanjung Gaza. Ini lebih kurang dua kali ganda saiz Washington DC (The World Factbook)

2) Lebih daripada separuh daripada penduduk Gaza - 780 578, atau 53% - adalah di bawah umur 18 tahun. (Gaza Fact Sheet, 2007)

3) Lebih kurang 39,000 pelarian kanak-kanak di Gaza tidak akan menghadiri sekolah UNRWA tahun ini, kerana agensi itu tidak dapat membina atau membaiki semula sekolah-sekolah kerana sekatan Israel. (IRIN, 2010)

4) Sejak tahun 2006 Israel telah menghadkan import pelbagai barangan kepada "minimum kemanusiaan", walaupun tidak ada senarai rasmi untuk peniaga-peniaga untuk panduan. (Gisha, 2010)

5) Walaupun beratus-ratus pelajar yang diterima untuk program akademik antarabangsa, dasar Israel menghalang ramai pelajar daripada meninggalkan Gaza.(Gisha, 2008 p. 2)

6) 1 daripada setiap 5 kanak-kanak sekolah kekurangan iodin. Kelaziman anemia di kalangan kanak-kanak berumur 9-12 bulan adalah 61.6%. (IMEU, 2010)

7) 3 daripada setiap 4 anak-anak muda tidak boleh melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Gaza akibat lebihan kapasiti.
(United Nations, 2007)

Hari ini, kira-kira 1.1 juta pelarian Palestin di Gaza menerima perkhidmatan UNRWA; 61% daripada penduduk Gaza adalah makanan tidak terjaga, dan pengangguran adalah hampir 40%.
(Bangsa-Bangsa Bersatu, 2010)

9) 90-95% daripada air yang dihasilkan oleh hanya penapis di Gaza tidak layak untuk minum. (Amnesty, 2009, ms 10.)

10) 28% daripada kanak-kanak yang dikaji di Gaza telah menyaksikan kemusnahan rumah kawan mereka dan hampir 19% telah menyaksikan kemusnahan rumah mereka sendiri, menyebabkan gangguan psikologi. Kanak-kanak yang telah dipindahkan secara paksa mengalami prestasi akademik dikurangkan dan pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan keadaan sosial berkurangan untuk keluarga. (Save the Children, 2009) [Ph]

sumber: electronicintifada

Spread & Share!

Belasah dan tangkap imam OKU di Mesir

Posted: 08 Sep 2013 04:42 AM PDT



Prihatin Mesir | Tangkapan Politik

BELASAH DAN TANGKAP IMAM KURANG UPAYA

Lagi berita penangkapan. Semalam, polis Mesir menangkap Syeikh Muhammad Iwadh (gambar) selaku imam dan khatib di Masjid As-Sunniyah di kampung Kafr Hijazi, Al-Mahallah Al-Kubra. Beliau kurang upaya bergerak dengan kerusi roda, lalu dibawa pergi dari masjid ke tempat yang tidak dimaklumi.

Sebagaimana yang diceritakan, samseng dari Kementerian Dalam Negeri berpakaian biasa telah membelasah Syeikh Muhammad selepas solat Asar, ketika itu Syeikh duduk di atas kerusi roda dan darah meleleh dari kepalanya. Tiada sesiapa pun yang berada di situ bangkit pertahankan Syeikh ekoran ramai yang memukulnya.

Kata penduduk di kampung itu, Syeikh Iwadh seumpama Syeikh As-Syahid Ahmad Yasin pengasas HAMAS meskipun kurang upaya tetapi memiliki semangat yang tinggi. Syeikh Iwadh kerapa dilihat berada dalam semua tunjuk rasa yang diadakan bagi membantah kudeta.

Syeikh Iwadh dikenali guru pengajar Al-Quran, ramai orang dari seluruh tempat datang kepada beliau untuk mendapatkan ijazah sanad bacaan Al-Quran.

Sumber: Web rasmi Hurriyah Wal-Adalah (FJP), 08/09/2013
#prihatinmesir
Posted by abu ubaidah

Dr Asri Bidas Ustaz Fathul Bari. Salah Guna Hadis?

Posted: 08 Sep 2013 04:34 AM PDT



Alhamdulillah dr asri dah mengulas sedikit sebanyak.

Pertembungan idea ni memberi peluang kepada kita untuk menilai yang mana betul.

Hadis bukan secara sewenangnya boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu perkara yang membebankan orang ramai.

Harga Barang Ketetapan Allah? DR ASRI mengulas

Posted: 08 Sep 2013 04:24 AM PDT



Dr asri ada mengulas berkaitan isu kenyataan ustaz fathul bari.

Kita sebagai orang yang tidak banyak ilmu agama boleh la menilai yang mana betul.

Terima kasih dr asri. Kenyataan demi kenyataan akan menjernihkan pemikiran rakyat marhaen.

Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang

Posted: 07 Sep 2013 09:27 PM PDT


#06 Safiq Rahim Dan Zandra Aziela Selamat Bertunang - ROTIKAYA
 
Oleh RotiKaya Staff pada

08 September 2013, 11:09AM

Selamat datang ke satu lagi edisi Rotikaya Sukan & mesti ada antara anda yang bertanya siapa pula Zandra Aziela & Safiq Rahim sehingga berita pertunangan mereka sampai di'sini.

Sekitar Mei 2013 yang lalu gambar pemain bowling kebangsaan Zandra Aziela berpeluk dengan Anuar Zain menjadi perbualan ramai dan menimbulkan isu yang kononya Safiq Rahim kurang senang dengan kontroversi itu.

Itu cerita lama.

Semalam, menerusi perkongsian beberapa keping gambar melalui akaun Instagram, Zandra Aziela di'fahamkan telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan Safiq Rahim dalam satu majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Menulis di Instagram, Zandra Aziela memaklumkan yang keputusan untuk bertunang di'buat tiga minggu lalu dan persiapan majlis pertunangan ini banyak di'lakukan oleh ahli keluarga & sahabat handai ketika beliau dan Safiq Rahim masing masing di luar negara.

Zandra Aziela mengenakan busana rekaan Rico Rinaldi dan tunangnya, Safiq Rahim tidak dapat hadir ke majlis ini di'fahamkan sedang berada di luar negara bersama pasukan bola sepak Malaysia. Jutaan tahniah buat kedua dua mereka!

Kenaikan harga barang ketetapan Allah kata Fathul Bari

Posted: 07 Sep 2013 07:51 PM PDT



Aku dah rasa. Kenyataan akan datang juga demi menyelamatkan najib rosmah.

Bab agama pulas memulas ni bagi kat fathul bari. Hang memang kaki redha la ustaz.

Bagus juga ada ustaz macam hang ni. Boleh juga cari makan, kesian juga tengok umno takda kaki agama yang boleh diusung.


Harga barang ketetapan ALLAH
FATHUL BARI
Oleh: FATHUL BARI
Tarikh: September 8, 2013

Dalam dunia ini, tidak ada yang gembira jika terpaksa bayar lebih untuk satu produk yang sama. Tidak ada yang suka harta berkurang sedangkan pekerjaan dan tanggungan kian bertambah.

Semua orang suka kesenangan, keuntungan, rezeki yang lapang, bonus, hadiah, serta pulangan lumayan dari apa yang dibelanjakan. Namun tidak semua harapan itu terealisasi di alam nyata. Realitinya manusia sering diuji dengan perkara yang dibenci.

Dunia bukan syurga yang semuanya ideal. Manusia yang sedar tahu bahawa dunia dicipta sebagai tempat ujian dan mereka melaluinya dengan cara yang Penciptanya redai.

Ini kerana setiap ujian datang daripada ALLAH tidak secara langsung tetapi melalui pelbagai wasilah, sama ada melalui teman rapat, keluarga, pemimpin, orang kaya, dan sebagainya. Buktinya adalah firman ALLAH, "Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar. Dan Tuhanmu Maha Melihat." (Al-Furqan: 20)

Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.

Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.'"

Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

Jawab Baginda, "Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta." (Sahih. Abu Daud)

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya "kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik", kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa'al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, "Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: 'Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini'. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa'al, kerana 'kalau' membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, "ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki." (Al-Ra'd: 26)

Sabda Nabi SAW, "Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang." (Sahih. Al-Tirmizi)

Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. "Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan." (Al-Nahl: 53)

Kita juga dituntut memperbanyakkan syukur, sedekah dan istighfar yang dengannya ALLAH akan tambahkan nikmat dan rezeki. Jika kita melakukannya dengan cara yang benar dan sabar, sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji.

Surat Khabar Soutul Ummah ~ "10 orang yg dijanjikan neraka jahanam"

Posted: 07 Sep 2013 07:42 PM PDT



Surat Khabar Soutul Ummah ~ "10 orang yg dijanjikan neraka jahanam"

Sebelum ini pada masa Presiden Mursi memerintah, pembangkang menuduh Ikhwan penjual agama, guna agama untuk politik, paling teruk mereka menuduh Ikhwan mengkafirkan orang lain. Sekarang anda lihat sendiri pabila surat khabar anti ikhwan dan anti-islami sendiri mengkafirkan Ikhwan, kemudian turut menyenaraikan nama-nama 10 individu yg dijanjikan neraka jahanam.

Sumber: الرئـــــــــــــيس

"حسبنا الله ونعم الوكيل"
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

يا الله مالنا غيرك يا الله
Ya Allah kami tiada sesiapa melainkan-Mu ya Allah.

[Info terkini Mesir bersama ~> Berita Mesir]

#BeritaMesir, #R4BIA, #AntiCoup, #رابعة

Skim Cepat Kaya: IPP di Malaysia - Siapa Untung Siapa Rugi? BR1M kan Adooo.............

Posted: 07 Sep 2013 07:17 PM PDT



Skim Cepat Kaya: IPP di Malaysia - Siapa Untung Siapa Rugi? BR1M kan Adooo.............

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia "gelap-gelita" selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam.

Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu.

Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian "berat sebelah" PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu "tidak semewah" dan "kurang istimewa" sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima "bala" dan menjadi "budak belasahan" akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut "diperah" hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.


Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar "peti simpanan negara". Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia.

Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh) Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh) TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan Inilah yang dinamakan "skim cepat kaya" khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

Pakatan rakyat election news

AS Gelisah Mursi Realisasikan Pencapaian Gandum

Posted: 07 Sep 2013 07:11 PM PDT



Prihatin Mesir | Anti Kudeta

RAKYAT MESIR DI LUAR: AS GELISAH PRESIDEN MURSI REALISASIKAN PENCAPAIAN GANDUM

Seorang penunjuk perasaan wanita yang menyertai perarakan selepas solat Jumaat di Masjid Qaed Ibrahim Iskandariah pada hari Jumaat yang lalu berkata, dia telah menyertai perarakan itu dan akan menyertai lagi sehingga kembalinya legitimasi dan berakhir pemerintahan Kudeta di Mesir.

*Keratan akhbar muka utama HURRIYAH WAL-ADALAH 16 MEI 2013, laporan pencapaian gandum.

Tambahan lagi dari wanita terbabit iaitu Sarah yang merupakan penduduk Iskandariah dan menetap di Eropah, 'dia turun ke perarakan membantah Kudeta kerana mereka telah mengabaikan suaranya dan jutaan rakyat Mesir dalam pencapaian 5 perkara rasmi secara bersih.' Berikutan itu media rasmi Mesir adalah media yang keji membolak-balikkan hakikat yang berlaku dan menyokong rampasan kuasa.

"Saya datang ke Iskandariah supaya saya dapat katakan kepada seluruh dunia..sesungguhnya aku adalah rakyat Mesir yang mengatakan tidak kepada rampasan kuasa dan tak takut dari ditangkap atau mati, sememangnya aku bersedia untuk itu," ujar Sarah.

Jelas Sarah, 'sedemikian itu masalah yang paling besar mereka tidak mahu Mesir bangkit berdiri sebagaimana dalam laporan antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) berasa gelisah dengan kemampuan kendiri Mesir yang telah direalisasikan oleh Presiden Mursi dan Dr Basem Odah (salah seorang menteri) ekoran pencapaian hasil gandum tempatan dalam tempoh 6 bulan, inilah kata Sarah yang membimbangkan AS kerana ia seumpama bahaya ke atas keselamatan negara Amerika (sekuriti pemakanan)'.

Sarah menerangkan bahawa As-Sisi seorang pengkhianat. Sarah merasa optimis terhadap masa hadapan Mesir selagimana masih ada lagi perarakan-perarakan membantah Kudeta dan menyokong legitimasi (sah berdasarkan undang-undang).

Sumber: Web berita Fjp, 07/09/2013
#prihatinmesir
Posted by abu ubaidah

Untuk perhatian MB Selangor dan para exconya

Posted: 07 Sep 2013 06:32 PM PDT



Masalah yang dialami ni sebenarnya sudah lama berlaku. Setiap oranb mengalami jika berurusan di hospital serdang.

Harap mb selangor dan para exconya ambil perhatian. Rakyat susah nak berulang alik dan jika ada urusan kerja.

Mohon perhatian.

Bahasa indah pemimpin umno

Posted: 07 Sep 2013 06:28 PM PDT



Klik pada gambar untuk tatapan jelas.

Itulah bahasa indah pemimpin umno. Lebut lidah daripada gigi.

Bila dia nah berjaya, dia ngap balik rakyat jadi mangsa.

Tiada ulasan: