Kerabu Bersuara ® |
- Mazidul Nafikan Harga Minyak Naik
- Masih Ingat Kata Najib Ni?
- Hasan Malek Ni Menteri KPDNKK Negara Mana?
- Najib: Naik harga minyak, proses kukuh ekonomi
- Terkini! Hujjah Terbaik Bung Mokhtar Pertahankan Kenaikan Harga Minyak
- Jangan Kaitkan Kenaikan Harga Minyak Dengan Kenaikan Harga Barang!
- Terkini! Diesel, RON95 naik 20 sen
- Hatem Saleh, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri meletak jawatan
- Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Islam Se Dunia
- Akibat Sebarkan Video Salah Laku Polis, Pemuda Dipukul Sampai Mati
Mazidul Nafikan Harga Minyak Naik Posted: 02 Sep 2013 03:19 PM PDT |
Posted: 02 Sep 2013 09:28 AM PDT |
Hasan Malek Ni Menteri KPDNKK Negara Mana? Posted: 02 Sep 2013 06:09 AM PDT Menteri nafi RON95 naik 20 sen KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. "Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?" "Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan," katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. |
Najib: Naik harga minyak, proses kukuh ekonomi Posted: 02 Sep 2013 06:08 AM PDT PUTRAJAYA - Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik. Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau. "Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini. Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan. "Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib. Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti. Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - Bernama |
Terkini! Hujjah Terbaik Bung Mokhtar Pertahankan Kenaikan Harga Minyak Posted: 02 Sep 2013 04:51 AM PDT |
Jangan Kaitkan Kenaikan Harga Minyak Dengan Kenaikan Harga Barang! Posted: 02 Sep 2013 04:44 AM PDT |
Terkini! Diesel, RON95 naik 20 sen Posted: 02 Sep 2013 03:51 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini. Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Harga minyak naik hanya khabar angin KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok adalah hanya khabar angin. Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang hitam putih daripada Kementerian Kewangan berhubung kesahihan khabar angin tersebut. "Jika namanya sudah khabar angin, sudah tentu ia tidak benar, kalau betul-betul harga minyak naik sudah tentu ada hitam putih dari kerajaan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Beliau mengulas mengenai khabar angin melalui laman sosial WhatsApp dan blog bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok. - KOSMO! |
Hatem Saleh, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri meletak jawatan Posted: 01 Sep 2013 08:29 PM PDT Hatem Saleh, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kerajaan kudeta melalui akaun facebooknya menulis; Akhbar Al Ahram hari ini dalam muka surat 3 menulis bahawa imbangan dagangan adalah positif (eksport melebihi import) dan melebihi sehingga 15 bilion pound Mesir pada pertengahan pertama tahun ini (sebelum kudeta). Pencapaian ini tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. Hal ini dapat dicapai atas usaha gigih Kementerian Perdagangan, Central Bank, dan beberapa badan yang lain di tengah-tengah kondisi ekonomi dan politik yang sangat rumit. Benarlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan amalan hambanya yang baik. Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية #mesirkini #R4BIA |
Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Islam Se Dunia Posted: 01 Sep 2013 05:26 PM PDT Prihatin Mesir | Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia "Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434 Kenyataan terbaru yang dikeuarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu : 1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku. 2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku. 3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah. 4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas. sumber : qaradawi.net |
Akibat Sebarkan Video Salah Laku Polis, Pemuda Dipukul Sampai Mati Posted: 01 Sep 2013 05:08 PM PDT Prihatin Mesir | Khaled Saed Khalid adalah pemuda dari Wilayah Iskandariah, Mesir. Semasa hidupnya beliau pernah menyebarkan video salah salah laku polis Mesir di zaman diktator regim Husni Mubarak. Sebagai balasannya, Khalid dipukul dan diseksa sehingga mati, anda boleh saksikan keadaan wajah Khalid. Kematian Khalid antara pencetus utama berlakunya Revolusi 25 Januari 2011. Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bangun mempertahankan hak Khalid dan menentang anjing-anjing Mubarak yang bertindak kejam dan zalim. Kemuncaknya berlakulah Revolusi 25 Januari sehingga berjaya menggulingkan Mubarak. Selepas Mubarak jatuh, tentera memerintah selama setahun setengah dalam tempoh peralihan, namun tiada hukuman dikenakan ke pembunuh Khalid dan rakyat yang terkorban ditembak polis Mubarak semasa Revolusi 2011. Hakim membebaskan penjenayah kerana pihak pendakwa raya sengaja tidak mengemukakan bukti yang kukuh. Semasa Mursi menjadi Presiden, beliau memecat peguam negara dan menggantikan dengan peguam yang baru. Kes-kes jenayah Mubarak dibuka dan dibicarakan semula. Belum selesai penghakiman, Mursi digulingkan, Mubarak dilepaskan, seorang demi seorang penjenayah dilepaskan. Darah Khalid dan pejuang yang terkorban masih belum terbela, sekarang Regim Mubarak berkuasa kembali dengan sokongan kuat dari tentera, mereka bebas membunuh,menyeksa dan menangkap sesiapa sahaja yang menentang kerajaan haram tentera. Rakyat bangkit kembali menentang tentera, momentum kebangkitan semakin kuat, 30 Ogos menyaksikan penentangan hebat dari rakyat. Biarpun tentera masih belum mengalah, tetapi kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat disekat, regim Mubarak dan Pemerintah Tentera akan tumbang satu masa nanti. Khalid telah pergi menemui Tuhannya, namun perjuangan Khalid disambung jutaan 'Khalid Saed' yang baru. Begitulah perjuangan menegakkan kebenaran, satu mati sejuta akan bangkit. Semoga pembunuh Khalid akan terima balasannya satu hari nanti. Nukilan wartawan Prihatin Mesir. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan