Biaqpila |
- GEMPAQ!!! CARA JIMAT MINYAK
- RUMAH ADIK TUAN GURU NIK AZIZ TERBAKAR
- KANTOI KHALWAT MALAM MERDEKA
- 10 DITAHAN KETIKA 'PEROBOHAN' KUIL
- BEKAS ANGGOTA TUDM MATI DITEMBAK
Posted: 02 Sep 2013 08:59 AM PDT DEY MACHA!!! JANGAN MARAH NAJIB DIA PENAIK HARGA MINYAK PASAI NAK KUKUHKAN EKONOMI KAH! KAH! KAH! KEPALA HOTAK PUNYA ALASAN SEBELUM PILIHANRAYA TAK PENAIK PASAI NAK KUKUHKAN BN KAH! KAH! KAH! DI BAWAH NI ADALAH CARA-CARA MENJIMAT MINYAK: CARA NO 1 CARA NO 2 GUA HARAP AHJIB GOR TAK NAIK MINYAK DENGAN PENDEDAHAN NI... KAH! KAH! KAH! |
RUMAH ADIK TUAN GURU NIK AZIZ TERBAKAR Posted: 02 Sep 2013 04:00 AM PDT Diberitakan Sebelah Rumah Tok Guru Yang Juga Adik Kepada TGNA, Iaitu Nik Din Nik Mat.. Rumahnya berdekatan dgn rumah TGNA.. dekat Kg Pulau Melaka... Telah Terbakar.Semoga Tiada Kemalangan Jiwa !!! kachipemas NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
Posted: 02 Sep 2013 02:15 AM PDT Haslinda bersama pasangan bukan Islam diperiksa oleh penguatkuasa agama. SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin. Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini. Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah. Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. "Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu," katanya. Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun. Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon. Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya. Beri pelbagai alasan Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak. Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat. Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini. "Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani," katanya. Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu. Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim. Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama. Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam. Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi. Rumah sewa turut diserbu Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang. Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan. Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam. Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima. Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu. Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga. Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan. Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi. Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. SH NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
10 DITAHAN KETIKA 'PEROBOHAN' KUIL Posted: 01 Sep 2013 08:00 PM PDT Mereka dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Mereka didakwa dicekup ketika cuba menghentikan DBKL di Kuil Muneswawar di kawasan Segitiga Emas di ibu kota itu. Bagaimanapun, Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu selepas itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan dinding. "Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah. Sebelum itu, terdapat sedikit ketegangan apabila Naib Presiden PKR N Surendran ditolak ketika cuba menghalang tindakan DBKL. "Kami tidak peduli kamu YB atau tidak, kami akan pukul kamu," demikian bunyi jeritan yang ditujukan kepada Surendran. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
BEKAS ANGGOTA TUDM MATI DITEMBAK Posted: 01 Sep 2013 04:37 PM PDT Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di Ipoh pagi tadi. Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. "Suspek kemudiannya terus masuk ke dalam kereta Vios itu dan melarikan diri. Polis percaya terdapat sejumlah suspek di dalam kereta itu. "Kita akan dapatkan rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian," katanya kepada pemberita di Balai Polis Taman Rishah di Ipoh hari ini. Sum berkata polis menjumpai tiga kelongsong peluru dan slug jenis .9mm di tempat kejadian. Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis. -Bernama Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan