Sabtu, 14 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Gambar Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis

Posted: 14 Sep 2013 03:00 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/q72/s720x720/1235140_633420466690163_698216405_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/579670_633420500023493_1716980838_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/577223_633420520023491_1017331397_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q75/s720x720/1005492_633420546690155_2009113757_n.jpg

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.



Cabut nyawa isteri, mentua

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus, Ahmad Ismail dan Shaifulazhar Misri

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.

Terkini! Kenyataan Terkini Daripada Presiden PAS Berhubung Isu Saranan Multaqa Ulama PAS

Posted: 14 Sep 2013 09:06 AM PDT

Pas: 2 jawatan tertinggi Pas perlu dipegang ulama

ALOR SETAR - Mulataqa Ulama Pas hari ini bersetuju dua jawatan tertinggi dalam Pas harus dipegang oleh golongan ulama.

Perkara itu antara lapan resolusi yang diluluskan perhimpunan tersebut yang berlangsung di sini hari ini.

Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.

"Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak," katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu.

Pas akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada muktamar yang dijadualkan November ini.

Resolusi lain yang diluluskan oleh mulataqa itu termasuk meminta Pas melihat semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama pakatan pembangkang, serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam. - Bernama

Polis tembak isteri, bapa mertua

Posted: 14 Sep 2013 09:03 AM PDT


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

Ulasan Ust Mohd Khairuddin At-Takiri Berhubung Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia

Posted: 14 Sep 2013 08:51 AM PDT

Ust Mohd Khairuddin At-Takiri

Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat harini agar PAS menyemak kembali Tahaaluf Siyaasi dengan PR khususnya PKR adalah suatu yang wajar bagi sebuah organisasi besar seperti PAS.

Tahaaluf Siyaasi adalah strategi yang diambil untuk mencapai matlamat kemenangan politik untuk PAS. Setiap strategi perlu disemak dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap kejayaan dan kegagalannya.

Sekiranya strategi berjaya mencapai matlamat kejayaan maka ia perlu diteruskan atau dengan penambahbaikan. Sekiranya ia gagal mencapai matlamat maka strategi baru diperlukan. Menyemak Tahaaluf Siyaasi dengan PR pula tak bererti bersama dengan UMNO atas nama Kerajaan Perpaduan dan sebagainya.

Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Di saat bunga-bunga Kerajaan Perpaduan antara PR dan BN pasca pru ke 13 cuba dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu, saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walauoun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 13.

Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diperkasakan untuk menyebarluaskan lagi sokongan bukan Islam kepada PAS

Berikut ialah resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia

Posted: 14 Sep 2013 08:25 AM PDT


ALOR SETAR: Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, hari ini menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Berikut ialah resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia.

Tema Multaqa Ulamak Se-Malaysia 'Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam' yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 mengambil beberapa resolusi yang terkandung di dalam ucaptama dan perbahasan seperti berikut:

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya:

i- mengukuhkan gerak kerja tarbiyah
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU13 untuk lonjakan PRU14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

8. Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

YDP Shah Alam: Mengapa Tidak Dipertahankan?

Posted: 14 Sep 2013 08:22 AM PDT


Pada 8 September telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam yang ke 26. PAS Kawasan Shah Alam telah berusia 26 tahun. Dari 26 tahun itu, 16 tahun darinya saya adalah YDPnya. Ada pula yang berkata PAS Shah Alam sudah sinonim dengan Khalid Samad dan ini adalah masalahnya.

Sejak 1997 saya telah berusaha memimpin PAS Shah Alam dengan sebaik yang saya mampu. Dari sebuah parti politik yang tidak begitu dihiraukan pada tahun 1997, ke era Reformasi 1998/99 dan seterusnya ke era kemenangan pada tahun 2008 dan sekarang 2013. Saya telah bertanding di DUN Kota Raja semasa era Shah Alam dan Kota Raja merupakan satu kawasan Parlimen, dan bertanding pula di Parlimen Shah Alam selepas persempadanan baru di mana Shah Alam dan Kota Raja dipisahkan menjadi dua kawasan Parlimen berasingan. Dari zaman kekalahan pada 1999 dan 2004, ke zaman kemenangan 2008 dan 2013. Sepanjang tempoh masa ini, PAS Shah Alam telah disertai ramai ahli baru yang berkeupayaan dan berpotensi.

Pengalaman sedih kali pertama saya lalui dalam tempoh tersebut adalah apabila persempadanan baru yang dilakukan pada 2003. Ia memaksa saya untuk memilih di antara Shah Alam dan Kota Raja. Saya melihat bahawa kekuatan asas yang ada banyak terdapat di Kota Raja. Cawangan yang kuat seperti Jalan Kebun, Bukit Naga, Kampung Jawa, Johan Setia, Teluk Menegun dan lain-lain terdapat di kawasan Parlimen baru iaitu Kota Raja. Saya lihat juga bahawa ada pada Kota Raja itu saff pimpinan pelapis yang boleh saya yakini akan membawa Kota Raja kearah kejayaan. Orang-orang seperti Ust Omar Hashim, Ust Ghazali, Norhalim, Muliani, Mat Diah, Kadir Mayan, Cikgu Jaafar dan ramai lagi di Kota Raja.

Sambil itu Shah Alam tinggal dengan kawasan yang sedia dibangun dengan taman dan seksyen tertentu. Kawasan kekampungan hanya di Batu tiga, Padang Jawa, Kampung Kuantan dan Bukit Kuda. Pimpinan pelapis pula pada ketika itu tidak begitu menyerlah. Yang ada pun ramai sudah berusia dan tidak mungkin memberi kepimpinan kepada kawasan Shah Alam untuk tempoh yang lama. Atas dasar itu saya memilih untuk bersama Shah Alam, yakin bahawa Kota Raja akan mampu dibangunkan oleh sahabat yang terpaksa saya tinggalkan di atas sebab garis sempadan baru yang telah diukirkan. Maka dengan terukirnya sempadan itu, saya terpaksa berpisah dengan cawangan di Kota Raja setelah 6 tahun membinanya bersama.

Saya tinggalkan Kota Raja walaupun saya telah bertanding di DUN Kota Raja pada 1999 dan kalah dengan majoriti BN hanya 2,000 lebih. Ketika itu juga saya lebih dikenali di Kota Raja oleh kerana pernah bertanding di situ namun Shah Alam menjadi pilihan saya kerana cabaran yang lebih besar perlu digalas di sini.

Maka pada 2004 saya membantu Kota Raja untuk mencari calon yang berimej nasional untuk bertanding di situ. Alhamdulillah, Dr. Mariah Mahmood bersetuju untuk tampil sebagai calon untuk pilihan raya ke 11 di situ. Walaupun kalah pada 2004, beliau, sepertimana juga saya, telah menang pada 2008 dan 2013 dengan majoriti yang agak besar. Sekarang beliau merupakan pimpinan kanan di kawasan Kota Raja. Tanggung-jawab saya pada Kota Raja dan rakan lama saya di situ telah saya tunaikan dengan sebaik mungkin.

Bukanlah seorang pemimpin yang meninggalkan kawasannya dalam keadaan lemah, bercelaru dan huru-hara.

Saya tinggalkan Kota Raja dengan pimpinan pelapis yang mantap dan bersatu kukuh. Kemampuan mereka terbukti melalui kemenangan calon PAS pada 2008 dan 2013.

Walaubagaimanapun, kali pertama saya bertanding di Shah Alam pada 2004, saya telah kalah dengan majoriti sebanyak 13,000 lebih. Yang mengalahkan saya adalah Dato Aziz Shamsuddin. Kekalahan tidak melunturkan semangat saya dan ahli PAS serta PR di kawasan Shah Alam. Walaupun pada malam kekalahan pada tahun 2004 kedengaran yang menangis dan ramai juga yang sebak, kita terus memasyarakatkan PAS dan PR. Pada 2008, hasil penat lelah sahabat seperjuangan dari PAS dan PR, saya menang pula dengan majoriti hampir 10,000. Calon yang saya kalahkan adalah calon sama, dalam kawasan sama, iaitu Dato Aziz Shamsuddin. Saya yakin, kemenangan yang dikurniakan Allah tersebut di atas istiqamahnya, padunya saff dan mantapnya kerjasama di antara semua yang terlibat. Pada masa yang sama bercelarunya UMNO dan BN pada ketika itu! Rakyat inginkan perubahan. Mereka harapkan Pak Lah tetapi Pak Lah tidak kesampaian.

Kemenangan memberikan peluang kepada PAS dan PR untuk memantapkan kedudukan. Lebih-lebih lagi apabila kemenangan itu tidak terhad hanya kepada beberapa kawasan tetapi meliputi kemenangan di peringkat kerajaan Negeri Selangor. Hasil dari kemenangan dimanfaatkan, maka pada 2013, PR menang dengan lebih besar lagi. Dari 36 kerusi DUN dimenangi PR pada 2008, pada 2013 ianya bertambah menjadi 44. Dari 8 kerusi yang ditambah, 7 adalah oleh PAS. PKR berkurangan 1 dan DAP bertambah 2.

Dalam suasana kemenangan ini, saya melihat kepada kawasan Shah Alam. Sudah 16 tahun saya menjadi YDPnya. Ketua Pemudanya telah bertukar lebih 3 kali sepanjang tempoh itu. Ketua urusan ulama' dan ketua Muslimatnya pun begitu. Hanya YDPnya tetap sama!

Tiada yang akan bertanding jawatan YDP selagi saya mempertahankannya. Saya kenal anak-anak buah saya. Walaupun bukan semua yang bersetuju dengan saya atas semua hal, namun mereka tetap tidak akan mencabar saya. Dan saya bertanya pada diri saya, "apa lagi yang saya tunggukan?"

Pelapisnya sudah ramai. Saudara Azli, Zul Nani, Jamil, Sayuti, Ust Nik Bakri, Ust Zawawi, Ust Husni, Helmi dan ramai lagi. Orang-orang yang berkemampuan, rajin berkerja dan committed kepada parti. Tidak akan mereka berpeluang membuktikan kemampuan mereka sepenuhnya selagi saya sebagai YDP.

Keadaannya sekarang adalah cukup sesuai untuk saya menyerahkan PAS kawasan Shah Alam kepada 'pelapis'. Saya akan tetap sebagai Ahli Parlimennya mungkin untuk 3 atau 4 tahun lagi dan atas kapasiti itu akan saya masih lagi berpeluang untuk memantau perjalanan PAS kawasan Shah Alam dari dekat. Sepertimana saya pantau Kota Raja setelah meninggalkannya.

Tugas saya sebagai pemimpin bukan sekadar memimpin semasa saya berada ditampuk kepimpinan, tetapi juga untuk menentukan transisi peralihan kepimpinan yang baik dan teratur. Atas soal ini telah saya berusaha untuk lakukannya, insyaAllah dengan cara yang terbaik dan bertanggung-jawab.

Maka saya serahkan PAS Kawasan Shah Alam ini kepada saff pimpinan yang baru dalam keadaan ianya kuat, mantap dan kukuh. Menang di Parlimen buat kali keduanya secara berturut-turut. Terpulanglah kepada ahlinya samada selepas ini mereka ingin terus memantapkan lagi dengan membina ukhuwwah sesama ahli dengan sikap berlapang-dada terhadap perbezaan pendapat sesama sendiri atau ingin, naudzubillah, mengikuti pula jalan perpecahan dan perbalahan seperti yang cuba disuntik pimpinan UMNO/BN dengan memfitnah dan melabel-label sesama sendiri. Tetapi, saya yakin tidak.

Ada yang bertanya, "apa muslihat Khalid Samad dengan tidak mempertahankan jawatan YDPnya sedangkan sudah pasti dia mampu mempertahankannya?" Soalan ini ditanya oleh mereka yang sentiasa syu'udzu dzan terhadap diri saya. Saya hanya mampu ketawa. Tiada muslihat. Hanya ingin memberikan kepimpinan melalui tauladan.

Bina kekuatan jemaah dan bukan kekuatan diri. Jawatan itu amanah bukan penghormatan. Kalau setelah 16 tahun tiadanya pelapis yang mampu menggantikan kamu, maka sebagai pemimpin, kamu telah gagal!

Setelah adanya pelapis maka kenali waktu untuk menyerahkan amanah pada pelapis yang telah kamu bina bersama. Mereka boleh disediakan untuk berperanan sebagai pengganti di setiap peringkat apabila PAS kuat. Jawatan itu tidak perlu dibolot. Lepaskan sahaja. Kekuatan dan kehebatan diri seseorang bukan kerana jawatan yang ada pada dirinya.

Lainlah kalau kita ini seorang yang luar biasa kemampuan dan kehebatannya seperti TGNA dan TGHH. Mereka ini perlu berperanan selagi mana mereka mampu. Mereka inspirasi dan tunjak yang ramai berpaut padanya. Yang lain, seperti saya, jangan perasan, kita tidak begitu. Jauh panggang dari api.

Selepas itu, boleh membantu membuka dan membina kekuatan di kawasan baru. Seperti panglima yang menerjah ke kawasan lain setelah kawasannya selamat. Mencari medan baru yang mampu dibebaskannya.

Ada yang kata pada saya, "hutannya masih tebal di Johor. Apa kata YB bantu pula Sallahuddin di sana?" Ya, mungkin. Tetapi hanya selepas tugasan ku selesai dengan sepenuhnya di Shah Alam. Lebih-lebih lagi ada kemungkinan persempadanan baru menghasilkan kawasan Parlimen baru antara Shah Alam, Kota Raja dan Klang. Kita lihat dulu. Yang penting setiap langkah mampu menguntungkan PAS dan PR.

Atau mungkin juga sekadar menumpukan usaha dan peranan diperingkat kepimpinan yang lain. Wallahu 'alam kita lihat dan tunggu.

Namun apa yang lebih penting, Kota Raja dan Shah Alam sudah selamat insyaAllah. Kubu PAS dan PR yang tidak akan kembali kepada UMNO/BN. Kecuali di atas sebab kebodohan dan kealpaan diri sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pestabola Merdeka: Malaysia juara

Posted: 14 Sep 2013 08:15 AM PDT

PASUKAN negara, Harimau Muda A menjuari kejohanan Pestabola Merdeka ke-41 setelah menewaskan Myanmar 2-0 di Kuantan, malam ini.

Berikut adalah ringkasan mengenai perlawanan.

Pemain Terbaik Pestabola Merdeka 2013: Wan Zack Haikal Wan Nor (Malaysia)

Penjaring Terbanyak Pestabola Merdeka 2013: Rozaimi Rahman - 3 gol (Malaysia)

Intipati Ucapan Dato Harun Taib dalam Multaqa Ulamak

Posted: 13 Sep 2013 09:16 PM PDT



Intipati Ucapan Dato Harun Taib dlm Multaqa Ulamak:

# Terdapat beberapa jenis ulamak:

1. Ulamak dilihat hebat secara zahir, tetapi tidak mempedulikan hal ehwal masyarakat islam. Mereka menjadi menjadi alat kpd musuh Islam.

2. Ulamak yg bagus dan mengambil berat kerja2 amar makruf dan nahi mungkar. Tetapi tetap bersama-sama pemerintah yg tidak melaksanakan Islam. Dia memusuhi org lelaki memakai emas, tetapi tidak memusuhi pemerintah yg melanggar hukum Allah. Kata Imam Ghazali, inilah ulamak jahat.

# Ciri yg bersama Nabi Muhammad:

1. Keras ke atas kekufuran org kafir dgn mempertahankan dasar islam, tidak tukar agama dgn dunia.

2. Berkasih sayang sesama dgn org beriman. Tidak suka berbalah sesama sendiri termasuk ketika tiada musuh

3. Mereka mahukan keredhaan Allah.

4. Mereka yakin dgn janji allah bahawa islam akan menang, walaupun yg mereka cuba laksanakan dimusuhi oleh org musyrik, kafir dan munafik

# Golongan yg memusuhi Islam:

1. Org yg jahil dan tidak kenal islam.
2. Ulamak yg jahat - ulamak ussu' (jahat) yang menjual agama utk kepentingan dunia
3. Kerajaan yg mewarisi dasar-dasar kufur penjajah.
4. Orang2 kafir, yahudi dan nasara. Tidak perlu masuk yahudi dan kristian, tetapi dasar yahudi dan nasrani diamalkan dlm semua urusan hidup.

Rumusan oleh:
Ustaz Norazli Musa
Presiden Geng Ustaz (GU)

admin: kami ni semua jahil dalam agama dan kami sayangkan orang ada berilmu agama. kami hanya kerja biasa saja dan kami mengharapkan pas dipimpin oleh mereka yang ulama profesional atau profesional ulama.

beza umno dengan pas ialah mereka memisahkan golongan ulama dan profesional manakala pas kekuatanya ialah menggabungkan kedua-dua golongan ini. mereka yang cerdik pandai kebanyakkan memilih parti pas.

allahuakhbar!

Tiada ulasan: