Sabtu, 14 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar bongkar isu ‘projek IC Mahathir’ minggu depan

Posted: 14 Sep 2013 06:59 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus bersandiwara dengan menjadikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa seterusnya setelah menuduh kakitangan awam terlibat sepenuhnya dalam projek IC di Sabah.

Mahathir ketika memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kerakyatan kepada warga asing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 11 September lalu mendakwa tidak tahu menahu mengenai 'Projek IC' dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokuman kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak.

IC PROJEK copy

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas majikannya, Mahathir dalam sidang RCI di Kota Kinabalu minggu hadapan.

Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pejabatnya kepada The Malaysian Insider hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI.

"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS itu.

Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Ancam ganggu Anwar, JMM jangan ‘desperado’ – KEADILAN

Posted: 14 Sep 2013 06:57 AM PDT

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Hasrat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu mendapatkan tandatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk membenarkan maklumat akaun bank Ketua Umum KEADILAN itu didedahkan kepada umum dikecam parti tersebut.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan itu sebagai 'desperado' kerana cuba mengganggu privasi Anwar sekaligus bagi mempromosikan diri menjelang pemilihan Umno, Oktober ini.

Desperado bermaksud penyangak yang sangat terdesak untuk mendapatkan kuasa, manakala JMM ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno.

"Tindakan 'desperado' Pengerusi JMM ini bersifat kacau ganggu dan tidak produktif. Tatkala negara hangat membincangkan ekonomi meruncing, harga minyak dan barangan yang meningkat, dan rasuah yang kronik, pihak-pihak sebegini sibuk dengan sandiwara," katanya pada kenyataan.

Fahmi mengulas tindakan Azwanddin Hamzah semalam yang mengancam mahu ke kediaman Anwar untuk mendesak agar beliau membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun banknya.

Isu maklumat bank tersebut dibangkitkan Azwanddin berhubung dakwaan oleh bekas calon BN kawasan Parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail melalui surat fitnah kononnya Anwar membayar RM50 juta kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk merasuah hakim.

Kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat itu sudah membuat laporan polis 4 Ogos lalu dan mencabar Mazlan menunjukkan bukti, namun hingga kini pemimpin Umno itu membisu.

Anwar dan Karpal juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan berkenaan yang disiar TV3 pada 2 Ogos serta Utusan Malaysia dan New Straits Times keesokannya.

Azwanddin yang juga Ketua Umno Cawangan Bukit Antarabangsa dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam berkata, usaha tersebut akan terus dilakukan dengan apa cara sekalipun termasuk di setiap lokasi dihadiri Anwar jika gagal mendapatkan tandatangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip di Balai Polis Jinjang sekitar 12.30 tengahari tadi, menggesa siasatan segera ke atas Azwanddin kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap Anwar.

Guan Eng Buat Laporan Polis Berhubung Ugutan Bunuh Di Twitter

Posted: 14 Sep 2013 06:53 AM PDT



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.

Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".

Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.

"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Kerajaan PR Selangor telus, benar akses maklumat negeri

Posted: 14 Sep 2013 06:47 AM PDT

rajiv 2 


PETALING JAYA,: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor sekali lagi selangkah ke hadapan dalam mengutamakan kepentingan rakyat dengan mewujudkan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) yang membenarkan dokumen sulit diakses untuk penelitian dan pengetahuan umum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran hari ini membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat berdasarkan FOI di pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai ujian pertama bagi memastikan ketelusan badan kerajaan itu menguruskan hal ehwal setempat.

"Dengan hanya mengisi borang dua muka surat dan wang berjumlah RM12, sesiapa saja orang awam di Selangor boleh memohon mendapatkan maklumat.

"Permohonan saya ini akan menjadi ujiannya, saya meminta MBPJ memberikan maklumat berhubung pembangunan di Seksyen 13, Petaling Jaya yang boleh menjejaskan penduduk sekitar," katanya pada sidang media sebelum menyerahkan borang permohonan kepada Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmat Mohaayen Said.

Menurut Rajiv, Seksyen 13 pada asalnya dijadualkan sebagai kawasan kilang namun kemudian bertukar kepada pembangunan komersial.

Demikian itu, Rajiv berkata, selaku warga Selangor yang prihatin, beliau mahu mengetahui masih adakah pembangunan yang sedang menunggu kelulusan MBPJ kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas kepada penduduk sekitar.

Penyerahan dan permohonan Rajiv ini merupakan kali pertama dibuat setelah FOI diluluskan kerajaan PR Selangor pada April 2011.

"Saya berharap melalui permohonan mengikut FOI ini ia akan membawa kepada satu budaya penzahiran akses maklumat di mana organisasi MBPJ dan badan serta agensi kerajaan negeri lebih berhati-hati dengan kerja yang dilakukan.

"Melalui FOI, saya juga berharap tidak ada lagi tipu muslihat dan beroperasi lebih telus serta bertanggungjawab," ujarnya.

 rajiv

Beliau turut menggalak rakyat Selangor membuat permohonan sama agar dapat mengetahui butir-butir perbelanjaan negeri seperti kos pembinaan pembangunan, kawasan yang dijadual dinaiktaraf dan mengkaji minit mesyuarat majlis.

Mengikut FOI, 41 pegawai penerangan yang ditetapkan di 12 majlis bandar serta sembilan pejabat daerah dan jabatan kerajaan akan memberi jawapan kepada permohonan dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, pejabat negeri masih boleh menyekat pengeluaran beberapa maklumat dengan mengklasifikasikannya mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 walaupun ia mendapat tentangan pelbagai pihak supaya dimansuhkan.

"Dengan FOI, budi bicara MBPJ untuk memakai OSA kepada semua dokumen diharap akan terhenti pada masa akan datang," katanya.

Katanya lagi, sekiranya permohonan ditolak dan rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan keputusan.

Selepas Selangor, Kerajaan PR Pulau Pinang adalah negeri kedua yang meluluskan undang-undang FOI di Malaysia. -Roketkini.com

'Admin’ Tanda Putera akhirnya mengaku salah

Posted: 14 Sep 2013 06:43 AM PDT


Kumpulan 13 individu pro-demokrasi dipenjara: DAP Perak kesal

Posted: 14 Sep 2013 06:40 AM PDT

46455_574301349283646_1363772732_n


IPOH: "Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa," kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu.

Menurut Ngeh, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum juga amat tidak wajar memandangkan semua yang dihukum itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Malah, katanya, semua tertuduh telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada mahkamah sepanjang lima tahun perbicaraan dijalankan.

"Bagi DAP Perak, kami menghormati keputusan mahkamah tetapi amat bersimpati kepada semua yang disabitkan kesalahan.

"Ada antara mereka adalah pesara kerajaan dan hukuman itu mungkin akan memendekkan penerimaan pencen mereka dan ada yang masih bekerja dan berkeluarga, bagaimana dengan kebajikan ahli keluarga mereka apabila punca pendapatan keluarga terjejas selama dua tahun," soal beliau.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen DAP Beruas berkata, tuduhan liar sesetengah pihak yang mengaitkan peserta demonstrasi itu menentang sistem kesultanan Negeri Perak adalah tidak benar kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mengingkari perintah bersurai oleh pihak polis.

"Tuduhan ini sama seperti mereka yang berjuang untuk kemerdekaan menentang British. Asal sahaja yang berjuang untuk merdeka, mereka di tuduh pengganas," kata Ngeh.

Pada masa yang sama beliau berharap agar mahkamah akan mempertimbangkan rayuan semua yang disabit kesalahan bagi meringan hukuman.

Menurut Yang Dipertua PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin pula dalam kenyataan media, PAS negeri dan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan berusaha membantu semua tertuduh dalam proses permohonan rayuan itu.

"Bagi meringankan beban keluarga semua yang disabitkan kesalahan itu, PAS Perak telah mengarahkan semua PAS Kawasan melancarkan tabung khas bagi menyalurkan sumbangan," ujar beliau.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Berhad, Parti Islam SeMalaysia (PAS), nombor akaun 558453100225 atau hubungi Pejabat PAS Perak di nombor 05-2557231.

Hakim Norsalha Hamzah hari ini memutuskan semua 13 tertuduh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 seorang.-Roketkini.com

Apa Agenda Najib Pertahankan Utusan?

Posted: 14 Sep 2013 02:59 AM PDT

 Najib salah guna kuasa arah beli iklan Utusan, kata DAP


KELAB  GREENBOC

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa apabila menggesa semua agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) membeli iklan dari akhbar rasmi Umno, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata gesaan Najib itu jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri itu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang kononnya akan melakukan transformasi ketelusan dalam pentadbiran negara.

"Gesaan Najib meminta agensi kerajaan, GLC membeli iklan bagi memastikan kelangsungan Utusan adalah satu lagi agenda kerajaan menipu wang cukai rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri itu dalam pelancaran bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu yang baru menggesa semua agensi kerajaan, syarikat GLC dan syarikat swasta terutama milik Bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar di bawah kumpulan Utusan.

Najib berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan Utusan selama ini.

Gesaan itu disokong Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang meluahkan rasa terkilan apabila syarikat korporat meminggirkan Utusan.

"Kami dapati perbelanjaan iklan oleh sebahagian GLC dalam akhbar Melayu terutama Utusan lebih kecil berbanding akhbar berbahasa lain, ini tidak adil,"katanya.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, gesaan Najib secara tidak langsung membuktikan akhbar Utusan Melayu tidak lagi menjadi pilihan kerana agenda yang sangat rasis terhadap perkauman.

Tony berkata, Najib hipokrit apabila Presiden Umno mempunyai kepentingan sendiri, menggunakan pengaruh mengambil wang rakyat demi parti sendiri.


"Najib hanya berpura-pura kononnya akan melakukan perubahan, membawa imej pembaharuan kerajaan kepada masyarakat tetapi apabila perkara melibatkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mereka akan mendahulukan kroni,"katanya.

Pada masa sama, Tony menyelar Najib yang tidak teragak-agak memotong subsidi barang keperluan dan perkhidmatan bagaimanapun mengalakkan pembaziran dengan meminta syarikat membeli iklan dalam Utusan. -TMI

ULASAN GB

Utusan yang telah banyak kali kalah di dalam kes-kes mahkamah kerana memfitnah itu kini berada di dalam keadaan nazak jika ia tidak "diselamatkan".

Kita tak tahu apa sebenarnya agenda Najib cuba pertahankan Utusan sekalipun beliau sendiri tahu bahawa akhbar tersebut merupakan akhbar bermata satu dalam negara ini - paling kuat menabur fitnah dan paling kedepan di dalam memain sentimen perkauman.

Atau munkinkah Najib telah perhabiskan berjuta ringgit untuk "membeli" wartawan-wartawan Utusan bagi menggilap namanya seperti yang telah Najib lakukan di peringkat antarabangsa? Maka dengan itu Najib perlu lakukan sesuatu bagi memulihkan Utusan supaya "pelaburannya" itu tidak menjadi sia-sia?

Sebelum ini GB pernah menulis bahawa Utusan tak kisah disaman di mahkamah, agenda fitnah dan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu akan tetap mereka teruskan, Mereka tak kisah orang tak mengiklankan dengan mereka kerana sebelum ini mereka berkata: Tok Jib kan ada....

Nelayan pantai teraniaya

Posted: 14 Sep 2013 02:55 AM PDT


Nelayan pantai teraniaya  
Nelayan tradisional Tok Bali berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kegiatan pemunggahan bijih


TOK BALI - Kerja-kerja mengangkut bijih besi dan pembinaan pelabuhan di sini didakwa sebagai faktor penyebab pendapatan kira-kira 60 nelayan tradisional yang menangkap ikan dalam lingkungan lima batu nautika terjejas teruk.

Wakil nelayan, Mohd Rozi Mat, 32 berkata, selain jumlah ikan berkurangan, bunyi bising akibat pembinaan pelabuhan dan pemunggahan bijih besi menggunakan tongkang ke kapal induk, nelayan turut mengalami kerugian apabila banyak pukat mereka rosak.

"Sekarang ini nelayan tidak tahu di kawasan mana mereka boleh menangkap ikan dan kawasan mana tidak boleh kerana kedudukan penanda Batas Pelabuhan Tok Bali mengelirukan.

"Syarikat terbabit perlu bayar pampasan kepada nelayan dan untuk cari jalan penyelesaian, kami minta pihak berkenaan adakan perjumpaan dengan nelayan," katanya.

Seorang nelayan, Zulkifli Abdullah, 49 memaklumkan telah membuat laporan polis pada April lalu mengenai kejadian sembilan daripada 12 pukat miliknya rosak dipercayai kerana dilanggar kapal pengangkut bijih timah.

Katanya, laporan turut dibuat kepada syarikat terbabit namun ganti rugi tidak dibayar atas alasan tiada bukti kukuh.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Mohd Nor Hassan, 54 menjelaskan, masalah berkenaan telah berlarutan sejak dua tahun lalu apabila kerja-kerja mengangkut bijih besi terus dilakukan walaupun pelabuhan dalam pembinaan.

"Biasanya kita letak pukat dan tinggal di situ untuk tiga hari. Bila turun semula ke laut, kita dapati banyak pukat koyak akibat dirempuh tongkang dan terkena sauh yang dilabuhkan kapal induk," dakwanya.

Manakala rakannya, Abdul Manaf Awang, 60 berkata, nelayan-nelayan tradisional tidak menolak pembangunan kerana ia bakal menyediakan peluang pekerjaan.

"Pembangunan itu tidak bermakna apabila nelayan pantai terus dihimpit masalah. Nelayan di sini lebih teraniaya berbanding negeri lain dan patut menerima pampasan.

"Hanya segelintir nelayan dapat pampasan, iaitu mereka yang kenal 'orang dalam' di pelabuhan syarikat itu. Agak malang bagi kami yang tidak kenal sesiapa sebab tuntutan kami langsung tidak diberi perhatian," katanya.

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang

Posted: 14 Sep 2013 02:47 AM PDT

Mohd Sabri Said,

BUKIT MERTAJAM: Sebuah lagi Kampung Melayu di Pulau Pinang bakal hilang sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil pihak berwajib termasuk kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

 Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di belakang Taman IKS Bukit Minyak, dekat sini ketika ditemui berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka memandangkan harapan yang disandarkan kepada Umno dan BN bagaikan menanti buah yang tidak gugur.

Rata-rata penduduk dengan 52 keluarga itu merupakan ahli dan penyokong tegar Umno sejak beberapa generasi.

Pengerusi Badan Bertindak Kampung Tok Subuh, Hamidah Che Embi (gambar) menjelaskan, ugutan  pihak pemaju menyebabkan 20 keluarga terpaksa berpindah dengan pampasan antara RM7,000 hingga RM40,000.

Imbuhan sebanyak itu tambahnya, tidak memadai untuk mendapatkan rumah ganti tempat berteduh.

"Mana boleh diberikan pampasan sekadar itu sedangkan penduduk rata-ratanya susah. Lagipun mereka adalah peneroka awal sejak 1980-an ketika kawasan ini adalah hutan dan lembah," tegasnya.

Beliau berharap kerajaan negeri mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk bukan menolak usaha pembangunan yang dirancang namun mengharapkan pampasan seperti rumah dan tanah di kawasan berdekatan.

Seorang peneroka awal, Shahrom Salimi, 60, terkejut mendapat surat arahan daripada peguam pemaju supaya merobohkan rumah yang telah didiami sejak 30 tahun lalu.

"Dulu waktu datang meneroka kawasan ini hutan rimba. Pokoknya besar antaranya pokok Saga dan Halban yang amat besar dan tinggi.  Tetapi atas usaha keras ramai peneroka yang datang dari serata tempat akhirnya menjadi sebuah kampung, " ujarnya.

Mohd Yusuf Dollah, 76, pula berkata, setelah pencen dari bekerja di Kilang Bijih di Butterworth sekitar tahun 1995 beliau terus meneroka dan tinggal di sebuah bangsal usang.

Beliau masih ingat sambungnya, bagaimana terpaksa berhadapan dengan kesukaran menebang pokok  besar termasuk terserempak dengan binatang buas.

"Waktu itu amat menakutkan jika tak kuat semangat atau keras hati dah lama lari sebab kena tebang pokok besar-besar serta berhadapan dengan binatang buas.  Ular sawa tu biasalah bagi kami," ceritanya.

Ekoran kejadian arahan keluar itu, ramai pihak tampil memberikan bantuan termasuk mengatur pertemuan dan perbincangan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Machang Bubuk,  Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Menteri, Dato' Abdul Rashid Hasnun, Pemangku Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad dan badan bukan kerajaan (NGO) Rumah Ganti Rumah (RUGAS), Zolkifly Md Lazim.

Mukhriz perlu minta nasihat Najib dulu

Posted: 14 Sep 2013 02:45 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KOTA BHARU - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat setiap calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid berkata perdana menteri mempunyai pandangan beliau yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.

"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dahulu dengan presiden parti. Dapatkan pandangan atau nasihat daripada presiden parti.

"Tentu presiden parti mempunyai pandangan tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum satu-satu keputusan muktamad dibuat," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung kawalan sempadan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Taklimat itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berhubung cadangan untuk mewujudkan kawasan selamat di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 121 kilometer dari Tumpat ke Jeli bagi mengekang aktiviti jenayah di sempadan.

Ahmad Zahid mengulas khabar angin bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dikatakan akan bertanding jawatan itu pada pemilihan Umno yang akan berlangsung pada Oktober.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Mukhriz seorang yang berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan beliau seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk bersama penyandang daripada kalangan senior jika berjaya dipilih sebagai naib presiden.

"Beliau (Mukhriz) calon muda dan antara calon yang baik untuk kepimpinan pada masa depan," katanya.

Dua lagi calon yang mengesahkan hasrat merebut jawatan naib presiden adalah Pengerusi Risda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Jawatan Naib Presiden Umno kini disandang Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan).

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pemimpin di setiap bahagian agar 'mengukur baju di badan sendiri' berhubung pertandingan merebut jawatan di pelbagai peringkat, yang borang pencalonannya mula diedarkan hari ini.

"Tiap-tiap bahagian ada 500 borang yang diedarkan untuk pertandingan pelbagai peringkat. Apabila tawaran dilakukan, ia dibuat dengan tujuan untuk memperlihat keseriusan bagi menawarkan diri memegang jawatan, bukan berhajat untuk mengacau daun bagi sesuatu jawatan itu," katanya. - Bernama

Rumah Putih sahkan Obama datang ke Malaysia

Posted: 14 Sep 2013 02:41 AM PDT

SINAR HARIAN

 Presiden Barack Obama 
 Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama

KUALA LUMPUR - Rumah Putih hari ini mengesahkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan melawat Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina, mulai 6-12 Oktober sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengukuhkan penglibatan politik, ekonomi dan keselamatan Amerika di rantau Asia Pasifik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kuala Lumpur bagi memaklumkan hubungan dua hala Washington yang kian meningkat dengan Malaysia.

Beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Keusahawanan Global yang akan diadakan di sini pada 11-12 Oktober.

Memasuki tahun keempatnya, persidangan itu ialah inisiatif yang diumumkan oleh Presiden pada tahun 2009 untuk merancakkan pewujudan pekerjaan menerusi keusahawanan dengan menghubungkan pereka muda kepada sumber, idea dan satu sama lain.

Sebelum melawat Malaysia, beliau akan ke Indonesia untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

APEC ialah forum terkemuka rantau ini untuk integrasi perdagangan dan pelaburan.

Kenyataan itu berkata Obama akan menghoskan beberapa siri mesyuarat di luar acara APEC berkenaan.
Presiden juga akan menghadiri mesyuarat Pemimpin negara-negara Kerjasama Trans-Pasifik, terdiri daripada 12 ekonomi, termasuk Malaysia.  

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bagi mengesahkan hubungan rapat dua hala AS dan meraikan tahun ketiga Kerjasama Komprehensif mereka.

Presiden, kemudiannya akan ke Brunei untuk Persidangan AS-ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei.

ASEAN dan EAS ialah forum penting bagi membincangkan secara meluas kerjasama AS di rantau Asia Pasifik, termasuk tenaga, keselamatan maritim, pelaburan, pembangunan dan promosi perdagangan serta topik-topik lain berkaitan serantau dan global.

Selepas Brunei, presiden akan ke Filipina.

"Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden (Benigno) Aquino untuk mengesahkan, antaranya hubungan ekonomi dan keselamatan di antara kedua-dua buah negara," tambah kenyataan itu. - Bernama

Pesta budaya asing cemari sambutan Hari Malaysia?

Posted: 14 Sep 2013 02:31 AM PDT

Jofri Jaraiee PAS Sarawak,

MIRI: Hari Malaysia tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah dengan adanya pesta hiburan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Miri bersama-sama dengan Shin Yang Group dan Kelab Selebriti, parti jalanan akan diadakan di hadapan Imperial Palace Hotel pada 15 Sept dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. Acara lapan jam itu akan dihoskan oleh Jin dan Ryan dari hitz.fm menampilkan Mizz Nina, Madu DJ G dan Mocha Girls.

Sarawak bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 maka dengan itu terbentuklah sebuah Negara Malaysia.  Walaupun pada hakikatnya negara kita belum merdeka sepenuhnya kerana sistem perundangan negara kita masih mengamalkan dan dipengaruhi oleh sistem koloni British. Sepatutnya Malaysia bebas mengamalkan undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan sistem penjajahan British.

Acara sambutan Hari Malaysia di Sarawak khususnya Miri amat tidak bersesuaian dengan adat resam dan budaya tempatan. Para penganjur lebih memberi tumpuan kepada 'Street Party' hiburan yang melalaikan serta mengalakkan gelaja sosial berlaku di kalangan remaja yang berlepak sehingga larut malam.

Sepatutnya pihak yang berkenaan lebih memberi tumpuan dengan mempromosi kebudayaan tempatan bukannya bangga dengan hiburan asing yang melalaikan rakyat tempatan.

Masalah sosial yang banyak melibatkan remaja-remaja Muslim semasa perayaan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti Jakim, Jais dan sebagainya.  Mereka harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan iman dan akhlak terutama remaja Muslim yang mudah terpengaruh dengan budaya asing sebagai cara hidup.

Bagi yang bukan Muslim terserah dengan budi bicara mereka sendiri untuk menasihat penganut agama mereka masing-masing. Sekiranya agama mereka tidak melarang penganut mereka melibat diri dengan program hiburan yang melampau, itu adalah hak mereka tetapi yang jelas Islam melarang keras penganutnya terlibat dengan sebarang hiburan yang melampau dan berbentuk maksiat.

Kita sedia bekerjasama dengan pihak Jakim, Jais dan pihak keselamatan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan umat Muslim dalam negara ini terutama golongan remaja. Mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini boleh merosakkan masa depan negara, agama dan bangsa. Negara boleh terjajah semula sekiranya golongan remaja tidak menghargai kemerdekaan yang dikecapi masakini.

Kita menyeru agar umat Muslim terutama golongan remaja, jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau program  hiburan yang melampau dan melalaikan seperti 'Street Party'. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar agar kita dapat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

Nasib dialami Papagomo diharap tamatkan politik lucah

Posted: 14 Sep 2013 02:30 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 13 September lalu yang memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah diharap dapat menamatkan budaya politik fitnah dan lucah dalam arena politik negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sudah sekian lama blogger pro-Umno terutama Papagomo secara berleluasa dan sembrono memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan palsu dan berunsur lucah namun jenayah siber ini tidak mendapat perhatian langsung pihak berwajib khususnya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Ada banyak lagi blogger pro-Umno yang tindak tanduknya  sama seperti Papagomo kerana dipercayai diupah dan diarahkan pihak tertentu. Mengapa polis dan SKMM hanya memerhati tetapi tidak bertindak?" soal beliau.

Selain diperintah membayar ganti rugi kepada plaintif, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mendakwa hakim yang mendengar kes itu sebagai "memudaratkan badan kehakiman".

Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri  membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.  

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, pada 26 Januari tahun lalu  berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Selain Abdul Razak, Papagomo juga bakal menghadapi saman fitnah yang difailkan beberapa pemimpin politik antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pemuda MCA juga pernah membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana didakwa membuat kenyataan rasis.

Ulama dilihat hebat secara zahir jadi alat musuh

Posted: 14 Sep 2013 02:26 AM PDT

Harakahdaily,




ALOR SETAR: Ulama dilihat hebat secara zahir, tetapi tidak mempedulikan hal ehwal masyarakat Islam menjadi alat kepada musuh Islam, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Beliau menjelaskan, ulama yang bagus dan mengambil berat kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

Memetik kata-kata Imam Ghazali, katanya orang memusuhi lelaki memakai emas, tetapi tidak memusuhi pemerintah yang melanggar hukum Allah adalah ulama jahat.

Justeru, beliau menjelaskan lagi bahawa ciri ulama yang bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w ialah yang bersikap keras ke atas kekufuran orang kafir dengan mempertahankan dasar Islam dan tidak menukar agama dengan dunia.

Mereka, ujarnya berkasih sayang sesama dengan orang beriman dan tidak suka berbalah sesama sendiri termasuk ketika ketiadaan musuh kerana mereka mahukan keredhaan Allah.

"Mereka yakin dengan janji Allah bahawa Islam akan menang, walaupun yang mereka cuba laksanakan dimusuhi oleh orang musyrik, kafir dan munafik," jelasnya ketika berucap pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Jelas beliau lagi, golongan yang memusuhi Islam ialah orang yang jahil dan tidak kenal Islam, ulama yang jahat (ussu') yang menjual agama untuk kepentingan dunia, kerajaan yang mewarisi dasar-dasar kufur penjajah, orang-orang kafir, Yahudi dan Nasara.

Katanya, mereka tidak perlu masuk Yahudi dan Kristian, tetapi dasar Yahudi dan Nasrani diamalkan di dalam semua urusan kehidupan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi facebooknya mengucapkan selamat berultaqa buat semua para alim ulama, para asatizah dan ilmuan Islam yang menggabungkan diri mereka dengan PAS.

"Semoga multaqa ini benar-benar mampu memberi izzah dan meningkatkan prestasi ulama agar lahir ulamak yang haraki yang gigih berjuang, memimpin dan membimbing ummah ke arah mendaulatkan Islam di atas tanah air tercinta," ujarnya.

Hari Malaysia bersama Pak Samad di Melaka esok

Posted: 14 Sep 2013 02:22 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Program Warna Warni Hari Malaysia bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan diadakan di hadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka esok (15 Sept) bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Turut mengambil bahagian ialah Safuan Anang, Adli Abdullah, Cyril Anak Langin dan ramai Lagi.

Program anjuran NGO The Rage For Liberty, Pencinta Malaysia, Suara Mahasiswa UTEM (SMU) dan Radio Suara Rakyat FM menjemput rorang ramai ke pentas untuk luahan hati rakyat itu.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi  Shah Kesuma Jaya di talian 012-9727392

Tiada ulasan: