Sabtu, 14 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Harun Taib gesa PAS kaji kerjasama dengan PKR, DAP

Posted: 14 Sep 2013 12:28 AM PDT


ALOR STAR: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada Pilihan Raya (PRU) ke-13 Mei lalu. 

 "Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS. 

 "Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini hari ini. 

 Cadangan oleh Harun, jika digunapakai oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat PAS, bakal merombak struktur hubungan kerjasama tiga parti berkenaan di dalam Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejurus sebelum PRU tahun 2008. Harun akur PAS bukan lagi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat dan menggesa ahli parti menerima hakikat bahawa "kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah sangat lemah berbanding sebelum ini". 

 Beliau menegaskan kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang "mustahil" bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi . 

 Harun berkata "sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati oleh PAS" dalam meraih sokongan bukan Melayu terhadap parti dan Pakatan Rakyat akhirnya mengurangkan keyakinan pengundi Melayu kepada komitmen PAS untuk memelihara kepentingan mereka. 

 "Keputusan PRU yang lalu menunjukkan dan membuktikan bahawa PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam urusan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," jelasnya. 

 Walaupun menjadi parti pembangkang terbesar di negara ini, PAS hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU 13, berbanding 30 yang diraih oleh PKR dan 38 oleh DAP. Persetujuan PAS untuk tidak lantang memperjuangkan matlamat penubuhan negara Islam berlandaskan undang-undang hudud menguntungkan PKR dan DAP yang berjaya menarik sokongan lebih luas daripada pengundi. 

 Hasrat PAS untuk menggantikan Umno sebagai parti utama kaum Melayu bagaimanapun kecundang apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah dan Umno memperbaiki pencapaiannya dengan memenangi 88 kerusi parlimen.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR parti lain mengikut konsepa Tahaluf Siyasi yang di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berurusan dengan bukan Muslim. 

 Bagaimanapun kerjasama itu dikritik oleh beberapa pihak kerana PAS dilihat berkompromi dengan DAP dan PKR mengenai hal-hal asas membabitkan kepentingan Islam seperti penubuhan negara Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. SUMBER

Jom bantah TPPA - Jadual demo seluruh negara

Posted: 13 Sep 2013 03:08 PM PDT

Satu Jelajah #bantahTPPA anjuran SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan membantah TPPA (BANTAH) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan dilaksanakan bermula 17 September.

 Jelajah #bantahTPPA yang berbentuk ceramah umum ini akan merangkumi 13 lokasi di seluruh Negara dengan agenda utamanya menggerak mobilisasi untuk satu demonstrasi besar di KLCC pada 11 Oktober depan. Jelajah ini menampilkan wakil dari parti politik PR dan BN selain aktivis BANTAH dan wakil MTEM untuk sepentas menerangkan bahana penjajahan TPPA.

 SAMM dan rakan sekutu sekali lagi secara rasminya mengundang dua tokoh utama tanahair DS Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir untuk bersama dalam satu pentas raksasa pada aksi kemuncak Jelajah #bantahTPPA bertempat di KSS Kampung Baru pada 10 Oktober 2013, iaitu sehari sebalum demonstrasi besar #bantahTPPA menyambut Presiden Amerika, Barrack Obama di KLCC.

Berikut adalah jadual penuh Jelajah #BantahTPPA yang akan singgah ke seluruh negara membawa penerangan demi kesedaran umum, betapa tanahair sedang dalam proses dijual jika rakyat tidak bertindak keras dan radikal dalam perlawanan ini.

 Che'guBard Ketua 
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 
Mewakili seluruh sekutu badan bertindak Bantah TPPA

 JADUAL JELAJAH #bantahTPPA MENJELANG DEMONSTRASI ANTI-TPPA | KLCC | 11 OKT 2013 

SEPT 17 | TAMAN MELATI | WANGSA MAJU | K.LUMPUR (KICK-OFF) | 012-2231239 

SEPT 19 | BUKIT GEDONG | BAYAN BARU | P.PINANG | 017-4760274 

SEPT 20 | DEWAN KG BERJAYA | ALOR SETAR | KEDAH | 017-5568557 

SEPT 21 | DATARAN RAKYAT DUN INDERA KAYANGAN | KANGAR | PERLIS | 019-4342244 

SEPT 24 | MERU | IPOH | PERAK | 019-3039240 

SEPT 26 | KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM, BADAK (KPI) | BACHOK | KELANTAN | 019-9317608 

SEPT 27 | JALAN GONG PASIR | DUNGUN | TERENGGANU | 019-9809974 

SEPT 28 | PADANG BALOK MAKMUR | KUANTAN | PAHANG | 017-9140090 

OKT 1 | PUSAT KHIDMAT DUN KUALA KURAU | PARIT BUNTAR | PERAK I 012-5595258 

OKT 4 | PUSAT KOMUNITI BAKRI-BENTAYAN | MUAR | JOHOR | 013-7133652 

OKT 5 | TAMAN ASEAN | BANDAR MELAKA | MELAKA | 012-2478016 OKT 6 | TAMAN TASEK JAYA, SENAWANG | SEREMBAN | N.SEMBILAN | 018-3510949 

OKT 8 | DEWAN SERI SEKINCHAN | SELANGOR | 012-3312364 

OKT 10 | GRAND FINALE | KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU | 010-2675872

Berita penuh  di sini

Tiada ulasan: