Ahad, 1 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib masih dijajah jika tak berani bersuara isu di Mesir, Syria – Anwar

Posted: 01 Sep 2013 05:21 AM PDT



(Oleh: Nazar Hashim)

SUNGAI PETANI 1 September: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diibaratkan masih lagi dijajah sekiranya tidak bersuara terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam, khususnya di Mesir dan Syria, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, ia ekoran sikap Najib yang dilihat tidak tegas dalam menyatakan pendirian, termasuk isu penindasan membabitkan umat Islam di Palestin.

"Sehingga ini Perdana Menteri masih tidak berani untuk menyatakan pendirian tegas mengenai kezaliman yang berlaku walaupun telah beberapa kali didesak untuk berbuat demikian

"Apakah setelah Amerika menyatakan pendirian mereka, baru Malaysia mahu menyokong. Ini tindakan yang tidak betul. Malaysia mesti berpendirian dan berprinsip tanpa menanti keputusan Amerika.

"Sekiranya ini pun Najib tidak berani, negara bukan saja mempunyai pemimpin yang tidak merdeka pemikiran mereka, tetapi masih lagi terjajah dan tidak bebas," tegasnya ketika berucap di Taman Seri Wang, Sungei Petani semasa sambutan Ambang Merdeka dan majlis Rumah Terbuka KEADILAN Kedah, 30 Ogos lalu.

Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan akan melakukan serangan terhadap Syria yang dipimpin diktator Bashar Al Assad ekoran dakwaan penggunaan senjata kimia yang menyebabkan lebih 600 rakyatnya terbunuh.

Pada masa sama, krisis di Mesir bagaikan tidak berkesudahan menyaksikan ribuan rakyatnya terkorban selepas junta tentera merampas kuasa daripada presiden yang sah dipilih oleh rakyat, Mohammad Morsi.

Dalam pada itu, Anwar turut meminta umat Islam yang cintakan keamanan supaya menghadiri Himpunan Solidariti Ummah pada 6 September ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

"Kita mesti buktikan dengan pendirian yang tegas menentang kezaliman dan kerakusan kuasa yang berlaku seperti di Mesir, Syria dan Palestin," tegas beliau.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Mohd Rashid Hasnon serta pimpinan Pakatan Rakyat negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Media Mesir Manipulasi Gambar

Posted: 01 Sep 2013 01:53 AM PDT



Lagi pembohongan media mesir didedahkan. Mereka cuba untuk menipu rakyat dunia.

Ayuh nyatakan sokongan kepada rakyat mesir yang pro demokrasi.

Suasana Pemilihan PAS Pengkalan Chepa

Posted: 01 Sep 2013 01:23 AM PDT



Mengikut maklumat sahabat di sana, alhamdulillah pemikihan berlangsung dengan aman dan muhibbah.

Kehadiran perwakilan yang baik.

Semoga allah berikan pahala setiap amalan yang kita lakukan.

Allahuakhbar.

Ds Anwar Ibrahim Di Rumah Terbuka PAS Kawasan Tebrau

Posted: 01 Sep 2013 01:14 AM PDT



Disekitar Rumah Terbuka Syawal 1434H, PAS Kawasan Tebrau ADUN Puteri Wangsa.

Bersama pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Terima kasih kepada hadirin yang hadir memeriahkan majlis ini.

Syeikh Muhammad Badie Dikabarkan Terkena Serangan Jantung di Penjara

Posted: 31 Aug 2013 11:10 PM PDT

Mohammed Badie, Mursyid Aam Ikhwanul Muslimin Mesir, menderita serangan jantung saat di penjara, namun kondisinya kini telah stabil, media al-Ahram mengatakan pada hari Sabtu.

Kantor berita milik pemerintah MENA membantah laporan oleh situs swasta al-Nahar , bahwa Syeikh Badie, berusia 70 tahun , telah meninggal.

Badie, pimpinan umum Ikhwan, dan banyak pemimpin ikhwan lainnya telah ditangkap dalam beberapa pekan terakhir dalam tindakan kekerasan atas gerakan Islam itu .

Juru bicara Ikhwanul gehad el-Haddad mengatakan ia tidak mendapatkan informasi mengenai kesehatan Badie ketika diminta untuk menanggapi laporan bahwa Badie telah meninggal di penjara.

Sebuah tim medis telah dikirim ke penjara Torat di pinggiran Kairo untuk memeriksa kondisi medis Syeikh Badie pada hari Sabtu, sumber keamanan mengatakan kepada Al-Ahram.

Sumber itu mengatakan kondisi beliau telah stabil. (Arby/Dz)

Pesara TUDM maut ditembak

Posted: 31 Aug 2013 09:44 PM PDT


NOOR 'AINOON MOHAMED YUSOF

IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa.

"Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan.

"Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelab Malam Di Terengganu? Wow!

Posted: 31 Aug 2013 08:41 PM PDT

 http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/Gempurpendatang/xpix_gal0.pagespeed.ic.wLG1hW7lmJ.jpg

Sebahagian pengunjung pusat hiburan yang ditahan pada Ops Cantas Khas di sebuah pusat hiburan di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Aswadi Alias

Sidang Meja Bulat Isu Rampasan Kuasa

Posted: 31 Aug 2013 07:07 PM PDT



Mesir. Ahad 1Sept. 8.30-1pm. Quality Hotel City Centre. KL.

Ucaptama: Presiden Pas.

Paper: Prof Redzuan UM.

Pengerusi Sidang: Timpres MSabu.

Modarator: Dato KJ.

Tetamu Ikhwan London.

Peserta: Adun MP dan Ngo.

Ustaz Azhar di majis kayuhan amal syiria

Posted: 31 Aug 2013 07:03 PM PDT



Kepada yang berdekatan, boleh ikut serta dan sama-sama memeriahkan program ini.

Tunjukan sokongan anda kepada syiria, mesir dan palestin.

Berbaju kurung ke pesta arak merdeka

Posted: 31 Aug 2013 05:21 PM PDT


HIDAYAH HAIROM

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.197468.1377994378!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg



KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema 'rumah terbuka Aidilfitri' anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama 'bintang-bintang' ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi 'mangsa' sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan," katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

6 korban protes guling Mursi

Posted: 31 Aug 2013 05:12 PM PDT

KAHERAH - MESIR . Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 50 cedera dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi di Kaherah, kelmarin.

Jurucakap pegawai berkata, puluhan ribu aktivis parti Ikhwanul Muslimin bersama penyokong melakukan protes secara aman menentang tindakan kejam kerajaan sementara dan tentera sejak bulan lalu.

"Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan selain menahan lebih 20 peserta," katanya dipetik dari PressTV.

Selain melaungkan slogan menentang ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan sementara memulangkan kuasa pemerintahan ke tangan Mursi dan membebaskan rakan mereka.

Setakat ini, kerajaan di bawah pengaruh tentera juga mendakwa Presiden sementara, Adly Mansour yang meletakkan jawatan sebagai dalang pergolakan.

Lebih 2,000 ahli Ikhwanul Muslimin turut ditahan termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie sejak 20 Ogos ini.

Kira-kira 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang seminggu pergolakan berikutan selepas pihak berkuasa bertindak merobohkan kem protes di Kaherah pada 14 Ogos sekali gus mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Tiada ulasan: