DUNIACACAMARBA |
- Ayah Sanggup 'Beri' Anak kepada Pejalan Kaki Kerana...
- Tinggal Anak OKU di dalam Gua
- Said Zahari: "Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan..."
- Syarikat Adflin Shauki Dapat Tender RM450 Ribu untuk Iklan 2 Minit 40 Saat
- [PANAS] Tumpahan Diesel di Sungai Gong DISENGAJAKAN? SYABAS Cuba Wujudkan Situasi PANIK?
- Pasangan Khalwat Rayu Gambar Tidak Dirakam
- [Gambar] Tembak Lagi, Kali Ini Bekas Pegawai TUDM
- [Wajib Baca] Ulasan Bahasa Nafsu Penonton TANDA PUTERA
- Kakitangan Awam Terjun Bangunan Elak Dicekup?
Ayah Sanggup 'Beri' Anak kepada Pejalan Kaki Kerana... Posted: 01 Sep 2013 07:30 AM PDT [SH] BEIJING - CHINA . Akibat desakan hidup, seorang lelaki dilaporkan sanggup memberikan bayi kembar tiganya berumur 11 bulan kepada pejalan kaki di Dengfeng di wilayah Henan. Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu ditahan selepas beberapa individu yang prihatin selepas mengesyaki dia mungkin ahli sindiket pemerdagangan kanak-kanak bertindak membuat laporan kepada polis. Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati Xu Lin terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu untuk menanggung mereka. Menurut jurucakap polis, mereka mungkin akan mempertimbangkan kes itu kerana ia tiada unsur jenayah. Difahamkan, masalah seperti itu berlaku kerana penduduk di luar bandar utama sering melanggar undang-undang satu anak untuk sebuah keluarga yang diamalkan di negara itu, dipetik dari laporan DailyMail. P/s: Kasihan!!! | ||
Posted: 01 Sep 2013 06:00 AM PDT [SH] BEIJING - CHINA . Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling. Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. "Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. "Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao dipetik dari laporan MailOnline. Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu. -1/9/13 P/s: Anda sanggup meninggalkan anak sendiri di gua atau di reban ayam? | ||
Posted: 01 Sep 2013 05:00 AM PDT
[TMI] Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina. Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu. "13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56. "Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor. Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah. "Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura. Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat. Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik. "Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said. Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya. Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan perjuangannya boleh dianggap lesu. "Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan," katanya. Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu. Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan yang baik. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri. Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew. "Ramai yang tidak tahu penentang penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan. Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah tunduk pada kuasa asing itu PKM digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. – 1 September, 2013. | ||
Syarikat Adflin Shauki Dapat Tender RM450 Ribu untuk Iklan 2 Minit 40 Saat Posted: 01 Sep 2013 03:22 AM PDT Gafim Pula Desak Finas Jelaskan Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu Jurey Latiff [Mstar] PETALING JAYA: Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender. Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi. "Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai. "Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya kepada mStar Onlinedi sini pada Jumaat. Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat. Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek. Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons menerusi laporan mStar Online pada Jumaat dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki. Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku. Ahmad Idham Kempen itu bermula dari 28 Ogos lalu sehingga 3 September depan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56. Tambah Jurey, sepatutnya pihak Finas tidak perlu beremosi dalam membuat kenyataan berhubung perkara tersebut kerana pihak mereka berhak mengetahui bagaimana proses pemilihan syarikat produksi dalam pemberian tender tersebut sama ada ia dibuat secara terbuka ataupun sebaliknya. "Mereka kena tahu, Finas adalah agensi kerajaan, bukannya swasta yang boleh sembarangan memberi projek. Jadi mereka perlu mengikut prosedur. "Sebenarnya kami semua tidak tahu mengenai projek ini dilakukan. Tiba-tiba sahaja ia sudah mula ditayangkan di pawagam. Bukankah lebih elok kalau mereka memberitahu secara terbuka berkenaan projek ini dan kemudian pastinya ramai yang akan menghantar 'proposal' masing-masing. "Ia juga sekali gus dapat melihat pelbagai idea. Jangan biarkan industri berprasangka buruk kerana Finas ditubuhkan untuk membantu industri," tegasnya. Sementara itu, Jurey juga berkecil hati dengan Finas memandangkan agensi itu dilihat kurang mesra dengan penggiat-penggiat seni tempatan. Malah katanya, ketika pihak Gafim menghantar surat untuk berjumpa serta berbincang mengenai perkembangan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan industri hiburan, agensi itu langsung tidak memberikan sebarang respons. "Saya lihat Finas tidak mesra dengan industri lagi. Tidak seperti dahulu, setiap tiga bulan mereka membuat satu forum untuk berbincang berkaitan masalah yang timbul. "Malah apakah peranan dan akta terbaharu Finas selepas bergabung dengan Filem Negara Malaysia? Semua itu penggiat filem perlu tahu," ujarnya. P/s: Afdlin ialah seorang daripada artis yang terlibat dalam produksi Bangkang dari Longkang yang kebanyakan sirinya mempersenda pembangkang. Adflin juga merupakan ahli parti dulu, kini, dan selamanya. | ||
[PANAS] Tumpahan Diesel di Sungai Gong DISENGAJAKAN? SYABAS Cuba Wujudkan Situasi PANIK? Posted: 01 Sep 2013 02:00 AM PDT
Kerajaan Selangor dakwa Syabas cuba wujudkan situasi panik [TMI] Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibidas Exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong kerana dikatakan mengambil kesempatan dengan mewujudkan rasa panik dikalangan orang ramai terhadap isu tumpahan minyak di sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air. Kenyataan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu hadir selepas Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan minyak tersebut. "Orang ramai tidak perlu panik, keadaan sudah terkawal dan minyak yang tertumpah juga telah dikeluarkan daripada sungai. "Syabas tidak perlu keluarkan kenyataan untuk mencemaskan orang ramai, malah punca tumpahan minyak juga tidak tepat seperti yang mereka nyatakan," kata Wong selepas dihubungi The Malaysian Insider. Beliau juga berkata Syabas telah memberikan maklumat salah mengenai punca tumpahan minyak tersebut. Wong berkata punca tumpahan tersebut adalah berpunca daripada sebuah bengkel lori di Teluk Gong, Rawang dan bukannya akibat sebuah lori yang terbalik. Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut. "Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi. Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air. "Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat. "Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi. Syabas semalam berkata gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas. Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. - 31 Ogos, 2013. MPS: Diesel spill in river intentional [NST] RAWANG: The oil spill which caused water shortage throughout major areas in Selangor was found to be intentional, said the Selayang Municipal Council (MPS) today. The owner of the factory which discarded an estimated two tanks of oil into Sungai Gong directly adjacent to the entrance, was found to be a former rubbish contractor for the MPS. President Mohd Azizi Mohd Zain expressed his disappointment. "This is really sad. Based on my officers who had done a thorough check, it was evident that the two oil tanks here were used to dump the oil in the river. "We had contacted him (the owner) to be present today, but he is missing and instead sent his supervisor who doesn't want to comment on the incident," Azizi told the New Straits Times today. The oil spill in the Sungai Gong was controlled by 3am by three oil sorbent booms placed at the factory entrance, Sungai Bakau and Sungai Sembah, which would act as oil filters. - 31/8/13 | ||
Pasangan Khalwat Rayu Gambar Tidak Dirakam Posted: 01 Sep 2013 12:00 AM PDT [SH] BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu. Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan. "Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka. "Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan," katanya. Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi. Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997. Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu. | ||
[Gambar] Tembak Lagi, Kali Ini Bekas Pegawai TUDM Posted: 31 Aug 2013 10:43 PM PDT
Lelaki Mati Ditembak Selepas Terkena Tiga Das Tembakan di Kepala [Mstar] IPOH: Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad. Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi. Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut. Pesara TUDM maut ditembak [SH] IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa. "Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan. "Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. | ||
[Wajib Baca] Ulasan Bahasa Nafsu Penonton TANDA PUTERA Posted: 31 Aug 2013 09:26 PM PDT FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang! (Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan) Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian! Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat membahayakan penontonnya! Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA. Filem ini dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun Razak (The Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk kepada Tun Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara. Karakter Tun Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN yang terlalu 'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat sebagai menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku Najib yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini. Bertambah lagi runsingnya hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak kelihatan kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah, dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum. Filem ini juga aku lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa lalu...TEMBAK SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP SANA -LETUP SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton filem ini. Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh, kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung, ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!" Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA. Sial punya filem! * Ulasan ini dikutip tanpa izin daripada FB Tuan Noramin Moshi Moshi. P/s: Tonton pendedahan Tunku Abdul Rahman dan Lim Kit Siang di sini. | ||
Kakitangan Awam Terjun Bangunan Elak Dicekup? Posted: 31 Aug 2013 05:53 PM PDT Maut Terjun Hotel [HM] Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya. Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel. "Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala," katanya. -1/9/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan