DUNIACACAMARBA |
- Mahkamah Rayuan Benarkan Shafiee Ketuai Pendakwaan Kes Liwat II
- Lelaki Tidak Mengaku Salah Rogol Anak Sejak Berusia 12 Tahun
- [PANAS] Malaysia Dikategorikan Negara "Very High" dalam Risiko Rasuah Perbelanjaan Pertahanan
- Suami Dakwa Sudah Berkali-kali Dipukul Isteri, Sudah Berkali-kali Juga Buat Laporan Polis
- Kata Artis, Lelaki yang Memeluknya Hanya Sekadar Rakan Rapat
- [Gambar] Siapa Tokoh Melayu yang Menjalani Latihan Tentera Jepun? Bapa Siapa?
Mahkamah Rayuan Benarkan Shafiee Ketuai Pendakwaan Kes Liwat II Posted: 18 Sep 2013 12:59 AM PDT [TMI] Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) untuk mengetuai pasukan pendakwaan bagi permohonan mengembalikan perintah pembebasan Datuk Seri Anwar daripada tuduhan meliwat. Hakim Datuk Ramly Ali berkata, pelantikan itu benar mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah. Hakim juga menyatakan bahawa Shafee bukan saksi material dalam kes liwat itu, iaitu alasan yang dikemukakan pasukan pembelaan Anwar bagi tidak membenarkan Shafee mengetuai pasukan pendakwaan. – 18 September, 2013. Shafee Boleh Bertindak untuk Pendakwaan [MK] Mahkamah Rayuan membenarkan peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili pendakwaan dalam kes rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kedua terhadap dirinya. Hakim Ramly Ali yang mengetuai tiga panel hakim berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara. "Mahkamah tidak yakin terhadap permohonan (pembelaan) dan Shafee (boleh) mewakili pendakwaan," putus hakim hari ini. Katanya, kedua-dua belah pihak akan dimaklumkan bila rayuan itu akan didengar. Hakim lain menganggotai panel itu Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh. Anwar pada Januari tahun lalu dibebaskan daripada tuduhan menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. - 18/9/13 | ||
Lelaki Tidak Mengaku Salah Rogol Anak Sejak Berusia 12 Tahun Posted: 18 Sep 2013 12:49 AM PDT Bapa Tak Mengaku Salah Rogol Anak [SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lapan anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol anak kandungnya. Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 43 tahun dan bekerja sendiri itu mengaku tidak bersalah selepas keempat- empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang ketika itu berusia 12 tahun di dalam ladang getah Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut, kira-kira jam 10 hingga 11 malam, pada Ogos 2007. Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut, kira-kira jam 7.30 pagi, Mei 2011. Selain itu, tertuduh didakwa turut melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sama ketika anaknya berusia 17 dan 18 tahun di kawasan hutan, Kampung Padang Tapong, Jertih dan kawasan ladang sawit di Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut. Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu kira-kira jam 10 pagi pada Mac 2012 dan jam 12 tengah hari pada 21 Ogos lalu. Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. -18/9/13 | ||
[PANAS] Malaysia Dikategorikan Negara "Very High" dalam Risiko Rasuah Perbelanjaan Pertahanan Posted: 17 Sep 2013 11:30 PM PDT 'Rasuah dalam pertahanan, M'sia sangat berisiko tinggi' [MK] Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa. Menurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK. Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura. Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). "TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya. - 18/9/13 P/s: Siapa Menteri Pertahanan sejak beberapa tahun ini? | ||
Suami Dakwa Sudah Berkali-kali Dipukul Isteri, Sudah Berkali-kali Juga Buat Laporan Polis Posted: 17 Sep 2013 10:32 PM PDT
Isteri Kaki Pukul [HM] Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam. Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya. Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu. Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka. "Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya," katanya. Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam. "Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul. "Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali," katanya. Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya. "Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. "Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - 18/9/13 | ||
Kata Artis, Lelaki yang Memeluknya Hanya Sekadar Rakan Rapat Posted: 17 Sep 2013 07:29 PM PDT Seperti biasa, TM tidak mahu menghentam atau memberikan komen panjang-panjang kerana manusia ini jika berusaha untuk berubah dan bernasib baik diberi hidayah akan menjadi manusia yang lebih baik daripada masa silamnya. Cuma, mungkin banyak juga pihak terfikir, selain dosa, apakah pemberian ekslusif artis ini kepada suaminya andai lelaki yang merangkulnya dengan erat ini ditakdirkan bukan suaminya nanti. Apabila menyentuh hal ini, saya bukan menyentuh tentang artis ini sahaja tetapi semua perempuan di luar sana. P/s: Jangan tiru! | ||
[Gambar] Siapa Tokoh Melayu yang Menjalani Latihan Tentera Jepun? Bapa Siapa? Posted: 17 Sep 2013 05:34 PM PDT
Biarlah gambar berbicara. Namun mengikut sejarah dan cerita lisan, Jepun merupakan penjajah yang paling ganas pernah berkuasa di tanah tumpah darah kita ini. Rasanya semua orang tahu tentang kekejaman, keganasan, dan kebiadapan mereka. Itulah yang digambarkan dalam buku sejarah. Kalau menonton filem Melayu lama, orang yang berkhidmat dengan Jepun ini (digelar tali barut) dilabelkan cukup teruk dan negatif berbanding dengan orang yang berkhidmat dengan Inggeris yang adakalanya diangkat dan dipuja sebagai tokoh. Hakikatnya, di Malaysia penjajah ini dilabel mengikut situasi dan kepentingan politik. Ada masanya penjajah dikecam seteruk-teruknya, ada masa penjajah dipuja setinggi-tingginya. P/s: Anda bayangkan jika tokoh di atas bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. Saya jamin 15 tahun cerita ini akan menjadi tajuk utama media perdana negara. Mereka akan dikecam sebagai tali barut penjajah dan segala macam kejian dan makian. Namun, realitinya, tokoh di atas bukan bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. Sumber gambar: Anak Sungai Derhaka. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan