Rabu, 18 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno gagal memajukan ummat Islam - Muhyiddin Yassin

Posted: 17 Sep 2013 09:50 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan umat Islam.

 "Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," kata Muhyiddin di sini

 Umno kini mengaku mengenai kegagalannya untuk memajukan ummat Islam dan perlu bersatu dengan PAS untuk tujuan tersebut? 

Pernyataan Muhyididn Yassin bahawa Kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil menarik minat saya untuk memperkatakannya.

 Muhyiddin berkata, "Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," 

 Dengan kata lain, Umno boleh menerima PAS!! Bukankah sebelum ini PAS sering dituduh sebagai kumpulan yang sesat dan mati besok masuk neraka! Bolehkah Umno berkawan dengan PAS?

 Apakah Umno sudah bertaubat daripada menuduh PAS sebagai pengganas, pelampau, penghasut, anti pembangunan, Taliban, ekstrim, pemecah belah perpaduan, taksub, fanatik, berfikiran sempit, tidak patriotik dan entah macam-macam lagi.Biarlah kita tunggu penjelasan seterusnya dari puak Umno!

 Jom kita tanya pula kepada pemimpin PAS. Apakah mungkin PAS bersedia untuk bersubahat dengan kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak yang sedang berlaku dibawah Umno/BN?

 Bukankah Umno melakukan pengkhianatan kepada bangsanya sendiri selama ini? 

 Rasuah menjadi-jadi dan tidak dapat dikekang lagi.Jenayah menyonglap wang rakyat melalui projek-projek berleluasa dibawah Umno.

Pemimpin Umno semuanya korup dan terlepas daripada hukuman.Mana-mana yang disiasat dan dikenakan hukuman seperti kes rasuah Khir Toyo itu hanyalah kerana Umno sendiri mahu menyingkirkannya dari politik nasional.Itupun dia hanya dikenakan satu tahun penjara sahaja!

 Kes NFL RM250 juta, oleh kerana Umno masih sayangkan si Lembu Betina itu, maka kesnya pun senyap sepi sekarang. Wanita Umno tidak pun merasakan jijik untuk berketuakan lembu yang membawa lumpur kedalam kandang mereka.Dah memang tabiat lembu begitu, nak kata apa lagi?

 Dibawah Umno/BN , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Kehakiman , SPRM, dan PDRM semuanya hilang kredibiliti. Terlalu banyak kepincangan yang rakyat boleh lihat dan rasai sendiri.

 Saya amat tertarik dengan kenyataan Sakmongkol, "Jika lah benar UMNO menjuarai kepentingan bangsa Melayu, kenapa setelah 55 tahun UMNO memerintah, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah? Mengapa 90% penerima BR1M adalah bangsa Melayu yang mengesahkan setelah UMNO perintah 55 tahun, yang susah tetap orang melayu? Baca entri beliau di sini

  Kalau ikut pandangan si Bahlul Bari,  itu semua tidak mustahil kalau 'sudah ketentuan Illahi!'

Tiada ulasan: