DIALOG RAKYAT |
- Jadi saksi pertemuan Najib-Saiful kemudian pendakwa kes Fitnah II
- Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13
- Hishamuddin tidak mungkin kalah Naib Presiden!
- Hadi Awang tegaskan PAS tetap bersama Pakatan Rakyat
- Baik Atau Jahat Chin Peng Tetap Dikenang
- WASPADA- Aplikasi Novel Lucah Versi BM Berleluasa Di Telefon Pintar
- Tribunal Rakyat: Saksi Dedah 60 Pengundi Dalam Satu Rumah -updated
- Ong Kian Ming kecam laporan putar belit Utusan Malaysia
- Cubaan Najib kembali kepada agenda ‘Mahathirist’ akan hancurkan ekonomi negara – Ong Kian Ming
- Azalina tarik diri kerana ditawar jawatan GLC?
- Teater Bilik Sulit: Perkongsian pengalaman ngeri tahanan ISA
- Kudeta Perak: Hukuman terlalu keras – Anwar
- Naib Presiden Umno mungkin enam penjuru
- Biar diganggu dialog diteruskan
- Dyana Sofya pengkhianat?
- Anggota tentera didakwa rogol kekasih bawah umur
- Orang politik jadi duta, pegawai PTD dipinggir
- MP dedah 'pengundi hantu' PRU13
- Protes kenaikan harga minyak di Kuching 28 September
- Perbalahan Ulama-Profesional hanya rekaan Hasan Ali
- MB Kedah Dapat Sokongan Tanding Naib Presiden
- Mayat Chin Peng Dibakar Di Bangkok Minggu Depan
- Untuk Kekal Umno Perlu Pemimpin Pelapis
- PAS tolak program pemerkasaan Bumiputera
- Khairy gembira dicabar anak Sanusi Junid
Jadi saksi pertemuan Najib-Saiful kemudian pendakwa kes Fitnah II Posted: 18 Sep 2013 05:44 AM PDT PUTRAJAYA: Sekalipun terlibat sama dalam pertemuan antara Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Shafee Abdullah kekal sebagai pendakwa utama kes liwat 2. Keputusan itu diputuskan sebulat suara panel tiga hakim mahkamah rayuan, Datuk Ramli Ali (ketua), Datuk Ruhana Yusof (mengganti Datuk Tengku Maimon Tuan Mat) dan Mohd Zawawi Salleh. Ia menyebabkan konflik kepentingan antara saksi dan pendakwa dalam pertuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berikutan itu, Anwar bercadang memfail permohonan bagi menyemak semula keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. "Umum tahu Datuk Shafee adalah peguam Perdana Menteri, kerajaan, Umno dan semua kes yang menentang saya dan dia kata dia tidak campur, tidak bias tetapi gelagatnya lebih dari ahli politik Umno, semua orang tahu. "Dia juga mengaku berada di rumah Datuk Najib ketika kehadiran Saiful selama dua hingga empat jam dan kata dia tidak bincangkan dan tahu apa-apa, hanya minum kopi? "Perkara ini tidak pernah dinafikan," katanya sejurus selesai prosiding permohonan mengenepi Shafee sebagai pendakwa utama di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini. Anwar juga mendakwa Shafee kerap membuat tuduhan yang tidak sopan secara melulu ketika berhujah di mahkamah. Sementara itu, prosiding rayuan kes Fitnah II disambung pada tarikh belum ditentukan Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan yang direka Saiful Bukhari. | |||||
Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13 Posted: 18 Sep 2013 05:36 AM PDT SUBANG JAYA : Ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat kiraan undi awal sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13, kata saksi ketiga Tribunal Rakyat PRU-13. Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka berkata, ia berlaku 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang. Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina. Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap. "IPD itu memang menjadi tempat simpanan peti undi. Semua kotak undi dikumpulkan dalam lokap. "Semasa tiba di lokap, saya lihat tujuh atau lapan orang memakai baju SPR mengelilingi timbunan kertas undi itu, menunjukkan mereka sedang buat kiraan. "Hanya nampak kertas undi tetapi kotak peti tiada. Saya percaya ia dari Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah," katanya yang kemudian membuat laporan polis di IPD Masjid Tanah. Beliau ada memohon kepada polis untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian tetapi ditolak tanpa sebarang alasan. "Polis tidak boleh beri jawapan tepat. Mereka cuma kata segala keputusan terhadap salah laku itu diserahkan kepada atasan," katanya. Tribunal antara 18 hingga 22 September di Hotel Empire di sini ditubuhkan berikutan desakan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan penipuan PRU 13. Ia mengkaji, menyiasat dan menilai rungutan mengenai insiden menjelang PRU 13 atau di sekitar pilihan raya termasuk proses pengundian. Lima individu ternama yang berkelayakan dipilih untuk menyertai tribunal termasuk dua daripadanya dari luar negara. Mereka ialah bekas wakil khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Ghai dan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Prof Ramlan Surbakti. Wakil Malaysia ialah Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi, Datuk Azzat Kamaludin; bekas Profesor Madya Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev Dr Hermen Shastri.- FZL | |||||
Hishamuddin tidak mungkin kalah Naib Presiden! Posted: 18 Sep 2013 05:22 AM PDT Shahbudin Husin Sementara jawatan Presiden UMNO belum ada kepastian sama ada dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat, kebarangkaliannya ialah persaingan enam penjuru akan berlaku. Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir. Yang paling dikehendaki kalah pula ialah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Mukhriz terlihat popular dan dikehendaki, selain kerana kemenangan BN di Kedah dalam pilihanraya umum lalu dan pengaruh bapanya, beliau juga dilihat mewakili pemimpin muda yang diharap-harapkan untuk menerajui UMNO dan kerajaan suatu hari nanti. Kekerapan Mahathir bercakap tentang perlunya UMNO memberi ruang kepada pemimpin muda, bahkan melontarkan amaran bahawa UMNO akan terus sakit dan mati jika tidak berbuat demikian, tidak diragui lagi telah menghantar mesej yang jelas kepada perwakilan UMNO betapa perlunya pemimpin seperti Mukhriz yang sedang melonjak namanya sekarang terus diberikan kedudukan yang lebih kukuh lagi. Selain itu, dengan kedudukan Khairy Jamaluddin yang dijangka tiada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun bakal dicabar oleh Akramsyah, anak Sanusi Junid, keberadaan Mukhriz di kedudukan kanan parti dirasakan perlu oleh banyak pihak agar beliau akhirnya saling bersaing dan mengimbangi antara satu sama lain dengan KJ dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang. Bai calon-calon Naib Presiden yang lain, penerimaan daripada ahli-ahli UMNO agak berbelah bagi. Ada yang dirasakan patut menang dan ada pula dirasakan tidak wajar diberikan kemenangan. Hishammuddin pula paling diinginkan kalah kerana ramai ahli UMNO yang kecewa dengan tindakannya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri yang disifatkan paling lemah dan tidak tegas. Beberapa episod perhimpunan Bersih sebelum PRU 13 dan berbagai kekacauan lainnya yang berlaku ketika itu di mana ia memerlukan ketegasan beliau tetapi tidak dilakukan, telah mengecewakan ramai ahli UMNO terhadapnya. Walaupun kini setelah dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dan memangku jawatan Menteri Pengangkutan, kekecewaan itu masih lagi berbekas. Ramai yang merasakan anak Hussein Onn itu tidak layak duduk di kerusi Naib Presiden dan didaftarkan sebagai salah seorang bakal pemimpin pelapis masa depan bagi UMNO dan negara. Masalahnya, bolehkah Hishammuddin dikalahkan dan mungkinkah beliau kecundang dalam pemilihan kali ini? Haruslah diketahui bahawa Hishammuddin adalah sepupu kepada Najib dan di dalam UMNO ramai yang percaya bahawa beliau adalah pilihan Najib untuk menggantikan tempatnya suatu hari nanti. Tindakan Najib memindahkan Hishammuddin daripada Kementerian Dalam Negeri yang dilihat tidak membantu popularitinya ke Kementerian Pertahanan dan menambah lagi pemangkuan di Kementerian Pengangkutan, dilihat sebagai langkah untuk melonjakkan penerimaan ahli-ahli UMNO seluruh negara terhadap sepupunya itu. Tidak ada sebab lain di sebalik tindakan Najib itu sebenarnya, kecuali ingin menonjolkan lagi Hishammuddin. Dengan beliau dilihat gagal di Kementerian Dalam Negeri, tidak ada kewajaran untuk meletakkannya di kementerian penting dan kritikal seperti Kementerian Pertahanan dan dalam masa yang sama menambah lagi tugasnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Sekarang ini, jelas terbukti Hishammuddin tidak begitu menonjol di Kementerian Pertahanan, tetapi kedudukannya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan dilihat menyelamatkannya. Beliau kini lebih banyak bercakap dan menonjolkan diri sebagai Menteri Pengangkutan dalam isu-isu yang berkaitan kementerian itu, seolah-olah itulah kementerian hakikki untuknya. Seharusnya sebagai pemangku, tugasnya di Kementerian Pengangkutan lebih kepada urusan mesyuarat dan membuat keputusan penting sahaja manakala tugas-tugas lain bolehlah diserahkan kepada timbalannya untuk melaksanakannya. Tetapi terlihat tumpuan beliau lebih di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan bagaikan ditinggalkan. Sepertinya sekarang beliau adalah Menteri Pengangkutan sepenuh masa dan memangku jawatan Menteri Pertahanan pula. Namun tidaklah dapat dinafikan bahawa tugas di dua kementerian itu adalah sebahagian daripada usaha Najib untuk memberi sepupunya itu lebih peranan dan dilihat penting oleh ahli-ahli UMNO. Dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kira-kira sebulan lagi, walaupun kedudukan Hishammuddin dilihat genting dan mungkin kecundang, perkara itu sebenarnya hampir mustahil akan berlaku. Seorang pemimpin UMNO dari selatan tanahair berkata, walaupun Hishammuddin terlihat seperti bakal kecundang tetapi katanya, Najib pasti tidak akan membenarkan perkara itu daripada berlaku kerana kekalahan Hishammudin adalah tamparan kepada Najib juga. Kalahnya Hishammuddin bererti kalahnya Najib, kata pemimpin itu lagi. Beliau berkata, sebagai seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib mempunyai berbagai cara untuk mengelakkan Hishammuddin daripada menerima kekalahan seperti bercakap secara terus dengan Pengerusi UMNO Negeri-Negeri atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang rapat dengannya. Selain daripada itu, jelas pemimpin itu lagi, harus juga jangan dilupa bahawa Hishammuddin sendiri masih mempunyai rangkaian kenalan yang besar dalam UMNO dan mereka ini boleh digunakan untuk "menggempur" perwakilan di saat-saat akhir bagi menyelamatkan kedudukannya. Berdasarkan penelitinnya, pemimpin tadi berhujah bahawa walaupun Mukhriz dilihat sedang memenangi mood di kalangan pewakilan seluruh negara berikutan kemenangan BN di Kedah serta pengaruh bapanya yang masih kuat dan diperlukan dalam UMNO serta dilihat tiada masalah untuk memenangi salah satu kerusi Naib Presiden UMNO tetapi kedudukan Hishammudin juga tidak akan tergugat. Daripada tiga kerusi Naib Presiden, Hishammuddin pasti akan menyelit salah satu daripadanya, tambah tokoh itu yang diketahui pernah berkawan baik dengan Najib suatu ketika dahulu. Jika senario itu benar-benar berlaku, bermakna kerusi Naib Presiden kali ini pasti akan diisi oleh Mukhriz, Hishammudin dan satu lagi kerusi terakhir akan menjadi rebutan antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad. Daripada keempat-empat pemimpin yang berebut slot terakhir itu, kata pemimpin itu lagi, Najib tidak kisah pun siapa yang akan menang nanti. | |||||
Hadi Awang tegaskan PAS tetap bersama Pakatan Rakyat Posted: 18 Sep 2013 05:19 AM PDT KL TODAY Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat. "Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN. "Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya pada sidang media, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan PKR. Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu antara lain mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula. Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah. Mengulas sama ada Pas bersedia untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap Pas pada PRU13 yang lalu, beliau bagaimanapun menafikannya. Tambah Ahli Parlimen Marang itu, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu. "Tahaaluf siyaasi bukan penyebabnya. Pas dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. "Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," katanya. Tambah beliau, kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor. | |||||
Baik Atau Jahat Chin Peng Tetap Dikenang Posted: 18 Sep 2013 05:13 AM PDT MSOChin Ping terus menjadi perdebatan menandakan nama dan sosok itu ada di dalam diri dan minda rakyat Malaysia. Itu hakikatnya. Sama ada bayangan Chin Ping atau Ong Boon Hua itu hitam atau putih itu soal lain, ia terpulang ke atas orang yang menerimanya. Maklumat sejarah akan memberi jawaban dan memisahkan pandangan umum terhadapnya.Chin Peng sudah pun meninggal pada 16 September lalu dalam usia 90 tahun di Bangkok. Detik itu sempena hari penubuhan Malaysia. Pemergiannya pada tempoh itu boleh ditafsirkan sebagai beliau tidak mahu mengikhtiraf kewujudan Malaysia pada 16 Septermber 1963? Kerajaan Malaysia sama sekali tidak memaafkan Chin Ping atas segala dosa-dosanya. Ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan, usahkan mayat, abunya pun tidak, dibawa ke Malysia. Polis di Raja Malaysia akan mengawasi sempadan bagi memastikan secebis abu Chin Ping pun tidak dibawa masuk. Ketegasan adalah adalah hak kerajaan yang memerintah hari ini dan ia sesuatu yang cukup memberi kesan. Bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh memaafkannya walaupun keganasan dilakukan Chin Ping sudah berdekad lalu. Mungkin kalaun kerajaan hari ini bertukar ada cadangan agar membawa balik abu Chin Peng. Ketika itu nanti sekali lagi Chin Peng akan menjadi sebutan dan perdebatan hangat. Walaupun ada suara-suara agar memberi kelonggaran tetapi ia tidak dipedulikan. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberi alasan Chin Ping bukan warganegara ini dan dia lebih aman berada di Bangkok. Tentunya alasan Khalid itu boleh dipertikaikan kerana ada juga mayat bukan warga negara ini ditanam atau diabadikan di sini dengan penuh kemuliaan. Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi pula menyifatkan Chin Peng tetap pengganas. Manakala Perdana Menteri Najib Razak tidak membenar kerana tidak mahu melukai hati akasr dan polis yang merana akibat perbuatan komunis. Ada kebenarannya juga. Bagaimana pun alasan diberikan Zahid dan Najib itu boleh dipertikaikan dan bukan alasan yang konkrit melainkan kerana dendam. Ini kerana ada orang lebih ganas terhadap bangsa dan negara ini tetapi mayat mereka dibenarkan bersemadi disini malahan ada penghormatan untuk mereka. Manakala pihak yang bersimpati dan membenarkan mayat Chin Ping kebanyakan dari minoriti rakyat di sebelah oposisi atau yang melihat atas peri kemanuisaan. Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaid Zahari menunjukkan simpati agar mayat Chin Peng dibawa pula ke Malaysia. Bekas ahli parlimen Kuala Selangir Dr Dzulkifly Ahmad juga menyatakan hal yang sama. Manakala bekas pensyarah UIA Abdul Aziz Bari walaupun tidak mengatakan dengan jelas akan persetujuannya, membangkitkan soal perjanjian dengan mengatakan Malaysia tidak hormati perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia, Thailand dan komunis Malaya 1989. Kedua-dua pihak masing ada hujan dan alasan tersendiri. Di dalam hal ini saya hendak berdiri di tengah dengan penuh keterbukaan. Molek juga kalau abu atau mayat Chin Ping tidak dibawa balik ke negara ini kerana kalau bawa pun ia tidak memberi apa-apa erti kepada mendiang itu. Beliau tidak dapat melihat kepesatan pembangunan Malaysia selepas era komunis berakhir. Chin Ping seharusnya dibawa sewaktu dia masih hidup untuk membolehkan dia membuat perbandingan Malaya dengan Malaysia. Tetapi kerajaan terlupa dan terus dengan dendam waktu itu. Saya yakin kalau Chin Ping melihat situasi Malaysia ini khasnya di era Mahathir Mohamad dia akan sedar dan terkejut. Dalam pada itu juga dia dapat membuat penilaian sejauh berapa persen pembangunan material yang ada kini dapat dinikmati rakyat. Lebih penting juga mungkin saki baki perasaan membenci kerajaan akan berkurangan. Begitu juga ada baiknya kalau abu itu tidak dibenarkan pulang. Saya dapat merasai mereka yang menghalang kerana bimbang semangat komunisme akan bangkit kembali? Dengan ada kubur atau abu Chin Peng ia boleh memberi suntikan semangat kepada generasi muda untuk menghayati semangat komunisme kemudian disebarkan dan dipraktikan dalam badan-badan politik. Ini kita sangat memahaminya. Tetapi apakah tanpa abu dan tulang temulang Chin Ping di sini hal itu tidak akan berlaku? Iya secara psikologinya begitu. Bila kubur atau tanda itu ada di sini ia akan memberi satu semangat dan menghampiri orang ramai dengan Chin Peng dan perjuangan. Atas perkiraan itulah maka abu atau sebarang tanda Chin Peng tidak dibenarkan. Dalam kata lain filem Tanda Putera tidak dapat untuk mempengaruhi rakyat agar terus membenci komunisme yang dipancarkan Chin Peng. Soalnya bolehkah sesiapa mengikis nama Chin Peng dan sejarahnya dari minda orang ramai? Jawabnya tidak dan tidak mungkin terbuat. Sebaliknya selagi Chin Peng disebut apa lagi dengan penuh kebencian dan dendam menyebabkan rasa ingin tahu terhadap Chin Peng terus bergelora. Dalam gelora inilah orang khasnya anak-anak muda akan atau mereka yang konfius dengan pembukuan sejarah akan membuat kajian, penyelidikan mencari Chin Peng yang sebenarnya. Kesimpulannya tindakan menghalang abu Chin Peng itu dibawa ke Malaysia atau dihalang ia tidak memberi apa-apa signifiken kepada penggemar dan peminat Chin Peng kerana jahat dan baik itu subjektif ia bergantung ke atas penilaian masing-masing. Kalau dalam penilaian mereka Chin Peng itu perjuang kebenaran dan keadilan demi rakyat mereka akan sokong, sebaliknya kalau perjuangan Chin Peng itu memusanahkan keadilan dan solodariti rakyat serta untuk kroninya saja mereka akan membenci dan mengutuknya. | |||||
WASPADA- Aplikasi Novel Lucah Versi BM Berleluasa Di Telefon Pintar Posted: 18 Sep 2013 04:20 AM PDT Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah. Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut. Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka. Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu. Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit. "Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu. "Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak," katanya. -SH | |||||
Tribunal Rakyat: Saksi Dedah 60 Pengundi Dalam Satu Rumah -updated Posted: 18 Sep 2013 04:10 AM PDT Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diberitahu hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa berhubung kecurangan dalam daftar pemilih. Saksi pertama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau pernah membuat aduan kepada SPR mengenai nama yang diragui dalam daftar pemilih. "Saya beritahu SPR pada November terdapat 60 nama berdaftar dalam satu rumah. Pemilik rumah terlebih dahulu memberitahu saya beliau tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan alamatnya untuk berdaftar sebagai pemilih," katanya. Santiago berkata, SPR membuat penyiasatan mereka sendiri dan mengakui terdapat masalah. "Mereka mengakui terdapat 60 nama berdaftar dalam rumah itu tetapi memberitahu saya mereka tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. "Mereka (SPR) mengatakan undang-undang tidak membenarkan perubahan terhadap daftar pemilih," katanya. Tribunal itu ditubuhkan sebagai respon terhadap kemarahan orang awam berhubung dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. -TMI
| |||||
Ong Kian Ming kecam laporan putar belit Utusan Malaysia Posted: 18 Sep 2013 04:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia yang sengaja mengelirukan pembaca dengan berita kononnya beliau mengakui bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. Kian Ming berkata demikian merujuk kepada artikel Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Penipuan Pembangkang didedah', dipetik daripada artikel laman berita bebas Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 15 September bertajuk 'DAP man concurs Pemantau's findings of no foreign voters, blackouts'. "Dalam Utusan Malaysia hari ini, kata-kata saya digunakan – 'Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)'. "Bagaimanapun, Utusan Malaysia gagal memberi ruang kepada satu penjelasan penting dalam artikel FMT bahawa komen saya mengenai pengundi asing adalah terhad kepada kawasan Parlimen saya sendiri iaitu Serdang dan komen saya mengenai gangguan bekalan elektrik hanya terhad kepada kawasan Parlimen Bentong. "Ini jelas merupakan satu lagi contoh kewartawanan tidak bertangggungjawab yang sentiasa diamalkan Utusan Malaysia. Tidak hairanlah pengedaran Utusan Malaysia jatuh dengan begitu serius sehingga perlu bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasarkan 'surat khabarnya' kepada GLC bagi tujuan menambah jualan iklan," tempelaknya dalam kenyataan, hari ini. Katanya lagi, dengan tidak menggunakan penjelasan ini, Utusan Malaysia sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa kenyataan saya merujukkan kepada ketidakadanya pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara. "Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. "Saya sedang menunggu bukti atau maklumat selanjutnya mengenai pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik yang mungkin didedahkan ketika Tribunal Rakyat yang dianjurkan Bersih yang akan bermula minggu ini," ujarnya. – Roketkini.com | |||||
Cubaan Najib kembali kepada agenda ‘Mahathirist’ akan hancurkan ekonomi negara – Ong Kian Ming Posted: 18 Sep 2013 03:59 AM PDT KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyelar agenda Bumiputera baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat memupuk pergantungan Melayu terhadap kerajaan dan meningkatkan birokrasi serta campur tangan dalam pasaran. Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, semakan semula Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Najib, Sabtu lalu juga bertentangan dengan program transformasi yang dicanang sebelum ini. "Daripada kembali kepada kegagalan program kroni 'Mahathirist', Najib seharusnya menjalankan audit serius daripada semua program kerajaan sedia ada yang disasarkan untuk Bumiputera supaya dapat mengetahui kelemahan, menangani ketirisan dan memperbaiki prestasi mereka. "Agenda Bumiputera Najib juga tidak menyebut untuk mensasarkan kepada 40 peratus yang menjadi fokus utama MEB," katanya dalam kenyataan. Dalam pengumuman Sabtu lalu, Najib mengilhamkan penubuhan sebuah Badan Pengupayaan Majlis Ekonomi Bumiputera dan menolak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Kian Ming yang juga Strategis Pilihanraya DAP menegaskan bahawa MEB asal yang diutarakan Najib selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 adalah memberi tumpuan kepada program tindakan afirmatif yang mesra pasaran dan telus untuk meningkatkan 40 peratus pendapatan isi rumah. "Apa yang lebih mengecewakan adalah Najib tidak menyebut sebarang keperluan untuk golongan miskin di Sabah dan Sarawak, majoriti daripada mereka adalah Bumiputera serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kumpulan ini disebut secara khusus dalam MEB serta Rancangan Malaysia Ke-10 lalu," ujarnya. Sebaik menjadi Perdana Menteri, Najib melancarkan beberapa inisiatif seperti MEB, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kononnya untuk mereformasi ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020. Membidas agenda Bumiputera najib, Kian Ming mengatakan ia jelas merupakan keputusan yang bermotifkan politik menjelang pemilihan UMNO akan datang. Kian Ming menegaskan, agenda Bumiputera ini mengurangkan persaingan dan memperluaskan peranan kerajaan dalam perniagaan dengan cuba untuk mempengaruhi dasar GLC dan GLIC. "Agenda ini selain bertentangan dengan ETP, GTP dan MEB serta beberapa aspek termasuk pengurusan kewangan awam dan inisiatif penyampaian kakitangan awam. "Najib seharusnya memikirkan kaedah meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi. Contohnya seperti cukai pajakan bagi lot Bumiputera dalam IPO untuk mengelak penjualan pegangan untuk untung mudah. "Agenda untuk Bumiputera Najib ini bukan satu keperluan, sebaliknya ia akan menghancurkan ekonomi dan hubungan sosial negara dalam jangka panjang," tegasnya.-Roketkini.com | |||||
Azalina tarik diri kerana ditawar jawatan GLC? Posted: 18 Sep 2013 12:52 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding sebagai Ketua Wanita Umno dipercayai selepas tawaran jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran jawatan terttinggi di GLC tertentu sebagai imbuhan kepada Azalina yang menarik diri dari mencabar penyandang "Rundingan dalaman sedemikian bukan sahaja menggalakkan kronisme, tetapi terus menggalak dan memarakkan budaya buruk. "Ini seolah-olah contoh yang boleh diibaratkan peluang kepada ahli Umno merasakan dengan mencabar untuk jawatan pucuk pimpinan, maka akan dianugerahkan jawatan tertentu," kenyataan Zuraida dipetik. Azalina, bekas ketua Puteri Umno, pada 10 September lalu mengesahkan menarik diri daripada pertandingan Ketua Wanita parti itu, kononnya atas faktor menerima nasihat. "Ketika Azalina menerima saranan dari kepemimpinan partinya untuk tidak bertanding, ini menunjukkan bahawa sayap Wanita UMNO adalah pengecut dan tak berani bersuara," kata Zuraida. Terbaru, pada 13 September, AJK Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin (kiri) memutuskan untuk mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno. "Tapi, saya hairan. Ketika ahli Umno dan orang ramai menemui kaitan Shahrizat dalam skandal NFC, Najib Razak memilih untuk menyokongnya dan menaikkan personaliti skandal ini ke jawatan tertinggi," kata Zuraida. | |||||
Teater Bilik Sulit: Perkongsian pengalaman ngeri tahanan ISA Posted: 18 Sep 2013 12:50 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA dan kumpulan Teater Bukan Teater menganjurkan pementasan teater 'Bilik Sulit' sebagai usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undang-undang tahan tanpa bicara.'Bilik Sulit' akan dilancarkan di Dewan Theatrette, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) selama 3 hari iaitu pada 19, 20 dan 22 September 2013 bermula 8.30 malam. "Banyak bekas mangsa ISA merekodkan pengalaman ngeri mereka sepanjang ditahan di bawah ISA. "Tempoh 60 hari dalam tahanan Polis tanpa berpeluang dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan menjadi satu peristiwa hitam dalam hidup bekas tahanan. "Didera secara mental dan fizikal menyebabkan ramai tahanan mengalami trauma yang dasyat biarpun setelah dibebaskan," kenyataan Suaram dipetik. Justeru, Suaram juga berhasrat untuk membawa pementasan teater ini ke kawasan luar Lembah Klang bagi membolehkan mesej teater ini menjejaki masyarakat terbanyak. "Buat masa ini, Bilik Sulit mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Shah Alam untuk dipentaskan di Shah Alam pada 25, 26 dan 27 Oktober," tambah kenyataan tersebut. Pihak yang berminat untuk mementaskan teater ini ditempat masing-masing boleh terus menghubungi Suaram ditalian 03-7784 3525 atau menghantarkan permohonan ke alamat emel rightotrial@suaram.net. Suaram meletakkan tempoh masa dua bulan iaitu sepanjang Oktober dan November untuk mementaskan teater ini ke tempat-tempat yang bakal ditetapkan. Teater 'Bilik Sulit' diarahkan oleh aktivis politik, pengarah filem yang juga bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais bersama kumpulan Teater Bukan Teater. | |||||
Kudeta Perak: Hukuman terlalu keras – Anwar Posted: 18 Sep 2013 12:48 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009. "Terlalu keras hukuman," tegas Anwar dalam twitter. Beliau mengulas keputusan hakim Norsalha Hamzah yang memutuskan semua peserta didenda RM5,000 dan penjara dua tahun mandatori. Sementara itu, Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Chang Lih Kang pula menyifatkan hukuman berkenaan mirip seperti yang berlaku di Mesir sekarang. Katanya, hukuman itu hanya mendedahkan kebobrokan demokrasi di Malaysia apabila hak asasi rakyat ditutup dengan penjara manakala pemimpin korup terus kekal berkuasa. "Hukuman itu juga langsung tidak mengikut prinsip kedaulatan undang-undang apatah lagi hakim yang mengadili pula lebih cenderung untuk menghukum Orang Kene Zalami(OKZ) berbanding mendidik, ini tidak ubah seperti di Mesir! "Apatah lagi tidak ada penangguhan pelaksanaan dibenarkan walhal Mahkamah Sesyen sepatutnya membenarkan perkara itu dilaksanakan atas budi bicara untuk menghormati OKZ dan keluarganya," ujar Adun Teja itu kepada Keadilan Daily. Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya tangan ghaib yang mengatur hukuman itu sebagai amaran supaya rakyat lain tidak bangkit menyatakan kebenaran. "Ini yang buat kita khuatir kerana mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat rakyat menuntut keadilan sudah bertukar menjadi gelanggang untuk tangan ghaib yang zalim menunjukkan keangkuhan mereka. "Justeru, saya desak mahkamah segera membebaskan kesemua OKZ itu tanpa sebarang syarat kerana apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan yang membolehkan himpunan aman dibuat," katanya. Tambah Lih Kang lagi, Pakatan Rakyat Perak turut mengadakan kutipan dana untuk membantu OKZ membayar denda RM5,000 yang dikenakan selain program kebajikan untuk membantu keluarga mangsa tersebut. | |||||
Naib Presiden Umno mungkin enam penjuru Posted: 18 Sep 2013 12:41 AM PDT
Menurut penulis blog Shahbudin Husin, memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat. Justeru, baginya kebarangkalian ialah persaingan enam penjuru akan berlaku. "Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir," tulis beliau di dalam blognya. Baca di sini | |||||
Biar diganggu dialog diteruskan Posted: 18 Sep 2013 12:36 AM PDT
Dialog yang pada awalnya dirancang diadakan di Gereja St Mark terpaksa dipindahkan ke sebuah restoran di Jalan Padang Benggali, dekat sini setelah dibantah sekumpulan penunjuk perasaan. Namun program itu dipindahkan sekali lagi ke Gereja St Mark apabila tuan punya restoran enggan memberikan kebenaran kerana khuatir akan berlaku kekacauan. Turut hadir pada majlis dialog itu Koordinator program, Abdul Rahman Kassim dan Paderi Gereja St Mark, John Kennady Samuel. "Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertegas tidak akan tunduk dengan desakan segelintir pihak yang mempunyai agenda tersembunyi. Sebaliknya kami akan mengatur lebih banyak program seperti ini di masa-masa akan datang," jelas beliau. Kehadiran kumpulan demonstran dalam dialog itu diambil kesempatan Dr Mujahid untuk menjelaskan tujuan program itu dilaksanakan. Menurutnya, program dialog itu tiada kena mengena dengan keputusan mahkamah mengenai isu kalimah Allah tetapi adalah kesinambungan dialog yang pernah diadakan sejak 2010. "Kita tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik NGO Islam yang menentang program dialog yang boleh merapatkan PAS dengan bukan Islam. Mereka sebenarnya cemburu terhadap kejayaan PAS mendekati masyarakat bukan Islam," ujarnya. | |||||
Posted: 18 Sep 2013 12:32 AM PDT
Usaha untuk memecahkan tembok perkauman tidak pernah menjadi satu usaha mudah. Universiti Teknologi MARA (UiTM) sepatutnya berbangga dengan pencapaian Dyana Sofya Mohd Daud yang menjadi Setiausaha Politik kepada penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang. Umum mengetahui, DAP bukan parti yang berasaskan kaum walaupun parti itu didominasi oleh ahli berbangsa Cina (setakat ini). Apabila ada seorang graduan UiTM yang beragama Islam dan berbangsa Melayu berjaya dipilih untuk menjawat jawatan itu, UiTM sepatutnya gembira dan bukan bertindak defensif mengenai perkara ini. Saya sendiri sebagai bekas graduan UiTM (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) amat mengenali dan faham mengenai UiTM. Semasa saya masih bergelar mahasiswa UiTM pengurusan dan pensyarah tidak pernah putus menyatakan impian UiTM adalah untuk melahirkan graduan yang berjaya saing dan boleh dipasarkan dalam kalangan kaum lain terutama berbangsa Cina. Nah! Dengan ini, Dyana Sofya Mohd Daud adalah salah satu contoh terbaik graduan UiTM yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam kalangan organisasi yang majoritinya bukan Melayu. Jadi, persoalannya di sini, apa lagi UiTM mahu? Dalam isu ini, yang rasis bukanlah DAP apatah lagi Dyana Sofya Mohd Daud, tetapi yang rasis adalah beberapa pemimpin Umno yang cuba memalitkan isu perkauman dalam perkara ini. Perkauman bukan sahaja menjadi senjata ampuh, bahkan darah daging kepada Umno. Semua isu akan dilihat melalui perspektif kaum. Ya, survival orang Melayu amat penting, tetapi bukan melalui cara adu-domba dan taktik menakutkan orang Melayu seolah-olah bangsa Melayu hanya lahir selepas lahirnya Umno. Realitinya, Umno akan mati tanpa orang Melayu, tetapi orang Melayu tidak akan mati tanpa Umno. Malangnya masih ramai lagi orang Melayu tidak menyedari perkara ini dan terus untuk memilih mempercayai teori karut Umno. Apabila UiTM sendiri memalitkan warna perkauman di dalam isu ini, pastinya mahasiswa-mahasiswi dan graduan UiTM tertanya-tanya apakah justifikasi kepada slogan 'Mengubah Destini Anak Bangsa' yang diilhamkan oleh Naib Canselor sendiri? Sekiranya pendirian UiTM adalah menganggap Dyana Sofea Mohd Daud sebagai pengkhianat, maka wajarlah slogan tersebut ditukarkan kepada 'Mengekalkan Destini Anak Bangsa', iaitu supaya orang Melayu kekal berjaya di kalangan orang Melayu sendiri sahaja. Bagi memastikan kualiti graduan UiTM terus meningkat, UiTM seharusnya keluar dari kepompong politik yang menjumudkan visi, misi dan gerak kerja UiTM. Selagi UiTM taat kepada tuan politiknya, selagi itu mahasiswa dan mahasiswinya tidak bebas daripada proses doktrinisasi. Pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang unsur politik kepartian dan wajar bersifat sebagai apolitikal, non-partisan. Semangat inilah yang harus disemai dan dijiwai oleh semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia termasuk UiTM sendiri. Akhir sekali, syabas dan tahniah kepada Dyana Sofya Mohd Daud. Ucapan penghargaan ini bukan sahaja kerana berjaya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, malah kerana sebagai graduan UiTM anda berjaya memecahkan dogma jumud dan klise UiTM. Kepada UiTM, tahniah jua diucapkan kerana berjaya melahirkan graduan seperti Dyana Sofya Mohd Daud. Semoga lebih ramai lagi 'Dyana Sofya Mohd Daud' dapat dilahirkan. Apa lagi UiTM mahu? | |||||
Anggota tentera didakwa rogol kekasih bawah umur Posted: 18 Sep 2013 12:28 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih di bawah umur, dua minggu lalu. Mohd Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fahmi yang masih bujang itu didakwa merogol teman wanita berusia 14 tahun 11 bulan, di sebuah bilik di pusat karaoke, Medan Niaga Tasik Damai Sungai Besi, sekitar jam 4.30 petang, 2 September lalu . Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketika ditanya hakim, Mohd Fahmi menjelaskan, dia mengenali tertuduh melalui aplikasi sosial mudah alih (we chat) hampir sebulan sebelum menemuinya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadiana Mamat memaklumkan jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh kerana kes itu tertakluk di bawah kes yang tidak dibenarkan diikat jamin. Bagaimanapun, tertuduh yang belum melantik peguam memohon agar dirinya diberikan jaminan kerana mahu meneruskan tugas, di samping mahu menemui ahli keluarganya. Hakim, tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh sehingga mangsa selesai memberi kenyataan kepada mahkamah. Emelia turut memberikan sebab jaminan tidak diberikan kepadanya kerana tertuduh tidak mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah, selain tertuduh masih boleh berhubung dengan mangsa melalui media elektronik dan internet. Mahkamah turut meletakkan syarat agar keluarga tertuduh tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa dan saksi-saksi lain. Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan kes itu. | |||||
Orang politik jadi duta, pegawai PTD dipinggir Posted: 18 Sep 2013 12:26 AM PDT
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut tentunya telah menyekat peluang mereka yang telah berkhidmat di dalam kerajaan khususnya dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang lenih layak untuk jawatan tersebut. "Saya melihat ini satu keputusan ataupun fenomena yang tidak sihat berlaku dalam pentadbiran yang ada sekarang. "Lantikan mereka dari kalangan politik akan menyekat peluang mereka yang telah lama berkhidmat, dan ini secara tidak langsung menyekat motivasi mereka yang mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan sebagai duta," jelasnya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini yang melantik bukan dari golongan PTD sebagai duta. Kerajaan sebelum ini melantik bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Selain itu, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar juga dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baharu. Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, sepatutnya orang politik menumpukan kepada kerja-kerja mereka sahaja dan kerajaan wajar melantik individu yang berkelayakan untuk jawatan tersebut. "Saya melihat di dalam pentadbiran kerajaan sekarang lebih ramai yang layak untuk dilantik sebagai duta, dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjaga nama baik negara ini. "Apabila orang politik memegang jawatan tersebut saya tak pasti adakah ia mencapai matlamat yang ditetapkan oleh polisi kerajaan terutamanya dalam menjaga hubungan baik kedua-dua buah negara," sambung beliau. Jelas Salahuddin, ramai mengaaggap bahawa perlantikan duta dari kalangan orang politik sebagai tindakan "membalas budi" individu tersebut dan bukan atas faktor kelayakan. Tindakan itu juga kata Salahuddin dilihat seperti cuba untuk mempolitikkan kesemua jabatan yang ada di dalam kerajaan. | |||||
MP dedah 'pengundi hantu' PRU13 Posted: 18 Sep 2013 12:24 AM PDT
Beliau mendedahkan perkara itu sewaktu memberi keterangan sebagai saksi pertama prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) yang mula bersidang hari ini, lapor Selangorku. Dalam keterangannya beliau turut mendakwa, aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun mereka menyatakan nama pengundi ragu itu sudah digazetkan dan tidak boleh dikeluarkan. Selain itu, beliau turut mendedahkan terdapat pekerja asing yang dibayar oleh pihak tertentu bagi mengundi pada PRU lepas. Ianya termasuk insiden orang ramai di Pandamaran yang menahan bas dipercayai menjadi pengundi hantu pada 5 Mei lepas. Sementara itu, Tribunal Rakyat akan menjalankan prosiding selama lima hari bermula hari ini sehingga 22 September ini. Bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya, prosideng akan bemula dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Enam individu ternama yang berkelayakan menganggotai tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia. Tribunal ini akan menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai berhubung isu berkait PRU13 lalu sebelum mengeluarkan laporan kepada umum. Tiga individu dari luar negara yang terlibat termasuk bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi SPR Indonesia, Ramlan Surbakti dan bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), Kraisak Choonhavan. | |||||
Protes kenaikan harga minyak di Kuching 28 September Posted: 18 Sep 2013 12:15 AM PDT Beliau berkata mereka akan berjalan bermula dari Bangunan Hopoh dan bergerak menuju Padang Merdeka. KUCHING: Satu protes kenaikan harga minyak bakal diadakan di Kuching hujung bulan ini. Menurut pihak penganjur bersama, Abib Ismadi,protes ini sebagai membantah kenaikan harga minyak baru-baru ini yang membebankan golongan pertengahan dan bawahan. "Kita akan mengadakan "Walk Against 20 cents" sebagai simbolik menentang kenaikan harga minyak ini," tegas beliau. Beliau menggesa pihak berwajib untuk lebih peka kepada beban yang ditanggung oleh rakyat. "Kita yang memilih mereka (pemimpin), maka menjadi tanggungjawab mereka untuk mendengar keluhan hati kita (rakyat)." tambah beliau. Awal bulan ini, kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen dan RON 97 sebanyak 15 sen untuk menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM1.1 billion setahun dan sebagai langkah merasionalisasi subsidi. Beliau berkata mereka akan berjalan bermula dari Bangunan Hopoh dan bergerak menuju Padang Merdeka. Katanya, protes ini akan diadakan pada 28 September jam 2 petang. Protes ini anjuran bersama Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak, Sarawak Progressive Student Movement, Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan pihak aktivis dan NGO lain akan terlibat. Katanya lagi, pihak mereka mengalu-alukan penyertaan dari semua NGO untuk menyatakan ketidak puashatian rakyat mengenai kenaikan harga minyak ini. | |||||
Perbalahan Ulama-Profesional hanya rekaan Hasan Ali Posted: 18 Sep 2013 12:12 AM PDT Isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar. SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka. Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti. Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar. "Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan. "Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu," katanya. Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya. Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu. "Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS," katanya. Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan. Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu sama sekali ditolak. "Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno," tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib. Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama. Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini. Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. | |||||
MB Kedah Dapat Sokongan Tanding Naib Presiden Posted: 18 Sep 2013 12:08 AM PDT PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir telah menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin-pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden. Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin bahagian malam Selasa. Jika Mukhriz memutuskan untuk bertanding, beliau akan menukar persaingan menjadi persaingan sengit enam penjuru di kalangan calon 'heavyweight' bagi merebut tiga jawatan naib presiden. "Insya Allah saya akan membuat pengumuman pada hari Khamis," kata Mukhriz. Setakat ini pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah mengumumkan hasrat mereka bertanding, menyaingi penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. Mukhriz adalah anak kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Hishammuddin perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn. Pemerhati politik dan pengguna internet pada Selasa dikejutkan dengan berita Mukhriz memanggil pemimpin Umno Kedah untuk bermesyuarat malam tadi. Mukhriz dikatakan telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin termasuk daripada sayap Umno di kediaman rasminya di Alor Setar. Menurut sumber, beliau memanggil mesyuarat itu untuk mengukur maklum balas mereka sebelum membuat keputusan muktamad. Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata Mukhriz perlu bertanding jawatan naib presiden dan menang, beliau boleh membantu memulihkan Umno. "Generasi muda dalam Umno melihat Mukhriz sebagai ikon. "Barisan Nasional dapat merampas kuasa di Kedah daripada PAS kerana sokongan besar daripada pengundi muda. "Kita perlu mendapatkan pemimpin muda seperti Mukhriz untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam parti kerana kita perlu bersedia untuk pilihan raya umum akan datang di mana generasi muda membentuk lebih daripada 40 peratus daripada pengundi," katanya. Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Ali Yahaya berkata Mukhriz adalah seorang yang rasional yang tidak akan membiarkan tekanan luaran mempengaruhi keputusannya. "Mana-mana jawatan yang beliau akan bertanding, kita akan menyokong beliau, dan orang-orang di utara mahu melihat beliau disanjung," kata beliau. | |||||
Mayat Chin Peng Dibakar Di Bangkok Minggu Depan Posted: 18 Sep 2013 12:07 AM PDT MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Mayat Chin Peng akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di tokong Wat That Thong, Bangkok minggu depan. Pembantu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Paul Chin berkata mayat akan dibawa ke tokong untuk upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada pagi Isnin. Ia diikuti dengan pembakaran pada sebelah malam. Pemimpin komunis itu meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pagi Isnin. Beliau berusia 89 tahun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini. Paul Chin berkata, Abdullah CD adalah antara ahli-ahli parti dan bekas pemimpin-pemimpin yang akan menghadiri pengebumian. Sementara itu, pemimpin-pemimpin pembangkang terus merayu kepada kerajaan untuk membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: "Perkara lepas biarlah berlalu. "Jelas sekali rakyat secara umumnya menolak ideologi komunis. Walau bagaimanapun, mendiang Chin Peng akhirnya memilih jalan keamanan selepas gagal mencapai persetujuan dalam Rundingan Baling pada tahun 1955." | |||||
Untuk Kekal Umno Perlu Pemimpin Pelapis Posted: 17 Sep 2013 05:14 PM PDT PEMILIHAN pucuk pimpinan Umno kali ini penting daripada dua sudut.Pertama, sudut demokrasi. Bilangan perwakilan yang akan mengundi bertambah 50 kali ganda daripada 2,800 orang kepada 150,000 orang. Lebih banyak ahli terbabit memilih pemimpin. Selain memperluaskan demokrasi, ia diharap akan mengurangkan risiko politik wang. Tetapi sudah terdengar desas-desus bahawa amalan itu akan berterusan dan akan membabitkan jumlah yang lebih besar kerana bilangan pemilih lebih banyak. Kedua, Majlis Tertinggi (MT) yang akan dipilih bertanggungjawab menentukan hala tuju parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Namun begitu, bilangan pemilih yang ramai tidak ada apa-apa erti kalau bilangan calon yang menawarkan diri terhad, mutunya hambar dan usianya lanjut. Berubah atau Mati Sejak PRU 5 Mei lalu, sebagai menjawab soalan pelbagai pihak, saya telah beberapa kali menyatakan bahawa Umno akan hanya berubah sekiranya kalah dalam PRU. Bekas Presidennya pula, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Umno sedang menderita penyakit tua dan akan mati. Hukum alam, tegas beliau. (Baca di sini). Walaupun petanda semasa menunjukkan tidak akan berlaku pertandingan dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kita masih boleh dikejutkan oleh kemunculan calon luar jangkaan. Meminjam ungkapan Inggeris, Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Mohd Yassin masih boleh diberikan "a run for their money" ertinya mungkin muncul pencabar yang boleh menyebabkan mereka menderita senak perut yang teruk. Sebaliknya, oleh kerana beliau tidak dicabar, Mohd Najib bolehlah bersikap berkecuali dalam pemilihan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan kerusi biasa MT. Ada pihak khuatir Mohd Najib akan berpihak dalam pemilihan jawatan nombor tiga itu kerana sepupunya, Hishammuddin Hussein terlibat, dan dalam jawatan Ketua Wanita kerana beliau amat akrab dengan penyandang, Shahrizat Abdul Jalil. Bagi jawatan Naib Presiden, lima orang telah menyatakan hasrat untuk bertanding iaitu tiga penyandang – Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal – serta bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, dan Pengerusi Felda, Mohd Isa Samad. Seorang lagi yang mungkin turut menawarkan diri ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir. Kalau Mukhriz masuk bertanding, beliau akan menjadi calon termuda. Beliau berusia 48 tahun. Sudah ada di kalangan penyandang Naib Presiden yang berasa terancam dengan kemungkinan Mukhriz masuk bertanding dan memberi alasan kononnya kalau beliau kalah beliau akan malu dan masa depan politiknya terancam. Dalam mana-mana pertandingan pun mesti ada yang menang dan yang kalah. Pemilihan kali ini akan menentukan sama ada Umno menjadi parti seiring zaman atau parti yang terperangkap dalam kebekuan masa. Kalau muka-muka lesu dari abad yang lalu terus memonopoli kepemimpinan, Umno akan menjadi parti orang tua dan cakap-cakap mengenai penyegaran semula adalah cakap kosong semata-mata. Suntikan Darah Baru Bukan tujuan saya mahu memperkecilkan atau meminggirkan peranan orang tua (saya pun dalam golongan itu juga), tetapi Umno sangat-sangat memerlukan suntikan darah baru. Ini bukan soal sukakan seseorang dan benci kepada yang lain. Ini soal survival (kelangsungan) Umno. Kalau dibandingkan dengan parti-parti Pakatan Rakyat, usia kepemimpinan Umno nampak tua dan lesu. Kalau kita ambil kira Naib Presiden yang ada sekarang, umur purata mereka adalah lebih sikit 53 tahun. Tidaklah terlalu tua, tetapi kalau mereka terus berada di situ dan tidak berlaku suntikan darah baru, ia lama-kelamaan akan menjadi jawatan orang tua. Apabila kita campurkan usia Ali Rustam dan Isa Samad yang telah menawarkan diri untuk bertanding, usia purata naik kepada lebih 57 tahun – menjadi lebih tua bukan lebih muda. Dalam barisan Naib Presiden – termasuk Ketua Wanita dan Pemuda – yang paling muda ialah Khairy Jamaluddin (37 tahun). Shahrizat berusia 60 tahun. Presiden berusia 60 tahun dan Timbalan Presiden 66 tahun. Apakah Umno ketandusan pemimpin muda kerana perbuatan menyekat orang muda yang berpelajaran menyertai parti atau kemajuan mereka dalam hierarki parti terbantut akibat cantas-mencantas? Di kalangan ahli biasa MT pun tidak memberangsangkan dari segi usia dan kaliber. Yang agak muda pun tidaklah "hot" dari segi kelulusan, peribadi dan perwatakan. Inilah masanya pemimpin muda Umno yang komited kepada perjuangan parti mengemukakan pencalonan. Perkenalkan diri anda kepada khalayak. Nyatakan agenda anda. Kalah atau menang bukan perkara utama. Yang lebih penting adalah membuktikan bahawa anda wujud dan Umno tidak ketandusan barisan pelapis yang komited dan berwibawa. Jangan di belakang tabir saja berani dan pandai, mengeluh dan menuduh, tetapi tidak berani mengotakan kata atau boleh dibeli dengan wang dan janji. Pemilihan Terakhir Pada 2008Seperkara lagi yang menjadikan pemilihan kali ini sangat penting adalah kehabisan mandat Majlis Tertinggi yang ada sekarang. Mandat yang mereka pegang hari ini bukanlah mandat sah daripada ahli. Mereka sekadar meneruskan mandat pemilihan tahun 2008 yang disambung atas alasan parti memerlukan masa dan tenaga menghadapi PRU ke-13. Mandat mereka sebagai ahli yang dipilih tamat pada Mac atau April 2011. Sekiranya kali ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada pencabar maka Najib akan kekal sebagai Presiden yang tidak menghadapi cabaran. Dalam pemilihan 2008, Muhyiddin dicabar oleh Muhammad Muhd Taib bagi jawatan Timbalan Presiden. Usia ahli biasa MT pun tidaklah menampakkan Umno sebagai parti yang menuju masa hadapan. Sama ada kepemimpinan Umno akan menjadi kepemimpinan parti orang tua dan, seperti kata Dr Mahathir, akan mati kerana sakit tua atau akan mengubah arah menjadi parti sepanjang zaman, bergantung kepada siapa yang akan mendaftarkan diri pada 21 September ini untuk menjadi calon. Kalau ada orang muda yang menawarkan diri dan seterusnya dipilih oleh perwakilan dalam mesyuarat serentak bahagian pada 19 Oktober maka harapan Umno kekal relevan sebagai parti sepanjang zaman akan menjadi lebih cerah. Kalau tidak, masanya akan tiba apabila Umno terkubur atau menjadi parti rumput di tengah jalan - hidup segan mati tak mahu. Wallahualam. | |||||
PAS tolak program pemerkasaan Bumiputera Posted: 17 Sep 2013 05:12 PM PDT PAS tidak bersetuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya Presiden PAS itu, mereka lebih mengutamakan kerajaan berkebajikan yang tidak hanya memfokuskan kepada kaum Bumiputera sahaja. "Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan. "Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP. Katanya, kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan undi majoriti rakyat perlu diberi perhatian kerana menurutnya Pakatan Rakyat (PR) berada pada kedudukan selesa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. "PAS secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan pada PRU13 apabila Selangor berjaya menambah tiga kerusi daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2008. "Kemerosotan BN semasa pilihan raya umum lalu melihatkan parti itu meraba-raba 'mencari kawan'. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Umno kini sudah uzur dan bakal mati," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam. Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar. | |||||
Khairy gembira dicabar anak Sanusi Junid Posted: 17 Sep 2013 05:09 PM PDT Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau gembira dengan cabaran yang bakal diterimanya dalam pemilihan parti itu pada Oktober. "Saya gembira bila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka, saya mengalukan-alukan," katanya kepada media selepas program Lawatan dan Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini. Ini merupakan reaksi pertama beliau selepas pengumuman anak kepada bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah yang menyatakan akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada Oktober ini. Akhramsyah merupakan ahli Umno cawangan Bendang Baru di Langkawi, Kedah. Beliau merupakan graduan mekanikal berumur 39 tahun. Hasratnya mencabar Khairy ditulis dalam blog peribadinya 'thoughtsintangents.blogspot.com'. Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu. "Agenda Pemuda Umno pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda Umno khususnya," katanya. Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga ahli Parlimen Rembau, mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu. Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru melawan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo (232 undi). |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan