DUNIACACAMARBA |
- Kos Hidup Kerani di UK VS Kerani di Malaysia
- “Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan” - Bekas Ketua Pengarang Utusan
- Kantoi Seks dengan Kuda dan Anjing
- Chin Peng Meninggal Dunia pada Sambutan Hari Malaysia Ke-50
- [Video] Isteri Muda Dakwa Dicaci, Dipukul Suami, Mengaku...
- Leina Hangat Berhijrah, Enggan Lihat Foto Seksinya
- Krononologi Cuti Umum 16 September Mulai 2010, Selamat Hari Malaysia
Kos Hidup Kerani di UK VS Kerani di Malaysia Posted: 16 Sep 2013 03:00 AM PDT Banyak kali saya kata jangan menukarkan mata wang apabila membandingkan harga minyak kerana orang di negara yang disebut menerima gaji dalam mata wang negaranya dan dia juga membayar kos kehidupannya dengan mata wang tersebut. Contohnya: P/s: Harap tiada pihak yang minta TM berhijrah ke UK!!! Cuba bandingkan dengan kos hidup di Brunei. |
“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan” - Bekas Ketua Pengarang Utusan Posted: 16 Sep 2013 01:54 AM PDT [TMI] Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar). Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara. "Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah. "Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider. Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air. "Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri. "Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya. Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun. Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924. Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989. Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013. |
Kantoi Seks dengan Kuda dan Anjing Posted: 16 Sep 2013 12:30 AM PDT [HM] London: Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri. Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan. Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing. Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan "eksperimen" dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu," lapor akhbar Metro UK. Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau. Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk "bekerja" dengan kuda dan pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian. Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun. Menurut akhbar Mirror pula, dalam kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German Shepherd ketika berusia 12 tahun. Walaupun video menunjukkan dia melakukan seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas. Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan. Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara enam minggu. - Agensi -16/9/13 Baca lanjut di sini. |
Chin Peng Meninggal Dunia pada Sambutan Hari Malaysia Ke-50 Posted: 15 Sep 2013 10:35 PM PDT [AA] BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post. Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia. Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas. Berkaitan: 'Chin Peng mahu abu mayat dibawa pulang' [MK] Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak. Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu. "Pada kamli terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok. "Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang. "Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM. Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan. Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang/ Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini. Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi ini di Bangkok. -16/9/13 P/s: Walaupun dilabel pemberontak/pengkhianat, Chin Peng juga pejuang (bukan perunding) yang mengangkat senjata menentang penjajah British. Atas nama kemanusiaan, takziah kepada keluarga Chin Peng. Sekali lagi, sejarah ditulis oleh pihak yang menang, pihak yang memihak kepada sebelah pihak. Oleh itu, galilah sejarah dari pelbagai arah untuk mengetahui sejarah sebenar! |
[Video] Isteri Muda Dakwa Dicaci, Dipukul Suami, Mengaku... Posted: 15 Sep 2013 10:00 PM PDT Isteri Muda Kena Silat [HM] Kuala Lumpur: "Dia berperwatakan seperti ustaz dan memberitahu mengahwini saya semata-mata kerana Allah, namun selepas berkahwin saya bukan saja dicaci hampir setiap hari, tapi turut dipukul, disepak dan kepala saya pernah dihentak dengan penukul." Demikian rintihan seorang mualaf yang kini melarikan diri daripada bekas suaminya, seorang guru silat selepas tidak tahan dikasari, termasuk pernah dipukul lebih 20 anak murid lelaki itu kerana dituduh bersekedudukan dengan lelaki lain. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hanim, 32, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada 2005 kerana belajar pencak silat daripadanya. "Ketika itu, saya baru bercerai dengan suami pertama dan tidak lama kemudian saya berkahwin dengannya selepas diyakinkan bahawa pernikahan kami hanya semata-mata kerana Allah SWT," katanya. HANIM menceritakan kisah dibelasah bekas suami kepada wartawan. Hanim berkata, dia menjadi isteri kedua dan pada masa sama turut menguruskan aktiviti pertubuhan silat milik suaminya. P/s: Berdasarkan pengakuan mangsa, si suami juga didakwa mendatanginya dari belakang. Kalau betul, bertaubatlah. Tonton video. |
Leina Hangat Berhijrah, Enggan Lihat Foto Seksinya Posted: 15 Sep 2013 06:25 PM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai. "Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik. "Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama. Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. "Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat. "Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya. Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya. Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut. "Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. "Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya. Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. -16/9/13 |
Krononologi Cuti Umum 16 September Mulai 2010, Selamat Hari Malaysia Posted: 15 Sep 2013 06:17 PM PDT Apabila TM mengucapkan terima kasih kepada 51% (merujuk kepada PR yang mendapat 51% sokongan rakyat Malaysia dalam PRU13) kerana cuti umum dan sambutan Hari Malaysia setiap 16 September mulai 2010, ada juga kawan-kawan yang bertanya, mengapa 51%? Bagi yang lupa, sila baca. P/s: Terima kasih PR! Selamat Hari Malaysia ke-50. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan