Isnin, 16 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jika tahaluf siasi itu haram, maka haramlah juga ....

Posted: 16 Sep 2013 03:30 AM PDT

Muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Perak

Aku tidak mahu mengulas kenyataan Ust Azli Musa.Kenyataan Azli agak moderate. Tapi kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas agak drastik. Beliau dipetik sebagai berkata : 

Tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam. 

Utusan Online dipercayai merujuk kepada kenyataan beliau menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Malaysia Official) : 

"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,"  Artikel Penuh: di sini.

Sehubungan dengan itu, sekiranya tahaluf siasi itu didapati haram, adakah beliau akan sanggup meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Temerloh dan memulangkan semula elaun Ahli Parlimen yang telah beliau terima selama ini?

PAS kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat - Nik Aziz

Posted: 15 Sep 2013 11:30 PM PDT

Bermacam-macam reaksi umum terhadap kenyataan TGNA yang tersiar di f/book beliau.Ada yang kata  : 

1) 'Nik Aziz ucap tahniah kepada Ulamak yang bermultaqa
2) 'Nik Aziz setuju Tahaluf Siasi dikaji semula' 
3) 'Dikaji untuk tujuan penambahbaikan ...' 

Masing-masing nak tolong cover setelah ramai yang tidak bersetuju dengan resolusi yang telah umumkan oleh Dewan Ulamak PAS.

 Semuanya itu cuba mengeksploitasi kenyataan Nik Aziz dengan merujuk kepada perenggan akhir kenyataannya sebagaimana berikut :

"Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan"

Walhal kenyataan Nik Aziz itu lebih menggambarkan kerisauan beliau sekiranya PAS mengambil keputusan untuk berundur ke belakang, yakni berundur ke era sebagaimana sebelum PAS bersama dalam Pakatan Rakyat. 


Maka aku sangat bersetuju dengan laporan Malaysiakini yang berikut :

Nik Aziz: Umno untung jika kaji untuk 'berundur' 
Mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik saranan yang timbul dalam satu perhimpunan anjuran PAS semalam agar parti tersebut mengkaji semula kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
 Namun, beliau tetap berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
 "...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. 
 "Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Tambahnya, PAS juga sepatutnya berusaha untuk membolehkan agar amalan Islam difahami oleh orang bukan Islam dengan baik.
 "Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan bukan Islam," katanya.
 Bekas menteri besar Kelantan itu menegaskan bahawa strategi PAS untuk kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat.
"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.
 "Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara," tambahnya.
Kenyataannya itu senada dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata saranan yang ditimbuilkan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib tersebut bertujuan untuk menguuatkan lagi kerjasama dengan PKR dan DAP.
 Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian hari ini menegaskan, PAS akan tetap bersama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
 Harun dalam satu himpunan PAS di Kedah semalam mencadangkan PAS Pusat supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berdasarkan garis panduan syura susulan pengaruh parti itu didakwa semakin lemah. Rujuk di sini


Sesuatu yang pelik, tetapi ianya benar ...

Posted: 15 Sep 2013 08:10 PM PDT

Harakah melaporkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata :

 "ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih kerana Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan...."

 Saya bersetuju benar dengan kenyataan tersebut. Cuma saya agak musykil sedikit mengenai beberapa perkara seperti berikut :

 1) Apa benarkah cadangan bagi Majlis Syura dan PAS Pusat untuk menyemak hubungan dan Tahaluf Siyasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan PR?

 2) Benarkah menyemak kembali Tahaluf Siyasi bersama dengan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang pelik?

 3) Bahawa semakan agar perjalanan tahaluf selaras dengan tuntutan syarak sebagaimana resolusi yang dikemukakan ialah sesuatu yang sihat dan bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan polemik?

 Laporan Harakah Online tersebut boleh dibaca di sini

Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan yang agak kontra berikut :

 1) Persetujuan PAS untuk tidak lantang memperjuangkan matlamat penubuhan negara Islam berlandaskan undang-undang hudud menguntungkan PKR dan DAP yang berjaya menarik sokongan lebih luas daripada pengundi. (Apakah PAS akan lebih beruntung kalau hudud dijadikan isu? Apakah orang Melayu terus menyokong Umno kerana Umno memperjuangkan Hudud? - al-husseyn)

 2) Hasrat PAS untuk menggantikan Umno sebagai parti utama kaum Melayu bagaimanapun kecundang apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah dan Umno memperbaiki pencapaiannya dengan memenangi 88 kerusi parlimen. (Apakah kejatuhan PAS di Kedah disebabkan Tahaluf Siasi dengan PKR dan DAP atau kerana keegoan Ust Azizan sendiri? – al-husseyn)

 3) Bagaimanapun kerjasama itu dikritik oleh beberapa pihak kerana PAS dilihat berkompromi dengan DAP dan PKR mengenai hal-hal asas membabitkan kepentingan Islam seperti penubuhan negara Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. (Bukankah Dewan Ulamak tidak sependapat dengan keputusan PAS Pusat dalam isu kalimah Allah tetapi sependapat dengan Ulamak Umno dan Umno telah menggunakan kesempatan ini – al-husseyn)

 Kalian boleh baca kenyataan Harun Taib itu di sini

Tiada ulasan: