Isnin, 16 September 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


RUMAH TERBUKA UNTUK YANG TAK BERUMAH

Posted: 16 Sep 2013 07:00 PM PDT





RUMAH TERBUKA
UNTUK WARGA TANPA RUMAH
 Pesta Rumah Terbuka untuk penghuni jalanan
Di kala penghuni kota enak tidur atas katil bertilam empuk, dia cuma beralaskan kotak yang biasanya dikutip di belakang kedai. Percaya atau tidak, rumahnya semenjak beberapa tahun lalu hanya di kaki jalan kedai sekitar Pudu Sentral. Panas atau hujan, disitulah tempat dia berteduh.
Dalam tempoh lima tahun berkelana di bandar Kuala Lumpur, pelbagai pekerjaan dilakukan dari kerja sebagai pengawal keselamatan hinggalah di restoran.
Bagaimanapun nasib tidak begitu menyebelahi lelaki berusia 32 tahun itu apabila  pekerjaan yang dilakukannya sering kali tidak pernah kekal.

baca seterusnya disini:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rumah-terbuka-untuk-penghuni-jalanan


TIDUR DAN MAKAN
DI JALAN

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SALUT DAN TABIK UNTUK KAWAN CHIN PENG

Posted: 16 Sep 2013 06:30 PM PDT





SALUT DAN TABIK UNTUK
KAWAN  YANG GAGAH BERANI

Walaupun dah pergi, tetapi tetap bersama rakyat buat selama-lamanya
Dengan kesedihan yang mendalam , kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi 
KAWAN CHIN PENG  ( ONG BOON HUA ) yang meninggal dunia dengan aman, berusia 89 tahun pada 16hb September 2013, pukul 6:20 pagi (waktu Malaysia pukul 7:20 pagi) di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.


Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.  Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat , yang mana menjadi tumpuan sepanjang hidupnya ini.

Perjuangannya terhadap penyakit menunjukkan personal yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran" beliau.


Malangnya, hal-ehwal yang tidak dapat dielakkan telah mendatang : Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Mungkin , bagaikan seorang yang balik keluar dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi , REHATLAH , kawan seperjuangan kami tersayang.


Beliau telah meninggalkan kita , tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.


Tiada apa yang boleh menggantikan setiakawan yang telah mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing. Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik . Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit . Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.


Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri. Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain. Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan. Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini- tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau telah mendatangkan perdamaian kepada negara kita. Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya. Sejarah akan menggugat  mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta. 


Selamat tinggal, Kawan Chin Peng - pemimpin yang kami cintai , kawan kami, wira kebebasan yang berani !  

Abdullah CD , rakan seperjuangan akrap Kawan Chin Peng,
Ban Chulabhorn Pattana Ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad Ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang 

Tarikh: 16hb September, 2013

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

DAYAK BANGUN MELAWAN

Posted: 16 Sep 2013 06:00 PM PDT



DAYAK BANGUN MELAWAN
28 SEPTEMBER 2013
PADANG MERDEKA
KUCHING

Protes Anti Kenaikan Harga Minyak: Walk Against 20sen

Kenaikan harga Petrol/Diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini pastinya membebankan rakyat Malaysia khususnya  golongan yang berpendapatan rendah.Kenaikan ini juga pasti akan membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seterusnya meningkatkan kos sara hidup yang telah pun tinggi terutamanya bagi mereka yang  tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.
 
Hakikatnya, mereka yang tinggal di pedalaman terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pengangkutan utama seperti bot untuk mereka ke bandar/pekan berdekatan.Selain itu,kos penghantaran barang keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman adalah tinggi dan di kawasan tertentu, penduduk terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi daripada orang ketiga. Justeru itu, kenaikan harga minyak akan menambah beban penduduk di kawasan pedalaman.
 
Justeru  itu,kita akan mengadakan 'Walk Against 20cent' sebagai simbolik bantahan terhadap perkara tersebut.Butiran lanjut adalah seperti berikut:
 
Tarikh:
28.9.2013/sabtu
(1 petang)
 
Tempat:
Berkumpul di checkpoint yang akan di tentukan dan bergerak ke Padang Merdeka,Kuching.
 
Tuntutan:
1) Penurunan kembali harga minyak,
2) Pengembalian subsidi rakyat dan mengurangkan
     subsidi Korporat.

Oleh itu, kami berharap rakan seperjuangan NGO di seluruh Malaysia akan menyokong tuntutan kami dan rakyat yang prihatin akan turut hadir bersama kami pada waktu dan masa yang ditetapkan. Harapan kita agar pihak kerajaan lebih peka kepada beban rakyat Malaysia.
 
Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak
 
Disokong oleh:
1.    Pusat Teori Timur
2.    Sarawak Youth For Change
3.    SAMM Sarawak
4.    Sarawak student Progressive Movement
5.    Geng Kotak
6.    Pemuda Sosialis
7.    Parti Sosialis Malaysia
8.    Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
9.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10.  Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
11.  Democratic Student and Youth Movement (DEMA)
12.  Student Progressive Front Universiti Putra Malaysia
13.  Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia
14.  Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
15.  Student Progressive Front Universiti Malaysia Sarawak      

Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak (BANTAH)             

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga
-----------

PESTA DAPUR JALANAN

Posted: 16 Sep 2013 05:17 AM PDT



GAMBAR GAMBAR 
untuk ingatan
parti jalanan pertama di kuala lumpur
projek dapur jalanan
15/september/2013
dimana jalan telah dibebaskan
untuk dijadikan ruang santai


MAKAN DI TEPI JALAN

URBAN SETTING

NASI LEMAK
DARI FAZLY


SAHABAT SETIA KAWAN

PENGHIBUR

LODEH DARI 
BANGSAR UTAMA

SEMUA DATANG
 MEMBANTU

URBAN SETTING

SATU KELUARGA 
DARI PANDAN

BANTU MEMBANTU

BANTU MEMBANTU

BILA GELAP  DATANG

ORANG PENANGGAH
BUAT SIBUK
 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------

SATU INGATAN DARI SEORANG KAWAN

Posted: 15 Sep 2013 09:41 PM PDT


NOTA
kakak sabariah ini
ialah awek syed husin
syed jumpa dia masa kat universiti 
jadi geng kami

kakak sabariah wafat hari jumaat lalu
ini ingat-ingatan dari  seorang kawan

KAK SABARIAH DALAM KENANGAN

September 15, 2013 at 9:06pm
Hari Sabtu 14 haribulan September 2013. Jam kira-kira pukul 12.00 tengahari. Kami berada di tanah perkuburan di Kota Damansara, Selangor.  Hari cerah dan panas. Tapi aku melihat di hujung langit ada awan mendung. Tanda hujan mungkin akan turun.

Tanah perkuburan itu di atas bukit. Ia cantik dan aman sekali. Kubur-kubur tersusun teratur dan di kelilingi oleh pohon-pohon hijau lebat merimbun, hutan dara. Aku mengharap kehijauan itu dikekalkan. Pembangunan konkrit-konkrit batu hendaklah jauh dari situ. Biarkanlah tempat  persemadian orang-orang yang kami sayangi ini dilindungi.

https://www.facebook.com/notes/hassan-karim/kak-sabariah-dalam-kenangan/637938832905597

--------

SALUT MON KAMARADE

Posted: 15 Sep 2013 09:22 PM PDT




SALUT
 SALUT MON KAMARADE

  • Chin Peng meninggal dunia di Bangkok
  • Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

-----------

BERAYA DENGAN WARGA TANPA RUMAH

Posted: 15 Sep 2013 09:08 PM PDT





PETANG KELMARIN
dari jam 5:30
tamu vvip   mula datang

tamu vvip dapur jalanan ialah:
 warga miskin kota
warga kota tanpa tempat tinggal
warga kota penduduk tebing sungai klang
warga kota wilayah jejembat
warga kota kerusi batu road
warga kota rumah kotal

mereka awal telah datang beratur

MUSIK BERMULA
kak maria dan abang azmi
dari persatuan orang buta brickfeilds
mula bermusik dan menyanyi
lagu raya
lagu anak muda
lagu berjoget dan bertandak
suasana paling cool

kita rampas kembali jalan
untuk kita berpesta
untuk kita bersama merayakan
hidup dalam kota

anak anak muda makin ramai datang
entah dari mana mereka datang
semua datang  buat ramai

tamu yang tak pernah kami kenali sampai
gedebe pun ada yang datang
yb syed sahir
yb eli wong
yb tian chua

tim pas dari bukit bintang datang full force
bukan saje dengan badan 
 datang bawa makanan
gulai ikan patin tempoyak
gulai cendawan kukur dg petai
dan 
paling kampong 
paling air liur meleleh
paling eksotik
 goreng ikan pekasam dari sungai pahang

ada satu keluarga dari kg pandan
dapat tahu dari membaca tukar tiub
datang membawa mee hoon goreng

mas  ngo wartawan bukan wartawan
datang dengan kueh masak dirumah

py dari kill the bill datang 
dengan
kueh kueh nyonya melaka

eli bawa buah mangga
dari pokok sendiri

tim himpunan hijau
datang untuk ambil tanda tangan

makanan ori dari dapur jalanan
lodeh nasi impit dan satay
memang tak cukup 
nasib baik ramai yang datang bawa makanan
lebih dari 300 datang makan

kami dapat bantuan leterik
dari rumah seni jalan panggung
mereka juga pinjamkan meja

pak cik jual mee hailam tepi jalan
depan gudwara sikh
 datang meminjamkan meja dan kerusi

tuan tuan punya kedai dijalan panggung
menyokong dapur jalanan 
tanpa mereka susah nak berjaya

KAKAK NASHITA MAT NOR
suami kena penjara di tapah
datang dengan anak-anak

kartonis azam mat nor
datang ambil gambar


KEMUDIAN 
kah kah kah
kita bertandak dan berjoget
pyan habib buat rock baca sajak
ronasina pun menyanyi
dr ian dari bangi main gitar dan menyanyi
ben ali pakai topeng baca sajak
wak kang dan orkes rakyat tertindas buat persembahan
nik jidan main joget pahang
lalu joget lambak dibuka
tradisi melayu asli
dihidupkan kembali
pada malam kelmarin

ada anak muda dari tim kotak
dari tim sang saka
datang
tapi paling banyak anak muda dari
kumpulan gagalis tegar
kah kah kah

lagu suara rakyat didengarkan kembali
kita nyanyi ramai ramai
mula ingatkan pesta dah selesai
vvip  ramai telah beredar 
jam 9:00 malam 
tapi
tim penangah  meneruskan pesta
bergendang dan bertandak

pesta dapur jalan berhenti
jam 10:00 malam

PEWARIS
ada sosok sosok ubu ori yang datang
mereka datang dengan  anak
ada dah lima tahun
ada baru dua tahun
ramai berkeliran

anak anak kecil ini  menjadi saksi
waktu beredar
20  tahun dari petang kelmarin
jika warga tanpa tempat tinggal masih wujud
maka merekalah
menjadi pewaris
dapur jalanan

AHAD DEPAN
 jam 6:00 petang
dapur jalanan 
akan membuat apa yang telah dibuat
pada petang ahad
sesiapa  yang ingin datang 
dijemput datang

TERIMA KASEH
pas bukit bintang
pkr lembah pantai
pkr bukit lanjan
dap bukit bintang

NOTA
ada seorang minah cun sampai
siapa minah cun ini?
tunggu dan nanti
berita menyusul
kah kah kah
NOTA
satu tim anak muda
di pulau pinang juga
telah memulakan
dapur jalanan


TIM AWAL DAPUR JALANAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

SATU PROJEK GAGAL

Posted: 15 Sep 2013 07:15 PM PDT



ANAK MUDA
MEMBAWA KESEDRAN BARU

Selepas 50 tahun, berjayakah Malaysia sebagai negara?

Hari ini, genaplah 50 tahun usia Malaysia. Sudah separuh abad negara berdiri selepas Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September, 1963.
Pada tanggal keramat ini 50 tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman berucap di Stadium Merdeka sempena penubuhan Malaysia.
Bagaimana pula hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama?
Aktivis dan pemerhati politik Hishamuddin Rais (gambar, kanan) mengatakan selepas 50 tahun, Malaysia masih lagi gagal sebagai sebuah negara bangsa kerana Perlembagaan Negara tidak menawarkan penyelesaian ........

baca seterusnya...
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-50-tahun-berjayakah-malaysia-sebagai-negara

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

Tiada ulasan: