Ahad, 15 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelajar Dirogol 7 Lelaki

Posted: 15 Sep 2013 08:00 AM PDT



[HM] Pontianak: Polis semalam menangkap beberapa lelaki yang dipercayai merogol seorang pelajar berusia 16 tahun secara bergilir-gilir.

Jurucakap polis, Edy berkata, pelajar sekolah menengah atas itu diperkosa enam lelaki dan seorang remaja di Kota Mempawah, Kalimantan Barat selepas diperdaya oleh seorang remaja, rakan rapatnya yang turut menjadi suspek dalam jenayah itu.

"Suspek membawa mangsa dengan motosikal ke kawasan gelap dan sunyi. Di situ, enam remaja lain menunggu.

"Mereka nenekap mulut mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir." kata Edy.

Gadis itu kemudian ditinggal di tempat kejadian dengan keadaan separuh bogel. sebelum ditemui beberapa penduduk kampung.

Polis percaya kejadian itu dirancang Polis berjaya menahan sebahagian daripada suspek kes rogol berkenaan. - Agensi -15/9/13

Cadangan Harun Taib, Apa Komen TG Nik Aziz dan Presiden PAS?

Posted: 15 Sep 2013 07:30 AM PDT


Kaji untuk Tambah Baik, Bukan Undur – TG Nik Aziz

[HD] KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untuk terus relevan di pentas politik negara dengan memahami suasana politik dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," kata Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat.

Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.

"Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," tegas beliau.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS
9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M


Hadi: Kaji untuk Perkukuh Kerjasama Pakatan

[MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata saranan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP bertujuan untuk menguatkan lagi usaha berkenaan dalam Pakatan Rakyat.


Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian menegaskan, PAS akan tetap bersama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat.

"Kita akan terus bersama dala Pakatan Rakyat dan tiada kemungkinan untuk keluar dariapda Pakatan itu," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Akhbar hari ini melaporkan Harun sebagai mencadangkan PAS Pusat supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berdasarkan garis panduan syura susulan pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Beliau berkata langkah itu wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan PAS selain merosakkan hubungan dalam kerjasama politik sendiri. 


Sementara Naib presiden Datuk Mahfuz Omar(kanan) dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad turut menyokong kenyataan dengan Abdul Hadi itu.

Sekalipun menghormati pandangan Harun itu, Mahfuz tetap menegaskan parti itu sentiasa mengkaji setiap strategi bagi memperkukuhkan setiap kerjasama yang dilakukan.

"(Cadangan) itu biasa. PAS sentiasa mengkaji setiap strategi untuk memperlihatkan keberkesanan (fungsi PAS dalam Pakatan) di samping memperkukuh dan memantapkan sebarang bentuk kerjasama yang kita lakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun menasihatkan mana-mana pemimpin supaya berhati-hati mengulas isu yang dibangkitkan dan adalah lebih baik ia dibincangkan secara dalaman.


Manakala, Khalid pula menegaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "tidak sekali-kali" merugikan parti itu, malah mendapat manfaat yang lebih banyak.

Beliau yang juga ahli parlimen Shah Alam turut bersetuju supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan semata-mata untuk "memperbaiki dan memperkukuhkan" kerjasama di kalangan parti pembangkang,

"Dari dulu (PAS) ditolak Melayu dan bukan Melayu, kecuali di Kelantan. Sekarang penerimaan oleh Melayu semakin ditingkatkan dan penerimaan bukan Melayu, oleh kerana kebersamaan kita dengan Pakatan, amat membanggakan.

"PAS dilihat sebarang parti yang berjuang atas dasar Islam yang mengutamakan prinsip-prinsip keadilan dan menolak perkauman. Mesej dan imej Islam semakin diperjelaskan dengan adanya PAS bersama Pakatan," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.


Berkaitan:



Komen Prof Agus tentang Cadangan Agar Pas Kaji Semula Persepakatan dengan PKR

Posted: 15 Sep 2013 06:52 AM PDT



[FB Prof Agus] Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran 'mereka' yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013.

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah "mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat." Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya. 

Yang menghairankan saya ialah kenapa pula kumpulan Ulamak ini tidak mencadangkan juga supaya PAS menghentikan kerjasamanya dengan DAP dan sebagai gantinya mencadangkan PAS supaya menggerakkan penyatuannya dengan UMNO. Saya fikir kenyataan seperti itu lebih jelas supaya penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan. Ini satu cadangan yang lebih praktikal jika betullah kumpulan ulamak ini mahu PAS terus mendapat tempat perdana dalam politik negara.

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa" juga cukup nakal. Apakah kumpulan ulamak ini ingat hanya ulamak sahaja yang memahami Islam dan realiti semasa? Bagi saya, kumpulan inilah yang tidak memahami realiti politik semasa. Di kala rakyat sedang bercakap tentang kewujudan sistem dua parti dalam negara, mereka pula menolaknya. Tindakan kumpulan ini adalah menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS dan jika tidak kena dengan caranya boleh menyebabkan ahli dan penyokong PAS lari dari PAS.

Saya hendak sangat tengok ahli PAS lari dari PAS sekiranya kumpulan ulamak jenis ini yang memimpin PAS sebab pemikiran kumpulan seperti ini payah diajar kerana mereka selalu menganggap tindakan mereka sahaja yang Islamik. Bagi kumpulan ini, jika mereka mengutuk atau mengaibkan orang itu dibenarkan, tetapi jika ahli hanya sekadar berbeza pendapat dengan mereka, maka ahli pula yang dituduh tidak taat kepada pemimpin dan melanggar etika parti. Tindakan kumpulan ulamak ini tidak demokratik dan hairannya masih ada ahli yang setia dan mendokong kumpulan pemimpin jenis ini.

Apa jadi jika PAS hanya dikuasai oleh ulamak sahaja? Saya yakin, dalam PRU akan datang rakan pakatannya dalam PR akan meninggalkannya dan kekuatan PAS hanya bakal tinggal kenangan. Maka, untuk seterusnya UMNO dan BNlah yang akan terus menguasai negara.



Bercinta dengan Lelaki 41 Tahun, Lapor Polis Apabila Hamil

Posted: 14 Sep 2013 09:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] KULIM - Gara-gara bercinta dengan lelaki berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, seorang remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah membuat laporan polis kerana mendapati dia hamil.

Menurut mangsa, dia berkedudukan dengan suspek sejak beberapa bulan di rumah kedai di sebuah taman perumahan di sini dan apabila mendapati dirinya hamil, mangsa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya di Perak.

Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian menimpa terhadap anaknya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Dalam keterangan dibuat mangsa, dia membuat laporan polis supaya suspek tidak bersikap lepas tangan dan mahu lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini banyak kes rogol berlaku dan jumlah mereka terlibat semakin meningkat.

Menurutnya, dari laporan dibuat, kebanyakan mangsa terlibat terdiri dari remaja perempuan bawah umur dan tidak berpendidikan.

"Selain itu faktor kehidupan harian juga memainkan peranan. Kebanyakan mangsa terlibat datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Dalam kes ini, ibu mangsa sebelum ini menikahi seorang lelaki warga asing bagaimanapun setelah tamat tempoh bekerja di negara ini, suaminya meninggalkan mangsa bersama ibunya.

"Apabila berlaku permasalahan keluarga, anak akan mengambil jalan singkat dan mula bergaul bebas. Dalam usia muda mereka mudah terjebak dalam pelbagai kegiatan sosial," katanya.

Katanya, polis memandang serius terhadap permasalahan ini dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol walaupun kekasihnya itu membenarkannya.

Remaja Sanggup Tinggalkan Keluarga, Rela...

Posted: 14 Sep 2013 08:41 PM PDT


[SH] KULIM - Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.

Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.

Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.

Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Lelaki Separuh Bogel Mengganas Cari ANAK DARA

Posted: 14 Sep 2013 07:57 PM PDT


Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.

[SH] MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng 'Zorro' berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup," kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. 

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya. 

"Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

"Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera" katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai 'orang minyak' oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

"Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

"Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit," katanya. -15/9/13




Anggota Polis Tembak Isteri, Bapa Mentua, dan Diri Sendiri

Posted: 14 Sep 2013 07:55 PM PDT


[Bernama] LEDANG - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini malam tadi.

Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

"Iman itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja," katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan Iman itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - 15/9/13

Foto
Foto: HM



Tiada ulasan: