Ahad, 15 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mana Harun Taib dan kuncu-kuncunya nak sorok muka?

Posted: 15 Sep 2013 09:00 AM PDT

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 
2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS?

Laporan Post Mortem PRU-13 yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Salahuddin Ayub dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad sebagai timbalannya itu , rasa-rasanya masih belum siap lagi.

 Ini kerana menurut kenyataan dalam laporan Harakah Online pada 9 Jun 2013 lalu, Timbalan Presiden Mohamad Sabu menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut sudah pun menjalankan siasatannya dua minggu lepas dan laporan lengkap dijangka akan siap dalam bulan Oktober ini.

 Kini baru masuk minggu kedua September. Belum lagi Oktober! Kalau begitu keadaannya, maka Laporan Post Mortem yang Dr Dzulkifli sifatkan sebagai 'Post Mortem umpama siasatan diraja' itu, belum siaplah lagi!

 Maka atas dasar apakah Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sanggup mengeluarkan kenyataan :

 "Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS. 

 "Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini 

Bukankah lebih beradab sekirannya Harun Taib menunggu dahulu keluarnya laporan Post Mortem PRU-13 supaya dapat mengenal pasti mengenai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan perkara-perkara yang dikatannya melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi.

 Tindakan Harun Taib dengan mengeluarkan kenyataan tersebut jelas tidak menghormati Jawatankuasa Post Mortem PRU-13 yang telah dilantaik.

 Malah kalau diperhalusi resolusi Multaqa Ulama itu kelihatan begitu dipengaruhi oleh pemikiran Harun Taib sendiri dan seolah-olah cuba mengenepikan TGNA yang merupakan Mursyidul 'Am dengan begitu sahaja.

 Bukankah lebih bersopan sekiranya resolusi itu dipersembahkan dahulu kepada Nik Aziz selaku Mursyidul Am sebelum ianya diumumkan kepada ramai? Apakah layak seorang Mursyidul 'Am hanya dapat mengetahuinya melalui akhbar sahaja?

 Sekarang mana Harun Taib dan kuncu-kuncunya nak sorok muka mereka bila Nik Aziz berlaga angin dengan resolusi Multaqa Harun Taib?

Parti Ulamak Semalaysia PUS ganti PAS!

Posted: 15 Sep 2013 03:00 AM PDT


Tuan Pengerusi Tetap, Alhamdulillah kerana PAS selama ini mampu bertahan dalam memperjuangkan Islam lantaran konsep Kepimpinan Ulama yang menjadi teras perjuangannya sehingga kini. 

 Mursyidul Am, Timbalannya, Dewan Ulama dan Majlis Syura yang dibarisi oleh ulama-ulama Pas yang akan terus menentukan dasar serta masa depan parti. Terutamanya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

 Bagi tujuan memperkasakan lagi kedudukan Ulamak dan bertepatan dengan konsep 'Kepimpinan Ulamak' maka Saya alHusseyn, selaku perwakilan dari PAS Kawasan Entah Berantah amat menyokong resolusi ke-5 dan ke-7 Multaqa Ulamak PAS Malaysia yang menyatakan sebagaimana berikut :

 Resolusi ke-5 Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah

 Resolusi ke-7 Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.


Maka dengan ini saya ingin mencadangkan dua perkara kepada muktamar pada kali ini.

 1) Mencadangkan supaya PAS keluar dari gabungan Pakatan Rakyat dan bertanding sendirian di semua tempat yang dihajati tanpa perlu bertolak ansur dengan mana-mana parti.Motif PAS adalah untuk menyampaikan dakwah Islamiyah.Allah tidak akan tanya kita kenapa kita kalah dan berapa jumlah wang deposit yang lebur, tapi Allah akan tanya kita, apakah kamu telah menyampaikan dakwah?

 2) Mengusulkan digubalkan perlembagaan PAS dengan menyatakan seperti berikut :

 2.1 "SEMUA TIDAK BOLEH MENJADI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, KECUALI MEREKA YANG BERGELAR ULAMA. 

 2.2 Disamping itu juga, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat juga hendaklah dari kalangan mereka yang ulamak haraki.

 2.3 Nama PAS, Parti Islam Semalaysia ditukar menjadi Parti Ulama Semalaysia atau singkatannya PUS. 

2.4 Golongan professional tidak perlu lagi dicalonkan lagi dalam pemilihan di masa akan datang dan hanya layak menjadi tukang pasang poster dan pacak bendera sahaja.

 Penggubalan perlembagaan ini adalah satu perkara yang penting, kerana bagi mengelak dari berlaku kecelaruan dan persengketaan isu "ulama - professional" yang berlaku selama hari ini. Sekian

Apakah pandangan Nik Aziz masih dihormati?

Posted: 15 Sep 2013 12:57 AM PDT

Apakah buah fikiran Mursyidul 'Am PAS masih dihormati lagi setelah beliau sudah tidak ada lagi menjadi MB Kelantan? 

Apa akan jadi kepada PAS apabila ditakdirkan nanti,  Nik Aziz sudah tiada lagi?

 Sudah tentu suara Mat Sabu atau Khalid Samad tidak mampu menegur sebab mereka ini bukan dari kalangan ulama'.Terpulanglah kepada kalian untuk menilainya.

Amat menarik sekali apabila kelihatan seolah-olah  'berlaga angin' bila terdapat dua resolusi Ulamak yang agak panas telah ditetapkan iaitu:
Resolusi ke-5 Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.
 Resolusi ke-7 Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. Sila rujuk di sini
Merujuk resolusi ke-7 diatas, bukankah TGNA pernah berkata,"Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama. 

 "Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi di sini

Merujuk resolusi ke-5 pula, Harakah Online melaporkan sebagaimana berikut :

  KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untuk terus relevan di pentas politik negara dengan memahami suasana politik dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," kata Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat.

 Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

 "Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.

 "Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," tegas beliau.

 Ikuti kenyataan penuh beliau di sini di sini

Tiada ulasan: