Ahad, 15 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenapa Mukhriz disyarat minta nasihat Najib?

Posted: 15 Sep 2013 06:24 AM PDT

Harakahdaily,



KUALA LUMPUR: Kenapa hanya Mukhriz Mahathir yang diminta oleh Zahid Hamidi mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding Naib Presiden Umno sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?

"Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?" tulis blogger Shahbudin Husin.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu, atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut.

" Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?" tanya beliau di dalam blognya.

Beliau selanjutnya bertanya adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya.

PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat

Posted: 15 Sep 2013 06:22 AM PDT

Bashir Ishak,



ALOR SETAR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak melihat sebarang kemungkinaan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Presiden PAS itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas majlis penutupan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini semalam.

Mengulas resolusi multaqa yang mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat disemak semula, beliau berkata sehingga kini PAS tetap bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

"Semua urusan termasuk penyusunan ahli-ahli parlimen seperti yang kita setuju dengan apa yang ada pada hari ini dan juga penyertaan dalam parlimen dan dewan undangan negeri,  kita masih tetap bersama.

"Insya Allah itulah yang ada dalam amalan poltik Islam. PAS paling berpengalaman sejak 1951," ujarnya.

Tegasnya, PAS bertahaluf menuntut kemerdekaaan walau berbeza pandangan dengan Umno dan kemudiannya PAS menjadi pembangkang.

Katanya, PAS juga pernah masuk menjadi kerajaan pada tahun 1970 dan PAS terlibat dalam penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.

"Tahun 1978 kita dikeluarkan kerana krisis di Kelantan, bila kerajaan campurtangan dengan membuat darurat macam di Mesir sekarang, mereka ambil alih kerajaan.

"Kita ambil balik pada  tahun 1990 bila kita bersama Semangat 46 pula,"jelasnya.

Gagalkah Malaysia sebagai negara?

Posted: 15 Sep 2013 06:18 AM PDT



Oleh Amin Iskandar 


Esok genaplah 50 tahun Malaysia berdiri sebagai sebuah negara.Pada 16 September 1963, Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung menjadi satu negara. Dua tahun selepas ianya ditubuhkan, Singapura keluar.Tarikh keramat 16 September baru dua tiga tahun lalu dianggap sebagai hari penting dan diberikan cuti umum.

Apa yang berlaku selepas 50 tahun menjadi sebuah negara?

Kita masih lagi berbincang tentang masalah hubungan diantara kaum di Malaysia.

Sabah dan Sarawak yang pada satu ketika dahulu bersama-sama bersetuju menubuhkan negara ini, masih merasa dipinggirkan dan tidak dimajukan selari dengan Semenanjung Malaysia walaupun hasil kekayaan negeri mereka dikongsi bersama.

Rakyat Malaysia masih lagi diklasifikasikan mengikut kaum dan agama malahan ramai yang dianggap sebagai "lain-lain".

Allah hanya untuk Melayu dan Islam, walaupun kita difahamkan Allah itu tuhan untuk sekalian alam.
Media arus perdana masih lagi dikawal ketat oleh parti yang memerintah.

Media milik negara seperti RTM masih belum memberikan laporan yang adil dan seimbang walaupun mereka didanai oleh wang pembayar cukai.

Anak-anak kita masih lagi tidak bersekolah di bawah satu bumbung.

Semuanya mahu ke sekolah eksklusif masing-masing dan sekolah kerajaan tidak menarik minat kaum selain Melayu kerana dasar 'Islamisasi' atau 'Arabisasi' yang agresif.

Selepas separuh abad masih belum jelas apakah Malaysia ini sebuah negara Islam atau sekular.

Kalau tanya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau akan kata Malaysia adalah negara Islam.

Tanya Pengerusi DAP Karpal Singh pula, mati-mati beliau akan kata mereka sekular.

Jadi apakah sebenarnya Malaysia?

Berikut adalah sebahagian daripada pelbagai persoalan yang timbul dan sering diperkatakan.

Awal minggu ini semasa menjadi moderator dalam satu forum anjuran The Malaysian Insider, penulis diberitahu oleh salah seorang ahli panel yang merupakan pengarang majalah, terdapat 40,000 rakyat Malaysia menetap di Melbourne, Australia.

Menurutnya, 40,000 ini merupakan rakyat Malaysia yang masih memegang passport negara dan belum dicampur dengan yang sudah melepaskan kewargenegaraan Malaysia.

Jumlah ini juga belum dicampur dengan rakyat Malaysia yang menetap di bandar-bandar lain di Australia.
Apabila memikirkan kembali apa yang dikatakan oleh pengarang majalah tersebut membuatkan penulis berfikir.

Pada ketika negara ini "dihuru-harakan" oleh orang yang memegang tampuk kekuasaan, sedikit demi sedikit rakyat meninggalkan negara ini.

Bukan sahaja kaum Cina dan India, ramai juga orang-orang Melayu turut bersama.

Kata pengarang itu lagi, di Melbourne, rakyat Malaysia yang menetap di sana tidak membezakan antara satu sama lain mengikut kaum dan agama.

Semuanya berbangga kerana datang dari negara yang sama.

Esok negara kita akan berusia separuh abad. Fikirkanlah kembali apa yang sudah dan akan kita lakukan untuk memperbaikinya.

Sekurang-kurangnya, mulakan dengan diri kita terlebih dahulu.

Kalau kita tidak mempunyai kawan dari kaum lain, mulakan mencari. Berkenal-kenalanlah antara satu sama lain.

Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.

Lebih baik lagi jika kita bercinta dengan orang dari kaum berbeza. Banyak kebaikannya.

Sekurang-kurangnya kita mula merapatkan jurang antara kaum selepas terpisah sekian lama.

Selamat Hari Malaysia ke-50

Jemaah haji mula masuk Makkah malam ini

Posted: 15 Sep 2013 06:10 AM PDT

Lembaga Tabung Haji .
MAKKAH - Sebanyak 862 kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah akan bergerak memasuki tanah suci Makkah mulai hari ini.

Pengurus Maktab 90 Abraj Janadriyah, Sohaimi Abd Rahim berkata jemaah terawal yang menaiki pesawat KT1 dan KT2 itu dijangka tiba secara serentak di pusat penginapan Maktab berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam ini waktu tempatan (6.30 pagi 16 Sept waktu Malaysia).

Katanya Maktab 90 akan menampung sebanyak 3,169 jemaah yang tiba secara berperingkat sehingga 9 Okt depan manakala Maktab 91 yang dikenali sebagai Qasr Janadriyah pula akan menampung 3,168 orang.

Mereka yang tiba dari Madinah itu adalah dalam berihram dan akan menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadah haji yang bermula 14 Oktober depan.

Sohaimi berkata jemaah berkenaan juga akan diberi peluang untuk berehat di bilik masing-masing dan diberikan taklimat sebelum dibawa untuk mengerjakan tawaf dan saie pada esok pagi.

"Kita telah bersiap sedia untuk menguruskan penginapan dan menyusun atur cara untuk semua jemaah sejak 12 Sept lagi dan semua pusat perkhidmatan telahpun memulakan operasi masing-masing," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Antara pusat perkhidmatan yang beroperasi itu ialah Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan dan Pusat Perkhidmatan Guru Agama.

Dua maktab penginapan itu terletak di dalam bangunan dikenali sebagai Abraj Janadriyah turut menempatkan pusat pentadbiran utama Tabung Haji (TH).

TH menyewa lapan buah bangunan yang menempatkan enam maktab penginapan jemaah haji pada musim ini.

Sohaimi berkata pengurusan TH juga menyediakan infokit mengandungi maklumat mengenai aktiviti penting dan jadual pergerakan mereka sepanjang berada di Makkah.

"Melalu infokit ini, kita berharap jemaah tidak lagi perlu tertanya-tanya mengenai aktiviti yang disusun atur untuk mereka dan perkara penting seperti nombor telefon kecemasan dan peta laluan ke Masjidil Haram," katanya.

Mengenai perkhidmatan katering, jemaah haji diingatkan bahawa mereka hanya diberikan makan tengah hari dan makan malam manakala sarapan pagi atas tanggungan sendiri.

"Mereka boleh membeli makanan di kafeteria untuk sarapan pagi atau di beberapa buah tingkat terpilih," katanya.

Lebih 5,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Madinah dan akan bertolak ke Makkah secara berperingkat mulai hari manakala mulai 20 Sept ini penerbangan dari Malaysia akan membawa jemaah terus ke Makkah.

Sebanyak 22,320 jemaah haji dengan 65 penerbangan dari Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci pada tahun ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus dari tahun sebelumnya. - Bernama

Kisah Pak Samad dan 'rojaknya sekolah' pasca PPSMI...

Posted: 15 Sep 2013 06:01 AM PDT


Oleh Lanh 


DATO' A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad 'bukanlah asing' bagi diri saya. Saya pernah bekerja sebumbung dengannya ketika di NSTP pada tahun-tahun 1980-an dulu.

Kini pada ketika Pak Samad difitnah dan dilempar pelbagai tuduhan jelek termasuk pengkhianat negara, saya mengimbau catatan saya mengenai beliau di samping menelusuri usahanya dalam mengepali bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang sehingga kini isunya bagaikan 'duri dalam daging' yang bila-bila masa boleh meletup.

 Tetapi ia senyap saja sekarang ini kerana pembantah PPSMI mungkin sudah terlena dengan janji manis pemimpin kerajaan.

Dalam buku saya 'Dilema Seorang Wartawan Islam' saya mencatat: "Beberapa hari selepas memasuki Berita Harian, Yunus Said (ketika itu Penolong Pengarang Berita dan menjadi terkenal selepas meletakkan jawatan sebagai Pengarah Operasi TV3), memanggil saya ke meja kerjanya.

"Beliau memberi nasihat yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Katanya: "Kamu ingat kamu nak jadi Samad Said ke?" merujuk kepada Sasterawan Negara, A Samad Said. Beliau berkata demikian bagi menyindir cara saya bekerja yang dakwanya macam tokoh besar dunia kesusasteraan itu.

"Saya mula mengenali nama A Samad Said sewaktu bersekolah lagi. Novelnya 'Salina' menarik perhatian saya. Kata Yunus: "Kalau awak buat kerja, temenung sana, temenung sini, bila kerja kamu nak siap? Kerja ni (buat berita) bukan macam buat buat novel, buat cerpen. Buat kerja sikit, kemudian berhenti - minum kopi, temenung dan kemudian temenung lagi. Besok pun termenung lagi."

Ya, ketika zaman awal saya di NSTP kerap benar saya melihat Pak Samad duduk-duduk di kafeteria NSTP; biasanya santai sekali dia bersa

ma isteri keduanya, Kak Rashidah Md Dahan. Sesekali timbul juga rasa 'jeolous' di hati 'orang bujang macam saya' (ketika itulah)! Ehh, intim sekali 'orang tua berjanggut' ini dengan 'pasangannya', desir hati saya...

Sebagai anak seni yang halus jiwanya mengerti rentak suara hati rakyat kerana kerap benar beliau menelusuri lorong dengan berjalan kaki hanya bersandal atau berselipar serta menaiki bas awam, 'respek' (perkataan 'baru' yang saya perasan digunakan ketika sambutan Hari Wanita...respek wanita, apa tak boleh dipakai hormati wanita?) saya kepada Pak Samad bertambah jitu akhir-akhir ini apabila mengenang 'orang tua' ini sanggup mengharung derita bersama rakyat marhaen termasuklah dalam isu PPSMI.

Atas kepimpinan tokoh-tokoh seperti Pak Samad dan bekas Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr Hassan Ahmad (kini Allahyarham); PPSMI dimansuhkan (atau lebih tepat lagi 'digantung tak bertali') selepas diadakan satu bantahan besar-besaran di KL pada 7 Mac 2009 yang dianggarkan dihadiri 100,000 orang.

Namun orang politik bijak bersandiwara; PPSMI sebenarnya tidak dimansuhkan serta merta tetapi disediakan landasan 'soft landing', demikian umum Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan Umno-BN terus mendapat sokongan kedua-dua pihak yang membantah dan menyokong PPSMI.

Kata Muhyiddin PPSMI akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021. 'Soft landing' yang dikatakan oleh Muhyiddin yang memberi sekolah kebebasan penuh untuk menentukan sama ada untuk terus menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pelaksanaan program PPSMI sehingga kohort terakhir tamat pada 2015 (sekolah rendah) dan 2020 (sekolah menengah).

Muhyiddin dilihat sebagai tunduk kepada kedua-dua pihak yang menentang dan menyokong PPSMI, mungkin bagi kepentingan politik diri dan partinya; seolah-olah memberikan situasi menang-menang (win-win situation) yang diharapkan dapat memuaskan Gerakan Menentang PPSMI (GMP) dan juga kumpulan pro-PPSMI yang digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Berdasarkan perkembangan semasa; Page dilhat semakin lantang dan ke depan sedangkan GMP kelihatan 'agak senyap'. Ingatlah kata pemutus belum ada lagi mengenai PPSMI...ya perjuangan kita belum selesai!

Kini pada ketika Pak Samad dituduh pengkhianat, saya cuba-cuba meninjau-ninjau pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah pada 'pasca' PPSMI. Terperanjat saya, ada sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris saja, ada sekolah dalam bahasa Melayu saja dan ada sekolah dalam 'bahasa rojak' (Inggeris dan Melayu). Di sekolah Cina dan Tamil, tidaklah saya tahu keadaannnya.

Bagi tujuan peperiksaan, kertas Sains dan Matematik disediakan dalam dwi-bahasa dan apabila menyemak salah satu kertas itu pada panduannya ada ditulis: "Kamu dibenarkan menjawab keseluruhan atau sebahagian soalan sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu."

Bercelaru dan 'rojak' sungguh sistem pendidikan kita sekarang ini; yang cukup saya bimbang nasib pelajar-pelajar kita. Sebagai contoh jika di sekolah rendah terutama di luar bandar, murid belajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya tetapi apabila ke sekolah menengah (terutama sekolah berasrama penuh) yang memilih bahasa Inggeris sepenuhnya, tidaklah mudah untuk pelajar 'catch up'. Sengaja saya guna ungkapan bahasa Inggeris ini bagi menunjukkan betapa 'rojak'nya diri termasuk sistem pendidikan kita.

Ya, 'kerojakan' (kecelaruan dan kepincangan) yang berlaku sekarang ini perlu ditentang kita semua; tidak wajar kita bebankannya lagi di bahu Pak Samad sekalipun semangat 'merakyatnya' tetap berkorbar-kobar dan sentiasa menyala. Mana pejuang-pejuang muda kita; ayuh kita kibarkan bendera di atas puing-puing runtuhan kota Melaka!

PAS mengundur ke belakang ?

Posted: 15 Sep 2013 05:58 AM PDT


Oleh Mohammad Agus Yusoff


Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran 'mereka' yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara. 

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013.

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah "mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat." Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya.

Yang menghairankan saya ialah kenapa pula kumpulan Ulamak ini tidak mencadangkan juga supaya PAS menghentikan kerjasamanya dengan DAP dan sebagai gantinya mencadangkan PAS supaya menggerakkan penyatuannya dengan UMNO. Saya fikir kenyataan seperti itu lebih jelas supaya penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan. Ini satu cadangan yang lebih praktikal jika betullah kumpulan ulamak ini mahu PAS terus mendapat tempat perdana dalam politik negara.

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa" juga cukup nakal. Apakah kumpulan ulamak ini ingat hanya ulamak sahaja yang memahami Islam dan realiti semasa? Bagi saya, kumpulan inilah yang tidak memahami realiti politik semasa. Di kala rakyat sedang bercakap tentang kewujudan sistem dua parti dalam negara, mereka pula menolaknya. Tindakan kumpulan ini adalah menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS dan jika tidak kena dengan caranya boleh menyebabkan ahli dan penyokong PAS lari dari PAS.

Saya hendak sangat tengok ahli PAS lari dari PAS sekiranya kumpulan ulamak jenis ini yang memimpin PAS sebab pemikiran kumpulan seperti ini payah diajar kerana mereka selalu menganggap tindakan mereka sahaja yang Islamik. Bagi kumpulan ini, jika mereka mengutuk atau mengaibkan orang itu dibenarkan, tetapi jika ahli hanya sekadar berbeza pendapat dengan mereka, maka ahli pula yang dituduh tidak taat kepada pemimpin dan melanggar etika parti. Tindakan kumpulan ulamak ini tidak demokratik dan hairannya masih ada ahli yang setia dan mendokong kumpulan pemimpin jenis ini.

Apa jadi jika PAS hanya dikuasai oleh ulamak sahaja? Saya yakin, dalam PRU akan datang rakan pakatannya dalam PR akan meninggalkannya dan kekuatan PAS hanya bakal tinggal kenangan. Maka, untuk seterusnya UMNO dan BNlah yang akan terus menguasai negara.

Ko Youn nafi cadang Gerakan, MCA dan SUPP bergabung

Posted: 15 Sep 2013 05:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 



Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn semalam menafikan beliau mengeluarkan kenyataan agar parti itu, MCA dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bergabung.

Sebaliknya, kata Chang, beliau hanya mencadangkan supaya semua parti berkenaan dibubarkan bagi membolehkan kesemua ahlinya menyertai Barisan Nasional (BN), lapor Utusan Malaysia.

 "Saya tidak kata penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP. Cadangan saya adalah untuk semua parti agar dibubarkan dan semua ahlinya masuk BN. Apabila parti itu dibubarkan, ia akan jadi BN dan parti untuk semua.

"Bagaimanapun selepas dua atau tiga bulan (selepas keluarkan kenyataan itu), ia sudah diubah menjadi isu bahawa Gerakan dan MCA serta SUPP akan bergabung. Apa yang saya kata, MCA, SUPP, Gerakan ataupun MIC kalau bergabung tak selesaikan masalah," katanya.

Chang menyatakan perkara itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan PGRM Negeri Terengganu ke-32 di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PGRM Terengganu yang menang tanpa bertanding, Datuk Yap Kea Ping.

Beliau diminta mengulas kemajuan proses perbincangan ke arah penggabungan ketiga-tiga parti berkenaan yang dicadangkan oleh beliau sebelum ini.

Sebelum ini media melaporkan Chang mencadangkan agar ketiga-tiga parti orang Cina ini digabungkan. Namun selepas itu, pelbagai pihak menolaknya.

Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin menegaskan pendirian betapa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan sama sekali bergabung dengan MCA dan Gerakan.

Beliau berkata hasrat untuk bergabung tidak menjadi kenyataan kerana parti itu dan MCA serta Gerakan memiliki pendirian politik berbeza.

"Ada beberapa halangan jika bergabung dengan MCA dan Gerakan. Mereka adalah parti Cina sementara kita adalah parti berbilang kaum," katanya.

Chang mempertahankan kenyataan asalnya bahawa sekiranya MCA bersetuju menggubal ideologi parti menjadi sebuah parti yang disertai rakyat berbilang kaum.

Julai lalu, akhbar melaporkan, berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Gerakan, MCA dan SUPP bercadang untuk bergabung sebagai sebuah parti berasaskan kepentingan kaum Cina.

Chang seterusnya berkata, Gerakan bukan parti Cina tetapi merupakan sebuah parti untuk rakyat Malaysia atau Parti Gerakan Rakyat Malaysia, sambil mempertahankan falsafah politik sebagai parti untuk semua tanpa mengira kaum atau keturunan.

Rosnah sangkal dakwaan Azalina tarik diri kerana campur tangan dalaman

Posted: 15 Sep 2013 05:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 






















Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (pic) menyangkal dakwaan wujud campur tangan dalaman di sebalik tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada pertandingan jawatan ketua Wanita Umno bulan depan.

"Kepimpinan Umno sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi serta bersikap terbuka, terpulang kepada hak individu mahu bertanding atau menarik diri kerana yang menentukan semuanya adalah di hari penyerahan borang pencalonan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Lambaian Merdeka Raya di Kampung Pengalat Besar, dekat sini hari ini.

Katanya beliau percaya keputusan Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri Umno itu didorong kesedaran bahawa tindakan berkenaan hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan Wanita Umno.

 Mengulas lanjut, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, berkata sepatutnya tindakan Azalina itu dilihat secara positif.

"Itu satu tindakan terbaik," katanya.

Azalina sebelum ini dilapor menarik diri daripada mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan ketua Wanita Umno pada pemilihan bulan depan selepas berbincang dengan pemimpin tertinggi parti. Beliau bagaimanapun akan mempertahankan kerusi anggota Majlis Tertingginya. - Bernama,

Melayu dikatakan selera rendah selepas kutipan Tanda Putera gagal

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


















Kolumnis Utusan Malaysia, Siti Jarum mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) apabila filem Tanda Putera yang ditayangkan sejak 28 Ogos lalu hingga semalam hanya mendapat kutipan kira-kira RM1 juta.

Beliau tidak merasakan Finas ada jawapan bagi kemelut tersebut selain hanya menggalakkan penerbit membuat filem yang disukai penonton.

"Siti tak setuju ada pihak berkata jangan salahkan Finas apabila filem tidak mendapat sambutan kerana agensi itu ditubuhkan untuk memajukan industri filem. Pada definisi Siti, memajukan bukan sahaja membesarkan saiz industri tetapi meningkatkan kutipan dan menambah jumlah penonton.

 "Finas hanya gelisah apabila kutipan filem tahun ini hanya RM36.43 juta berbanding tahun lalu RM97.29 juta dan tahun 2011 sebanyak RM126.49 juta. Tetapi Finas tak gelisah apabila penonton tidak menonton filem yang bercitra tinggi.

"Untuk pengetahuan Finas, penonton kita terutama Melayu tidak maju. Penonton Melayu sangat mundur, mereka berselera rendah dan murah. Penonton begini sampai bila pun tidak akan memajukan industri filem dalam erti kata sebenar," katanya di akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Kolumnis itu juga mengatakan beliau muak apabila Finas selalu membentangkan pencapaian kecemerlangan mereka apabila berjaya meningkatkan kutipan filem Melayu kerana menurutnya bukan pencapaian ini yang dimahukan untuk memajukan bangsa.

Katanya, sepanjang lebih tiga dekad usia Finas, beliau tidak lihat usaha untuk meningkatkan kemajuan penonton sambil mendakwa Finas tidak berasa bersalah apabila filem yang memundurkan minda Melayu mendapat kutipan pecah panggung jutaan ringgit.

"Kalau Siti sebagai orang yang berkuasa di Finas, sudah tentu Siti akan hantuk kepada di dinding kerana gagal memajukan penonton. Adakah Finas akan terus bergembira dan berbangga apabila filem yang memundurkan minda Melayu terus mendapat sambutan manakala filem yang 'dijentik' pula dipinggirkan oleh penonton?

"Finas tidak boleh berbangga sekadar mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan filem kenegaraan kalau tidak membina penonton. Tanda Putera adalah filem mesti tonton oleh sekalian umat Melayu. Sebabnya sebahagian besar orang Cina (sudah semestinya yang menyokong DAP) tidak akan menonton filem ini.

"Statistik menunjukkan selama ini pun bukan Melayu tidak menonton filem Melayu. Biarkan mereka kerana jumlah penonton Melayu sahaja pun boleh membangunkan industri filem. Tapi kenalah penonton yang berkualiti," katanya.

Katanya, disebabkan selera yang rendah, penonton Melayu tidak patriotik untuk mendekatkan diri dengan karya filem yang bercakap tentang negara dan bangsa.

"Mereka hanya terpasung dengan filem yang menjauhkan mereka daripada memikirkan realiti orang Melayu hari ini. Filem ini sama ada dibuat oleh orang Melayu atau bukan Melayu adalah tergolong dari kalangan tidak patriotik. Sebabnya filem mereka tidak menyumbang kepada pembinaan bangsa, malah merosakkan bangsa. Tetapi mereka buat juga kerana rasukan duit yang dikaut dari kantung penonton bercitra rendah.

"Siti fikir Finas kena membuat sesuatu supaya saiz industri filem yang semakin besar dari sudut statistiknya dapat diimbangkan dengan kualiti penonton. Siti melihat sebahagian besar penonton Cina menyokong filem Cina tempatan. Filem arahan Namawee yang menghina Melayu, Kara King misalnya mendapat sambutan baik. Begitu juga filem Cina yang mengagungkan komunis, The New Village, sambutannya hebat juga. Tetapi filem Tanda Putera orang Melayu sendiri tak banyak menontonnya.

"Kalau tak kuat semangat, penerbit seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba akan mengalah dan gulung tikar.

Yang tinggal hanya penerbit filem untuk memundurkan minda Melayu. Memang benarlah penerbit begini yang menyara hidup artis, pekerja produksi dan tauke panggung. Tetapi apalah ertinya kalau wawasan mencerdikkan orang Melayu dikorbankan untuk kepentingan kumpulan minoriti tadi," katanya

Teng Chang Yeow pengerusi baharu Gerakan Pulau Pinang

Posted: 15 Sep 2013 05:35 AM PDT

THE MALAYSIAN INIDER
 

















Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar) dipilih sebagai pengerusi baharu parti Gerakan Pulau Pinang pada pemilihan yang berlangsung hari ini.

Teng menerima 220 undi mengalahkan Baljit Singh Jigiri Singh yang memperoleh 106 undi bagi jawatan yang dilepaskan oleh Datuk Dr Teng Hock Nan itu.

Keputusan pemilihan itu diumum oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Parti Kebangsaan Tan Sri Dr Chin Fook Weng pada persidangan perwakilan negeri di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini.

 Sebanyak 328 perwakilan daripada 13 bahagian dan 198 cawangan hadir mengundi. Dua direkodkan sebagai undi rosak.

Dalam sidang media selepas itu, Teng berkata matlamat beliau sekarang ialah untuk mengukuhkan Gerakan agar terus relevan dengan rakyat di Pulau Pinang.

"...kerja-kerja pengukuhan parti telah bermula pada saat ini," katanya. Teng sebelum ini membuat kejutan dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang susulan kekalahan teruk Gerakan di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, Baljit Singh berkata yang penting sekarang ialah merapatkan barisan untuk memperkukuh parti.

"Dalam hal ini tidak timbul soal menang atau kalah, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk kesejahteraan parti serta perjuangkan nasib rakyat di Pulau Pinang," katanya.

Perwakilan hari ini turut memilih enam anggota jawatankuasa Gerakan negeri iaitu Datuk Ng Siew Lai, Puvaniten M. Helan Govan, Lee Boon Ten, Tan Kah Leong, Teh Kheng Siong dan Dr Thor Teong Gee.

Untuk wakil ke persidangan perwakilan nasional pula mereka memilih Chan Kim Beng, Tan Chee Heong, Ooi Ah Bee,  A. R. Velu dan Tan Chuan Koon. - Bernama

Rancangan baru untuk semua atau kroni?

Posted: 15 Sep 2013 05:33 AM PDT

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER




Sebuah parti yang tidak pernah henti bercerita tentang Umnoputra. Tak pernah. Satu kisah yang selalu dijanakan oleh pembayar cukai.

Pastinya ia sering disuarakan senada dengan agenda nasional bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020; membantu orang Melayu mendapat peluang pekerjaan, rumah dan mengecilkan jurang demi jurang dan lain-lain.

 Tidak syak lagi pihak yang akan meraikan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) adalah menteri Kabinetnya, timbalan menteri, senator, ahli keluarga dan rakan perniagaan.

Apabila kerajaan membelanjakan wang untuk projek dan program, golongan kaya dan berkepentingan yang mendapat faedahnya. Golongan lain hanya menikmati saki-bakinya sahaja.

Dasar Ekonomi Baru melahirkan jutawan dari kalangan ahli politik Umno dan kroninya. Melalui dasar tersebut menjadikan seorang jutawan lebih kaya dan pastinya pengumuman Najib di bawah peruntukan RM9.2 bilion yang diumumkannya semalam menjadi golongan yang dikatakan tadi lebih kaya.

Betul, sebahagian orang Melayu memiliki rumah di bawah dasar kerajaan namun pinjaman tanpa faedah atau penstrukturan semula pembayaran tidak sama jika dibandingkan keuntungan ahli politik dan pemaju hartanah yang terlibat dalam projek tersebut.

Begitu juga kisahnya graduan Melayu yang gembira mendapat peluang pekerjaan setelah menghadiri kursus bahasa Inggeris namun kebahagiaan mereka diragut apabila pihak yang menganjurkan latihan dan modul menjana kekayaan dari program tersebut.

Adalah tidak tepat keputusan kerajaan menganugerahkan pengundi setianya dengan agenda Melayu baru.
Pertama, dana yang digunakan Najib dan konco-konconya dari duit pembayar cukai bukan dari dana Umno atau yuran tahunan Perkasa. Kaum Cina, India dan wang pembayar cukai lain digunakan bagi tujuan tersebut.

Kedua, pelan yang diperkenalkan untuk Bumiputera itu melihat dengan tidak tepat kaum Cina, India dan lain-lain tinggal dalam kemewahan.

Pergi sahaja ke Kampung Medan atau pinggir Kuala Lumpur, pastinya kita diperlihat dengan kaum India yang masih diselubungi kemiskinan.

Pergi juga ke Jinjang dan Salak Selatan, anda boleh melihat keluarga Cina yang berusaha keras untuk hidup.

Ketiga, ganjaran itu tidak boleh ditafsir secara mudah tetapi inilah yang dilakukan kerajaan dalam agenda baru untuk Bumiputera.

Jika kita melihat isu pasaran graduan, siapa yang mengatur sistem pendidikan? Siapa pula yang mencabut bahasa Inggeris untuk diperkenalkan di sekolah?

Siapa yang memilih jalan mudah dengan membina banyak universiti sehingga pendidikan tinggi dilihat sebagai kilang ijazah.

Dan kini selepas kesalahan demi kesalahan, kerajaan mengakui kesilapan seperti graduan menganggur lalu tidak semena-mena mendakwa telah menemui penyelesaiannya.

Tiada apa yang pelik apabila kerajaan dilihat telah menipu. Semalam aspirasi Umnoputras dilancarkan lagi dengan mengabaikan hak kaum yang lain.

Tahalus siasi boleh dikaji tetapi bukan undur ke belakang, kata Nik Aziz

Posted: 15 Sep 2013 05:31 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.

Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

 Bagi Nik Aziz (gambar), kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam.

"Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini," katanya lagi.

Ekoran itu beliau menggesa PAS untuk segera membuat perubahan terutama dalam memahami selok belok suasana politik agar parti yang bertunjangkan gerakan Islam akan terus kekal relevan di pentas politik negara.

"Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Nik Aziz turut mengulas mengenai pandangan dibangkitkan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika di Johannesburg, Afrika Selatan apabila dinegara itu zakat diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam.

"Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang bukan Islam yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur," Nik Aziz berkata.

Jelasnya ia sebagai satu lagi contoh bagaimana aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar dan ia perlu diperbaiki oleh PAS.

Malah ia turut menandakan misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat biarpun ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya namun turut memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.

"Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam," katanya.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Ekoran itu multaqa itu membuat resolusi agar Majlis Syura dan AJK PAS Pusat mengkajinya.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

Papagomo, Alat UMNO Untuk Tabur Fitnah, Dan Dia Pasti Binasa!

Posted: 15 Sep 2013 05:26 AM PDT


Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

KELAB GREENBOC
Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .

Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."

Rafizi berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi, pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.


Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi. -mk

ULASAN GB

Mahkamah telah memutuskan bahawa papagomo adalah seorang PENDUSTA.


The judge calls Wan Muhammad Azri Wan Deris a 'liar' for denying he is the blogger, and fines him RM500,000.


GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!

Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.

Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Nelayan mati ditembak dalam rompakan laut di Tawau

Posted: 14 Sep 2013 05:14 PM PDT

MALAYSIA KINI


Seorang nelayan maut selepas terkena tembakan di bawah dagu dalam kejadian rompakan laut di kawasan perairan Inderasabah di Tawau malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata mangsa, Wilson Ortis, 68, ditembak ketika dia dan seorang rakan sedang menangkap ikan menggunakan pukat di kawasan perairan itu kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Keong, mangsa dan rakannya itu keluar menangkap ikan di kawasan perairan Inderasabah menggunakan bot jongkong kira-kira pukul 5 petang dan semasa menarik pukat pada pukul 8 malam, tiba-tiba mereka didatangi tiga lelaki menaiki bot pam dan berpakaian serba hitam.

Pada mulanya mereka meminta minyak daripada mangsa dan mengeluarkan pistol serta parang ketika cuba menaiki bot mangsa.

Mangsa yang cuba mengambil pisau di dalam perahunya ditembak, menyebabkan mangsa jatuh tersungkur di dalam perahu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Keong, suspek melarikan diri ke arah laut setelah mengambil enjin sangkut dan tangki minyak dari bot mangsa manakala mangsa dan rakannya diselamatkan nelayan lain.

Dalam perkembangan lain, polis Tawau memberkas dua lelaki dalam Op Cantas Khas di pusat hiburan pada awal pagi hari ini.

Menurut Keong, dua lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada 96 lelaki yang diperiksa di tiga buah kelab malam dalam operasi yang dianggotai lima  pegawai dan 32 anggota polis.- Bernama

Malaysia Rangkul Juara Pestabola Merdeka 2013

Posted: 14 Sep 2013 05:05 PM PDT



Pasukan Harimau Muda (A) bergambar bersama Piala Pesta Bola Merdeka Ke-41 selepas menundukkan Myanmar dengan 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.


KUANTAN: Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu.

Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman.

Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.

Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran.

Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu.

Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.

Kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil, dari Thailand Teetichai Nualjan pada minit kelima kepada Rozaimi selepas pemain itu cuba menyentuh bola menggunakan tangan ketika di depan gol lawan.

Corak permainan agresif skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa itu tidak menghalang skuad negara untuk melakukan cubaan ke arah gol oleh Junior pada minit ke-16 namun gagal.

Selepas berhempas-pulas cuba mencari gol pertama, cubaan Wan Zack Haikal ditepis penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung namun Rozaimi yang berada berdekatan dengan gol menyempurnakan bola muntah tersebut.

Dengan kehadiran lebih kurang 30,000 penyokong serta sokongan padu Ultras Malaya menjadikan kerancakan permainan berterusan ke babak kedua.

Aksi kemas penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi menambah tekanan pasukan Myanmar mencari gol penyamaan.

Minit ke-62 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee melakukan pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Rozaimi dan memasukan S.Sivanesan.

Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan.

Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.

Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.
Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.

Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)
Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Senarai pemain:

Malaysia

T. Reuben, Md Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Md Rozaimi Ab Rahman, Junior Eldstal, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim

Myanmar

Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, David Htan, Yan Aung Win, Kyaw Zayar Win (kapten), Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Htoo Htoo Aung, Thein Than Win

Dialog manifesto bersama MB Selangor dapat sambutan hangat

Posted: 14 Sep 2013 05:00 PM PDT


mb manifesto


KLANG : Dialog Manifesto anjuran kerajaan Selangor bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2014 mendapat sambutan hangat.

Ia berikutan kehadiran lebih 300 orang pelbagai kaum di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, malam ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kehadiran pimpinan lain, antaranya Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri.

Dialog itu memberi peluang kepada rakyat untuk memberi cadangan secara terus tentang pelaksanaan manifesto 2013 untuk dimasukkan dalam belanjawan negeri.

Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau mempraktik amalan mengambil kira pandangan masyarakat umum sebelum belanjawan tahunan negeri dirangka.

Amalan itu turut mengundang minat kerajaan Persekutuan untuk mengikut langkah sama.

Kerajaan Negeri peruntuk RM5 juta atasi banjir di Klang

Posted: 14 Sep 2013 04:58 PM PDT


Banjir Klang


KLANG : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk membiayai langkah bersepadu mengatasi banjir.

Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata fokus kini adalah menyelesaikan projek-projek tebatan banjir melalui naik taraf sungai, pemulihan saluran perparitan dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

"MPK menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) di mana RM1 juta daripada peruntukan itu diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk kerja-kerja menaik taraf sungai.

"Kita juga bercadang untuk membina kolam tadahan bawah tanah yang pertama di Klang sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah banjir di sini," kata semasa sesi Dialog Manifesto Manifesto Kerajaan Negeri bersama rakyat di Dewan Hamzah, malam tadi.

Katanya, setakat ini sebanyak sembilan buah projek sudah dijalankan dengan menumpukan kepada beberapa kawasan, antaranya Jalan Tengku Kelana dan Pandamaran.

Katanya, MPK turut menyediakan saluran khas melalui laman sosial yang memberi akses kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan sekiranya berlaku kesulitan di kawasan mereka.

"Pimpinan dan Ahli Majlis mesti turun setiap kali musim banjir di sini, malah kami berhubung dengan semua agensi untuk bersepadu menjalankan tugas.

"Kami di MPK menyediakan peruntukan kerja-kerja membersihkan parit dan longkang, tetapi sayangnya masyarakat sering membuang sampah hingga menyebabkan longkang tersumbat.

Sesi dialog dan soal jawab itu memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu ekonomi, kesejahteraan, persaudaraan dan kerajaan rakyat.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Majlis MPK.

Lulus BI: Kementerian usah ubah terlalu banyak

Posted: 14 Sep 2013 04:57 PM PDT

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)  
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan digesa tidak mengubah terlalu banyak kurikulum subjek Bahasa Inggeris yang telah dipraktikkan sekian lama dalam memastikan kelangsungan penguasaan bahasa kedua itu dikalangan pelajar.

Bekas Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Roziah Jali berkata, sebaliknya kementerian disarankan menimba kaedah pengajaran dahulu untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran tinggi dari segi penulisan dan percakapan dalam bahasa Inggeris.

Pelajar layak mencapai setinggi mana ilmu yang dituntut dan bukannya sewenang-wenangnya menukar sistem kerana sistem yang ada sudah cukup berilmu dan berdaya saing.

"Namun, kurikulum yang sedia ada masih perlu ditokok tambah dan dimurnikan dari masa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Kementerian Pendidikan yang akan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016 sebagai usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman tersebut ketika melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut Muhyiddin, bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.

Sementara itu, tambah Roziah yang telah mengajar subjek Bahasa Inggeris selama 35 tahun, beliau berkata, sekiranya pihak kementerian konsisten dalam apa yang dilaksanakan dapat membantu murid menguasai dan mempraktikkan bahasa kedua itu dalam kehidupan seharian dengan baik.

Tambah beliau, sepanjang pengalamannya menjadi guru, ada di kalangan bekas pelajar beliau memberitahu, kebanyakan pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara sangat dikagumi prestasi penguasaan bahasa Inggeris mereka yang cemerlang.

"Malahan, kebanyakan pelajar Malaysia mampu menduduki kedudukan 'top 10' di universiti luar negara.
"Pelajar kita bukan sahaja maju bahkan mencapai kecemerlangan yang patut dibanggakan," tambahnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perbezaan pengajaran subjek Bahasa Inggeris pada zaman dahulu, katanya pada tahun 1950an hingga 1960an, ia hanya diajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah mubalik Kristian seperti Sekolah Convent, Sekolah St Patrick, St John, St Mary, St Anne serta sebagainya.

"Guru-guru yang mengajar di sekolah berkenaan juga didatangkan dari England dan yang mendapat latihan pengajaran di negara berkenaan.

"Teknik pengajaran yang diberi termasukah penekanan khusus terhadap penggunaan tatabahasa yang betul yang memerlukan murid mengeja, membaca dan menulis termasuk latih tubi membuat ejaan setiap hari," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai teknik pengajaran pula, kata Roziah, sebagai guru bahasa Inggeris, beliau turut memberi penekanan dalam latihan mengarang dan meringkaskan karangan kepada muridnya.

"Kurikulum dahulu juga lebih mendalam termasuk membaca dengan intonasi yang betul.

"Bahasa Inggeris  mempunyai loghat bahasa mengikut dilek bangsa," katanya.

Katanya lagi, berdasarkan pengalaman beliau mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa, terdapat segelintir muridnya yang berbangsa India dan Cina mempunyai sedikit kelemahan menyebut sebutan-sebutan tertentu.

"....tetapi berbeza dengan murid Melayu yang dapat menunjukkan kemahiran yang sangat baik dalam sebutan perkataan bahkan boleh meniru betul-betul sebutan bahasa Inggeris seperti orang Inggeris.

"Mengajar bahasa Inggeris memerlukan penumpuan lebih guru kepada muridnya dan menuntut tahap kesabaran yang tinggi kepada golongan pendidik.

"Ia adalah satu matapelajaran yang menarik dan memerlukan kemahiran tinggi dari guru yang mengajarnya dalam memastikan kualiti seperti yang diharapkan," katanya.

Tambahnya, adalah menjadi perkara biasa sekiranya sistem pendidikan di Malaysia untuk mengalih paradigma mengikut peralihan menteri yang baru menerajui kementerian pelajaran akan mengalih dasar-dasar yang dianggap perlu.

Namum nasihat beliau, bagi menteri yang berorentasikan aliran Melayu, tidak patut meniru atau mengubah sesuatu dasar misi, visi atau sesuatu piagam pelajaran yang diadakan di sekolah.

Ini kerana katanya lagi, setiap perubahan melibatkan beban kewangan kepada ibu bapa kerana terpaksa membeli buku-buku yang ditukar kepada edisi baru.

"Tanpa ibu bapa sedar, ada pihak-pihak yang mengaut keuntungan di sebalik setiap perubahan yang dibuat," katanya

Ugutan bunuh: Polis siasat tak kira fahaman politi

Posted: 14 Sep 2013 04:54 PM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Zahid Hamidi 
 Ahmad Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU - Polis tidak mengambil mudah ugutan bunuh yang diterima oleh mana-mana pihak dan akan melakukan siasatan terperinci tanpa mengambil kira fahaman politik individu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama turut ditekankan dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya tegaskan pihak polis menjalankan tugas dengan penuh profesional tanpa mengira siapa individu tersebut baik dari parti pembangkang atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini. 

Beliau diminta mengulas laporan media hari ini yang menyebut Lim membuat laporan polis susulan ugutan bunuh yang diterimanya menerusi Twitter oleh pengguna akaun @MoonYue18 (Moon Yue) yang menulis #DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan.'

Mengulas kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi lama sosial Facebook, Ahmad Zahid berkata beliau menerima panggilan telefon daripada beberapa individu mendakwa suspek dianiaya.

Katanya beliau menegaskan kepada individu terbabit polis tidak berkompromi dalam kes ugutan bunuh dan akan menjalankan siasatan sewajarnya.

Semalam seorang peniaga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Selangor susulan ugutan bunuh terhadap Khalid yang dipercayai berkaitan Ops Cantas.

Ugutan itu yang dipapar menerusi Facebook oleh individu menggunakan nama Murugan Nagaretinam menyatakan "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Boleh tak seseorang upah pembunuh upahan menembak mati polis atau KPN?).

Kenyataan  itu dipercayai berkaitan laporan polis menembak mati dua anggota kongsi gelap Geng 36 dalam kejadian berbalas tembak di Melaka.  -  Bernama

Najib: 7 Wasiat Sembilan Raja-Raja Melayu

Posted: 14 Sep 2013 04:52 PM PDT

SINAR HARIAN
Najib Tun Razak 
 Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh," kata Presiden Umno itu pada pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera hari ini.

Menjiwai pentingnya perjuangan Bumiputera, Najib memetik Tujuh Wasiat tersebut yang memperkenan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain," ucapnya dengan lantang.

Najib berkata Wasiat itu telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk 50 tahun lepas.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, ahli perniagaan Bumiputera, ahli akademik, dan ribuan penuntut di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, di sini.

Katanya Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai  27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

"Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama," katanya.

Sejak Merdeka, kata Perdana Menteri, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu.

"Mereka dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui "Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a.

Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b," kata Najib.  - Bernama

Kerajaan Pusat perlu tegas bantah kekejaman di Mesir, Syria

Posted: 14 Sep 2013 04:42 PM PDT


eli-dewan

SHAH ALAM, : Kerajaan Malaysia digesa supaya menyatakan pendirian tegas untuk membantah kezaliman yang berlaku di Mesir dan Syria hingga mengorbankan ribuan nyawa.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, meskipun Malaysia terkenal sebagai negara yang sering tampil dengan misi bantuan kemanusiaan, namun pemimpinnya kekal berdiam diri daripada membincangkan masalah ini di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya memainkan peranan proaktif dan konstruktif di peringkat antarabangsa seperti dalam gabungan negara-negara Islam (OIC) dan ASEAN untuk menghentikan konflik dan keganasan ini.

"Kerajaan Pusat setakat ini tidak nampak tegas khasnya apabila Malaysia menyatakan mereka adalah pemimpin di dunia dalam negara Islam.

"Saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Malaysia perlu menyuarakan pendapat mereka tentang keganasan yang sedang berlaku di Syria dan Mesir dengan membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa.

"Perkara ini perlu ditangani secara cepat, tegas dan diplomatik," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Wacanan Solidariti Wanita bersama Mesir dan Syria di Dewan Jubli Perak, di sini pagi tadi.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri juga memainkan peranan aktif dalam membantu negara-negara yang terlibat dengan krisis kemanusiaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk solidariti.

"Kita pernah hantar bantuan kepada warga Palestin dan pelarian Rohingya di Selangor sebelum ini.
"Kita akan mencari jalan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang sedang sengsara di Mesir dan Syria," katanya lagi.

Wacana yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Gema Malaysia (Gema), Ikram Siswa, Muslimah Interest Zone and Networking Association (Mizan) dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Ia bertujuan menzahirkan kebersamaan dan solidariti terhadap rakyat Syria dan Mesir khususnya kepada kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman dalam tragedi berdarah itu

Inisiatif memperkasa ekonomi bumiputera dirumus untuk pemilihan agung Umno?

Posted: 14 Sep 2013 04:40 PM PDT


dr zul ahmad pic mza

SHAH ALAM, – Inisiatif memperkasa ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi disifatkan lebih kepada usaha memancing undi menjelang Pemilihan Agung Umno, Oktober ini.

Ini kerana persoalan mengenai Bumiputera tidak dibincangkan secara mendalam dan hanya menyentuh soal dasar meskipun angka yang dinyatakan adalah berjumlah besar.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, pengumuman Najib lebih menjurus kepada 'supply side' berbanding 'demand side' sedangkan persoalan mengenai kegagalan beberapa projek sebelum ini masih tidak dibincangkan sehingga kini.

"Saya tegaskan (pengumuman) terlalu menyebut kepada 'supply side', kita perlu fikir permasalahan di bahagian 'Demand Side'. Dalam bidang industri misalnya, (pemasalahan) 'demand side' perlu ditangani.

"Pada tahun 2011, 80 peratus graduan UiTM yang saya tahu dapat pekerjaan tapi tahun lepas hanya 50 peratus. Mengapa kekurangan 30 peratus?

"Itu yang saya maksudkan 'demand side' dan 'supply side'. UiTM membekalkan, permintaan dari industri," katanya kepada TV Selangor.

Datuk Seri Najib Razak hari ini pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera membentangkan lima intipati program memperkasakan Bumiputera yang berlangsung di UiTM Shah Alam.

Tegasnya, apa yang cuba ditonjolkan Najib lebih ke arah mempamerkan kepada rakyat dan penyokong parti agar terus dikekalkan sebagai Presiden Umno.

"Ini semua ringkasnya berdepan dengan pemilihan agung Umno, Najib mesti tunjuk dia lebih Melayu dari (Tan Sri) Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir. Dia terlalu politikal dan bukannya pemimpin bersifat negarawan," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: