Rabu, 11 September 2013

Biaqpila

Biaqpila


LIVE PESTABOLA MERDEKA: MALAYSIA VS THAILAND

Posted: 11 Sep 2013 05:35 AM PDT

JOM PAKAT HERET MOTOR

Posted: 10 Sep 2013 09:00 PM PDT


Kenapa kita mesti protes dengan heret motor?

Ustaz Zaharudin Muhammad

Apa itu fiskal yang menjadi alasan kerajaan menaikkan minyak? Kenapa kita mesti protes dengan heret motor?

Apabila kita membaca alasan kerajaan menaikkan harga harga minyak disebabkan penarikan subsidi, kerajaan memberikan alasan pengukuhan fiskal dan untuk keluar dari defisit fiskal (bajet seimbang/balance budget).

Apa itu Fiskal? Fiskal (Latin: Fiscus) asalnya ialah nama seorang individu pemegang kewangan pertama di zaman Rom. Fiskal digunakan untuk menjelaskan bentuk pendapatan kerajaan dari sumber masyarakat yang diistilah sebagai pendapatan negara. Pendapatan negara ini digunakan sebagai pengeluaran melalui program-program / projek-projek / peruntukan-peruntukan untuk menghasilkan pencapaian terhadap pendapatan nasional, produksi dan perekonomian. Polisi Fiskal adalah kaedah yang digunakan sebagai pengangkat (menaikkan) dan pengimbang (mengimbang) ekonomi negara.

Dalam sistem ekonomi kapitalis, pada asalnya polisi fiskal kerajaan dianggap sebagai 'gangguan' atau campur tangan kerajaan dalam pasaran yang tidak begitu diingini oleh para pemodal. Oleh sebab itu, kerajaan berfahaman kapitalis seperti US cuba sedaya upaya mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi sesebuah negara. Namun hakikatnya, terutama selepas berlakunya krisis ekonomi, para kapitalis terpaksa akur bahawa mereka memerlukan juga peranan kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi.

Dengan kata lain, Fiskal Polisi menentukan berapa kerajaan perlu kutip duit, bagaimana dan seumpamanya. Dengan kutipan itu, ke mana ia akan dibelanjakan selepas ini.

Apa itu defisit fiskal? Defisit fiskal bermaksud, perbelanjaan kerajaan lebih besar berbanding dengan pendapatan yang diperolehi. Contohnya, pendapatan negara tahunan RM5 billion tetapi kerajaan berbelanja RM6 billion. Bajet seimbang (balance budget) ialah, pendapatan negara sama atau lebih besar daripada perbelanjaanya.

Ini bermaksud, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan subsidi untuk minyak petrol RON95 bagi menambahkan wang kerajaan, seterusnya mengurangkan defisit fiskal.

Itu penjelasan Najib dan kerajaan di dalam penjelasan akhbar-akhbar utama negara.

Tapi bagi saya, itu bukan penjelasan, itu adalah alasan umum. Sama seperti jika anda bertanya kepada pengurus kedai serbaneka milik anda: kenapa pengurus menggunakan wang yang banyak membeli barangan kedai? Jika pengurus jawab: "sebab saya beli barang mahal dan banyak bagi keuntungan kedai". Maka itu bukan penjelasan. Itu alasan umum. Maka anda sebagai tuan kedai, anda perlu mendapatkan penjelasan kenapa pengurus membeli jam dengan harga mahal, kenapa membeli stok jam yang banyak sedangkan stok barangan lain juga diperlukan kedai. Jawapan kepada persoalan ini barulah dinamakan penjelasan.

Begitu juga dalam isu ini, jika kerajaan hanya menyebut untuk menstabilkan fiskal, itu terlalu umum. Contoh penjelasan yang saya dan rakyat perlukan ialah, kenapa defisit fiskal berlaku, kenapa perlu diutamakan penarikan subsidi minyak? Tak de ke subsidi lain yang boleh ditarik seperti subsidi untuk pengimport korporat? Dan lebih penting kenapa sekarang selepas PRU?

Penjelasan yang saya masih tercari-cari, kenapa ditarik subsidi petrol RON95 dan bukan subsidi lain? Kenapa sekarang selepas PRU? Apa langkah kerajaan selain menarik subsidi RON95 bagi mencapai balance budget? Apakah perbelanjaan besar kerajaan dan ketirisan yang memberikan impak besar kepada defisit fiskal dijadikan diutamakan bagi mencapai balance budget?

Jika penarikan subsidi minyak RON95 selepas PRU adalah bertujuan pengimbangan Fiskal, persoalannya adakah perbelanjaan kerajaan 1 tahun sebelum ini terlalu besar sehingga tanpa notis terus dinaikkan minyak RON95? Jika besar, adakah disebabkan oleh:

1. Penampungan 'aktiviti perlu' rakyat, masyarakat dan syarikat dalaman negara? Atau

2. Disebabkan perbelanjaan kerajaan untuk projek syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan parti bertanding?

Saya lebih cenderung kepada yang kedua setelah melihat rekod sebelum ini, iaitu kenaikan harga barang (akibat kenaikan cukai) sejurus selepas PRU. Ini bermaksud, kenaikan harga minyak ini adalah pembayaran semula Umno yang menang semula hasil pelaburannya menggunakan duit rakyat bagi mengekalkan kuasa.

Jika ini berlaku, maka langkah keluar dari 'krisis fiskal' melalui jalan bukan penjimatan kerajaan, perbelanjaan berhemah dan menampung 'lubang' perbendaharaan negara yang 'bocor' sebagaimana 'finding audit', tetapi mencari jalan keluar mudah dengan memangsakan rakyat melalui penarikan subsidi minyak RON95 yang membebankan setiap titik keringat rakyat, maka akan protes dengan kempen:

"HERET MOTOR"

Saya yakin ramai akan bersama dengan protes ini.

Penulis ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

SAPA PULAK YANG NAK TERKENCING SEKARANG NI?

Posted: 10 Sep 2013 06:00 PM PDT

Kes saman Lim: Zam mahu Karpal jadi peguamnya

Bekas menteri penerangan Tan Sri Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.

Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.

Katanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.

Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.

Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.

Mengulas tuntutan tersebut, bekas pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata tindakan Lim itu "mencemarkan" nama baiknya.

"Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah hasil dari tindakan, ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat menghasut, agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP".

"Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Jika Lim Kit Siang mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian, boleh saya tunjukkan kerana ada dalam simpanan saya," katanya.

Zainuddin berkata tulisannya pada 3 September tidak menuduh Lim kencing di satu tiang bendera, tetapi mengatakan dia telah melihat penyokong DAP berarak dalam trak dan menjerit 'Melayu balik kampung!'.

Katanya slogan itu dilaungkan di kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Mereka membawa dan mengangkat penyapu. Mereka berani berbuat demikian kerana Lim terlalu terus terang , dan ini membuat orang Melayu bertambah agresif," katanya.

Gambar Lim telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Tanda Putera dengan keterangan bahawa Lim telah kencing di satu tiang bendera di halaman rumah Datuk Harun Idris, menteri besar Selangor pada masa itu.

Gambar berkenaan bagaimanapun dipadam dan pengarah tersebut mendakwa ia dimuatkan oleh seorang peminat.

Filem berkenaan juga tetap memuatkan babak sekumpulan belia Cina kencing di tiang bendera dan seterusnya digambarkan menimbulkan kemarahan orang Melayu dalam filem terbabit.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: