Jumaat, 6 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan abaikan pelajar produk PTS?

Posted: 06 Sep 2013 06:56 AM PDT

Dr Nazrul Izzuan Mohamad Idris,


Dulu sekitar pertengahan dan penghujung tahun 90-an, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan  satu siri ujian yang dikenali sebagai  Penilaian Tahap Satu (PTS).

Siri ujian ini adalah siri ujian IQ bagi menilai kepintaran dan kemampuan pelajar Malaysia ketika itu. Ujian ini dijalankan kepada pelajar darjah 3 di sekolah kebangsaan. Bagi yang berjaya dan lulus ujian PTS ini, mereka diberikan kelebihan untuk masuk ke darjah 5 terus pada sesi akademik seterusnya tanpa perlu mengikuti pelajaran di darjah 4.

Mereka perlu belajar sendiri silibus darjah 4 dan mempunyai masa hanya 2 tahun sahaja untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pendek kata, mereka yang lulus ujian IQ ini boleh 'lompat' kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Konsep soalan-soalan yang dikemukakan dalam PTS ini lebih kepada soalan menguji IQ, kepintaran pelajar menerusi soalan berkonsepkan ujian minda, kebolehan menilai dan membaca 'pattern' susunan nombor dan lain-lain.

Saya adalah salah seorang yang menduduki PTS tersebut pada tahun 1998. Alhamdulillah, hari ini tahun 2013 , 15 tahun telah berlalu dan saya akhirnya menjadi seorang doktor perubatan. Ada rakan seangkatan yang memilih untuk sama-sama menggapai peluang dengan memasuki terus darjah 5 masa itu berjaya di bidang masing-masing. Ada yang dalam proses untuk menjadi akauntan bertauliah, peguam dan juga saintis.

Ada juga yang memilih untuk bersama rakan-rakan lain di darjah 4, memilih untuk tidak 'lompat' kelas juga berjaya di bidang masing-masing.

Cuma yang menjadi persoalan saya dan juga rakan-rakan ketika kami berbual menceritakan kisah lama tatkala ketika bercuti musim semester, projek PTS ini seolah-olah projek tergendala di pertengahan jalan.

Apakah objektif kerajaan melalui Kementerian Pendidikan ketika itu menjalankan ujian saringan memilih pelajar tertentu untuk dijalankan penilaian / ujian  PTS ini? PTS ini berjalan selama beberapa generasi termasuk generasi adik saya (beliau juga lulus PTS dan sekarang melanjutkan pelajaran di Australia) dan kemudian dihentikan sebagaimana kerajaan juga mahu memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sepatutnya sebagai salah satu usaha untuk membangunkan negara dan mentransformasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020, 'review' terhadap projek PTS ini perlu dijalankan dari masa ke semasa.

Seharusnya pelajar yang lulus dan berjaya ujian PTS ini diberikan keistimewaan dalam menyumbang kepada negara, diberikan kuota khas istimewa yang tertentu, diserapkan ke dalam 'think tank' agensi kerajaan, GLC, membantu membuat dasar dan polisi, penasihat kepada majlis dan badan-badan tertentu dalam negara malah tidak keterlaluan jika kami diberikan peruntukan / elaun khas dan diberikan keistimewaan dalam kenaikan pangkat, jawatan dan 'horonary title'.

Saya percaya ramai pelajar yang dulunya lulus dan berjaya PTS kini menjadi insan yang berjaya dalam bidang profesional sepeti peguam, doktor, saintis, akauntan, jurutera, pakar ekonomi dan banyak lagi.

Salah satu usaha untuk mengekang 'brain drain' adalah dengan mengiktiraf dan menberikan peluang kepada kami, produk hasil projek PTS ini untuk menyumbang pada negara. Amat  rugi sekiranya kerajaan membiarkan golongan bijak pandai ini dibazirkan bakat dan kepintaran mereka begitu sahaja malah lebih teruk lagi mereka terus berkhidmat di luar negara yang lebih mengiktiraf dan menghargai potensi yang ada pada mereka.

Pelajar pintar dan genius ini patut diberikan lebih peranan dalam jawatan penting dan struktur tinggi hierarki negara. Negara yang maju adalah negara yang banyak membuat penyelidikan dan membangunkan harta intelek dan memperkembangkan produk sendiri. Salah satu cara untuk Malaysia ke arah ini boleh dicapai melalui penglibatan pelajar genius  produk PTS ini. Saya berharap kerajaan memberi perhatian terhadap hal ini.

Nama Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Tempatan Didedahkan

Posted: 06 Sep 2013 06:42 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Nama ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap tempatan Geng 04, 08 dan 36 yang masih aktif dibeberapa kawasan didedahkan.

Bernama memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, berkata mereka terdiri daripada, Geng 04: Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Penang), Prai Bala (Penang) dan Langkap Sasi (yang dipercayai terlibat dengan kes tembak di Kampar, Perak melibatkan seorang bapa dan anak lelaki, Selvam terbunuh dalam kejadian tembak di Taman Perdana, Batu Gajah. Ragu (Ayer Tawar dan Sudha (Sitiawan).

Ketua Geng 08, terdiri daripada Indren (P. Pinang), Jiva (P. Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (KL) dan Gobi (KL).

Geng 36 pula termasuk, Cendol Kanna (KL), Ratenan (KL), Devan (jutawan yang terlibat dengan perdagangan dadah), Kajang Balan (orang kanan kepada Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping), M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang), Santhanem (KL), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim) dan Avi.

Ini Dia Ketua Gangster, Seorang Bekas Pemimpin MCA, Bukan DAP

Posted: 06 Sep 2013 06:35 AM PDT



KELAB GREENBOC

Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA..

Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini...


Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.

Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.
-TMI

Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai Jackie Chan adalah bekas pengerusi MCA bahagian Lebuh Gurney Pulau PInang kini telah bebas lepas setelah mendapat pengampunan dr YDP Agong.

Dia ni jugak lebih dikenali sebagai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia. Dia ni jugak dikatakan terlibat dgn pelbagai kes rompak dan bunuh.

Yang menghairankan macam mana boleh dapat pengampunan semudah itu. Macam mana boleh dilepaskan semudah itu. Kalau dah kepala kongsi gelap dan pernah merompak dan membunuh, tak ke merbahaya namanya.

Kalau dah terlepas di tengah-tengah masyarakat kan ke merbahaya tu. Org ini amat merbahaya buat masyarakat. Dia tak sepatutnya dibebaskan tetapi harus dipenjarakan.

Apa motif disebalik pembebasannya? Bagaimana terjadi begini? Seorang penjenayah boleh diampunkan semudah makan kacang. Apa dah jadi ni? Sedangkan ramai lagi mereka yg tak bersalah dijatuhkan hukuman penjara tanpa bicara.

ISA digunakan dengan pantas buat mereka yg terang tak bersalah. Anwar Ibrahim contohnya dipenjara sedangkan kesalahannya langsung tak menggugat keselamatan negara.

Tetapi Ong King Ee @ Jackie Chan boleh dibebaskan tanpa banyak soal. Pada hal semua tahu dia ni seorang penjenayah yg amat merbahaya. Takkan semudah itu dia dibebaskan kalau tak ada udang disebalik batu.

Kalau setakat nak meraih undi kaum Cina masa pilihanraya nanti, cukup tak patut. Ada ke patut masyarakat dibiarkan terdedah dgn penjenayah kejam ini hanya kerana nak meraih undi kaum Cina. Rasanya masyarakat Cinapun ketakutan agaknya kalau kepala kongi gelap ni berada di tengah-tengah mereka.

Silap haribulan kena bunuh pulak. Entahlah apa nak jadi dgn kerajaan Malaysia sekarang ni.
-:GASAK:-

Macai-macai UMNO yang sibuk menuduh DAP dipengaruhi gangster nak kata apa pulak sekarang?

Yang sahih menerima gangster sebagai ahlinya ialah MCA bukannya DAP (malaysiansmustknowthetruth)

[TU DIA] Blogger Pro-BN Gelar Najib “Sewel”

Posted: 06 Sep 2013 06:33 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak semakin ketara oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN) sehingga ada yang menggelarkannya sebagai "sewel".

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat perlantikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun keadaan ekonomi negara semakin teruk sehingga kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-BN.

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.

Menurutnya, sekumpulan orang muda dalam Pemandu yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. -TMI

Jawatankuasa Pemantau Umno Pahang Terima Aduan Nama Anggota Hilang

Posted: 06 Sep 2013 06:30 AM PDT

MSTAR ONLINE

ROMPIN: Jawatankuasa Pemantau Umno Pahang menerima aduan terdapat kalangan anggota Umno di beberapa bahagian kehilangan hak sebagai pemilih selepas nama mereka tidak disenarai.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata sebagai tindakan susulan, aduan itu dipanjangkan kepada Umno pusat kerana pasukan pemantau tidak mempunyai kuasa bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Sebaliknya, peranan dan tanggungjawab pasukan pemantau hanya memastikan proses penamaan calon dan pengundian pemilihan peringkat Bahagian dan Anggota Majlis Tertinggi yang akan diadakan pada 21 dan 28 Sept ini berjalan lancar.

"Bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kita akan membuka lebih banyak kaunter bagi proses penamaan calon dan pengundian kelak," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga berkata jawatankuasa berkenaan bersiap sedia bagi memastikan proses penamaan calon dan pengundian berjalan lancar.

Katanya, semua pengerusi dan anggota jawatankuasa pemantau di peringkat bahagian dilantik dan diberi taklimat tentang format baharu pemilihan. -BERNAMA

Lesen Bot Dipajak Kepada Nelayan Vietnam Dibatal - Ismail Sabri

Posted: 06 Sep 2013 06:28 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membatal serta merta lesen pengusaha bot nelayan tempatan yang memajak dan menyewakan bot mereka kepada nelayan Vietnam.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nama nelayan tersebut juga akan disenarai hitam.

"Mana-mana bot yang telah dibatalkan lesen juga tidak dibenarkan beroperasi semula walaupun dengan menggunakan nama pengusaha atau nelayan lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu nelayan tempatan di sini, Jumaat.

Beliau berkata kementerian juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu ke atas mana-mana bot yang telah dikenakan tindakan.

Keputusan itu katanya, ekoran insiden pergaduhan yang dikatakan berlaku antara nelayan pukat jerut tempatan dengan nelayan Vietnam pada 2 September lepas, kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Pahang, Pahang.

Dalam insiden itu, lima bot nelayan tempatan mendakwa mereka dilempar bom petrol dan ditembak bot nelayan asing.

Ismail Sabri berkata aktiviti bot nelayan asing juga sering melanggar peraturan dan ada yang didapati menjual hasil tangkapan ke negara asal mereka.

"Kebanyakan nelayan asing juga sering melakukan aktiviti yang mengakibatkan unjang atau tukun tiruan milik nelayan tempatan rosak," katanya.

Beliau berkata kini terdapat 1,260 lesen yang masih beroperasi, 270 lesen telah dibatal dan 41 lagi lesen dalam proses diambil tindakan.

Dalam pertemuan itu, kementerian memberi jaminan akan mengkaji semula pemberian lesen bot kargo kepada 190 pemilik kerana mendapati terdapat pemilik yang menyalahgunakan lesen berkenaan.

Seorang nelayan yang menghadiri majlis tersebut, Abdul Rahim Abdul Rahman berterima kasih kepada kementerian atas tindakan untuk membatalkan serta merta lesen pihak terbabit ekoran nelayan asing semakin menggugat mata pencarian nelayan tempatan.

"Masalah itu telah lama berlaku dan kami elayan tempatan sangat tertekan dan amat berharap bantuan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kami. Aktiviti mereka juga membuatkan nelayan tempatan bimbang akan keselamatan semasa turun ke laut," katanya.

Talib Husin pula terharu dengan keperihatinan kementerian untuk membantu nelayan tempatan dalam berdepan masalah yang ditimbulkan nelayan asing.

"Tiada apa yang dapat saya katakan selain berterima kasih kerana ada pihak yang perihatin dengan masalah kami. Selama ini pendapatan kami terjejas dan semoga selepas ini ia akan bertambah," katanya. -BERNAMA

31 aktivis, penyokong DAP Dayak Sarawak lawat Selangor

Posted: 06 Sep 2013 06:23 AM PDT

dayak dap 

KUALA LUMPURR: Seramai 31 aktivis dan penyokong DAP masyarakat Dayak dari 11 kampung di Sri Aman, Sarawak tiba di Kuala Lumpur semalam dalam rangka lawatan ke Selangor bagi melihat sendiri pencapaian dan pelaksanaan polisi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

 dayak dap 2

Menurut Pengerusi DAP Sri Aman, Leon Jimat Donald, lawatan pertama yang adalah sebagai perintis DAP negeri itu di mana peserta berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin parti dan PR.

"Selama ini masyarakat terutamanya di Sri Aman dan Sarawak amnya hanya mendengar berita mengenai apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

"Pada masa yang sama, tidak kurang juga fitnah dan persepsi negatif dilontarkan terhadap kerajaan negeri pentadbiran PR oleh media dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak sendiri. Jadi hari ini kami mahu buktikan apa yang ada di negeri PR jauh lebih baik berbanding apa yang digambarkan," kata beliau.

Selain itu, Leon berkata, rangka lawatan bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijangka penting sebagai pendedahan kepada peserta membabitkan dasar merakyatkan ekonomi.

lks domat tony

"Seperti di Selangor, ada banyak skim bantuan modal bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan, Skim Bantuan Mikro Kredit umpamanya telah banyak membantu mereka yang mahu berniaga.

"Ini amat penting sebab kita tidak mahu masyarakat terus terbelenggu dengan mentaliti subsidi. Kalau ini dapat diatasi, saya rasa lebih ramai golongan miskin di Sarawak misalnya dapat keluar daripada belenggu kemiskinan dan membina kehidupan baru," ujar beliau.-Roketkini.com

Bukti tindakan ROS terhadap DAP ikut telunjuk UMNO/BN: Kit Siang

Posted: 06 Sep 2013 06:19 AM PDT

lks (13) 
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman yang disiarkan The Star pada 26 Julai lalu yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh "harapan palsu" untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan membuktikan selama ini beliau bertindak mengikut skrip skuad DDD UMNO/BN untuk memusnahkan DAP.

Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.

Beliau berkata, tiga dakwaan telah dikemukakan menerusi kempen skuad "DDD" (Demolish/Destroy DAP) UMNO/BN dalam tujuh bulan tahun ini untuk mempertikaikan kesahihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Kongres DAP di Pulau Pinang Disember tahun lalu, namun tiada satu pun dakwaan itu dapat dibuktikan, termasuk menerusi penerbitan risalah misteri yang memfitnah DAP dan memuatkan 100 pembohongan berkenaan parti itu.

 lks orang asal

"Walaupun risalah penuh pembohongan itu telah ditulis oleh penulis hantu bernama "Father Augustus 
Chen", ia diedarkan ke seluruh negara dalam empat bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, dan Tamil, dan diberi publisiti meluas oleh media cetak, radio, dan televisyen kawalan UMNO/BN walaupun diterbitkan secara haram tanpa nama pencetak atau penerbit.

"Dakwaan pertama dibuat mengenai penipuan dalam pemilihan yang diakibatkan oleh "gangguan komputer" tidak lagi didengar dua bulan setelah perkara itu disebut-sebut kerana tidak dapat disangkal lagi bahawa gangguan komputer itu tidak menimbulkan kesilapan pada pengiraan undi, sebaliknya hanya sewaktu pengumuman keputusan hakikat yang boleh dibuktikan kepada sesiapa jua pada bila-bila masa.

"Dua dakwaan lagi, iaitu berkenaan "753 perwakilan, sebahagian besarnya berketurunan India" yang konon tidak diberi notis mengenai Kongres dan kerana itu tidak dapat mengambil bahagian dalam pemilihan CEC dan "547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang," adalah dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang nyata.

"Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan," katanya dalam kenyataan media semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, selama tujuh bulan, kempen DDD UMNO/BN menyebarkan cukup banyak pembohongan dan kepalsuan mengenai DAP menerusi ratusan laporan media kawalan UMNO/BN, misalnya menyebut bahawa "satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti."

Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.

"Malah dakwaan dan pembohongan yang lebih besar lagi menyebut bahawa kepimpinan DAP cuba untuk merasuah ROS untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

"Semua pembohongan itu berguna untuk kempen jahat DDD UMNO/BN, tetapi ia pada masa sama mendedahkan kenyataan bahawa Ketua Pengarah ROS bertindak berdasarkan skrip kempen DDD UMNO/BN dan tidak bertindak secara bebas, adil dan profesional," ujarnya.

Beliau berkata, cerita bohong seperti itu bersesuaian dengan kempen DDD UMNO/BN yang mendakwa kepimpinan DAP mahu pendaftaran parti itu dibatalkan supaya sebuah parti DAP baru dapat ditubuhkan seperti UMNO Baru yang penubuhannya dijadikan peluang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengenepikan ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan beliau setelah UMNO lama diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah (bukan oleh ROS) pada 1988.

"Sebagai penegasan terhadap kenyataannya bahawa ahli DAP tidak harus "menaruh harapan palsu" untuk menubuhkan sebuah DAP baru, Abdul Rahman juga berkata: "Mereka boleh memohon. Tetapi hak untuk meluluskan berada di tangan ROS. Kami tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu."

"Abdul Rahman secara rasmi telah menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu (11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung), namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak "menaruh harapan palsu."

"Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP," soalnya.-Roketkini.com

Saran BN bertindak terhadap penyamun politik curi wang negara RM51 bilion setahun

Posted: 06 Sep 2013 06:10 AM PDT

lge-pp 

GEORGE TOWN,: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion.

Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.

"Mengapa rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada wang negara," katanya ketika berucap kepada Diaspora Pulau Pinang di Hong Kong, yang diterbitkan di Komtar, semalam.

 lge pasar

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan.

"Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah integriti daripada tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan aset awam.

"Dengan anggaran RM201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion.

"Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol," tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian daripada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan isu perkauman, sentimen agama dan pelampau.

Menurutnya, taktik perkauman dan pelampau digunakan dengan jayanya oleh BN untuk mengelak daripada mendepani empat masalah sebenar Malaysia, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan setiap isi rumah serta penurunan taraf pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga buruh Malaysia.

"Di Hong Kong, ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu utama ini yang menjadikan Malaysia kurang menarik atau kurang berdaya saing.

"Mengurangkan jenayah tidak begitu sukar jika kerajaan Persekutuan BN bersedia membenarkan polis memerangi jenayah dan bukannya memantau pemimpin pembangkang.

"Pada masa ini hanya 10% daripada pasukan polis yang terbabit dalam penyiasatan jenayah. Jika jumlah ini meningkat kepada 50% daripada pasukan polis keseluruhannya, saya pasti polis akan dapat menumpaskan penjenayah di Malaysia dengan lebih berkesan," ujarnya.

Guan Eng berkata, BN mendakwa hutang Kerajaan Persekutuan kini 54% daripada KDNK, bagaimanapun ini tidak termasuk hutang dijamin kerajaan yang akan meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada 70%.

Katanya, jika hutang 70% kepada nisbah KDNK adalah tinggi, hutang isi rumah adalah lebih tinggi pada 83.5% daripada KDNK.

"Kebergantungan sedemikian kepada hutang adalah kesan pinjaman fiskal melulu sebagai jalan keluar mudah daripada masalah negara kita. Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada setiap isi rumah dengan mengurangkan pergantungan hutang.

"Kerajaan Persekutuan juga gagal melabur untuk masa depan tanpa melabur dalam pendidikan yang berkualiti. Banyak pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi berintensifkan pengetahuan merungut tentang kemerosotan kualiti dan penurunan tenaga kerja negara ini di semua peringkat, terutamanya penguasaan lemah Bahasa Inggeris.

"Dengan penetapan piawaian BN pada tahap cukup makan semata-mata dan bukannya budaya kecemerlangan, kepada kuota politik dan bukannya prestasi dan retorik kosong dan bukannya tindakan konkrit, Malaysia berisiko ditinggalkan bukan sahaja oleh pelabur asing berteknologi tinggi tetapi juga bakat terbaik kita yang berhijrah ke negara lain seperti Hong Kong," tambahnya.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berani menawarkan model di mana prestasi adalah lebih penting berbanding latar belakang politik, di mana usaha dibuat untuk menarik institusi pendidikan yang berkualiti di semua peringkat, di mana sebuah kerajaan yang jujur dan cekap melalui perkongsian dengan sektor swasta dan sektor awam serta sebuah bandar yang selamat, bersih, hijau dan sihat boleh memberikan penyelesaian kepada empat masalah yang disebut di atas.-Roketkini.com

Ku Li: Tangani rasuah, bukan hanya naik harga minyak

Posted: 06 Sep 2013 12:55 AM PDT

OLEH MD IZWAN

Kerajaan perlu tangani rasuah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013. Kerajaan perlu tangani rasuah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 


















Tengku Razaleigh Hamzah membidas langkah Putrajaya menaikkan harga minyak, sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangani isu rasuah yang disifatkan lebih utama untuk mengatasi defisit fiskal negara.

Pemimpin veteran Umno tersebut berkata kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia juga melibatkan pengguna yang lebih terkena tempias.

"Kesan rasuah akan terkena kepada pengguna, wang akan mengalami kesan buruk.

 "Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu," katanya dalam sidang media di kediamannya di Langgak Golf hari ini.

"Rasuah adalah perkara utama kita hadapi," tambahnya.

Beliau juga mencabar semua menteri dan timbalan menteri, termasuk dirinya untuk mengisytiharkan aset supaya orang ramai boleh membuat penilaian.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," cabar beliau.

Isnin lalu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan, bagaimanapun, berkata langkah pemotongan subsidi tersebut walaupun dikritik hebat perlu dilaksanakan bagi mengelak masalah ekonomi yang lebih meruncing dihadapi kerajaan nanti.

"Berdasarkan laporan agensi penarafan kredit, kita dalam situasi tidak selesa.

"Saya berpendapat defisit fiskal yang dialami adalah dalam pelbagai aspek, saya rasa kerajaan sepatutnya berjaga-jaga," katanya.

Katanya, kerajaan tidak berterusan memberikan subsidi yang tinggi dan langkah rasionalisasi itu adalah tepat pada masanya ketika negara berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta hutang kerajaan yang meningkat.

"Anda tidak boleh bertahan dengan subsidi yang tinggi.

"Kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung kos subsidi ini, " katanya.

Namun, Tengku Razaleigh mencadangkan kerajaan mengkaji sama subsidi yang diberikan kepada pihak industri, gesaan sama yang dibuat oleh PKR baru-baru ini supaya kerajaan mengkaji subsidi korporat yang tinggi diperuntukkan kerajaan.

"Saya mahu lihat kerajaan fokus perhatian kepada subsidi dalam industri.

"Sesetengah industri menerima subsidi yang besar, khususnya seperti tarif elektrik," katanya.

Sejurus pengumuman Putrajaya pada Isnin lalu, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, langkah pemotongan subsidi tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel dinaikkan ialah pada 2010, sebanyak 5 sen seliter

Ku Li sokong kerajaan terima dialog Anwar

Posted: 06 Sep 2013 12:51 AM PDT

OLEH MD IZWAN

Ku Li menjawab soalan pemberita pada sidang medianya di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013. Ku Li menjawab soalan pemberita pada sidang medianya di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,


















Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.

"Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.

 "Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur.

Beliau juga menggesa sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan.

"Apa pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, pertimbangan serius perlu diambil kira," katanya.

Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak.

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendedahkan kepada The Malaysian Insider pada Isnin, jika keputusan diserahkan sepenuhnya kepada ahli MT Umno, jemputan Anwar untuk mengadakan dialog pastinya ditolak secara terang-terangan.

Kebanyakan ahli MT menolak cadangan ketua pembangkang itu namun Presiden Umno, Najib membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat lalu.

Sumber itu menjelaskan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog.

Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah untuk memastikan perjuangan Anwar terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah.

Anwar menjelaskan antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.

Sarawak perlu 100,000 unit Rumah Mampu Milik

Posted: 06 Sep 2013 12:46 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa kerajaan BN membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri itu memandangkan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang luas sedangkan ramai rakyatnya masih tidak mempunyai rumah.

Dalam kenyataan medianya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, harga rumah di Sarawak adalah antara yang termahal di Malaysia sedangkan ramai penduduk tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kecuali mereka yang terpaksa membeli rumah kos rendah yang kecil dan kurang berkualiti.

Jelasnya, BN telah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

"Menurut laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya dalam perancangan untuk lima tahun akan datang," ujar beliau.

Kerajaan BN negeri, jelas beliau berjanji untuk membina 50,000 unit rumah dengan kerjasama JPN, Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain agensi negeri yang berkaitan.

Sambil mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri itu, beliau bagaimanapun mahu jumlah unit rumah itu ditambah kepada 100,000 unit bagi menampung keperluan penduduk tempatan Sarawak yang masih belum memiliki rumah sendiri.

"Syarat untuk memiliki rumah mampu milik juga perlu dipinda dari umur 21-50 tahun kepada 21-55 tahun dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5000 ke bawah.

"Harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula sekurang-kurangnya dari RM200,000 ke bawah dengan konsep rumah mesra seperti skim perumahan rakyat di zaman Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) memerintah Sarawak dulu, di mana rakyat diberi se-lot sebuah rumah," katanya.

Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno

Posted: 06 Sep 2013 12:45 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.

Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh "harapan palsu" untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.

Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.

Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad "DDD" (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama "Father Augustus Chen" namun tiada sebarang pembuktian.

Ianta termasuk dakwaan bahawa "satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti."

Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.

"Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan," katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.

"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak "menaruh harapan palsu."

"Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP," soalnya.

Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar

Posted: 06 Sep 2013 12:34 AM PDT


anwa

SHAH ALAM: Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam.

Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan 'nasihat perisikan' itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan.

"Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi' Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.

"Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.

"Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku 'Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia' petang semalam.

Mengikut tradisi, seseorang pemimpin berkedudukan tinggi dalam sesebuah negara dikunjungi pemimpin negara luar kecuali wujud masalah tertentu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menggalakkan wakil Ikhwan Muslimin bertemu dengan Umno bagi menerangkan kedudukan sebenar berlaku di Mesir.

Ketua Umum PKR itu berpendapat Ikhwan Muslimin tidak mampu menjalin hubungan rapat bersama Umno, berbeza seperti yang dilakukan PAS dan PKR.- FZL

Nilai RM jatuh, harga minyak naik, rakyat makin miskin

Posted: 06 Sep 2013 12:32 AM PDT


ron95

SHAH ALAM : Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

"Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

"Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, " kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN  bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

"Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan," katanya.

Kajian: Murid gagal kuasai Matematik, Sains

Posted: 06 Sep 2013 12:28 AM PDT

KUALA LUMPUR - Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

"Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu.

Pelan itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.  

Perbandingan skor dalam skala PISA ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai, China mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar Malaysia pada umur yang sama.

Sepanjang dua dekad lalu kedua-dua sistem pentaksiran pelajar antarabangsa ini, PISA dan TIMSS, telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem.

"Kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan," menurut pelan itu.

Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah seluruh negara setanding piawaian antarabangsa.

Ini termasuk pencapaian murid dan sekolah Malaysia di peringkat antarabangsa contohnya memperoleh pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Thailand dan Ekspo Reka Cipta dan Produk Baharu di Amerika Syarikat, tahun lepas.

Bagaimanapun, menurut pelan itu, objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam berhasilan murid, antaranya dari segi jurang antara sekolah bandar dan luar bandar, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta jantina.

Jurang antara luar bandar dan bandar menurun kepada lima mata peratus dan dua mata peratus sejak enam tahun kebelakangan ini sementara jurang antara sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan semakin mengecil.

Sebaliknya, jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, dengan pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki di semua peringkat, menurut pelan itu. - Bernama

Kereta Menteri Besar Kedah dirempuh

Posted: 06 Sep 2013 12:22 AM PDT

KL TODAY

 


Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yui, Padang Mat Sirat, dekat Langkawi,Kedah semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Proton Wira (gambar) yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.


Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan.

Zahrain dapat jadi duta,pejuang setia Umno dapat apa?

Posted: 06 Sep 2013 12:18 AM PDT

Shahbudin Husin
 
 

Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi. Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.

Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam UMNO percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.

Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.

Malahan ketika era reformasi, beberapa penyokong setia Anwar seperti Ezam, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse berada bertahun-tahun di negara itu untuk mendapatkan perlindungan dan mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dengan ganjaran yang diterima Zahrain itu, beliau merupakan seorang lagi pemimpin PKR selepas Ezam Mohd Nor yang dijadikan Senator selepas turut meninggalkan PKR dan bersedia menyerang serta memaki-hamun Anwar Ibrahim. Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya, Zahrain kini menerima khabar gembira sebagai duta ke Indonesia sebagai imbalan pengorbanannya selama ini.

Beberapa pemimpin PKR yang lain juga turut diberikan anugerah yang berbeza-beza atas kesediaan meninggalkan PKR dan memaki-hamun Anwar seperti Zulkifli Nordin dijadikan calon BN di Shah Alam, manakala ada pula diberikan jawatan di agensi kerajaan, sebagai pegawai khas pemimpin tertentu, diberi peluang perniagaan dan sebagainya.

Di kebanyakan peringkat dalam UMNO, perlantikan Zahrain ini bukan saja dipertikaikan dari segi kemampuannya tetapi juga kewajarannya. Jika ingin mengekang pengaruh Anwar di Indonesia melalui peranan yang akan dimainkannya sebagai duta, sebenarnya Zahrain bukanlah orangnya yang tepat.

Di Malaysia, beliau tidak dikenali sebagai pembicara, pengucap atau seseorang yang ada kelebihan dari segi meyakinkan orang lain. Sebelum keluar PKR, suaranya di dalam UMNO dan Parlimen dalam membahaskan isu-isu semasa tidak pernah kedengaran. Beliau hanya umpama Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu saja, tidak banyak disebut keberadaannya dalam perjuangan.

Hanya setelah bertukar kiblat politik dan bersalin baju baru, barulah suaranya sesekali kedengaran. Itu pun topiknya hanyalah mengenai PKR dan Anwar, bukan isu-isu yang melibatkan rakyat atau ada nilai perjuangan.

Barangkali jika ingin menjalin hubungan politik yang lebih manis dan jernih antara Malaysia dan Indonesia, sambil dalam masa yang sama pengaruh Anwar mahu disekat, baik saja dilantik beberapa bekas menteri atau timbalan menteri yang kalah bertanding atau tidak dilantik semula selepas pilihanraya lalu.

Kalau pun tidak mahu melantik Rais Yatim, Ghani Othman, Ali Rustam atau Zulhasnan Rafique, tetapi apa kurangnya dengan dua bekas timbalan menteri Dr Puad Zarkashi dan Saifuddan Abdullah yang lebih ternampak ketokohannya. Wibawa dan keyakinan umum terhadap mereka ini juga jauh lebih tinggi berbanding Zahrain Hashim.

Bahkan ada yang bergurau, tetapi ada juga logiknya iaitu Ibrahim Ali jauh lebih bagus daripada Zahrain. Kalau mahu dikira menyerang dan memaki hamun Anwar, Ibrahim juga nyata lebih dulu berbuat demikian. Dari segi keberanian dan kepintaran berhujah juga, Presiden Perkasa itu jauh lebih menonjol.

Ramai pemimpin dan kalangan penyokong UMNO yang kecewa dengan anugerah kepada Zahrain ini. Budi dan jasa Zahrain kepada Najib hanyalah setahun dua ini sahaja tetapi sebelum ini beliau adalah penentang dan ada rekod derhaka kepada parti. Tetapi nampaknya Najib lebih menghargai hujan yang baru turun sehari dua dan melupakan sama-sekali budi cuaca panas yang berpanjangan sejak bertahun yang lalu.

Ramai pejuang-pejuang setia dalam UMNO yang tidak diberi apa-apa penghargaan meskipun berjuang siang malam dan tidak pernah menderhaka kepada parti. Kadang-kadang untuk memperolehi peluang perniagaan bagi memastikan parti terus hidup dan bernyawa, ada di antaranya yang umpama pengemis memanjat dari satu pejabat ke satu pejabat menteri sambil membawa fail dan sampul surat besar untuk menemui menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Dalam hal ini, ternampak bahawa cara dan gaya Najib mengurus kerajaan dan memberi anugerah kepada sesiapa yang dikehendakinya umpama beliau menguruskan sebuah syarikat sendirian berhad saja. Faktor kewajaran, kemampuan, kesetiaan dan sebagainya tidak lagi menjadi perkiraan utama.

Sehingga ada pemimpin UMNO yang berkata, kalau ingin jawatan dan habuan di zaman Najib ini, maki hamun UMNO dan keluarkan parti serta berbaik-baiklah dengan pembangkang terlebih dahulu, kemudian kembali dan jilatlah semula apa yang diludahkan dulu. Dalam masa yang sama, sanjung dan pujilah setinggi langit Perdana Menteri dan UMNO yang pernah dimaki hamun dahulu.

Tak lama selepas itu, dapatlah sesuatu. Atau kalau minta sesuatu, pasti akan diberi. Menjadi pejuang yang setia tidak menjanjikan apa-apa berbanding memiliki rekod derhaka.

Itulah nampaknya gaya dan budaya baru dalam politik UMNO sekarang. Jika tidak, janganlah mengharap apa-apa dan redalah berjuang semata-mata untuk agama, bangsa dan negara.

Pas desak kerajaan batal kenaikan harga minyak

Posted: 06 Sep 2013 12:11 AM PDT


Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Kerajaan digesa menurunkan kembali harga petrol RON95 dan diesel yang dinaikkan 20 sen seliter, dua hari lalu.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu kerana kerajaan tidak boleh meletakkan bebanan ekonomi ke atas bahu rakyat susulan kegagalannya menguruskan ekonomi dengan baik.

"Penurunan itu haruslah disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi meningkatkan hasil dan menambahkan penjimatan akaun negara.

"Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khasnya golongan marhaen dan kelas menengah yang sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup tinggi," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kenaikan minyak bukan alasan mengurangkan subsidi dan defisit negara sedangkan negara masih boros.

"Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014, bahkan RM 10 bilion sekali pun dari pemotongan subsidi petrol atau diesel tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan.

"Perdana menteri hanya dilihat mengitar semula kenyataan bahawa kerajaan akan mewujudkan mekanisme subsidi yang lebih spesifik untuk manfaat masyarakat miskin. Hakikatnya perkara ini sudah disebut-sebut sejak kenaikan harga minyak pada 2008 tetapi tiada mekanisme," katanya.

Nasruddin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, kerajaan diingatkan supaya tidak memberikan kenyataan manis selepas kenaikan harga petrol yang bersifat seolah-olah mengecilkan kebijaksanaan masyarakat.

"Kenyataan seperti 'kenaikan harga minyak boleh ditampung dengan peningkatan BR1M, orang berkereta besar boleh menampung kenaikan harga minyak, kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan banyak kepada harga barangan' ternyata alasan merendah-rendahkan kebijaksanaan masyarakat dan mencerminkan sifat elitis kepimpinan negara yang tidak menjiwai nurani rakyat.

"Keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea menyelamatkan ekonomi negara," katanya.

UPSR, SPM 2016: Tiada lagi soalan ramalan

Posted: 06 Sep 2013 12:07 AM PDT

SINAR HARIAN

Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
  
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.
  
"Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza," demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  
Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
  
Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.
  
Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.
  
Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.
  
Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.
  
Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
  
Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.
  
Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian.
  
"Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi," menurut pelan itu. - Bernama

130 buah rumah dilanda banjir kilat

Posted: 05 Sep 2013 05:33 PM PDT

Muhammad Faizal,




 SHAH ALAM: Banjir kilat yang melanda sekitar Tol Sungai Rasau pagi ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas hampir lapan kilometer bagi kedua-dua laluan di lebuh raya persekutuan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati hampir 130 buah rumah di Kampung Air Kuning dan Kampung Benggali ditenggelami air sedalam setengah meter yang menyebabkan kerosakkan harta benda.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad yang turun meninjau memberitahu punca utama kejadian banjir kilat ini adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang terhalang akibat daripada kerja-kerja laluan masuk bertingkat dari lebuhraya persekutuan ke I-City di Seksyen 7.

Katanya lagi, perkara ini telah dilaporkan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) namun sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan diambil bagi mengarahkan pihak Pengurusan I-City membaikpulih longkang besar yang telah terhalang dengan tanah.

"Kita sudah banyak kali berhubung dengan MBSA tapi tidak ada tindakan, aduan dari penduduk pun sudah dilakukan tapi apa keputusan dan tindakan pun kita tak tahu.

"Jadi inilah akibatnya, penduduk terpaksa menanggung kerugian akibat banjir, saya anggarkan lebih kurang 130 buah keluarga yang mana rumah mereka dinaiki air," jelasnya.

Khalid dalam pada itu turut mengesa agar satu arahan segera dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBSA kepada pihak pengurusan I-City untuk membaiki longkang-longkang besar yang telah tertimbus oleh tanah.

"Kita gesa Datuk Bandar menyegerakan arahan kepada pihak I-City untuk baiki longkang-longkang tersebut, saya tidak mahu rakyat menjadi mangsa akibat terlalu ghairah mengejar pembangunan.

"Bukan satu perkara yang sukar, pihak I-City boleh melantik kontraktor baru untuk kerja-kerja tersebut. Dalam kita hendak mengaut keuntungan, masalah penduduk setempat perlu diambil kira," tegas beliau.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut berharap Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dalam permasalah berikut.

Selain dari itu, kerja-kerja mengepam air keluar oleh pihak Jabatan Pengairan dan saliran selangor (JPS) sedang dilakukan.

Seorang penduduk, Kogila Kandasamy yang sempat ditemui memberitahu beliau terpaksa keluar dari rumahnya di Kampung Bengali pada jam 6.30 pagi tadi apabila air mula melimpahi memasuki rumahnya.

Malah jelasnya beberapa peralatan elektrik tidak dapat diselamatkan akibat dari air yang naik terlalu cepat selain hujan yang turun dengan lebat.

Pemaju: Harga minyak naik, harga rumah juga naik

Posted: 05 Sep 2013 05:29 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

"Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.

Pelakon Rita Rudaini sah bercerai talak satu

Posted: 05 Sep 2013 05:27 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.
  
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan pasangan terbabit berhubung lafaz cerai berkenaan yang berlaku sebelum ini tanpa kebenaran mahkamah.
  
Terdahulu, semasa dalam prosiding, Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa.
  
Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya.
  
"Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut," kata Hakim Syarie Hamizan.
  
Mohd Aidil diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Datuk Zaidi Mohd Zain pula mewakili Rita Rudaini.- Bernama

Palanivel tak bertanding presiden MIC pada 2016

Posted: 05 Sep 2013 05:25 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam parti itu pada 2016.
  
Sebaliknya, kata beliau, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, akan dicalonkan bagi jawatan itu.

Pada 1 September, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata beliau mungkin terus menyandang jawatan presiden MIC selepas penggal sekarang berakhir pada 2016.
  
Palanivel berkata demikian selepas Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Presiden MIC Tan Sri K. Kumaran mengumumkan beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti setelah mendapat 617 pencalonan, jauh melebihi minimum 50 pencalonan yang disyaratkan.
  
Dalam kenyataan hari ini, Palanivel berkata: "Perkara paling penting ialah membawa pembaharuan terhadap parti agar wujud demokrasi yang lebih meluas.

"Sebagai contoh, cara lama perlu diamalkan kembali iaitu mengadakan pemilihan bagi jawatan pengerusi negeri, berserta penyandang jawatan lain.

"Begitu juga, pengerusi cawangan MIC negerilah yang sepatutnya memilih anggota jawatankuasa kerja pusat bagi negeri masing-masing.
  
"Tidak wajarlah anggota perwakilan yang menghadiri Persidangan Agung Tahunan MIC mengundi untuk memilih anggota jawatankuasa kerja pusat bagi negeri lain," katanya.
  
Beliau berkata pemilihan presiden, timbalan presiden dan naib presiden patut diadakan serentak pada setiap tiga tahun, manakala pemilihan pengerusi negeri, cawangan dan bahagian diadakan dua tahun sekali.
  
"Oleh itu, pengerusi cawangan, bahagian dan negeri serta penyandang jawatan lain boleh memulakan pemilihan pada 2015, dan pada 2016, pemilihan bagi jawatan tertinggi parti boleh dibuat pada waktu yang sama.
  
"Perlembagaan berkaitan pemilihan boleh dipinda berdasarkan cadangan ini," kata Palanivel sambil menambah bahawa beliau akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pindaan berkenaan.
  
Melalui perubahan ini, hubungan secara terus dengan anggota akan dapat diwujudkan dan boleh menguatkan lagi kedudukan pemimpin serta parti," katanya.- Bernama

AirAsia tawar 6 juta tiket tambang terendah

Posted: 05 Sep 2013 05:21 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
AirAsia Group akan menawarkan enam juta tiket dengan tambang harga terendah di Pameran MATTA 2013 bermula 6-8 September.
  
AirAsia dalam satu kenyataan berkata tiket daripada AirAsia dan AirAsia X ialah bagi penerbangan domestik dan juga antarabangsa dalam rangkaian AirAsia.

"Tambang domestik terangkum bermula daripada RM34 manakala tambang antarabangsa eksklusif terangkum adalah seperti berikut: Thailand atau Indonesia daripada RM68, Singapura daripada RM49, 
India daripada RM173, China daripada RM135, Myanmar daripada RM158 dan Indo-China (Vietnam, Laos dan Kemboja) daripada RM134," kata syarikat penerbangan itu.
  
AirAsia berkata tempoh tempahan bagi tawaran istimewa itu ialah dari 6-8 September 2013, bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2013 hingga 5 Ogos 2014.
  
AirAsia X berkata ia juga akan menawarkan diskaun 20 peratus bagi tambang destinasi jarak jauh ke Korea Selatan, China, Australia, Taiwan, Jepun dan Nepal. - Bernama

Tiada ulasan: