Jumaat, 6 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Zahrain Dapat Jadi Duta, Ezam Senator, PERKASA Dapat Apa?

Posted: 06 Sep 2013 08:41 AM PDT


Habuan Jadi Duta Selepas Serang Anwar

[HD] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan pelantikan Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta ke Indonesia adalah ganjaran dan bayaran balik atas jasa pengkianatan yang dilakukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.


Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.

Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.

"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.

Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.

"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib. -6/9/13



[Edisi Terima kasih kepada Pengundi BN] Harga Ayam NAIK RM0.90 Sekg di Chow Kit

Posted: 06 Sep 2013 08:27 AM PDT


P/s: Penangan kenaikan harga RON95 dan diesel pada 3 September lalu. 


Rogol Anak Tiri: Bekas Ahli Kumpulan R&B Disebat dan Dipenjara

Posted: 06 Sep 2013 08:06 AM PDT


[SH] KAJANG - [Dikemaskini] Seorang bekas ahli kumpulan R&B terkenal tanah air dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki yang berusia 38 tahun itu setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bapa kepada dua anak itu yang kini merupakan guru vokal di beberapa kementerian dan agensi kerajaan kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajah ketika hakim membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakimannya, Norhazani berkata, keterangan mangsa telah disokong saksi-saksi lain yang tampil memberi keterangan termasuk guru kaunselingnya.

"Saya percaya pada keterangan saksi pendakwaan kerana semua saksi bebas, ditambah kenyataan pegawai perubatan yang mengesahkan koyakan pada alat sulit mangsa," katanya.

Bagaimanapun menurut hakim, keterangan salah seorang saksi pembelaan mengukuhkan lagi pendakwaan, tetapi tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis.

"Keterangan yang diberikan semasa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Azmi Talib dan Mohamad Burok memohon hukuman minimum kerana dia kini menanggung dua orang anaknya yang masing-masing berusia 9 dan 7 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Abd Zawawi pula memohon mahkamah memberikan hukuman maksimum sebagai pengajaran kerana tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa.

Noor Fazlin menambah, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan memberikan kasih sayang kepada anak tirinya yang sedang membesar.

Hakim seterusnya mengarahkan agar mangsa dipanggil ke mahkamah untuk memberikan kenyataan berkaitan kesan kejadian tersebut terhadap dirinya.

Semasa dipanggil memberi kenyataan, sambil menangis mangsa berkata, dia kini berasa tidak selamat, fobia, dan jijik pada diri sendiri selepas kejadian tersebut.

"Saya rasakan masa depan begitu gelap. Saya takut untuk ke sekolah dan merasai tekanan setiap hari.

"Malah saya jadi takut pada ayah kepada rakan-rakan saya dan guru lelaki," katanya yang kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Mangsa turut menyatakan dia kini hilang kepercayaan pada orang lain meskipun pada ahli keluarga sendiri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas ahli kumpulan R&B itu didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah, di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Peguam tertuduh, Azmi Talib memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara tersebut kerana tertuduh mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, bagaimanapun, jaminan ditingkatkan kepada RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sepanjang perbicaraan, seramai lapan saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan. -6/9/13



Nama Ketua dan Ahli Kongsi Gelap 04, 08 dan 36 Didedahkan

Posted: 06 Sep 2013 07:43 AM PDT


[Mstar] KUALA LUMPUR: Nama ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap tempatan Geng 04, 08 dan 36 yang masih aktif dibeberapa kawasan didedahkan.

Bernama memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, berkata mereka terdiri daripada, Geng 04: Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Penang), Prai Bala (Penang) dan Langkap Sasi (yang dipercayai terlibat dengan kes tembak di Kampar, Perak melibatkan seorang bapa dan anak lelaki, Selvam terbunuh dalam kejadian tembak di Taman Perdana, Batu Gajah. Ragu (Ayer Tawar dan Sudha (Sitiawan).

Ketua Geng 08, terdiri daripada Indren (P. Pinang), Jiva (P. Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (KL) dan Gobi (KL).

Geng 36 pula termasuk, Cendol Kanna (KL), Ratenan (KL), Devan (jutawan yang terlibat dengan perdagangan dadah), Kajang Balan (orang kanan kepada Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping), M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang), Santhanem (KL), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim) dan Avi. -6/9/13



SPM: Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013, Bahasa Inggeris Mulai 2016, Pendidikan Islam?

Posted: 06 Sep 2013 07:26 AM PDT




P/s: Rasa membazir tenaga untuk menulis panjang-panjang hal ini kerana sudah acap kali dibangkitkan oleh orang yang prihatin.

Kononnya Malaysia ini negara Islam. Hal ini dijerit-jeritkan oleh UMNO setiap kali membicarakan status negara kita. Namun, subjek Pendidikan Islam tidak diutamakan, bukan subjek teras, sekadar subjek kelas kedua dan tidak menjejaskan kelulusan murid yang gagal subjek itu dalam SPM. Patutlah banyak murid perangai macam ini:


Blogger Gelar Najib "Sewel", PEMANDU Suatu Pembaziran

Posted: 06 Sep 2013 07:10 AM PDT


[TMI] Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai "sewel".

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN).

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.

Beliau mendakwa, sekumpulan orang muda dalam Pemandu ini yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu, pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. – 6 September, 2013.


P/s: Blogger UMNO juga sedang melondehkan kehidupan peribadi seorang staf yang dikatakan berkhidmat dengan PEMANDU. Carilah ceritanya!


[Video] 1Malaysia Wajib Tonton

Posted: 06 Sep 2013 06:52 AM PDT





P/s: Apa macam penyokong Kerajaan 48.67%?


Berkaitan:

Nilai RM Jatuh, Harga Minyak Naik, Rakyat Makin Miskin

[Selangorku] SHAH ALAM 6 SEPT: Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

"Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

"Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, " kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

"Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan," katanya.



Tiada ulasan: