Jumaat, 6 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Live Himpunan Sokongan Rabia Mesir Bersama Anwar

Posted: 06 Sep 2013 08:08 AM PDT



Orang ramai semakin memenuhi dewan ni. Rata-rata bersemangat untuk menyatakan sokongan kepada rakyat mesir yang ditindas.

Pimpinan pakatan rakyat ramai juga yang hadir terutamanya ds anwar.

Nik Aziz mahu Hadi kekal

Posted: 06 Sep 2013 04:44 AM PDT


SITI FATIHAH AWANG

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, November ini, sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan itu tidak dipertandingkan.

Dalam masa yang sama beliau menyerahkan kepada ahli Pas untuk memilih calon Timbalan Presiden yang kini disandang Mohamad Sabu, namun menegaskan ia perlu diangkat dari golongan ulama.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,"katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, disini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik twitter Yang Dipertua Pas Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli Pas seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemimpin bertaraf ulama yang beliau inginkan, Nik Aziz berkata, semua pemimpin Pas mempunyai ciri-ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.

Dalam pada itu, desas desus yang mengatakan Nik Aziz berada keadaan kritikal akibat penyakitnya terungkai apabila dia membuat kejutan muncul dalam kuliah itu setelah beberapa minggu tidak hadir.

Najib Minta Idea Dan Pendapat Anda

Posted: 05 Sep 2013 07:29 PM PDT



Setiap hari post yang ditaja ni menyemak kat wall facebook kita.

Bukan main sedap ayat najib ni. Minta idea dan pendapat la.

Padahal dok baham duit rakyat tanpa apa-apa perbincangan.

Hatta dengan para menteri kabinet pun ada yang tak tahu.

Live! TG Nik Aziz Berkuliah Pagi Ni

Posted: 05 Sep 2013 06:53 PM PDT



LIVE Kuliah Jumaat dari Medan Ilmu | 30 Syawal 1434H/ 06 September 2013M.

Kuliah Jumaat sesi kedua hari ini disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS (Broadcasting live at www.kelantantv.my)

Tiada ulasan: